Saturday, March 31, 2012

PTPTN: "KENAPA DEMO? UNDI SUDAHLAH!" KATA KHALED NORDIN



Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin supaya mahasiswa yang menyokong pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) supaya tidak mengambil jalan lain selain peti undi.

Beliau mempersoalkan tindakan kumpulan mahasiswa hendak berdemonstrasi pada 14 April depan sedangkan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

Jika terdapat parti yang mahu memansuhkan PTPTN dan pinjaman pelajaran, mahasiswa boleh memilih parti itu, kata Khaled ketika ditemui dalam pesta pendidikan di Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Pembangkang sebelum ini berjanji memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma hingga ke peringkat universiti sekiranya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ikrar itu dikongsi parti rakan PAS yang turut mahu menghapuskira pinjaman yang belum dibayar. - MalaysiaKini

PengundiBaharu: Menteri yang bijak.

SEPARUH GENERASI MUDA TAK MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI



PETALING JAYA,  30 MAC: Sekurang-kurangnya separuh daripada bilangan golongan muda yang layak untuk mendaftar sebagai pemilih tidak berminat berbuat demikian, menurut kaji selidik firma tinjauan pendapat, Merdeka Centre dan Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya (NIEI).

Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, berkata kajian yang dijalankan tahun lalu itu mendapati mereka yang berumur antara 21 dan 30 tahun tidak berminat kerana mereka merasakan ia tidak penting atau memerlukan tindakan segera.

Ia membabitkan 2,400 responden berusia 21 tahun ke atas yang dipilih secara rawak daripada 240 daerah mengundi di 60 kawasan Parlimen seluruh negara.

"Responden juga menegaskan bahawa mendaftar sebagai pemilih, atau mengundi, tidak membawa apa-apa perubahan," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Laporan Audit Daftar Pemilih Kebangsaan 2011, di sini.

Ibrahim berkata, walaupun satu juta pemilih baru mendaftar dalam tempoh lebih setahun, bilangan golongan muda yang tidak menyedari hak mereka untuk mengundi, adalah masih tinggi.

"Kajian itu menunjukkan bilangan mereka yang tidak berdaftar adalah tinggi di kalangan Bumiputera Islam dan Bumiputera bukan Islam di Sabah dan Sarawak, dan golongan yang berusia antara 21 dan 30 tahun yang tinggal di kawasan bandar," katanya.

Dalam perkembangan lain, pemangku Pengerusi NIEI, K Shan, berkata NIEI sudah menyerahkan laporan cadangan penambahbaikan pilihan raya kepada Jawatankuasa Khas Parlimen Berhubung Pilihan Raya pada Januari lalu.

 - BERNAMA

PengundiBaharu: Malas nak pergi daftar...

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI CADANG TAMBAH DANA PTPTN



PengundiBaharu: Bersyukurlah.

Friday, March 30, 2012

BESARNYA PANGKAT KHALID IBRAHIM...

Aku ingatkan Nga Kor Ming je yang tak reti bukak kasut, rupanya Melayu bernama Khalid Ibrahim pun sama...

Thursday, March 29, 2012

Wednesday, March 28, 2012

HOT!: RAKYAT TERIMA KEPIMPINAN NAJIB



KUALA LUMPUR, 28 MAC: Tempoh tiga tahun sudah cukup untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuktikan bahawa kepimpinan beliau semakin diterima rakyat terutamanya di kalangan masyarakat luar bandar.
 
Pengarah Eksekutif Merdeka Center for Opinion Research, Ibrahim Suffian berkata, transformasi demi transformasi yang diperkenal Najib sejak mengemudi tampuk pemerintahan negara diterima dengan baik dan sampai kepada golongan sasaran.

"Sentimen antara masyarakat bandar dan luar bandar bercampur- campur. Penerimaan masyarakat luar bandar lebih bersifat positif berikutan usaha kerajaan melakukan penambaikan dari segi pembangunan, bantuan kewangan dan sebagainya.
 
"Berbanding masyarakat bandar, persepsi mungkin sedikit berbeza memandangkan pembangunan di kawasan ini sedikit lambat disebabkan beberapa perkara seperti karenah birokrasi dan sebgainya," kata Ibrahim ketika dihubungi AntaraPos.com.

Setelah diberi mandat memimpin negara, Najib memperkenalkan slogan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang mengundang pelbagai reaksi masyarakat.

Najib tidak menunggu lama untuk memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) merangkumi Model Baru Ekonomi (MBE), 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) dan 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP), yang tentunya menyumbang kepada peningkatan pertubuhan ekonomi negara.

Pada September 2011, Najib mengejutkan pelbagai pihak termasuk pakatan Pembangkang apabila melakukan Program Transformasi Politik dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Buang Negeri 1959, dan kajian semula yang membabitkan Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Awal tahun ini, Najib mengumumkan Program Transformasi Nasional (DTN) bagi menaungi program transformasi yang sudah dan akan dilaksanakan kelak. Untuk tujuan itu, sejumlah dana dari Bajet 2012 berjumlah RM232.8 bilion akan digunakan.

Namun Ibrahim berkata, transformasi yang diperkenalkan Najib masih memerlukan penambahbaikan terutama dari aspek perkhidmatan agensi kerajaan yang mendapat maklum balas yang kurang memberangsangkan.

"Terdapat peningkatan dari segi mutu perkhidmatan agensi kerajaan sejak Program Transformasi Kerajaan diperkenalkan oleh beliau. Walaupun mereka secara keseluruhannya memberikan reaksi positif, namun penambahbaikan perlu dilakukan misalnya dalam perkhidmatan kaunter, urusan permohonan dan sebagainya," katanya lagi.

Ibrahim tidak menolak strategi Najib yang menggunakan medium alam maya sepeti laman sosial facebook dan twitter disamping menjadi tetamu konti radio tempatan,berjaya menambat hati rakyat marhaen.

"Usaha ini mungkin membantu beliau dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang. Kalau kita tengok, rakyat membezakan beliau sebagai perdana menteri dan sebagai pemimpin parti. Cara sebegini mungkin membantu rakyat mengenali keperibadian beliau yang positif, bersifat mengambil berat serta cuba membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Kajian yang dilakukan pensyarah Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, Prof Datuk Syed Arabi Idid mendapati populariti Najib melonjak tinggi walaupun beliau diserang bertubi- tubi oleh seteru politiknya.

Kajian berupa borang kaji selidik itu mendapati pada Oktober 2008, 35 peratus responden Melayu, 33 peratus Cina dan 41 peratus India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59 peratus, 45 peratus dan 62 peratus.

PengundiBaharu: Hancur Pakatan!

Tuesday, March 27, 2012

VIDEO: SPEAKER SELANGOR KANTOI... ITU PUN SALAH UMNO.


PengundiBaharu: Dah kantoi. Perasan Bagus pulak... Ptuih!

PANAS!: BUKTI SPEAKER DUN SELANGOR BERAT SEBELAH!


Satu SMS dari Speaker telah membuatkan sidang kecoh, dan ADUN BN bertindak keluar meninggalkan dewan. Semuanya gara-gara SMS dibawah:

"This is possibly the last winding up sessions for exco, opportunity should be fully used to talk about our success in the past 4 years like way Yaacob is doing now".

Begitulah kandungan SMS yang didakwa dihantar oleh Teng Chang Kim kepada Exco kerajaan negeri.

Persoalannya, bukankah ianya bertentangan dengan amalan kebiasaan sidang, di mana seorang Speaker tidak boleh berlaku berat sebelah (bias, in favour to etc)? Perkara ini benar-benar mengejutkan, kerana jelas Teng mengeluarkan arahan, atau mengetuai tindakan bersepadu bagi memberi peringatan kepada exco untuk perform demi kepentingan kerajaan negeri?

Tentunya Teng mampu berbuat demikian, kerana berada di dalam sidang dewan, dan beliau tahu dan faham apa yang sedang berlaku. He is monitoring the performance of excos, in favour to the state government!

Seharusnya, ia menjadi tugas Menteri Besar dalam hal arahan seperti ini, dan bukannya speaker dewan! Seterusnya baca disini...

PengundiBaharu: Hancur Pakatan! Hancurrrrr!

KERAJAAN TIDAK AKAN NAIKKAN HARGA MINYAK - ISMAIL SABRI


PUTRAJAYA, 27 Mac – Kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan harga minyak walaupun harga bahan itu di pasaran dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Katanya kerajaan akan terus menanggung jumlah subsidi yang bertambah bagi memastikan beban rakyat berkurangan ekoran peningkatan harga barangan susulan kenaikan harga minyak dunia tersebut.

“Subsidi kita memang bertambah, dah jadi 93 sen setakat hari ini,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata pengurangan subsidi juga hanya akan menyebabkan kenaikan harga barangan lain yang tiada kaitan secara langsung dengan minyak.

“Ini kerana bila kos pengangkutan meningkat akibat kenaikan minyak, maka pengguna yang akan menerima bebanan tersebut,” katanya yang ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian.

Beliau berkata setakat ini beberapa negara di rantau Asia seperti China dan Indonesia sudah menaikkan harga minyak masing-masing ekoran harga bahan api yang melambung.

Semalam dilaporkan harga minyak diniagakan di bawah paras US$125 setong berikutan kebimbangan terhadap kestabilan kewangan di zon Euro selain sesetengah negara memberhentikan pembelian dari Iran bagi mengelakkkan sekatan pihak Barat.

Pada sidang media itu Ismail Sabri turut mengumumkan program Anugerah Kedai Harga Patut kini dikenali sebagai Anugerah Kedai Pilihan Rakyat 1Malaysia yang turut disertai penambahbaikan termasuk pencalonan oleh pengguna.

Sebanyak enam kategori dipertandingkan iaitu barangan pengguna, makanan, ketrampilan, gajet, informasi dan pasar raya.

“Bagi menentukan pemenang dulu kita bergantung kepada pemilihan juri, tetapi sekarang ini kita buat macam Akademik Fantasia, 50 peratus markah ditentukan oleh juri dan 50 peratus markah lagi ditentukan oleh orang ramai. Baru kedai ini benar-benar merupakan kedai pilihan orang ramai,” katanya.

Pekedai dan orang ramai boleh membuat pendaftaran dan pencalonan dalam talian mulai hari ini manakala bagi pengundian secara talian akan dibuat pada 24 April.

“Program ini baik untuk pengguna sebab melalui pertandingan ini peniaga dapat memperbaiki perkhidmatan dengan menawarkan harga yang istimewa kepada pengguna,” katanya.

PengundiBaharu: Rakyat Didahulukan.

Sunday, March 25, 2012

BEKAS AKTIVIS PRO-MAHASISWA DEDAH PERJUANGAN SIA-SIA



Ini adalah pengakuan sebenar oleh KHAIRUL NIZAM BIN MD. HUSIN (Timbalan Presiden MPP Universiti Teknologi Malaysia Sesi 2010/2011) mengenai perjuangan sebenar ProM.

Khairul Nizam merupakan seorang Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UTM (PMI UTM) yang telah sedar dengan perjuangan sia-sia semasa beliau berada dalam ProM dahulu.

SARFAMS pernah menemuinya 2 bulan lalu di Melaka, dan beliau telah menceritakan sendiri dengan penuh semangat dan tawaduk bahawa beliau amat menyesal pada suatu ketika dahulu berjuang atas tiket ProM.

Beliau juga telah mendedahkan kepada SARFAMS mengenai siapa dalang sebenar yang berada di belakang pergerakan ProM dan tidak terkejut apabila orang yang mencaturkan pergerakan ProM ini adalah beberapa pemimpin tertinggi dalam parti politik yang ada di Malaysia ini.

Kini, Khairul Nizam sudah mula sedar akan salahnya dan perjuangan sia-sia beliau selama ini dalam Pro Mahasiswa.

Sepanjang lebih dari 2 jam SARFAMS berborak dengan beliau tanpa rakaman pada 2 bulan lepas, beliau amat mahu para mahasiswa tidak terpengaruh dengan ProM di setiap universiti yang sebenarnya hanya menjadi boneka kepada parti politik.

Syabas kepada rakan blogger HARAPAN ESOK kerana sempat menemuramah Khairul Nizam secara live yang kini SARFAMS difahamkan sudah menyertai perjuangan Aspirasi Mahasiswa.


PengundiBaharu: Pro-M itu ibarat Pakatan Pembangkang dalam IPTA

PRU13 MAKIN DEKAT... SIAPA PATUT KITA HUKUM?



PengundiBaharu: Bangkit Rakyat Benam Pakatan!!!

Thursday, March 22, 2012

HOT: KHALID SAMAD TUMBANG DI SHAH ALAM!


Pada 20 Mac, Khalid Samad bersama Dato Nasarudin Daud, Speaker DUN Kelantan telah mengadakan ceramah di Taman Batu 3, Shah Alam yang hanya dihadiri kira-kira 50 orang.

Manakala pada tarikh yang sama, Datuk Hassan Ali berceramah di Taman Alam Megah, Shah Alam yang dihadiri oleh ribuan orang.

Ibarat langit dengan bumi, sambutan rakyat Selangor kepada ceramah Khalid Samad dengan Dr Hassan Ali.

Berikut ini disertakan gambar-gambar perbandingan ceramah tersebut.

Ceramah Khalid Samad





Ceramah Hasan Ali






PengundiBaharu: Habislah lu kali nih...

KITA TIDAK BOLEH ADA 'ZERO-SUM MENTALITY' - NAJIB RAZAK


PengundiBaharu: 1Malaysia untuk semua

Wednesday, March 21, 2012

Tuesday, March 20, 2012

PRU13: "MALAYSIA PERLUKAN MAJORITI 2/3" - NAJIB RAZAK


KUALA LUMPUR, 20 MAC : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi sekali lagi menekankan betapa pentingnya Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan majoriti yang selesa pada pilihan raya umum akan datang kerana ia akan memberi kesan besar kepada politik negara.

Oleh itu katanya, BN perlu memperoleh majoriti dua pertiga kerana negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil.

Meskipun mengakui ia memerlukan kerja kuat dalam suasana sekarang, namun ujarnya usaha memang tertumpu ke arah itu.

"Tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu. Saya sendiri kini berusaha keras dan jadual kerja saya begitu padat," katanya.

"Kita kini berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan kewujudan media sosial, rakyat juga semakin bijak selain maklumat yang mudah diperoleh," katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur, malam tadi.

Menurut Najib, walau apa pun cabarannya, keputusan pilihan raya umum ke-13 nanti begitu penting kepada negara dan BN harus bekerja kuat.

“Turun padang akan diteruskan. Tetapi, keadaan semasa memang mencabar. Rakyat makin berpendidikan dan dengan limpahan teknologi baharu. Inilah cabaran masa kini.

“Namun, kalau pilihan raya menghasilkan keputusan yang lemah, ia akan memberi kesan kepada negara,” katanya. - AntaraPos

PengundiBaharu: Akan pastikan BN menang 2/3!

Sunday, March 18, 2012

BERSEKONGKOL DENGAN ANWAR YANG SOKONG ISRAEL. NIK AZIZ SURUH UMNO TINGGALKAN AQiDAH YAHUDI.

Susulan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini Isnin 19 Mac 2012 di halaman N4 yang bertajuk Presiden PAS Kelirukan Umat Islam, saya ingin membuat sedikit penjelasan lanjut. Selain itu sukalah saya turut merujuk kepada kenyataan beberapa orang pimpinan UMNO yang menyatakan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana daripada Yahudi.

 

Yahudi tidak meminta untuk menjadi Yahudi, sebagaimana Melayu tidak meminta untuk dilahirkan sebagai Melayu. Jutseru, sedari dulu lagi saya sentiasa konsisten untuk menyatakan bahawa bangsa tidak ada apa-apa kelebihan dan kekurangan di sisi Allah SWT. Nilai yang melebihkan manusia ke atas manusia yang lain ialah imannya kepada Allah SWT. Menjulang keris ke langit menjerit ketuanan bangsa tidak akan membantu apa-apa ke arah keharmonian hidup antara kaum.

 

Bolehkah berurusniaga dengan Yahudi? Perlulah diingat bahawa ada beza antara Yahudi dengan Zionis. Yahudi sebagai seorang individu dan manusia tidak mempunyai apa-apa beban kesalahan yang dipikul di atas bahunya hanya semata-mata dirinya seorang Yahudi. Bahkan Rasulullah SAW sendiri berurusan dengan Yahudi. Di dalam hadis sahih Bukhari dinukilkan kata-kata daripada Ummul Mukminin Aisyah Radhiallahuanha :

تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَدِرْعُهُ مَرْهُونَةٌ عِنْدَ يَهُودِيٍّ بِثَلَاثِينَ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ

yang bermaksud : "Telah wafat Rasulullah SAW dalam keadaan baju besinya tergadai kepada seorang Yahudi dengan (nilaian) 30 sho' gandum..."

 

Di dalam hadis ini, jelas sekali dinyatakan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi untuk mendapatkan 30 sho' (ukuran berat di zaman tersebut) gandum untuk keperluan harian baginda dan keluarga. Jika berurusniaga dengan bangsa Yahudi itu salah, sudah tentu ia tidak dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW. Contoh yang lebih untuk difahami ialah jika datangnya seorang Yahudi untuk membeli atau menjual sesuatu, adakah urusniaga tidak boleh dilakukan semata-mata kerana beliau seorang Yahudi? Jika ada yang menyatakan haram, tidak ada sebab lain melainkan hanyalah kerana kejahilan tentang Islam.  

 

Adapun yang ditentang oleh PAS ialah melakukan urusniaga dengan kerajaan zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin. Berurusniaga dengan kerajaan zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan. Mejadi rakan dagang negara Israel juga termasuk dalam berurusniaga dengan entiti haram Israel. Hairannya, ada sesetengah pihak nampaknya cuba menjadi juara menentang Israel tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dagang dengan negara Israel. Saya ingin merujuk kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Kuala Krai, YB Dr. Mohd Hatta bin Mohd Ramli di Dewan Rakyat pada 13 Mac 2012 yang meminta Menteri Kewangan menyatakan bagaimana barangan dari Israel dikatakan boleh berada di dalam pasaran Malaysia. Agar mengejutkan apabila jawapan diberikan bahawa".... larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) telah dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994. Selaras dengan ini barangan yang diimport dari Israel kini dibenarkan tertakluk kepada Lesen Import dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri..."

 

Tidakkah ini merupakan bukti cerah seterang matahari di siang hari tentang hubungan dagang dengan Israel? Hairan saya, tidak malukah akhbar milik UMNO memainkan isu ini sedangkan jawapan rasmi di dalam Dewan Rakyat menjelaskan keterlibatan hubungan dagang Malaysia - Israel?

 

Hakikatnya, menerima akidah Yahudi lebih bahaya daripada menerima wang dari Yahudi. Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Yahudi? Ia adalah menolak sebahagian ayat-ayat Allah SWT dan hanya menerima apa yang selari dengan hawa nafsu mereka.  Demikian juga dengan mereka yang mengaku muslim tetapi menolak Islam sebagai cara hidup dan menerima ideologi kebangsaan sekular untuk menjadi pegangan. Bukankah ikrar seringkali dilafazkan di dalam solat bahawa kita memohon dijauhkan terjebak dengan jalan orang-orang yang dimurkai Allah SWT, dan golongan itu ialah Yahudi. Firman Allah SWT :

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)

yang bermaksud : "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat..." - Surah al-Fatihah, ayat 6-7

 

Muslim yang menolak sebahagian ayat-ayat Allah dan menerima ideologi kebangsaan sekular hakikatnya sedang menerima akidah Yahudi sekalipun nama mereka bukan Yahudi. Ini lebih merbahaya. Akidah inilah yang paling penting. Rasulullah SAW tidak diutuskan hanya untuk mengajar tentang solat dan puasa. Bahkan di dalam sejarah, solat lima waktu hanya difardhukan pada tahun ke-10 kenabian manakala puasa pula pada tahun ke-15 kenabian (tahun kedua hijrah). Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum pensyariatan solat dan puasa jika tidak menegakkan akidah?

 

Hari ini dalam keadaan kemelut jenayah yang semakin meningkat sekalipun negara semakin 'selamat', tidak ada jalan lain untuk menjadi penyelesaian kecuali kembali kepada undang-undang Allah SWT. Inilah yang PAS lakukan sepanjang 22 tahun mentadbir negeri Kelantan. Pertanyaan saya yang dari dulu hingga sekarang, apakah yang dilakukan oleh PAS di Kelantan yang bertentangan dengan Islam?

 

Adakah mengharamkan premis judi bertentangan dengan Islam? Adakah menghadkan penjualan arak bertentangan dengan Islam? Adakah mengalihkan wang kerajaan dari perbankan riba kepada perbankan Islam bertentangan dengan Islam? Adakah mentadbir negeri dengan bebas daripada rasuah bertentangan dengan Islam? Ini hanyalah beberapa persoalan daripada ribuan persoalan yang wujud apabila UMNO bersungguh-sungguh untuk merampas Kelantan.

 

Nasihat saya, tinggalkanlah akidah Yahudi. Baliklah kepada akidah Islam yang sebenar, Islam yang syumul dan lengkap yang diturunkan oleh ALlah SWT. Jika andainya dijemput oleh Allah SWT, adakah dengan penerimaan terhadap Islam pada hari ini boleh menjadi bekal mengadap Allah SWT?

 

Salam hormat.

 

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

 

Bertarikh : 26 Rabiul Akhir bersamaan 19 Mac 2012

PM MAHU BN TAWAN SEMULA NEGERI YANG KALAH PRU12



SHAH ALAM, 18 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mahu merampas kembali kesemua negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat agar dasar transformasi yang mahu dilakukan di negara tercapai.

Menurutnya, adalah penting negeri-negeri di bawah Pakatan rakyat itu kembali dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) supaya semua program transformasi tiu dapat dilaksanakan sepenuhnya demi kesejahteraan dan kebaikan rakyat di negara ini.

"Yang penting bahawa dasar dan transformasi negara kita ni yang kita nak lakukan dan perjuangkan tidak akan tercapai melainkan negeri-negeri ini (negeri PR) akan ditadbir BN." ujarnya.

Najib menambah, jika ada penyertaan dari semua negeri di negara ini, secara tidak langsung pelaksanaan dasar dan transformasi itu akan menjadi lebih mudah dan memberikan kesan kepada pembangunan di negara ini..

"Tsunami politik, 5 negeri kalah termasuk yang saya rasa amat terkilan dan terkedu, negeri Selangor ni kalah. Bukan saya nak perkecil negeri lain, tetapi dari sudut kekayaan dan strategiknya, Selangorlah yang merupakan negeri yang amat strategik, sebab itulah walau macam mana sekali pun kita mesti kembalikan Selangor ini ke pangkuan BN." katanya lagi.

Justeru itu beliau meminta bekas pegawai kerajaan dan pesara yang hadir untuk membantu BN dalam mengembalikan Selangor.

"Tolong cakap baik pasal kerajaan, ini cara kita untuk tolong kerajaan. Bila kita berkumpul dalam majlis seperti ini, cuba kita pertahankan kerajaan BN. Cuba jadi juru cakap dan pembela kita (BN)."

Beliau berkata demikian di hadapan hampir 1000 bekas pegawai kerajaan dan pesara dalam majlis sepetang bersama perdana menteri di Hotel D' Palma Shah Alam, di sini, hari ini

Jelasnya terlalu banyak sebab mengapa BN mahu mendapatkan kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat yang diumpamakan 'cakap tidak serupa bikin'.

"Mereka (Pakatan Rakyat) cakap tentang keadilan tapi mereka tak lakukan keadilan. Mereka cakap tentang bersih, bersih sangatkan ke mereka itu? Mereka cakap tentang moral, (tapi isu) jam Omega masih tak jawab.", katanya lagi

Najib turut berkata secara beseloroh sejak mengambil alih tugas daripada mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, ia merupakan satu tanggungjawab yang besar di mana mahu membawa Malaysia untuk mencapai negara maju.

Ujarnya sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan pada April 2009 lalu, terdapat dua cabaran yang mendepani tugasnya iaitu dalam bidang ekonomi dan politik. - AntaraPos

PengundiBaharu: Tolak Pakatan!

Saturday, March 17, 2012

PAS TIADA MASALAH KERJASAMA DENGAN YAHUDI. KENAPA PKR BERMASALAH DGN APCO DAN HUBUNGAN DAGANG MALAYSIA-ISRAEL?



SHAH ALAM, 17 MAC : Pas menegaskan kesediaan untuk bekerjasama dengan rakyat Yahudi tetapi tidak akan akan mengiktiraf kerajaan Israel yang mendokong kefahaman Zionis, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden Pas itu membayangkan partinya tidak bermasalah bekerjasama dengan bangsa Yahudi asalkan ia tidak menjuruskan kepada hubungan diplomatik dengan rejim Zionis yang menghina bangsa lain.

Hadi berkata demikian apabila ditanya dasar Pas dan Pakatan Rakyat terhadap rejim Israel dan bangsa Yahudi sekiranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.

“Kita menolak Zionis. Zionis ialah kefahaman anarki Yahudi yang menganggap bangsa Yahudi bangsa yang mulia dan menganggap bangsa lain adalah binatang. (Manakala) bangsa Yahudi kita boleh bekerjasama kerana Nabi Muhammad (S.A.W) juga menjalankan kerjasama bersama mereka.
Kita boleh berniaga dengan mereka tapi dengan zionis tak boleh," kata Hadi.

“Pendekatan kita, kita boleh berniaga bekerjasama dengan orang bukan Islam," tambah beliau.

Jawapan Hadi itu dijangka mengapikan semula perbahasan mengenai pendirian Pakatan Rakyat terhadap hubungan Malaysia-Israel jika pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan persekutuan.

Jawapan Hadi seolah-olah menghalalkan hubungan tidak rasmi antara Malaysia dan rakyat Israel yang boleh mencakupi sektor perdagangan, sukan dan lain-lain, asalkan tidak membabitkan hubungan diplomatik rasmi.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan Israel boleh diiktiraf sebagai negara merdeka jika rejim itu bersedia menghormati hak rakyat Palestin.

Bagaimanapun Mursidul Am Pas Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat menolak sebarang bentuk pengiktirafan untuk Israel malah menganggap negara itu sebagai haram.

Berucap di majlis makan malam bagi mengutip dana untuk pilihan raya umum ke-13 di Pusat Konvensyen Shah Alam malam tadi, Hadi sekali lagi menggariskan kesediaan parti itu bekerjasama dengan bukan Islam malah meletakkan mereka sebagai calon pada PRU 13.

Bagaimanapun pemimpin bukan Islam di dalam Pakatan mahupun Pas harus menerima perjuangan Pas jika mahukan sokongan parti itu.

"Dewan ulama kita (Pas) telah buat keputusan untuk meletakkan calon bukan Islam dalam pilihan raya akan datang."

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Muslimat Pas Zailah Mohd Yusof, Timbalan Dewan Muslimat Pas Dr Mariah Mahmud dan pimpinan Pas pusat yang lain.

PengundiBaharu: "I support all effort to protect the security of the state of israel" - Anwar Ibrahim

Thursday, March 15, 2012

Wednesday, March 14, 2012

WAJAH SEBENAR 'PARASIT' MUNCUL DALAM KEGAMATAN PARLIMEN BEKENAAN ISU ANWAR SOKONG ISRAEL!


Imbas semula kenyataan Nik Aziz tarikh 22 Februari 2012:

DATUK SERI ANWAR, PALESTIN DAN ISRAEL

Pagi semalam, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.

Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulamak PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.

Majlis Syura Ulamak juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.

Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.

Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak, iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.

Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestin. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.

Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.

Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.

Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PNB Darby Park, Kuala Lumpur.
29 Rabi'ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012.

PengundiBaharu: YB PKR backup Anwar aku tak hairan. YB PAS, macam Khalid Samad. Betul2 Parasit!

NOH OMAR SAMAN ADUN SEKINCHAN DAN SELANGORKINI


KUALA LUMPUR, 14 MAC : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memberitahu pihaknya sudah pun memfailkan saman berjumlah RM20 ringgit kepada Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dan kerajaan negeri Selangor termasuk enam individu dari akhbar Selangorkini kerana memfintah beliau bersabit isu insentif pertanian.




Saman difailkan 9 Mac lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam ekoran penyiaran beberapa artikel dan gambar yang disiarkan Selangorkini dalam edisi mingguan bertarikh 25 November hingga 2 Disember 2011.

Menurut Noh, pendengaran kes berkenaan adalah diputuskan pada 22 Mac ini.

"Mereka cuba tunjuk saya sebagai seorang perasuah. Kerajaan PKR (Parti Keadilan Rakyat) Selangor bimbang bila tengok rakyat kembali sokong Barisan Nasional (BN) maka cuba membuat tindakan sedemikian," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Noh berkata, tindakan saman terbabit di ambil atas kapasiti peribadi memandangkan kerajaan negeri didakwa menjatuhkan reputasinya sebagai Ahli Parlimen, menteri dan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor.

Selangorkini menyiarkan artikel bertajuk 'Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan', 'Noh Omar khianat petani' dan 'Noh Omar lesap RM110 juta dan khianati petani' yang disifatkan Noh sebagai fitnah.

Selangorkini adalah akhbar milik penuh kerajaan negeri Selangor.

Sebelum ini, kehilangan wang insentif pertanian terbabit telah dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Di bawah rancangan tersebut, para petani diberikan RM650 bagi setiap tambahan 1 tan hasil padi.

Ng mendakwa para petani telah mengadu kepadanya bahawa mereka tidak memperoleh insentif setelah meningkatkan hasil padi.

Noh bagaimanapun sudah menjelaskan hal itu di Parlimen secara panjang lebar sebelum ini namun menyifatkan pembangkang sengaja memutarbelitkan fakta dan terus memfitnah beliau. - AntaraPos

PengundiBaharu: Saman Jangan Tak Saman!

Tuesday, March 13, 2012

MB KALID GAGAP DIINGATKAN SUPAYA TIDAK GILA KUASA!


SHAH ALAM, 14 MAC - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata usaha Yayasan Basmi Kemiskinan melaksanakan program transformasi lima tahun tidak akan berjaya selagi kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak memulangkan 473 ekar tanah di Serendah yang dirampasnya pada tahun 2010.





Tanah itu diambil alih ketika berlaku pergelutan kuasa yang menyaksikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim gagal mengangkat dirinya menjadi Pengerusi Baru YBK.

Najib berkata rampasan tanah itu meyebabkan projek-projek yang ingin dilaksanakan oleh YBK terjejas.

"Saya mendengar lakaran mengenai hala tuju YBK dalam tempoh 5 tahun yang akan datang. Projek yang akan dibangunkan YBK di Serendah. Saya dengar dan teliti. Tetapi ada satu kekangan yang agak besar. rancangan ini adalah di atas tanah yang dirampas kerajaan negeri.

"Oleh itu nampaknya pelan transformasi lima tahun ini bersyarat," katanya pada ucapan perasmian Pelancaran Program Transformasi lima tahun YBK di Shah Alam Convention Center (SACC) semalam.

YBK ditubuhkan pada tahun 1990 di atas insiatif Barisan Nasional untuk menjalankan program-program pembasmian kemiskinan .

Dalam ucapannya sempena pelancarkan program lima tahun itu semalam, Najib mempersoalkan keperluan kerajaan negeri menyekat YBK daripada memiliki tanah itu.

“Kenapa letakkan “caveat” pada tanah itu ..adakan kerana Khalid mahu menjadi Pengerusi YBK,” tanya beliau.

Pada majlis itu, Najib sekali lagi member jaminan bahawa program-program untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan peniaga kecil akan rancak dilaksanakan sekiranya BN diberikan semula mandat untuk mentadbir Selangor.

"Dalam satu lawatan yang saya buat di gerai-gerai di kompleks di sini (Kompleks PKN Shah Alam). ada yang menyeru supaya kerajaan pusat mengambil alih kompleks itu kerana kadar sewanya telah naikkan seratus peratus.

"Daripada ambil alih kompleks itu, adalah lebih mudah jika kita ambil alih kerajaan negeri Selangor," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin. - AntaraPos

PengundiBaharu: Pakatan Rakyat Selangor Bakal Tumbang. InsyaAllah!

MUSLIMAT PAS MAHU SHAHRIZAT PERTAHANKAN DIRI - HAPRAKDAILY


KUALA LUMPUR, 12 Mac: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mempertikai keputusan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tanpa mengemukakan bukti bahawa beliau tidak bersalah.

Timbalan Ketua DMPP, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, sekiranya Shahrizat benar-benar tidak terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation (NFCorp), beliau perlu mempertahankan diri.

"Memang dari segi siasatan SPRM sampai sekarang belum ada apa-apa keputusan. Beliau meletakkan jawatan atas desakan. Sekiranya dia yakin yang dia tidak bersalah dan tak ada kena mengena dengan dana NFC, pertahankan diri.

"Kalau saya, saya akan pertahankan diri. kalau saya tidak bersalah, pantang orang sebut saya bersalah," kata beliau ketika ditemui selepas istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Kota Raja itu juga berkata, hanya dengan mengatakan Shahrizat tidak bersalah, namun ingin mengundurkan diri demi kebaikan Umno BN, itu bukan pembelaan diri yang baik.

"Saya juga bersimpati (terhadap Shahrizat) kerana apabila dakwaan-dakwaan ini tidak dipertikai atau tidak ditolak dengan bukti-bukti yang kukuh, maka ia akan tinggal sebagai dakwaan dan Shahrizat tidak ada peluang membela diri.

"Bagi saya tidak adil seseorang itu tidak diberi peluang membela diri dan setakat mengatakan dia tidak ada kena mengena dengan perkara ini, itu bukan satu pembelaan diri yang baik," katanya.

Sehubungan itu ujar beliau, perkara ini harus dijadikan iktibar oleh semua pihak sama ada kerajaan atau Pakatan Rakyat iaitu jawatan seseorang itu dalam kerajaan tidak boleh diambil kesempatan oleh ahli keluarga untuk mendapatkan apa-apa projek.

"Dari segi undang-undang dana itu diberi secara sah oleh kementerian. Sekarang ini persoalannya ialah kenapa diberi kepada keluarga Shahrizat dan dana itu digunakan untuk apa?

"Jadi sebagai peringatan kepada semua menteri atau bakal menteri atau semua yang memegang jawatan kerajaan, kita tidak boleh ada kepentingan ataupun keluarga kita sendiri pun tidak boleh mendapat peluang ini melalui jawatan yang kita pegang.

"Kalau seseorang menteri boleh mengatakan sesuatu kontrak itu diberi tidak ada kena mengena dengan dia, dia kena beri bukti.

"Ini bukan sahaja untuk kerajaan BN tapi untuk mana-mana kerajaan hatta Pakatan Rakyat sekalipun, setiap penjawat mesti sedia berkorban bahawa ahli keluarga tidak boleh dapat manfaat daripada jawatannya," tegasnya.

Semalam, Shahrizat mengumumkan pengundurannya apabila tempoh pelantikannya sebagai Anggota Dewan Negara tamat pada 8 April ini.

Bagaimanapun, beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan Ketua Wanita BN. - Haprakah

PengundiBaharu: Zuraidah Mak Lampir apa cerita?

Sunday, March 11, 2012

PENGORBANAN SHAHRIZAT DEMI DAHULUKAN PARTI - AHMAD MASLAN


Alor Gajah, 11 Mac - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mendahulukan kepentingan pandangan umum daripada kepentingan jawatan rasmi beliau sebagai Menteri.

Walau kes NFC masih disiasat, namun tentu dia mahu persepsi rakyat diperbetulkan dalam isu berkaitan.

"Ini adalah suatu pengorbanan yang wajar dihargai oleh semua pihak.

Beliau masih tetap diperlukan khidmatnya sebagai Ketua Wanita UMNO dan Pengerusi Wanita BN kerana ramai akui kegigihan dan usaha beliau memimpin wanita sejak memegang jawatan itu," ujarnya mengulas tentang perletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat sebagai Menteri selepas selesai Program Penerangan Jalinan Rakyat Wanita BN di Alor Gajah.

Tambahnya, jawatan Menteri juga adalah hak lantikan Perdana Menteri termasuk untuk sambungan penggal sebagai Senator. Oleh itu terserah kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan tentang jawatan Kabinet itu..

"Pembangkang juga tidak wajar membuat kesimpulan yang mengelirukan dengan perletakan jawatan itu seperti menuduh ianya sebagai tanda Shahrizat bersalah.

Kes suami beliau belum dibawa ke mana-mana mahkamah lagi, kita ada prosedur perundangan dan seseorang itu adalah tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah," tambahnya.

Namun, Shahrizat tentunya telah mengkaji kesan tindakan beliau meletakkan jawatan bagi memudahkan penyiasatan seterusnya dilakukan.

SPRM yang telah membuat penyiasatan wajar segera umumkan samada wujud atau tidak penglibatan yang melanggari mana-mana peraturan.

"Jika Shahrizat didapati tidak bersalah, pengumuman mengenainya wajar dibuat segera bagi jernihkan suasana," ujarnya.

PengundiBaharu: Steady Kak Ijat

KAK IJAT LETAK JAWATAN?


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April ini selepas tamat penggal sebagai Ahli Dewan Negara.

Bagaimanapun, beliau akan terus menerajui Wanita UMNO bagi menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh akar umbi.

"Surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini. Peletakan jawatan itu akan berkuat-kuasa pada 8 April ini," katanya di sini, sebentar tadi.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu sidang media selepas merasmikan "Majlis Karisma Keluarga: Jalinan Kasih" di Taman Tema Desa Waterpark, di sini.

Pengunduran beliau dalam barisan Kabinet itu dipercayai ada kaitan dengan isu Pusat Fidlot Nasional. (NFC) yang menjalankan ternakan lembu di Gemas, Negeri Sembilan yang didakwa wujud penyelewengan serta membabitkan ahli keluarganya.

Isu itu tercetus berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu yang menyentuh mengenai pengurusan NFC kerana berdepan masalah apabila sasaran pengeluarannya dikurangkan daripada 60,000 ekor lembu kepada 8,000 lembu.

Pada 13 Januari, Shahrizat mula bercuti daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selama tiga minggu. - Berita Harian

Friday, March 9, 2012

PAS SURUH PKR 'UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI'



KUALA TERENGGANU, 10 MAC : Hasrat PKR untuk bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga Parlimen di negeri itu dikecam pimpinan Pas termasuk Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Azman Shapawi yang meminta parti itu "mengukur baju di badan sendiri."

Menurutnya, parti itu perlu sedar dengan suasana dan perkembangan politik semasa yang dikuatiri boleh menjejaskan usaha pembangkang menawan Terengganu.

“Kita minta dia (PKR) ukur baju di badan sendiri. Dengan suasana yang ada hari ini, mereka tidak patut bercakap sebebasnya, lebih-lebih lagi perlu mengambil kira pandangan Pas yang menjadi tunggak parti pembangkang di negeri ini,” katanya lapor Sinar Harian.

Azman Shapawi dalam nada sinis berkata, jika parti itu mengikut apa yang diidamkan, sudah tentu mereka mahu ‘makan banyak walaupun benda yang diidamkan itu tidak boleh dimakan’.

“Kalau tanya kita mahu idam berapa kerusi, sudah tentu kita mahukan 32 kerusi DUN tetapi dalam budaya persahabatan kita tidak boleh berlaku begitu dan perlu mengambil kira semua keadaan. Kita harap PKR mengambil kira juga perkara itu,” katanya.

Azman Shapawi berkata, PKR tidak sepatutnya menyatakan hasrat mereka sewenang-wenangnya, sebaliknya ia perlu merujuk kepada Pas terlebih dahulu sebagai rakan pakatan dan yang lebih berpengalaman di negeri ini.

Lebih-lebih lagi katanya, perkara itu belum ada keputusan muktamad daripada pimpinan PR pusat.

Beliau yang turut melahirkan rasa terkilan dengan pendedahan PKR berkata, parti itu perlu memikirkan banyak perkara sebelum mendedahkan hasrat mereka kerana ia mungkin menimbulkan tanggapan kurang selesa terutama di kalangan petugas-petugas parti.

Jelasnya, walaupun tiada rungutan secara rasmi daripada peringkat bawah mengenai cadangan kerusi yang dihasratkan PKR itu, namun beliau tidak menafikan timbul cakap-cakap mengenai hasrat PKR itu.

“Kita ada dengar cakap-cakap di peringat akar umbi dan kita bimbang mereka akan terasa dengan perkara itu,” katanya.

PengundiBaharu: Pakatan Rapuh!

"POPULARITI NAJIB NAIK" - MERDEKA CENTER


SHAH ALAM - Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengalami peningkatan semula berbanding kedudukan Ogos lalu, kata kajian kendalian Merdeka Center hari ini.

Kajian terbaru firma itu menunjukkan kadar populariti beliau meningkat kepada 69 peratus berbanding 59 peratus Ogos lalu, selepas ia mengalami penurunan jika dibandingkan dengan kedudukan tahun 2010.

Kajian Ogos lalu dikendalikan kira-kira sebulan selepas Perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara. Sejak itu Najib mengumumkan beberapa pembaharuan sosiopolitik.

Populariti Najib, hasil kajian berkala Merdeka Center, telah menurun ke paras 59 peratus pada Ogos lalu selepas mencatat paras paling tinggi iaitu 72 peratus pada Mei 2010.

Populariti 69 peratus kali ini sama dengan paras yang direkodkan pada Mac 2010 iaitu 14 bulan selepas menjadi Perdana Menteri.

Pada Mei 2009, lebih sebulan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri yang keenam, populariti Najib adalah sekitar 45 peratus.

"Angka ini hasil usaha (kerajaan) memperbaiki 'mood' rakyat berhubung keadaan ekonomi secara umum dan pengagihan dana Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk mengatasi beban ekonomi keluarga miskin," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian dalam satu kenyataan.

Menurut Ibrahim, sokongan ke atas kepimpinan Najib sangat tinggi di kalangan isi rumah berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan iaitu sekitar 78 peratus.

Seramai 80 peratus masyarakat India dan 74 peratus kaum Melayu dalam kumpulan pendapatan itu memberi sokongan positif ke atas kepimpinan Najib, yang juga Menteri Kewangan dan Presiden Umno. Najib juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).



Kajian terbaru Merdeka Center kali ini juga menunjukkan bahawa rasa puas hati sangat tinggi di kalangan responden yang berusia 50 tahun dan ke atas.

Seramai 73 peratus responden berusia 50 tahun dan ke atas berpuas hati dengan pendekatan Najib berbanding hanya 64 peratus di kalangan mereka berusia 21 hingga 30 tahun.

"Hasil kajian juga menunjukkan bahawa sehingga satu pertiga responden yang condong ke arah Pakatan Rakyat dilihat berpuas hati dengan Perdana Menteri - yang menunjukkan bahawa sokongan sedemikian tidak semestinya akan diterjemahkan dalam bentuk undi kepada parti pemerintah (Barisan Nasional)," kata beliau lagi.

Dalam ulasannya juga, Ibrahim berkata, pihaknya berpendapat bahawa peningkatan kembali populariti adalah ekoran inisiatif-inisiatif mesra rakyat dan langkah mahu memperbaiki amalan demokrasi, antara memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti dan pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Pilihan Raya.

Meskipun kadar puas hati ke atas Perdana Menteri tinggi, kata Ibrahim, kajian yang sama menunjukkan bahawa pengundi masa was-was dengan kerajaan persekutuan.

"Hanya 48 peratus responden berkata mereka gembira dengan kerajaan," kata beliau.

"Kajian juga menunjukkan bahawa pandangan positif terhadap kerajaan sangat tinggi di kalangan pengundi berusia tetapi rendah di kalangan pengundi muda, dengan hanya 39 peratus pengundi di bawah 30 tahun gembira dengan kerajaan berbanding 54 peratus di kalangan mereka berusia 60 tahun dan ke atas," katanya. - Sinar Harian

Thursday, March 8, 2012

SBPA BATAL, SSM KEKAL DAN DITAMBAH BAIK


PUTRJAYA 8 Mac – Berikut inti pati pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

* Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

* Penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan bagi penjawat awam pada masa depan.

* Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 iaitu bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

* Jadual gaji matriks diubah suai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

* Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

* Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekal pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.

* Keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip “time-based” Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumum dalam Bajet 2012 dikekalkan. - UTUSAN

PengundiBaharu: Senyum tak perlu kata apa-apa...

Wednesday, March 7, 2012

"JENTERA PILIHANRAYA BN KENA GUNA GEAR 5!" - AHMAD MASLAN


KANGAR: Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mahu semua jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) khususnya Umno, bergerak pada kelajuan 'gear lima' bagi menghadapi pilihan raya umum yang semakin hampir.

"Pilihan raya umum akan tiba tidak lama sahaja lagi dan 8 Mac ini genap empat tahun penggal pilihan raya umum yang ke-12. Pilihan raya jarang melangkaui jauh melebihi empat tahun.

"Oleh itu ia mungkin tinggal satu, dua, tiga, empat atau lima bulan sahaja lagi. Perdana Menteri sedang mencari ilham (bila tarikhnya). Tidak mungkin ia sampai lima tahun," katanya berucap pada majlis penerangan pemimpin dan anggota Umno dan BN Perlis, di sini malam Selasa.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut meminta anggota Umno dan BN agar menjelaskan kepada rakyat akan pentingnya BN diberi mandat memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya hanya dengan cara ini sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh meneruskan usaha melaksanakan pelbagai program transformasi yang dirancang kerajaan.

Jangan biarkan rakyat terpengaruh dengan janji pembangkang yang jelas hanya janji kosong kerana gagal dilaksanakan di negeri yang ditadbir mereka, kata Ahmad. - BERNAMA

 PengundiBaharu: Gear Lima!

Sunday, March 4, 2012

NAJIB SEDIA DEBAT DENGAN ORANG BERFIKIRAN MUNASABAH


KUALA LUMPUR 5 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa saja yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan yang serius mengenai masa depan negara.

Perdana Menteri berkata, bahawa sebagai seorang ahli politik dalam sebuah negara demokrasi, beliau tidak dapat elak daripada orang bercerita perkara buruk mengenai diri beliau.

"Jika saya tidak boleh menerima hakikat ini, maknanya saya telah buat pilihan kerjaya yang salah.

"Saya terima dengan adanya. Saya sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa, sama ada lelaki atau perempuan, yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan saya hargai suasana politik di Malaysia yang meriah,” katanya dalam entri terbaru bertajuk “Kebenaran Mengenai Malaysia” dalam blog beliau di www.1malaysia.com.my.

Bagaimanapun, Najib berkata, ada satu garis di mana perdebatan demokratik berakhir dan digantikan pula dengan penyalahgunaan, penipuan dan penyalahgambaran.

"Mereka yang serius mengenai masa depan negara kita harus cuba untuk tidak menyeberangi garisan ini,” katanya. - BERNAMA

KRISIS KEDAH: PHAHROLRAZI DAN ISMAIL DI ARAH SERTAI SEMULA EXCO


KUALA LUMPUR, 5 MAC : Jawatakuasa Kerja Pas Pusat hari ini mengarahkan kedua-dua Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh untuk kembali menyertai Exco Kerajaan Negeri setelah mereka enggan dilantik semula kerana menentang kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Pimpinan Pas Pusat turut menetapkan bahawa Azizan akan terus menjadi Menteri Besar dan Pesuruhjaya Pas Kedah,kata Setiausaha Agung parti Datuk Mustafa Ali pada sidang akhbar sebentar tadi.

"Datuk Seri Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar Kedah. (Juga) kedua-dua Exco, Datuk Pharolrazi dan Ismail Salleh perlu kembali semula sebagai Exco Pentadbiran negeri Kedah," kata beliau.

Mustafa berkata Phahrolrazi dan Ismail belum memberikan jawapan kepada keputusan Jawatankuasa Kerja Pusat sungguhpun beliau optimis mereka akan menerimanya.

"Kita sudah memaklumkan secara lisan kepada kedua-dua Exco secara rasminya mereka dilantik semula tetapi jawapan rasmi belum lagilah," katanya.

Ditanya apakah tindakan Pas Pusat jika Phahrolrazi dan Ismail tidak mahu menerima keputusan itu, Mustafa menggesa semua pihak untuk tidak membuat andaian.

Bagaimanapun beliau membayangkan bahawa dua pemimpin berkenaan bersetuju untuk menerima keputusan Pas Pusat.

“Semuanya yang terlibat menyebut apa-apa pun (mereka) serah kepada Pas Pusat untuk diputuskan dan kita telah membuat keputusan itu," ujar beliau.

Ditanya sama ada kedudukan Azizan sebagai Pesuruhjaya Pas dipertikaian pada mesyuarat di Kediaman Menteri Besar Kedah Sabtu lalu, Mustafa berkata "saya tak tahu....kami tak tahu...tiada pula," katanya.

Sidang media hari ini diadakan 48 jam selepas mesyuarat enam jam di antara rombongan Pas Pusat, Azizan dan Phahrolrazi di Alor Setar pada Sabtu lalu bagi menyelesaikan krisis kepimpinan Kedah yang paling buruk sejak pilihan raya umum 2008.

Beberapa perkembangan yang menyusul selepas “misi damai” di Alor Setar itu menyebabkan pelbagai pihak masih mempersoalkan sama ada krisis itu selesai berikutan pengumuman Mustafa hari ini.

Phahrolrazi difahamkan berusaha menemui Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan sokongan ekoran keengganannya untuk dilantik semula ke jawatan itu yang akan tamat tempoh pada Rabu ini.

Beliau dan Ismail diaporkan mahu seorang pemangku Menteri Besar dilantik menggantikan Azizan kerana beranggapan beberapa tindakan Azizan akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat mempertahankan Kedah pada PRU 13.

Mustafa berkata beliau tidak tahu mengenai hasrat Phahrolrazi bertemu dengan Nik Aziz.

"Saya tidak tahu yang Phahrolrazi hendak berjumpa Tok Guru Nik Aziz, saya, saya tidak tahu apa-apa," katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden Pas Sallahudin Ayub yang hadir pada mesyuarat di Alor Setar itu, yakin Phahrolrazi dan Ismail akan akur dengan keputusan Jawatankuasa Kerja Pusat parti.

"Kedua-dua berpihak bersetuju untuk patuh pada Pas Pusat. Saya rasa tiada masalah untuk mereka bersetuju, itu keyakinan kami, Insya-Allah," katanya. - AntaraPos

Friday, March 2, 2012

KBS TAJA HASSAN ALI, MAHFUZ SAKIT OTAK!


KUALA LUMPUR, 2 MAC : “Mahfuz (Omar) ini sakit otak dan perlukan kaunseling”, itu komen spontan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam menolak dakwaan kononnya kementerian beliau membiayai program ceramah bekas Ahli Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.





“Apa yang dia cakap itu semua bohong dan tidak berasas dan kebudak-budakkan" kata Ahmad Shabery kepada Antarapos.com ketika diminta mengulas dakwaan Naib Presiden Pas itu.

Pagi tadi, Mahfuz mendakwa sebuah unit strategik di Kementerian Belia dan Sukan menyediakan dana RM30 juta untuk membiayai program Hasan selaku peneraju pergerakan Jalur Tiga (JATI) setelah dipecat daripada Pas Januari lalu.

Mahfuz menuntut penjelasan daripada Ahmad Shabery sambil mendakwa Hasan diberi peruntukan yang besar menerusi Kementerian Belia dan Sukan itu untuk menarik sokongan belia terhadap Barisan Nasional.

Ahmad Shabery menolak tuduhan Mahfuz dan mencabar beliau untuk menyamannya.

“Saya nak suruh dia saman saya. Dia perlukan rawatan psykiatrik dan kaunseling daripada kawan-kawan dia di dalam PKR," tambah beliau.

Ahmad Shabery berkata tuduhan liar Mahfuz itu adalah untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada kemelut kepimpinan Pas di Kedah.

“Saya rasa dia cuba alihkan pandangan masyarakat daripada kemelut apa yang berlaku di Kedah sekarang yang tidak dapat diselesaikan," katanya.

Ahmad Shabery juga tidak menolak kemungkinan Mahfuz melontar tuduhan sebegitu untuk mengekang sambutan hangat kalangan anggota Pas terhadap ceramah-ceramah Hasan Ali.

“Apa yang saya tahu Hasan Ali, bila dia pergi ke seluruh negara, dia berjaya menarik penyokong-penyokong Pas dan ini kemungkinan menjadikan pemimpin Pas begitu panik sekali dan terkial-kial mencari macam mana Hasan Ali boleh jadi begitu popular daripada mereka," kata beliau.

Ahmad Shabery menegaskan beliau secara peribadi tidak mengenali Hasan dan kementeriannya tidak ada kena mengenai dengan sebarang program bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu.

"Saya sendiri pun tidak pernah jumpa Hasan Ali, saya tidak pernah bersua dengan dia, tidak pernah jumpa dengan dia. Saya tidak pernah berbincang dengan dia dan saya tidak tahu mana mana dia pergi berjuang ke seluruh negara,” kata beliau.

Beliau berkata kementeriannya sendiri melaksanakan banyak program yang disasarkan kepada belia.

“Program kita pun banyak dan Hasan Ali pun tiada kena mengena dengan program kita. … kalau berbelanja besar pun , (program seperti) Le Tour De Langkawi, Monsoon Car yang ramai belia-belia sokong dan seronok (sehingga) program kita berjaya,” kata beliau. - AntaraPos

PengundiBaharu: Mahfuz yang bengong...

ANWAR IKTIRAF ISRAEL, PKR TOLAK LAPORAN TV3.


SHAH ALAM, 2 MAC : Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak laporan media bahawa pimpinan Hamas tidak menerima pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Israel boleh diiktiraf tetapi dengan syarat tertentu.


Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution berkata Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mashael sendiri menerima penjelasan itu dalam pertemuan dengan Anwar di Doha, Qatar kira-kira tiga minggu lalu.

Media arus perdana hari ini memetik TV3 sebagai melaporkan bahawa Timbalan Khaled, Mousa Abu Marzook menolak pendirian Anwar itu kerana Hamas tidak sama sekali akan mengiktiraf rejim Zionis Israel.

Mousa dilaporkan memberitahu TV3 bahawa kewujudan negara Israel mengganggu sistem pengurusan, serta menggugat kesucian Masjid Al-Aqsa. Saifuddin tidak mahu mengulas kenyataan Mousa.

Bagaimanapun beliau menegaskan Anwar mengadakan perbicangan dengan Khaled selaku pemimpin tertinggi Hamas dan membayangkan Mousa tidak hadir pada pertemuan itu.

"Pandangan yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar adalah berasaskan perbincangan yang dibuat oleh beliau, Yusof Al-Qaradawi, Khaled Masheal di Doha, Qatar tiga minggu lepas. Maknanya, kenyataan itu disampaikan terus oleh Khaled Masheal kepada dia (Anwar),” kata Saifuddin.

Tegas beliau, dalam pertemuan dengan Khaled, Anwar tidak pernah mengiktiraf Israel tanpa sebarang pra syarat.

Antara pra syarat itu adalah bumi Palestin harus dibebaskan daripada cengkaman rejim Zionis itu.

“Datuk Seri Anwar pun tidak mengiktiraf Israel, Hamas tak pernah iktiraf Israel. Pengiktirafan itu hanya datang bersyarat (iaitu) jika sekiranya Israel mengiktiraf Palestin, pulangkan Baitulmaqdis, kembalikan pelarian Palestin, hentikan penerokaan tanah...itu yang disebut oleh Anwar.

"Jadi bila Hamas kata dia tidak mengiktiraf Israel tidak ada bezanya dengan pendirian Datuk Seri Anwar,"tegasnya.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty turut mengesahkan pertemuan antara Anwar dan Khaled turut dihadiri tokoh ulama terkemuka, Profesor Dr Sheikh Yusuf Al-Qardawi.

"Kita berpegang kepada apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar selepas berjumpa dengan Khaled Masheal dihadapan Yusof Al-Qaradawi,” kata Manuty.

“Khaled Masheal menyatakan sebaik sahaja Anwar menggunakan perkataan ‘contingent’(bersyarat) dalam isu Israel-Palestin, maka mereka telah berpuas hati dan mempunyai kenyakinan kepada Anwar," katanya.

Manuty berkata wawancara Anwar dengan Wall Street Journal bulan lalu tidak menjejaskan hubungan beliau dengan Hamas.

"Saya masih yakin bahawa Anwar Ibrahim itu mempunyai hubungan intim dengan pimpinan gerakan Hamas dan gerakan Islam serta mereka saling percaya-mempercayai antara satu sama lain.

Anwar mendedahkan hasil perjumpaannya dengan Khaled selepas menjelaskan pendiriannya kepada Murshidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat minggu lalu.

Nik Aziz berkata Pas menolak pendirian Anwar itu kerana Israel adalah sebuah negara haram dan tidak boleh diiktiraf dalam apa keadaan sekali pun. - AntaraPos.

PengundiBaharu: Undi Pakatan = Undi Israel

Thursday, March 1, 2012

VIDEO: HASSAN ALI YANG TUDUH DIA 'BAPAK PARASIT', UMNO JUGA YANG SALAH...


TEMPAT: KIDU ATAU KOLEJ ISLAM DARUL ULUM, KEDAH.

TARIKH: 11 FEBRUARI 2012

PART 1


PART 2


PART 3


PengundiBaharu: 'Bapak Parasit' nih hanya tahu salah UMNO jer. Tak mahu sentuh pasal isu murtad DUMC... Why?? Why?!!!!!

USTAZ FATHUL BARI TEGUR TUN M BERKENAAN HUDUD



PengundiBaharu: Tanyalah Pada Yang Pakar...

KENYATAAN AHMAD MASLAN BERHUBUNG ISU SURAT TUN M KEPADA PM ISRAEL


1. Pendedahan 3 surat Tun Dr M kpd 3 Perdana Menteri Israel pada tahun 1993, 1997 & 1999 melambangkan ketelusan kerajaan berhubung isu Israel Palestin yg dicetuskan baru-baru ini.

2. Sekali lagi ia membuktikan bahawa kerajaan adalah konsisten dlm pendirian menyokong perjuangan Palestin & tegas berhubung keganasan regim Israel. Kandungannya melambangkan pandangan berani & betul bekas PM Msia itu yg amat membanggakan kita sebagai rakyat Msia.

3. Ini juga membuktikan bahawa tuduhan pembangkang yg pendirian kerajaan berubah-ubah terhadap isu Israel Palestin adalah tidak benar.. Surat dalam internet yg dipercayai disebar oleh pihak yg tidak bertanggungjawab itu juga adalah tidak benar.

4. Pastinya kenyataan Ketua Pembangkang yg berbunyi ''I support all efforts to protect the security of the state of Israel'' dalam WSJ merupakan kesilapan besar pendirian beliau, tersasar jauh drpd prinsip keadilan & kebenaran jika dibanding pendirian Kerajaan.

5. Pimpinan UMNO & BN yg diketuai oleh DS Mohd Najib Tun Razak tetap mempertahankan pendirian Kerajaan yg menentang segala bentuk kezaliman Israel terhadap umat Islam Palestin yg dijajah & dizalimi hampir setiap masa.

6. Rakyat Malaysia pelbagai kaum juga secara majoritinya bersama Kerajaan dlm mempertahankan hak2 rakyat Palestin & mengharapkan agar keamanan berteraskan keadilan sejagat akhirnya bersinar di bumi Palestin & BaitulMaqdis..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...