Monday, October 29, 2012

ABIM BANTAH PENAYANGAN FILEM MY NAME IS KHAN DI TV3




AIDCNews – 28/10/12 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) seperti dilaporkan Malaysian Insider mengecam penayangan filem “My Name is Khan,” lakonan Datuk Shah Rukh Khan oleh stesen TV3 semalam sempena dengan sambutan Aidiladha.

Menurut ABIM penayangan filem pada hari kedua raya Aidiladha tersebut tidak wajar dilakukan oleh sebuah stesen televisyen utama Malaysia kerana cuba mengetengahkan fahaman Islam Liberal dan pluralisme agama yang mengelirukan.

ABIM turut menegaskan filem tersebut tidak mencerminkan imej agama Islam yang sebenar serta bertentangan dengan syariat sambil menyelar pihak TV3 yang tidak terlebih dahulu membuat kajian sebelum menayangkannya.

“Watak utamanya dibawa oleh Shah Rukh Khan jelas menjengkelkan. Aksi beliau dalam cerita itu membayangkan tahap kefahaman pengarah, penulis skrip, dan pelakon mengenai Islam begitu memalukan.

“Sebagai contoh,adegan hero yang berkahwin dengan heroin (dalam filem ini) yang beragama Hindu jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Menerima dan mencampuraduk cara penyembahan agama lain dengan Islam sebagai agama adalah sama jelas bercanggah dengan prinsip Islam,” katanya.

NGO tersebut turut mendakwa, filem tersebut akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat Islam di Malaysia kerana pendekatan yang digunakan dalam filem tersebut mewujudkan satu lagi kekeliruan menerusi konsep Islam Liberal

“Fahaman Islam Liberal ini pekat dengan rasa apologetik dan menenggelamkan sumber asas dan mengenepikan pandangan ulama muktabar. Begitu juga dengan nilai yang cuba disejajarkan dengan selera Barat yang menyisih intipati ajaran Islam itu sendiri”, katanya lagi.

Pada 2 Februari 2011, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dilaporkan portal Mkini dotcom berkata “nama saya Anwar dan saya bukan pengganas,” katanya, ketika meniru watak yang dimainkan oleh bintang terkemuka India, Shah Rukh Khan.

Anwar berkata begitu ketika menafikan beliau mempunyai kaitan dengan pengganas dan menjadikan subjek lakonan Shah Rukh Khan, “My Name is Khan” sebagai perbandingan dirinya.

PengudiBaharu: My Name Is Anwar, and im...


Wednesday, October 24, 2012

2 WAJAH hamPAS: BERANI DEMO DEPAN IBUPEJABAT MCA TETAPI KECUT DEMO DEPAN PEJABAT DAP!!!

PAS DAN PKR: BANTAH CSL



LIM KIT SIANG: TOLAK NEGARA ISLAM

   

 LIM GUAN ENG: TOLAK HUDUD KERANA TIADA DALAM PERLEMBAGAAN

   

 KARPAL SINGH: KONSISTEN MENENTANG HUDUD

 

ANWAR IBRAHIM: HUDUD BUKAN POLISI PAKATAN


PengundiBaharu: Tuan Guru Hadi Awang kata, "DAP berhak tolak Hudud..."

Monday, October 22, 2012

MALAYSIA SEBUAH NEGARA KRISTIAN?

Oleh Helen Ang (Tajuk asal Lagu kontroversi dengan mesej “Malaysia belongs to Jesus”)

Mutakhir: Rupa-rupanya ada Facebook Malaysia belongs to Jesus!’ yang digemari (‘Like’) oleh 41,214 orang (screenshot sini). — 4.50pm
Kalian masih ingat lagi tak? Saya pernah memblog bahawa hati merah adalah lambang ‘sacred heart’ Kristian?
Juga saya bertanya kenapa logo Hari Merdeka Pakatan ada mengandungi elemen-elemen Kristian burung merpati Roh Kudus, hati merah dan nyalaan api Holy Spirit.
Nah, cuba tengok gambar yang dipaparkan dalam video lagu Harapan Bangsa yang dinyanyikan oleh Jaclyn Victor.
Jakim
telah digesa untuk sedang menyiasat lagu ini yang mengandungi senikata seperti berikut:
“Yesus engkaulah harapan segala bangsa”
“Setiap suku setiap kaum dan setiap bangsa kan menyembah di takhta mu dan nyatakan bahawa Yesus lah Tuhanku”
“Yesus engkaulah harapan segala bangsa”
“Setiap bangsa kan mengalami pemulihan”
Wajib anda menghalusi dengan teliti senikata beserta imajan-imajannya sekali.
Perhatikan di bawah:
  • Gambaran Triniti: Bapa Tuhan, Yesus dan Roh Kudus (burung merpati)
  • Seruan kepada Tuhan Krisitian “Engkaulah harapan negara ini”
  • “Kaulah satu-satunya harapan di bumi Malaysia”
  • Lambang salib “beri pengharapan kepada …”
  • “Kau [Yesus] kan pulihkan Malaysia
  • Rangkap “Malaysia arah tujuanmu kan berubah, Engkau tidak akan sama lagi, Engkau akan melihat perubahan nyata, Setiap bangsa kan mengalami pemulihan pemulihan”
  • Lambang salib yang mengiringi lirik kata-kata “perubahan nyata”
Klik x2 untuk besarkan supaya boleh dilihat dengan lebih jelas

Rangka (frame) penutup video memuatkan ayat

“Malaysia belongs to Jesus”

Ungkapan tersebut mengimbas kepada laungan “Rise up it’s time to take Subang for Jesus” di acara Subang Rally.
Adun Subang Jaya Hannah Yeoh adalah ‘penaung’ yang telah memberi sumbangan tunai selama bertahun-tahun kepada Subang Rally serta dijemput untuk menyampaikan ‘tazkirah’ kepada para hadirin yang terdiri daripada golongan muda-mudi.

Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)." - Ali Imran ayat 64

Thursday, October 18, 2012

SAMM, SUARAM JELAJAH NEGARA TERANG ISU SCORPENE #SUARAKEADILAN #PKR




Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah gerakan aktivis anak muda akan bekerjasama dengan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) untuk menjelajah ke seluruh negara menerangkan Isu Skandal Scorpene, iaitu pembelian Kapal Selam negara yang melibatkan bukan sekadar kehilangan bilion wang negara tetapi turut melibatkan penjualan rahsia ketenteraan negara.
Pembelian yang melibatkan komisyen (rasuah) yang tinggi ini turut terkait dengan beberapa kes sensasi negara yang lain. Pada masa itu Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Menteri Pertahanan yang sudah tentu terlibat secara langsung dalam pembelian alatan ketenteraan tersebut.


Suaram telah membawa kes ini untuk dibicarakan di Peranchis. Panik dengan perkembangan itu regim penguasa telah menyerang Suaram kononya sebagai sebuah organisasi tidak berdaftar dan menerima dana asing... http://www.keadilandaily.com/?p=38019

Suaram: "Tidak ada perbicaraan Scorpene"
KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini mengesahkan tidak ada perbicaraan bersabit skandal pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia yang berlangsung di mahkamah Perancis. 
Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel mendakwa badan bukan kerajaan (NGO) tersebut sebelum ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan perbicaraan berkenaan namun menyifatkan ianya disalah erti oleh media tempatan.
"Semua kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini oleh Suaram menggunakan perkataan 'siasatan kehakiman' dan 'penyiasatan'.
"Tidak pernah Suaram menggunakan perkataan "perbicaraan' dalam kenyataan kepada umum sebelum ini," katanya kepada pemberita. 
Cynthia yang dilihat cuba mempertahankan Suaram berkata, hanya aduan tentang pembelian kapal selam Scorpene telah dibuat kepada mahkamah Perancis agar siasatan lanjut dapat dilakukan.
Suaram dalam laporan-laporan berita sebelum ini dilihat tekad untuk terus membongkar skandal Scorpene walaupun kerajaan mengenakan pelbagai tekanan ke atas pertubuhan itu.
"Dalam semua kenyataan sebelum ini, Suaram jelas menyatakan bahawa aduan yang difailkan pada akhir tahun 2009, telah membawa pendakwa Perancis untuk menyiasat bukti prima facie yang mencukupi agar siasatan dapat dilakukan di mahkamah terbuka," ujarnya.
Beliau selain itu menafikan badan tersebut cuba untuk mempengaruhi dan mengelirukan umum tentang perkembangan isu tersebut.
"Suaram juga tidak pernah mengelirukan rakyat Malaysia tentang perkembangan dan fakta kes Scorpene seperti yang didakwa oleh media yang dimiliki oleh kerajaan Barisan Nasional," tegasnya.
Baru-baru ini enam NGO tempatan membuat laporan polis bagi mendesak tindakan segera diambil terhadap Cynthia yang ingin membawa masuk dua peguam asing bagi memberi taklimat kepada ahli Parlimen mengenai isu pembelian kapal selam Scorpene.
Enam NGO terbabit ialah Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Jaringan Melayu Muda Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Lembaga Kesedaran Pencegah Jenayah serta Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna. - AntaraPos

PengundiBaharu: Kononnya SUARAM menerima dana asing...?

DENGAN SATU KLIK SAHAJA ANDA BOLEH DAPAT JAWAPANNYA... KLIK!

Sunday, October 14, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...