Monday, October 3, 2011

WOW!: Pakatan tawar RM6k sebulan pada Blogger UMNO!



Ada seorang pemimpin UMNO Terengganu mendakwa blog saya, catatanzabidi.blogspot.com tidak membantu UMNO Terengganu. Saya kira pemimpin itu tidak pernah membaca blog saya kerana blog saya banyak mengutuk pemimpin PAS. Bila mengkritik PAS, maknanya bolehlah membantu UMNO.

Kadangkala saya bersikap adil. Sekali sekala kena tegur juga pemimpin UMNO supaya mereka tidak menyalahgunakan kuasa yang ada. Bila tegur bukannya bermakna saya membenci mereka. Saya sayangi UMNO maka saya tegur sesetengah pemimpin yang tidak sedar diri mengamalkan rasuah, pilih kasih dan kronisme.

UMNO Terengganu tidak ambil peluang mendampingi blogger anak Terengganu. Sepatutnya mereka panggil semua blogger berasal dari Terengganu membantu UMNO. Saya kalau dipanggil sedia membantu UMNO kerana kalau mereka baca blog saya, saya banyak membelasah para pemimpin PAS.

Baru-baru ini saya ada menerima tawaran menulis untuk sebuah website parti pembangkang dengan menulis satu article bernilai RM100. Setiap hari saya kena siapkan dua article bernilai RM200. Ini bermakna saya boleh dapat RM6000 sebulan.

Ini tawaran yang lumayan.Isteri saya kata saya gila kerana saya tidak menerima tawaran itu sedangkan saya tiada pekerjaan dan tiada pendapatan bulanan. Saya cuma full time blogger yang tiada gaji. Tetapi saya tak sanggup mengkhianati UMNO kerana saya masih percaya UMNO adalah parti yang paling sesuai untuk membela nasib orang Melayu. Bukan PAS, bukan PKR yang membela nasib orang Melayu.

Kalau Pakatan Rakyat (PR) menang nanti, baru padan semua muka orang Melayu yang menyokong PKR dan PAS bila DAP tunjuk kuasa dalam PR nanti.Oleh itu kita semua kena selamatkanlah UMNO demi nasib anak cucu kita. Saya tak kesah UMNO tak bayar saya walaupun blog ini lebih pro kepada UMNO. Rezeki dari Allah.Walaupun saya tiada pendapatan tetap bulanan, beberapa orang menteri yang mengenali saya tetap membantu saya atas dasar persahabatan.

Sekali lagi saya menjelaskan bahawa saya sedia membantu UMNO Terengganu jika dipanggil. Musim pilihanraya pun saya berceramah untuk UMNO pada pilihanraya umum 2004 dan 2008. Saya tak kesah walaupun tak dapat apa-apa habuan seperti orang lain yang dapat balak, projek kerana membantu UMNO.Yang penting saya puas membantu UMNO.


TAHNIAH BUAT ENCIK ZABIDI YANG SETIA PADA PARTI & IKHLAS BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!

GEMPAR!: Rakaman Anwar Ibrahim bakal ditayangkan!


Hehehe....

Sunday, October 2, 2011

PRU13: UMNO perlu baiki kelemahan sebelum Pilihanraya - Tun Mahathir



JITRA, 2 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno perlu balik kepada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan tidak lama lagi.

Malah, bekas perdana menteri menegaskan Umno boleh kalah teruk jika pilihan raya umum diadakan pada masa sekarang kerana semangat telah pudar dan “perpecahan masih kritikal.”

Justeru katanya, hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi ‘duri dalam daging’ iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang Umno akan terhapus.

“Dulu orang Umno berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.

“Jika diadakan PRU waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar,” kata Dr Mahathir (gambar) kepada pemberita selepas menyampaikan ‘Bicara Negarawan’ pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) bagaimanapun boleh menang besar pada pilihan raya umum ke-13 sekiranya penyakit dalam diri orang Umno ini terhapus.

Beliau yang ditanya adakah sesuai pilihan raya umum diadakan sekarang, menjawab: “Pada pendapat saya sekarang belum sesuai. Banyak lagi yang perlu dilakukan lagipun Umno belum cukup kuat.”

“Dalam Umno masih ada puak. Saya fikir perpecahan masih kritikal. Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dan terus bersatu, BN boleh menang. Orang Umno seharusnya buang sifat tidak puas hati. Walaupun tidak dapat apa yang dihajati mereka tetap menikmatinya dalam bentuk lain,” katanya dipetik Bernama Online.

Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: “Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah.”

“Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata (Datuk) Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul… tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara.

“Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel… adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.

“Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama,” kata beliau lagi.

“Kerajaan bukan tidak setuju dengan hukum hudud tetapi keadaan dalam negara kita tidak sesuai. Berapa banyak negara Islam yang benar-benar melaksanakan hukum hudud,” soal Dr Mahathir.

Beliau yang ditanya seorang wartawan akhbar Cina mengenai sama ada kerajaan akan membenarkan Chin Peng yang dilaporkan sakit untuk balik ke Malaysia, Dr Mahathir berkata, rakyat masih marah pada komunis.

“Dia pilih untuk mengkhianati negara… kita kena ambil kira perasaan orang kerana ramai jadi mangsa komunis, kehilangan keluarga, putus kaki. Ramai orang tidak maafkan dia. Kita kena fikir perasaan mereka bukan Chin Peng,” tambahnya.

Dr Mahathir menegaskan, Chin Peng berjuang kerana hendak mendirikan kerajaan komunis bukan menuntut kemerdekaan, berlainan dengan perjuangan Datuk Onn Jaafar, Tun Sambanthan dan beberapa lagi tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan.

Saturday, October 1, 2011

Kedai 1Malaysia: Bukti BN dahulukan rakyat!

Kedai 1Malaysia.

Satu ancaman baru untuk peniaga-peniaga tamak yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada Kerajaan.


Kami sokong tindakan pentadbiran DS Najib Razak buat kedai 1Malaysia. Kalau tak buat pun, bukannya peniaga Cina akan sokong BN tapi undi merekalah yang menangkan DAP selama ini. Video ini mungkin boleh menerangkan apa yang berlaku.


*Pembangkang makin kehabisan modal melihat kepintaran dasar-dasar baru Kerajaan pimpinan DS Najib. Bila takde modal, video kedai 1Malaysia ni pun boleh dipolitikkan.

UTUSAN fuck namewee!!!


Namewee: Utusan buat laporan polis


KUALA LUMPUR 1 Okt. - Jabatan Pengarang Utusan Malaysia membuat dua laporan polis berhubung kenyataan lucah terhadap organisasi serta wartawan Fauziah Arof yang dikeluarkan oleh Namewee menerusi satu klip video yang tersebar di Internet baru-baru ini.


Laporan polis itu dibuat berikutan tindakan Namewee yang menyalahguna kemudahan multimedia untuk menjatuhkan imej akhbar Utusan Malaysia serta mengeluarkan tuduhan melampau terhadap penulisan artikel Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee... yang disiarkan pada bulan lalu.


Menurut Penasihat Undang-undang, Jabatan Pengarang Kumpulan Utusan, Mohd. Jefri Daman, penerbitan klip video berdurasi dua minit 43 saat itu telah mengundang komen-komen negatif orang ramai terhadap akhbar dan wartawan berkenaan.


"Tindakan Namewee itu dilihat merendahkan martabat wartawan dan akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis, bodoh, menjatuhkan imej syarikat dengan tuduhan melampau serta menggunakan bahasa lucah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...