Wednesday, February 29, 2012

NAIB PRESIDEN BUKAN ISLAM: PEMUDA PAS MAHU DR DZUL TARIK BALIK DAN MOHON MAAF


SHAH ALAM – Dewan Pemuda Pas menggesa Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad agar menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf berikutan responsnya bahawa parti itu bersedia menerima seorang Timbalan Presiden Pas daripada kalangan bukan Islam.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Titiwangsa, Mohd Shahir Abu Hassan berkata, perkara-perkara yang besar dan melibatkan dasar parti perlu diputuskan oleh jawatankuasa tertinggi parti sama ada muktamar tahunannya atau Majlis Syura Ulama selain memerlukan pindaan Perlembagaan Pas.

Katanya, langkah-langkah itu memerlukan proses yang panjang dan persetujuan kepemimpinan tertinggi parti dan semua ahli.

“Bukan semudah itu untuk melontarkan sesuatu pandangan yang besar apabila melibatkan dasar dan perlembagaan parti.

“Beliau sepatutnya merujuk Perlembagaan Pas serta kepemimpinan tertinggi terlebih dahulu sebelum melontarkan pandangan kerana boleh menimbulkan satu polemik yang meresahkan ahli di peringkat bawahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Shahir, natijah dari kenyataan Dzulkefly semalam, pengundi Melayu juga sudah mula mempertikaikan kenyataan beliau dengan menganggap Pas telah menggadaikan prinsip perjuangannya.

Kelmarin, Dzulkefly membuat kenyataan itu ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar Siri Ke-11 bertajuk ‘Mengapa Undi Melayu Pecah?’ sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Menurut beliau dalam Islam, terdapat dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah, contoh yang boleh berubah adalah perkara politik.

Katanya, Pas tidak terlalu taksub dengan berkeras mengatakan orang bukan Islam tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti.

Ujar, Mohd Shahir, perlembagaan parti dengan jelas menggariskan syarat bahawa ahli mestilah beragama Islam.

Katanya, sebagai sebuah parti Islam yang meletakkan dasar dan matlamat perjuangannya Islam, sudah tentu mereka yang mendukungnya juga mesti terdiri daripada orang-orang Islam.

Sementara itu, Mohd Shahir berkata, amat sukar bagi sebuah parti yang memperjuangkan Islam menerima kepemimpinan tertingginya daripada kalangan bukan Islam.

“Sepatutnya sebagai pimpinan Pas di peringkat pusat, beliau perlu berfikir dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan dan berbincang dengan kepemimpinan Pas Pusat supaya kenyataan beliau selari dengan dasar parti,” katanya.

“Kami berharap Dr Dzulkefly Ahmad lebih berhati-hati sebelum membuat sesuatu kenyataan yang berkaitan dengan dasar dan hala tuju Pas,” katanya. - Sinar Harian.

PengundiBaharu: Dzul nak undi bukan Islam jer tuh...

SURAT TUN MAHATHIR KEPADA PEMIMPIN ISRAEL FORMAT JPG (SALINAN ASAL)

KUALA LUMPUR 29 Feb. - Kerajaan hari ini menyiarkan kepada umum tiga pucuk surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel yang jelas menunjukkan ketegasan Malaysia terhadap kekejaman Israel. 
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, ketiga-tiga surat itu ialah bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan Malaysia tidak konsisten dalam pendirian dan dasarnya berhubung Palestin. 
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, surat berkenaan ialah; i) Surat daripada Dr. Mahathir Mohamad kepada Yitzhak Rabin, Perdana Menteri Israel, bertarikh 21 Disember 1993; ii) Surat daripada Dr. Mahathir Mohamad kepada Benyamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel, bertarikh 14 Mac 1997; dan iii) Surat daripada Dr. Mahathir Mohamad kepada Ehud Barak, Perdana Menteri Israel, bertarikh 8 Jun 1999.


SURAT 1999



SURAT 1993


SURAT 1997



BAWAH INI SURAT PALSU DARI PEMBANGKANG
UNTUK FITNAH TUN M!


DALAM BENTUK TEKS DAN BAHASA MALAYSIA:




HOT!: SURAT DR MAHATHIR KEPADA EHUD BARAK 1999

BERIKUT ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak yang baru dipilih pada 1999, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar hari ini.

PERDANA MENTERI MALAYSIA


8 Jun 1999


Tuan Yang Terutama
Encik Ehud Barak
Perdana Menteri Israel
TEL AVIV


Tuan Yang Terutama,


Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini. Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru.


Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan. Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel. Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen.


Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansur. Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel. Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnyua mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan.


Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain. Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh. Mana-mana negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian.


Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan. Ini mestilah berdasarkan pada prinsip "pertukaran tanah untuk perdamaian" dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.


Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.




Yang Ikhlas


Dr Mahathir mohamad


- Bernama



HOT!: SURAT DR MAHATHIR KEPADA BENJAMIN NETANYAHU 1997

BERIKUT adalah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada 1997, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar hari ini.


PERDANA MENTERI MALAYSIA


14 Mac 1997


Tuan Yang Terutama
Tuan Benjamin Netanyahu
Perdana Menteri Israel
Jerusalem




Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam. Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.


Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan. Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.


Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang. Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.


Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.


Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan. Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun. Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.


Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini. Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.


Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang. Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.


Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.




DR MAHATHIR MOHAMAD

- Bernama

HOT!: SURAT DR MAHATHIR KEPADA YITZHAK RABIN 1993

BERIKUT ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin pada 1993, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar hari ini.

PERDANA MENTERI MALAYSIA


21 Disember 1993


Tuan Yang Terutama
Tuan Yitzhak Rabin
Perdana Menteri Israel
JERUSALEM


Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.


Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah.


Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka. Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.


Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.


Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.


Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)


DR. MAHATHIR MOHAMAD

- Bernama




TERKINI: LIVE HASSAN ALI DI KELANTAN!



VIDEO: "CUTI BADRULAMIN BUKAN HUKUMAN" - PEGUAM

VIDEO: CERAMAH HASSAN ALI DI KAMPUNG MELAYU SUBANG KOSONG?


Betul ke kosong macam gambar diatas?

Mari lihat rakaman Roadshow "AQIDAH & KUASA KETIGA" Bersama YB Dato' Dr. Hassan Ali di Lot 3388 Jalan Tembusu, Kampung Melayu Subang di bawah ini:


PART 1



PART 2




PART 3

Tuesday, February 28, 2012

KENAPA ORANG CINA RAMAI YANG ANTI LYNAS?

















DAN BANYAK GAMBAR LAGI.....

PengundiBaharu: Cina dari Thailand dan Cina dari Singapura pun sama-sama join...

KERAJAAN BATAL KONSERT ERYKAH BADU


KUALA LUMPUR, 28 FEB : Kerajaan membatalkan konsert penyanyi Amerika Syarikat Erykah Badu kerana melanggar garis panduan Pusat Permohonan Penggambaran dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang ditetapkan.

"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar garis panduan Puspal iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim dalam Twiter beliau hari ini.



Rais dalam pesanan ringkas itu bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada ia ekoran penampilannya kontroversinya dengan bertatu kalimah Allah di dadanya yang terdedah.

Badu sebelum ini dikecam hebat pelbagai pihak ekoran gambarnya yang tersiar di dalam akhbar The Star yang memperlihatkan tatu kalimah Allah di kedua belah dadanya.

Beliau dijadual mengadakan konsert di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur esok.



Selain Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bantahan turut kedengaran daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda Pas.

Malah, dewan itu dalam menghantar satu memorandum kepada pejabat Rais pagi ini menyatakan kemusykilan mereka terhadap kebenaran mengadakan persembahan yang diberikan pada awal.

"Apa yang dikesali, dengan latar belakang penyanyi ini sebagai penganut agama Islam, beliau cuba menonjolkan identiti beliau dengan penampilan itu.

"Namun demikian, penampilan yang ditonjolkan secara jelas telah melanggar syariat Islam, bahkan dianggap sebagai menghina agama Islam," memorandum daripada Setiausaha Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil itu dipetik. - AntaraPos.

Monday, February 27, 2012

KJ Pengerusi PUNB?

Selanjutnya Klik Disini 

AZIZAN BERSAMA 8 EXCO ANGKAT SUMPAH


[Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh]

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan lapan anggota EXCO kerajaan negeri hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini.

Lapan EXCO itu ialah Datuk Amiruddin Hamzah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib, Lim Soo Nee, Abd Ghani Ahmad, Tan Joon Long @ Tan Chow Kang, Datuk Siti Ashah Ghazali dan S Manikumar, yang masing-masing menerima tawaran pelantikan semula.

Azizan sebelum ini mengumumkan hanya lapan EXCO akan mengangkat sumpah jawatan bagi sesi 2012 walaupun lazimnya EXCO kerajaan negeri dibarisi 10 anggota.

Dua EXCO sedia ada yang tidak termasuk dalam senarai mengangkat sumpah sumpah hari ini ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh.

Turut hadir pada majlis hari ini ialah tiga lagi anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah iaitu Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim.

Kedah adalah satu-satunya negeri dengan jawatan pengerusi jawatankuasa peringkat negeri (EXCO) perlu diperbaharui setiap tahun.

Sebelum ini, Phahrolrazi dan Dr Ismail sudah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu. - BERNAMA

"SAYA RELA BERUNDUR" - BADRULAMIN


KUANTAN - "Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," kata Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Badrolamin Bahron.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung tindakan yang mungkin diambilnya selepas didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok kelmarin.

Katanya, kejadian itu hanya melibatkan dirinya seorang dan tidak ada kena-mengena dengan parti dan oleh itu beliau mahu menanggungnya sendiri dengan mengambil pendekatan berundur dari parti.

"Walaupun belum didapati bersalah atau tidak didapati bersalah pun, saya dah fikirkan tidak akan libatkan sesiapa pun dalam hal ini dan biar saya tanggung sendiri dan sedang menimbang untuk berehat dari jawatan baik dalam parti dan negeri," katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir ke Pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu.

Badrolamin berkata cadangan Pejabat PKR Selangor supaya beliau bercuti sebulan bagi menyelesaikan kes itu disambut baik olehnya kerana tidak mahu parti turut merasa tempias daripada kes itu.

Terdahulu, Badrolamin yang berjaket hitam dan berkopiah coklat ditemani isterinya, Zumrah Husni serta tiga peguamnya iaitu Muhammad Sazali Abdul Aziz, Ahmad Nizam Hamid dan Mohd Irfan Abdullah, untuk memberi keterangan lebih dua jam kepada pihak Jaip.

Sementara itu, wanita yang dipercayai berkhalwat dengan Dr Badrolamin tiba di pejabat Jaip pada pukul 3.05 petang dengan seorang lelaki dan seorang wanita.

Wanita 28 tahun itu memakai baju kurung dan bertudung kuning dilihat keluar meninggalkan pejabat Jaip pukul 6.20 petang.

Badrolamin berkata beliau mengenali wanita tersebut dan suaminya sejak setahun lepas di mana beliau sekeluarga dan keluarga wanita itu pernah
mengerjakan umrah bersama-sama.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jaip Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai keterangan Badrolamin setakat ini kerana sedang bertugas di luar daerah.

Sebelum itu, Mohd Ghazali dilaporkan berkata Badrolamin diminta tampil memberi keterangan dalam proses siasatan terhadap kes itu.

"Ia merupakan prosedur biasa dalam kes seperti itu dan disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982," katanya.

Menurut laporan media, Badrolamin ditangkap bersama wanita itu yang bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah kolej.

Bagaimanapun Badrolamin dilaporkan menafikan beliau telah ditangkap berkhalwat serta mendakwa insiden itu adalah tindakan terancang untuk memerangkap serta mengaibkannya.

Beliau juga mendakwa dipukul lebih kurang 20 lelaki "ala samseng" pada pagi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof ketika dihubungi Bernama hari ini berkata pihak polis sehingga kini masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian Badrolamin dipukul. - Bernama

PengundiBaharu: 'Imam Mahdi' Ustaz nih tak rela undur walaupun ada video!

VIDEO: ANWAR PERTAHAN BADRULAMIN KHALWAT DENGAN BINI ORANG

Sunday, February 26, 2012

TERKINI: BADRULAMIN DINASIHATKAN BERCUTI



DR BADRULAMIN DINASIHAT BERCUTI SEBULAN UNTUK BERSIHKAN NAMA

Ketua Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahrom dinasihatkan supaya mengambil cuti selama sebulan sehingga beliau dibersihkan dari tuduhan yang dikatakan berkhalwat pada Sabtu lalu.

Kerajaan Negeri telah menerima penjelasan Dr Badrulamin berhubung kejadian itu dan mendesak pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan siasatan secara telus, adil dan professional demi menjaga maruah beliau sebagai muslim sebagaimana yang dituntut dalam ajaran Islam.

Kerajaan Negeri berharap cuti rehat yang diberikan ini dapat digunakan untuk menumpukan perhatian kepada musibah yang sedang ditanggung oleh beliau dan melakukan usaha-usaha bagi membersihkan nama beliau.

Sepanjang tempoh bercuti ini, tugas-tugas beliau sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor akan diambil alih sementara waktu oleh Sekretariat akhbar Pejabat Dato’ Menteri Besar yang diketuai oleh Setiausaha Akhbar Dato' Menteri Besar.

Akhir sekali Kerajaan Negeri Selangor menyeru semua pihak supaya tidak membuat andaian-andaian negatif dan menyerahkan hal ini kepada pihak berwajib melakukan penyiasatan.


DIkeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR


PengundiBaharu: Aku teringat kes Elizaberth Kangkang dahulu. Dia dapat cuti jugak.


Saturday, February 25, 2012

NAJIB ISYTIHAR MASYARAKAT SIAM MALAYSIA BERSTATUS BUMIPUTERA



PENDANG, 25 FEB : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan masyarakat Siam di negara ini akan mempunyai hak sama rata seperti kaum Bumiputera yang mendapat pelbagai hak keistimewaan.

Keputusan itu dibuat setelah mengambilkira kesetiaan masyarakat Siam kepada kerajaan dan negara sejak sekian lama.

"Saya hari ini bukan untuk mengulangi apa yang dizahirkan secara terbuka oleh Perdana Menteri yang pertama, beliau telah menzahirkan orang Siam di negara ini sebagai status Bumiputera.

Maka hari ini, kerajaan kita dan saya sebagai Perdana Menteri mengisytiharkan komitmen kita kepada hakikat bahawa orang Siam adalah status Bumiputera. Dan bererti bahawa Amanah Saham Bumiputera, kemasukan ke UiTM, pinjaman MARA dan lain-lain lagi yang berhak untuk kaum Bumiputera, orang Siam pun berhak menerimanya," ujar beliau.

Najib turut memberi jaminan perkara itu dapat diterima dan dilaksanakan sebaiknya.

Beliau berkata demikian kira-kira 10,000 hadirin di Karnival Kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Wat Nanai, Kampung Tok Set, dekat sini, petang tadi.

Najib dalam pada itu melahirkan kebanggaannya terhadap masyarakat Siam yang begitu komited memberikan sokongan kepada kerajaan ketika tsunami politik 2008.

Mengambilkira taat setia yang tidak berbelah bahagi, Perdana Menteri telah menyampaikan sumbangan kepada 48 wat Siam negeri ini dimana setiap satu wat menerima sumbangan berjumlah RM9,000.

" Kerajaan kita bersikap inklusif. Bila kita bagi bantuan, kita beri secara adil dan saksama,"kata Najib lagi.

Najib dalam ucapannya turut menyindir pentadbiran Pakatan Rakyat yang disifatkan beliau "parti yang banyak masalah" sehingga gagal mengotakan janji kepada rakyat.

"Kita tidak boleh memberi sokongan kepada parti yang banyak masalah. Parti yang bertentangan ideologi, ada yang kata ini, ada yang kata itu, ada yang sokong Israel, ada yang ada masalah peribadi. Macam-macam. Kita tidak boleh pakai parti yang banyak masalah. Kita perlu sokong kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

"Kita tak cakap (kosong), kita tak main politik, kita tak janji bulan, bintang, cakerawala, kita tak janji, kita buat dan bela rakyat. Tuan-tuan dan puan-puan, tiga tahun ini, kita bela rakyat. Bagi kita lima tahun lagi, banyak lagi yang akan kita lakukan," ujarnya sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.

PengundiBaharu: Aku ada kawan dengan Orang Siam. Sebijik macam Melayu.

TERKINI: PENJELASAN BADRULAMIN KANTOIKAN DIRI SENDIRI?

Penjelasan Dr Badrulamin Bahron - Dipetik dari AgendaDaily

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Dr. Badrulamin Bahron

PengundiBaharu: Dah tahu bini orang, buat apa pagi-pagi buta tuh?

HOT!: BADRUL AMIN DITANGKAP KHALWAT!



PETALING JAYA: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap khalwat bersama seorang wanita dipercayai berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, awal pagi Sabtu.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.

Mohd Ghazali berkata sekumpulan pegawai penguatkuasa Jaip tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 3.10 pagi sebaik menerima panggilan telefon daripada suami wanita berkenaan.

"Suami dan rakan-rakannya yang sampai di situ (hotel) dulu, sebelum Jaip tiba di lokasi yang sama untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.



Menurut Mohd Ghazali sehingga pukul 7 petang tadi pemimpin PKR tersebut masih disoal siasat oleh Jaip.

Pemimpin PKR itu pernah menggelarkan Penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi dan memegang jawatan penting dalam parti itu di peringkat negeri Selangor.

Bagaimanapun, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dipercayai dihantar pemimpin tersebut kepada pimpinan dan ahli PKR yang lain, beliau menafikan tuduhan berkenaan.

Menurut SMS berkenaan, pemimpin itu mendakwa wujudnya salah faham akibat masalah keluarga yang dihadapi wanita tersebut.

Jelas beliau, wanita berkenaan menghadapi masalah rumah tangga dengan suaminya dan sering lari dari rumah namun beliau turut menasihatinya agar pulang.

PengundiBaharu: Kawan kawan yang dah pasang niat nak pangkah Pakatan PRU13 nih. Jomlah Undi BN!

UNDI PAKATAN = UNDI ISRAEL ZIONIST


[Kenapa tangan Mahathir diatas, Pemimpin Israel itu dibawah ketika mereka bersalaman?]

MELAKA, 25 FEB: Surat yang diutuskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada dua pemimpin Israel akan didedahkan kepada umum jika tiada kemudaratan kepada negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata beliau telah meminta Wisma Putra untuk menyemak semula surat tersebut dan memberi ulasan sama ada ia boleh didedahkan.


"Saya fikir kalau tidak ada apa-apa kemudaratan kepada negara, tidak ada sebab kita tidak boleh siarkan surat itu secara terbuka lebih-lebih lagi kerana pihak pembangkang cuba menimbulkan kekeliruan dan mempertikaikan surat tersebut," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan mesra di sekitar bandar Melaka di sini, semalam.

Beliau berkata pihak pembangkang sudah tersepit dengan kenyataan seorang pemimpin mereka yang menyokong usaha menjamin keselamatan Israel.

"Ini adalah satu sokongan yang 'unqualified' sebenarnya yang mana kenyataan itu sudah menimbulkan kemarahan yang begitu ketara dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Jadi sekarang ini mereka cuba nak mencari alasan kononnya kita ada hubungan dan ada membuat sesuatu dengan kerajaan Israel dan sebagainya," kata Najib.

Beliau berkata usaha perlu dibuat untuk menghilangkan salah tanggapan yang cuba dibangkitkan pembangkang.


[Lagi sekali, kenapa tangan Mahathir diatas, Pemimpin Amerita itu dibawah ketika mereka bersalaman?]


Dr Mahathir dilaporkan mengakui pernah berutus surat dengan dua Perdana Menteri Israel ketika beliau menerajui kerajaan bagi menegaskan bahawa rakyat Malaysia tidak mengiktiraf rejim Zionis yang menindas rakyat Palestin.

Dr Mahathir berkata beliau masih menyimpan surat berkenaan dan mendakwa tidak tahu kenapa kerajaan tidak membenarkan kandungannya disiarkan.

Mengulas laporan berhubung keengganan beberapa Exco kanan kerajaan PAS Kedah untuk dilantik semula kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Najib menyifatkan ia masalah dalaman parti itu.

"Pada masa sekarang ini kita tengok apa yang berlaku sebab nampaknya pergolakan itu semakin hangat dan semakin serius, bagaimanapun kita tunggu dululah apa yang berlaku pada 28 Feb nanti," katanya yang merujuk kepada tarikh pelantikan semula anggota Exco Kedah yang dijadual berlangsung di Istana Anak Bukit. - BERNAMA

PengundiBaharu: Dah lama aku tahu Anwar Agen Yahudi! Undi PR bermakna undi Israel Zionis.

Friday, February 24, 2012

PILIHANRAYA UMUM KE-13?

Sebelum ini ramai yang tertunggu-tunggu bilakah tarikh bermulanya mesyuarat UMNO cawangan di seluruh negara... begitu juga tarikh mesyuarat UMNO Bahagian. Kelewatan kali ini UMNO mengumumkan tarikh berkenaan mencetuskan berbagai teka teki tentang bila pilihanraya umum ke 13 bakal diadakan.

Ada yang cakap UMNO mesti 'tune' tarikh itu untuk 'slot in' pilihanraya. Bagi tukang tilik dan ahli nujum ini dia tarikh yang dinanti-nantikan itu. Apa yang jelas tarikh berkenaan tidak lari jauh dari tarikh mesyuarat tahun-tahun sebelum ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan tarikh berkenaan dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC Khamis malam. Katanya mesyuarat tahunan cawangan akan berlangsung pada 1 April hingga 15 Jun ini manakala mesyuarat perwakilan bahagian pula dari 1 Julai hingga 15 September ini.



Kalau begitu tarikhnya apakah mungkin antara sekarang hingga 1 April pilihanraya umum boleh diadakan. Jaraknya cuma sebulan sahaja.Rasa-rasanya tidak kot. Jadi kalau nak buat spekulasi eloklah selepas 15 September.

Namun jangan lupa lepas itu puasa dan Hari Raya Aidilfitri. Kemudiannya Perhimpunan Agung UMNO pula.Tarikhnya belum ditetapkan lagi. Biasanya Perhimpunan Agung UMNO diadakan bulan Oktober atau November.

Lojik akal mengatakan tidak mungkin dicelah-celah kesibukan mesyuarat cawangan dan bahagian UMNO di seluruh negara...pilihanraya nak diadakan. Ambil kira faktor ini semua...nampak macam PRU 13 hujung tahun atau awal tahun depan.

Sementara itu dalam sidang akhbarnya Najib juga umum UMNO akan mengadakan sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-66 di Stadium Merdeka pada 11 Mei depan.

"Sambutan kali ini agak berbeza dan dijangka disambut dengan lebih meriah," kata presiden parti itu.

Beliau berkata maklumat lanjut aturcara sambutan akan diumumkan Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga pengerusi sambutan itu.

Perdana Menteri juga memberitahu jumlah terkini pertambahan keanggotaan UMNO ialah 113,116 setakat 31 Dis 2011. Dengan pertambahan itu, jumlah keseluruhan anggota UMNO sehingga kini ialah 3,335,878 ahli.- AgendaDaily


PengundiBaharu: Ramai yang tak sabar nak keluar mengundi. Ada yang nak vote PR. Aku nak vote BN!


Thursday, February 23, 2012

JANGAN GUNA BAI'AH UNTUK TUJUAN POLITIK - ULAMA


KUALA LUMPUR 23 Feb. - Bai'ah merupakan istilah syarak yang tidak sepatutnya digunakan dengan sewenang-wenangnya oleh mana-mana parti politik termasuk Pas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, istilah ikrar, perjanjian atau akujanji adalah lebih tepat untuk digunakan dalam konteks politik kerana tidak dibenarkan berbai'ah dalam perkara-perkara yang melanggar syariat.

Lebih-lebih lagi katanya, bai'ah yang diwajibkan oleh Pas untuk setiap calon parti itu yang bertanding dalam pilihan raya seperti dinyatakan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin adalah terlalu radikal.

"Bai'ah yang diperkenalkan Pas itu terlalu radikal sehingga dikatakan boleh mendatangkan kecelakaan dunia dan akhirat kepada sesiapa yang melanggarnya.

"Saya cabar pemimpin-pemimpin Pas kemukakan dalil-dalil yang bersandarkan kepada al-Quran dan sunah bagi mewajarkan bai'ah tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa setiap calon parti berkenaan yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah bagi menentukan mereka tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya.

Dalam perkembangan sama, Fathul Bari menambah, pemimpin Pas tidak layak menerima bai'ah daripada ahli-ahli parti berkenaan kerana mereka bukan pemerintah yang dikategorikan sebagai amirul mukminin.

Katanya, pemimpin Pas dipilih menerusi kaedah politik yang tidak berpandukan kepada sistem 'khilafah Islamiyyah'.

Menurut beliau, seseorang khalifah yang dilantik menerusi sistem berkenaan hanya layak digelar amirul mukminin apabila umat Islam di seluruh dunia bernaung di bawah pemerintahannya.

"Pengertian bai'ah mengikut Ahlussunnah Wal Jamaah adalah memberi satu akujanji kepada pemimpin dalam kalangan mukmin yang dilantik menerusi sistem 'khilafah Islamiyyah' dan berikrar tidak akan melanggar perintahnya.

"Masalahnya, pemimpin Pas bukan amirul mukminin. Parti itu tidak boleh menamakan akujanji taat setia calon pilihan raya kepada parti sebagai bai'ah," katanya.

Dalam pada itu, Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, konsep bai'ah tidak boleh digunakan untuk memastikan kesetiaan kepada pemimpin parti atau dasar perjuangan politik.

Jelas beliau, bai'ah yang diperkenalkan Pas tidak boleh diamalkan lebih-lebih lagi dalam keadaan parti berkenaan secara terang-terangan bersekongkol dengan parti-parti yang memperjuangkan ideologi sekularisme, liberalisme dan pluralisme.

"Apa yang Abdul Hadi kata itu tak tepat. Jangan guna istilah-istilah syarak untuk tujuan politik kerana ia akan mengelirukan umat Islam," katanya.

HUBUNGAN DAGANG MALAYSIA-ISRAEL: PEMIMPIN PAS AKUI ANWAR LONGGAR AKTA KASTAM!



SHAH ALAM, 23 FEB : Pas akan meminda Akta Kastam yang pernah dilonggarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkan syarikat swasta di negara ini berdagang dengan syarikat di Israel, kata Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz menegaskan, pihaknya tidak bemasalah untuk menyahut cabaran Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya meminda akta itu bagi menutup terus sebarang hubungan dagang Israel-Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan persekutuan.

"Saya menyambut baik hasrat Khairy Jamaluddin untuk memberi peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah bagi melihat bukan sahaja perkara yang berkaitan Akta Kastam itu malah banyak lagi akta-akta yang perlu dibuat pindaan akan dipinda,” kata beliau kepada Antarapos.com.

Khairy berkata, ketika menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1996, Anwar bersetuju Akta Kastam itu dipinda bagi membolehkan syarikat-syarikat antarabangsa di Malaysia melengkapkan jaringan globalisasi dalam menjalankan urusniaga mereka.

Malah, tanpa menunggu pilihanraya umum sekalipun Pakatan Rakyat boleh mengarahkan kerajaan negeri di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor menarik balik lesen premis yang diberi kepada kilang dan pejabat syarikat seperti Intel, Agilent dan Motorola kerana mengimport barangan dari Israel, kata Khairy.

Beliau menegaskan isu hubungan dagang Malaysia-Israel dimainkan oleh pembangkang hanya untuk mempertahankan kenyataan pro-Israel yang dibuat oleh Anwar baru-baru ini.

Mahfuz menolak tuduhan Khairy itu dan mengulangi dakwaan bahawa kerajaan sekarang adalah pro Israel dengan mengeksport minyak sawit ke negara itu.

"Kerajaan ini adalah pro-Israel kerana tindakan mereka membenarkan kapal-kapal(Israel) berlabuh di sini untuk urusan dagangan serta penglibatan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam hal-hal yang berkaitan dengan eksport dan import negara,” kata beliau.

Dalam pada itu, Setiausaha Agong Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail enggan mengatakan sama ada PKR menyokong usaha Pas membatalkan pindaan Akta Kastam itu.

Saifuddin mendakwa Malaysia berdagang dengan Isreal sudah lama sebelum Anwar meluluskan Akta Kastam itu.

"Sebelum Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan lagi Malaysia sudah berdagang dengan Israel dan mempunyai hubungan perdagangan dengan Israel seawal tahun 60-an,” kata beliau.

"Waktu itu Anwar belum menjadi menteri kewangan lagi, bahkan Khairy pun belum lahir lagi. Jadi bila dia kata perdagangan Malaysia hanya bermula selepas Anwar melonggarkan Akta Kastam ini adalah kenyataan orang yang tidak faham dan tidak baca sejarah,” kata Saifuddin.

Anwar dipetik berkata oleh Wall Street Journal minggu lalu bahawa beliau mengiktiraf hak Israel melindungi diri namun ia mesti diimbangi dengan rejim Tel Aviv menghormati hak rakyat Palestin.

Pendirian itu ditolak oleh Pas yang menganggap Israel negara haram dan tidak boleh diiktiraf dalam apa keadaan sekali pun.

Parti-parti BN kemudian menuduh Anwar dan pembangkang menjadikan hubungan dagangan antara sektor swasta di Malaysia dan Israel sebagai isu untuk menutup pendirian pro-Israel Anwar.

“Kerajaan Barisan Nasional konsisten menyokong perjuangan Palestin dan langsung tidak tergamak untuk bercakap soal keselamatan Israel sepertimana Anwar kerana menyedari bukan Israel yang dizalimi tetapi rakyat Palestin,” kata Khairy.

Bagaimanapun Saifuddin mendakwa hubungan Israel-Malaysia jelas wujud dan bukan hanya terbatas kepada sektor swasta sahaja.

PengundiBaharu: Walaupun PAS mengakuinya. PAS masih mahu bersekongkol dengan Anwar...

BAIAT PAS: BATIL DAN TIDAK DIBOLEHKAN!



Fatwa Syaikh Abdul Aziz bin Bazz Tentang Bai'at Kepada Bukan Pemerintah

Terjemahan oleh:

Ustaz Muhammad Asrie Sobri

(Universiti Islam Madinah)

Soalan: Sebahagian kumpulan moden mengikat bai’at kepada pemimpin-pemimpin mereka yang mereka pilih untuk diri mereka dan mereka berkeyakinan wajibnya dengar dan taat kepada mereka (pemimpin-pemimpin jamaat) sedangkan mereka ini berada di bawah kekuasaan pemimpin-pemimpin yang sah yang dibai’at oleh umum kaum muslimin.

Adakah perbuatan ini harus? Yakni adakah boleh di atas tengkuk seseorang itu mempunyai lebih daripada satu bai’at dan sejauh manakah kesahihan bai’at ini?

Jawapan Samahah al-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz –rahimahullah- :

Bai’at ini adalah BATIL dan TIDAK BOLEH melakukannya; kerana ia akan membawa kepada perpecahan kesatuan, fitnah (kekecohan) yang banyak, dan pemberontakan ke atas pemerintah secara tidak syar’ie. Telah sahih bahawa Nabi s.a.w bersabda:

أوصيكم بتقوى الله والسمع والطاعة وإن تأمر عليكم عبد ، فإنه من يعش منكم فسيرى اختلافا كثيرا ، فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين من بعدي ، تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ ، وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة ، وكل بدعة ضلالة

Maksudnya: “Aku berpesan kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah serta dengar dan taat walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba, kerana sesungguhnya barangsiapa yang hidup antara kamu dia akan melihat perselisihan yang banyak, maka wajib atas kamu berpegang dengan sunnah ku dan sunnah para Khalifah al-Rasyidin selepasku, berpegang teguhlah dengannya dan gigit dengan geraham kamu serta hati-hati olehmu akan perkara baharu kerana setipa perkara yang diadakan (-dalam agama-pent-) itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu sesat”. [al-Tarmizi, Ibn Majah, dan Ahmad].

Serta sahih juga baginda bersabda:

على المرء السمع والطاعة فيما أحب وكره ، ما لم يؤمر بمعصية الله ، فإن أمر بمعصية الله فلا سمع ولا طاعة

Maksudnya: “wajib atas seorang muslim itu mendengar dan taat dalam perkara yang dia suka dan benci selama mana dia tidak diperintah melakukan maksiat kepada Allah, jika dia diperintah melakukan maksiat kepada Allah maka tidak wajib dengar dan taat”. [Muslim].

Dan baginda s.a.w bersabda:

إنما الطاعة في المعروف

Maksudnya: “Sesungguhnya ketaatan itu hanya dalam perkara makruf”. [al-Bukhari dan Muslim].

Dan baginda s.a.w bersabda:

من رأى من أمره شيئا من معصية الله فليكره ما يأتي من معصية الله ولا ينزعن يدا من طاعة

Maksudnya: “Barangsiapa yang melihat pemerintahnya melakukan sesuatu maksiat kepada Allah maka hendaklah dia membenci apa yang dia lakukan daripada maksiat kepada Allah itu namun jangan pula dia mencabut tangan daripada ketaatan (bai’at)”.[Muslim].

Hadis-hadis dalam perkara ini sangat banyak semuanya menunjukkan wajib taat kepada para pemerintah dalam perkara makruf serta tidak boleh memberontak kepada mereka melainkan mereka melakukan kekufuran yang jelas yang ada pada pemberontak bukti daripada Allah.

Tidak diragukan lagi bahawa wujudnya bai’at kepada sebahagian manusia akan membawa kepada perpecahan dan pemberontakan kepada pemerintah maka WAJIB MENINGGALKANNYA, dan HARAM MELAKUKANNYA, kemudian wajib atas mereka yang melihat pemerintahnya melakukan kufur yang jelas untuk MENASIHATINYA sehingga dia (pemerintah) meninggalkan perbuatan itu, dan tidak boleh memberontak kepadanya jika pemberontakkan itu membawa keburukan yang lebih banyak kerana mungkar tidak dihilangkan dengan perkara yang lebih mungkar, seperti yang dinyatakan oleh para Ulama seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiah dan al’Allamah Ibn al-Qayyim –rahmatullahi ‘alaihima-. Wallahu waliyyut Taufiq.

[Sumber: Majmuk Fatawa Ibn Baz, jil 28, m.s 250-253].

http://www.binbaz.org.sa/mat/4166

*perhatikan: Jika memberontak kepada pemerintah yang jelas kafir pun tidak harus jika membawa kemudaratan yang lebih maka bagaimana pula memberontak kepada mereka yang tidak kafir??!! Allahul Musta’an. - Sumber: 1Aqidah.Net

Wednesday, February 22, 2012

TAN SRI ANNUAR MUSA JAWAB ISU ROYALTY MINYAK KELANTAN



LAGI BUKTI UTUSAN DIBAYAR OLEH YAHUDI APCO!


Lagi bukti Israel Yahudi upah Utusan Malaysia.
Pencacai Pakatan Mesti suka dengan tajuk yang aku reka nih,
Memang aku saja tulis kasi gempak skit.

Siapa yang bersekongkol dengan Yahudi sebenarnya? Baca Utusan nih;





Betul ke Anwar tandatangan sewaktu Annapolis Summit belangsung?

Buktinya sahih dibawah ini;


Artikel asal click link dibawah ini
Cari nama Anwar Ibrahim.


Annapolis summit ditentang pejuang Islam, Negara Islam dan majoriti penduduk Palastine...

1. Hamas - "Majoriti rakyat palestine menolak dan ada niat jahat Amerika disebaliknya"

Ahmad Yousef, an advisor to Hamas Prime Minister Isma'il Haniyeh, warned that "If Hamas wants to thwart any agreement it will do so, because more than half of the Palestinian people will say no to this agreement." [14]

In a special interview with the Hamas-affiliated daily Filasteen newspaper, Hamas leader Ismail Haniyeh called on Arab states "Not to support any new concessions in the Palestinian issue," and warned "about the true American goals behind the fall summit, which strive to bring about normalization between Arab states, especially Saudi Arabia, and Israel." [15] (RUJUK DISINI)

2. Syiria - "sangat menguntungkan Israel"

Syria describes Annapolis conference as defeat for Palestinians

International Herald Tribune 2007-12-01:

A Syrian state-run newspaper on Saturday described this week's U.S.-sponsored Mideast peace conference as a "defeat" for the Palestinians and for peace in the region. In a surprise move lauded by... 

3. Ahmadinejad Presiden republik Iran - "projek gagal dan sangat bahaya kepada dunia Islam"

Ahmadinejad Says Annapolis Summit Was 'Failure,' Israel is Doomed
Wednesday, November 28, 2007

TEHRAN, Iran — Iranian President Mahmoud Ahmadinejad said Wednesday that the U.S.-brokered Mideast peace conference was a "failure" and that Israel is doomed to "collapse," lashing out at the Annapolis gathering that many saw as aimed at isolating Iran. (RUJUK DISINI)

JADI BAGAIMANA ANWAR IBRAHIM SEORANG MUSLIM BOLEH TANDATANGAN SURAT LOBI DI ANNAPOLIS SUMMIT...?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...