Wednesday, August 24, 2011

LYNAS: YB PAS TAMPIL JAWAB FITNAH YB PKR DI TV3!



Menegakkan kebenaran di sebalik fitnah dan pembohongan

Itu yang dicari sampai ke lubang cacing wartawan Karam Singh Walia berhubung perancangan cukup rapi ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh memutarbelitkan fakta mengenai kilang kimia Lynas di Gebeng, Kuantan.

Segala-galanya terbongkar melalui pendedahan 2 saintis nuklear negara yang juga orang kuat PAS.

Ikuti laporan ini.

Inilah respon yang diidamkan ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh yang bermain dengan emosi penduduk Kuantan berhubung pembinaan kilang kimia Lynas.

Mungkin itu budaya dan strategi politik yang disemai parti terbabit demi meraih sokongan penduduk setempat.

Lebih-lebih lagi apabila fakta dan maklumat sah diputarbelitkan Fuziah untuk menakutkan warga Kuantan atas faktor kejahilan mereka memahami isu sinaran radiasi yang sebenarnya adalah jenis semulajadi dan langsung tidak merbahaya.

Atas kesedaran itu, 2 santis nuklear dan salah seorangnya yang juga ahli Parlimen PAS Hulu Langat, tampil ke TV3 untuk menceritakan hal sebenar.

Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan: “Pada saya adanya risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara. Risiko mesti berpadanan dengan manfaat. Ini persoalan seterusnya. Jadi risiko yang ada pada aras yg terlibat dengan dos sinaran pada aktiviti seperti Lynas, terlalu rendah atas apapun untuk mengharamkannya.

Yang tidak masuk akal, kilang kimia Lynas dituduh Fuziah loji nuklear.

Sama seperti loji nuklear di Fukushima, Jepun yang dilanda kebocoran radiasi akibat tsunami awal Mac lalu.

Dr Che Rosli Che Mat, Saintis Nuklear/Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor: “Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya.”

Bukan setakat itu, pakar antarabangsa serta agensi kerajaan yang memantau serta mengawal pembinaan serta operasi kilang Lynas dikecam Fuziah sebagai tidak mempunyai kredibiliti.

Dr Che Rosli Che Mat: “Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin.”

“Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah.”

Tambah beliau, penduduk Kuantan tidak perlu takut dengan kewujudan kilang kimia Lynas.

“Jadi benda-benda macam tu tuduhan yang tidak saintifik, tidak akademik langsung. Tuduhan-tuduhan yang macam tu lah, maknanya pada masyarakat, pada rakyat tidak perlu takut. Mereka boleh sendiri nanti melihat sendiri masuk ke Lynas melihat apa saja, apa yg dibina, apakah masa depannya, apakah kemudahan-kemudahan yang ada untuk menjaga keselamatan pekerja dan juga orang awam.”

Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan: “Isu ini tiada kaitan dengan bahaya sinaran. Aras bahaya sinarannya terlalu rendah setara dengan alam sekitar, setara dengan yang sediada di alam sekitar. Kalau mematuhi peraturan-peraturan yang sediada di negara ini pun. Yang juga memenuhi standard piawaian antarabangsa.”

Ditanya jika tidak bahaya, mengapa penduduk ditipu dan disajikan maklumat palsu.

“Isu ni isu yg dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Jadi dalam banyak keadaan data-data yang dikemukan tu tak dapat dipertahankan sebenarnya secara saintifik. Jadi cuma dispinkan. Digembar-gemburkan. Data-data yang pada saya kadang-kadang palsu dan tidak ada kena mengena.”

Beliau turut melahirkan rasa kesalnya jika kerajaan menunduk kepada desakan pihak tertentu untuk menghentikan operasi kilang kimia Lynas.

“Jadi saya rasa sedihlah kalau kita, negara ini membuat sesuatu keputusan yang sangat besar, genting kepada kepentingan negara berdasarkan kepada emosi, berdasarkan kepada propaganda dan tidak berdasarkan kepada ilmu, berdasarkan kepada kepakaran yang sediada dalam negara ini sebenarnya.”

Dr. Che Rosli turut mengakui kepada saya kilang kimia Lynas adalah selamat.

“Setelah saya melihat dari segi infrastrukturnya, dari segi bahan yg dibawa, saya sendiri pantau, monitor, Lynas selamat. Dengan kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dengan bantuan daripada agensi nuklear kita akan pantau, AELB akan pantau dan sebagainya dan juga environment.”

Prof. Ahmad Termizi pula menyangkal pembohongan Fuziah bahawa kilang Lynas terbabit tidak dapat beroperasi di Australia kerana tidak dilesenkan kerajaan negara itu.

“Lynas juga dapat lesen untuk melakukan proses ini di Australia tapi kos tinggi. Jadi pertimbangan di sini ialah kos ekonomik, pertimbangan keberkesanan kos, cost effectiveness. Jadi mereka memilih di Malaysia kerana Malaysia mempunyai infrastruktur yang baik dan kos pengeluaran per unit yang boleh bersaing di pasaran dunia. Jadi kita dipilih dalam konteks itu. Pada pandangan saya, satu peluang win-win situation. Sama-sama untung.”

Pendek kata kedua-dua pakar sains nuklear ini bersetuju kilang kimia Lynas adalah selamat untuk beroperasi, selain bakal membawa pertumbuhan sektor ekonomi di Pahang ibarat daripada segenggam jadi segantang.

Karam Singh Walia, TV3.



Friday, August 19, 2011

EDISI KHAS RAYA: DOWNLOAD MP3 HARI RAYA DISINI!


1. Ahmad Jais – Selamat Hari Raya
2. P.Ramlee – Dendang Perantau
3. Sudirman – Balik Kampung
4. Sharifah Aini – Suasana hari Raya
5. Uji Rashid – Doa Di Hari Mulia
6. M. Nasir – Suatu Hari Di Hari Raya
7. Rafeah Buang – Bila Takbir Begema
8. Rahimah Rahim – Selamat Berhari Raya
9. Noor Kumalasari – Pulang Di hari Raya
10. Ahmad Jais – Selamat Hari Raya
11. Eddy Nur Ali – Manusia Miskin Kaya
12. Junaidah M. Amin – Suasana Riang Di Hari Raya
13. Sudirman – Selamat Hari Raya
14. Hail Amir & Uji Rashid – Seloka Hari Raya
15. Jay Jay – Hari Raya Bahagia
16. Krisya – Satu Hari Di Hari Raya
17. Mamat – Ku Pohon Restu Ayah Bonda
18. Othman Hamzah – Gembira Bersama DI Hari Raya
19. Refeah Buang – Bila Takbir Bergema
20. Rahimah Rahim – Selamat Berhari Raya
21. Raihan & Now See Heart – Hari Raya Untuk Semua
22. Raihan & Now See Heart – Satu Pagi Di Hari Raya
23. Raihan feat. Man Bai – Harapan Ramadhan
24. Saloma – Selamat Hari Raya
25. Sanisah Nuri – Bersabarlah Sayang
26. M. Nasir – Satu Hari Di Hari Raya
27. Saloma – Selamat Hari Raya
28. Sharifah Aini – Suasana Hari Raya
29. Siti Nurhaliza – Air Mata Syawal
30. Siti Nurhaliza – Anugerah Aidilfitri
31. Siti Nurhaliza – Bila Raya Menjelma
32. Siti Nurhaliza – Nazam Lebaran
33. Siti Nurhaliza – Sesuci Lebaran
34. Siti Nurhaliza – Suara Takbir
35. Sudirman – Balik Kampung
36. Sudirman – Selamat Hari Raya
37. Uji Rashid & Hail Amir – Seloka Hari Raya
38. Takbir Raya

Download :

Koleksi Album Raya / Lagu Raya / Riang Ria Aidilfitri / Senandung AidilFitri

1. Senandung Aidilfitri – Various Artis.mp3 (4.4MB)
2. Raya Kat Temerloh – Ally Noor & Ezra.mp3 (3.8MB)
3. Hari Raya Hari Gembira – Linda Ismail.mp3 (2.7MB)
4. Mengharap Sinar Takbir Raya – Ally Noor.mp3 (3.3MB)
5. Zapin Aidilfitri – Ida Mustaffa.mp3 (4.2MB)
6. Masih Ada Yang Sayang – Nas Atea.mp3 (3.4MB)
7. Dikir Rayo – Wan Razak.mp3 (2.8MB)
8. Senandung Aidilfitri (Instrumental).mp3 (4.4MB)
9. Sendu Di Pagi Raya – Mastura.mp3 (3.9MB)
10. Riang Ria Hari Raya – Nas Atea.mp3 (3.1MB)
11. Jangan Buek Laei Yo! – Ally Noor & Mastura.mp3 (3.9MB)
12. Cak Kun Cak Di Malam Raya – Zaiton Sameon.mp3 (4.9MB)
13. Pakaian Budaya Di Aidilfitri – Suhana Jasmy.mp3 (2.7MB)

Download :

Lagu Raya 1998

1 – M. Nasir – Satu Hari Di Hari Raya.mp3 (3.0MB)
2 – Ideal Sisters – Hari Raya Hari Bahagia.mp3 (2.6MB)
3 – Dr. Sam – Esok Hari Raya.mp3 (3.7MB)
4 – Jamal Abdillah – Maafkan Segala Keterlanjuran.mp3 (4.2MB)
5 – Saleem – Lambaian Aidil Fitri.mp3 (3.9MB)
6 – Ning Baizura – Joget Aidil Fitri.mp3 (2.3MB)
7 – Ahmad Jais – Abang Pulang.mp3 (3.7MB)
8 – Rima Rashid – Selamat Hari Raya.mp3 (2.2MB)
9 – Feminin – Kurniaan Di Hari Raya.mp3 (2.9MB)
10 – Ibnor Reza & Noraniza Idris – Mohon Maaf Di Hari Lebaran.mp3 (4.2MB)
11 – Alleycats – Mari Berdendang.mp3 (2.8MB)
13 – Medicine & Shima – Cahaya Di Aidilfitri.mp3 (3.1MB)
13 – Raffi – Apa Khabarnya.mp3 (2.2MB)
14 – Azlina Aziz – Indahnya Beraya Di Desa.mp3 (4.2MB)
15 – Ramli Sarip – Kisahku Berhari Raya.mp3 (3.0MB)
16 – Jamal Abdillah – Salam Aidilfitri.mp3 (3.8MB)
17 – Ahmad Jais – Dari Jauh Ku Pohon Maaf.mp3 (3.5MB)
18 – Nash – Keinsafan Di Hari Raya.mp3 (3.7MB)
19 -Othman Hamzah – Gembira Bersama Di Hari Raya.mp3 (1.8MB)
20 – Dayangku Intan – Senandung Hari Raya Untukmu.mp3 (3.2MB)

Download :

16 Lagu Lagu Hari Raya

16 Lagu Lagu Hari Raya – 01 – Black Dog Bone – Cahaya Aidil Fitri.mp3 (3.4MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya – 02 – Sharifah Aini – Suasana Hari Raya.mp3 (2.3MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya – 03 – Aman Shah – Kepulangan Yang Dinanti.mp3 (3.5MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya – 04 – Saloma – Selamat Hari Raya.mp3 (2.4MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya – 05 – Hail Amir & Uji Rashid – Seloka Hari Raya.mp3 (2.8MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya – 06 – Sudirman – Dari Jauh Kupohon Maaf.mp3 (3.5MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya – 07 – Ahmad Jais – Selamat Hari Raya.mp3 (2.4MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya – 08 – Junainah – Suasana Riang (Di Hari Raya).mp3 (3.0MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya – 09 – Sanisah Huri – Aidil Fitri.mp3 (3.4MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya – 10 – Noorkumalasari – Pulang Di Hari Raya.mp3 (2.8MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya – 11 – DJ Dave – Menjelang Hari Raya.mp3 (3.1MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya – 12 – Fazidah Joned – Selamat Hari Raya.mp3 (2.4MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya – 13 – Rosemaria – Di Pagi Aidil Fitri.mp3 (3.4MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya – 14 – P. Ramlee – Dendang Perantau.mp3 (2.5MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya – 15 – Sanisah Huri – Bersabarlah Sayang.mp3 (3.3MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya – 16 – Rafeah Buang – Bila Takbir Bergema.mp3 (2.5MB)

Download :

Lagu Raya Klasik

1 – Aishah – Lenggang Mak Limah.mp3 (3.8MB)
2 – Sudirman & Zaleha Hamid – Inang Aidilfitri.mp3 (3.1MB)
3 – Sharifah Aini – Herman Tino – Inang Palembang.mp3 (3.7MB)
4 – Sharifah Aini – Mak Inang Pulau Kampai.mp3 (3.2MB)
5 – Azreen – Joget Kesyukuran.mp3 (3.1MB)
6 – Ning Baizura – Joget Aidilfitri.mp3 (3.4MB)
7 – Alleycats & Dayangku Intan – Pulanglah Esok Hari Raya.mp3 (4.1MB)
8 – Aishah – Zapin Aidilfitri.mp3 (4.5MB)
9 – Zaleha Hamid & Herman Tino – Joget Hari Raya.mp3 (3.2MB)
10 – Sudirman – Mak Inang Pulau Kampai.mp3 (4.7MB)

Download :

SITI NURHALIZA – ANUGERAH AIDILFITRI

1. Anugerah Aidilfitri
2. Mekar Hari Raya
3. Meriah Suasana Hari Raya
4. Bila Hari Raya Menjelma
5. Sesuci Lebaran
6. Suara Takbir
7. Nazam Lebaran
8. Air Mata Syawal
9. Anugerah Aidilfitri (instrumental)
10. Sesuci Lebaran (instrumental)

Download :


KARPAL SINGH YANG DOUBLE STANDARD...


Karpal desak hakim kes liwat untuk mengambil tindakan ke atas saiful.

puncanya kerana saiful muncul 2 malam berturut-turut di tv3.
karpal mintak hakim beri saiful surat tunjuk sebab.

baru 2 malam saiful keluar tv karpal desak hakim untuk hukum saiful.

halo lawyer , yang anwar sejak 3 tahun ni asyik dok ceramah pasal kes liwat, keluar masuk youtube, buat wawancara kat stesyen tv di luar negara takde pulak karpal kecoh ?

apasal ada double standard mr wahai mr karpal ?


Credit: GERAKAN ANTI PKR

Thursday, August 18, 2011

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA SANGKAL PAS!


Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya semalam.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang didakwanya "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."

"Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal.

"(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.

Beliau sebaliknya menyalahkan Pemuda PAS yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut.

"Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kekurangan masing-masing.

"Saya boleh ibaratkan (tindakan Pemuda PAS) sebagai tindakan pengkhianatan sebab ambil kesempatan," katanya lagi ketika ditanya sama ada angkatan tentera akan mengambil tindakan ke atas bekas anggota berkenaan.

Ketika ditemui selepas itu, Zulkifeli dengan tegas berkata tindakan memangkah undi bagi pihak anggota lain seperti didakwa itu "tidak boleh berlaku."

"Macam mana ia boleh berlaku, kita tidak akan benarkan ia berlaku," tambah Zulkifeli lagi, mengulas dakwaan yang ditimbulkan bekas anggota tentera itu bahawa mereka diarahkan untuk memangkah ribuan kertas undi semasa pilihan raya sebelum ini.

Dalam sidang medianya, Zulkifeli berkata tindakan "mencemuh" sistem yang digunakan pakai dalam angkatan itu juga serius kerana boleh menjejaskan moral anggota tentera, katanya lagi.

"Saya tertanya-tanya kenapa sidang akhbar semalam dilakukan, sedangkan perdana menteri telah berkata jawatankuasa terpilih parlimen akan diwujudkan (bagi memperbaiki sistem pilihan raya).

"Adakah (Pemuda PAS) ingin timbulkan kontroversi berhubung isu itu, selepas tuduhan yang kata (orang) yang mempunyai status penduduk tetap dalam masa empat jam diberi (status) warganegara, isu ini pula yang timbul.

"Adakah ini usaha untuk cemarkan imej ATM atau mahu serang kami? Mahu pecah belahkan kami?," katanya lagi dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur petang ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...