Monday, January 31, 2011

PRK N05 Tenang: Barisan Nasional kekal dengan majoriti 3707


Secara rasmi Barisan Nasional (BN) berjaya mengekal kedudukkannya di DUN Tenang dengan majoriti 3707 undi. Calon BN Mohd Azahar Ibrahim dapat 6699 undi manakala calon PAS Normala Sudirman 2992 undi.

Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan pada malam 30 Januari 2011 oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis.

Dalam pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar, 39, yang juga bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, dicabar oleh Normala, 38, yang juga seorang bekas guru.

Sebanyak 71.8% atau 10,579 pengundi daripada 14,753 pemilih berdaftar bagi pilihan raya kecil DUN Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup 5 petang.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jumlah peratusan itu lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2008 (PRU-12) iaitu 73.52 peratus.

"Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir," katanya.



Pilihan raya kecil kali ini memperlihatkan peningkatan sebanyak 1215 majoriti undi dan PAS hilangan hampir 30% undi daripada PRU-12. Pada PRU-12 menyaksikan Allahyarham Datuk Sulaiman Taha menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Syabas dan Tahniah kepada semua pemimpin, jentera pilihanraya BN termasuk Blogger 'Mesra Kerajaan' serta seluruh rakyat di DUN Tenang yang telah memberi mandat lagi sekali kepada BN.

Pilihanraya Kecil N05 Tenang sudah selesai, selepas ini kita ke Merlimau Melaka pula.

1 comment:

  1. Ulasan yang menarik bro.
    Teruskan perjuangan.

    p/s:
    http://lintau-perak.blogspot.com

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...