Carta Pie diatas menunjukkan peratusan kerusi bagi parti-parti yang bertanding pada Pilihanraya Negeri kali ini. BN 55 kerusi, DAP 12, PKR 3 dan Bebas 1.
Carta Pie diatas ini pula menunjukkan peratusan jumlah undi bagi parti-parti yang bertanding pada Pilihanraya Negeri kali ini. BN 372388 undi, DAP 137294 undi, PKR 117100 undi, PAS 9719, SNAP 15643 undi, PCM 2895 dan akhir sekali Bebas 9367.
Carta Bar diatas menunjukkan pecahan kerusi bagi Kerajaan Barisan Nasional. PBB sapu bersih 35 kerusi yang ditandingi tetapi SUPP pada Pilihanraya Negeri kali ini mencatatkan rekod paling buruk diantara keempat-empat parti komponen BN yang bertanding kerana penolakan yang jelas dari kaum Cina.
Carta Bar diatas menunjukkan pecahan kerusi bagi Parti Pembangkang. Pakatan Pembangkang; DAP mencatatkan peningkatan kerusi pada Pilihanraya Negeri kali ini, PAS dan PKR kalah dengan teruk. Parti Lain; SNAP dan PCM tidak mempunyai satupun kerusi. Bebas: Mempunyai 1 kawasan di N054 Pelagus.
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.