Wednesday, July 27, 2011

Alahai... 'Selangorku'


SHAH ALAM 26 Julai - Tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor melancarkan slogan baru 'Selangor Ku' pada 24 Julai lalu hanyalah taktik untuk menutup kegagalan pembangkang dalam melaksanakan program pembangunan rakyat di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, slogan bagi menggantikan 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' (MES) dilihat sekadar 'kosmetik' untuk mengaburi mata rakyat.

Ini kerana katanya, berdasarkan rekod pentadbiran negeri di bawah pimpinan PKR, DAP dan Pas, mereka dilihat gagal melaksanakan janji kepada rakyat sama ada dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial.

"Apabila kerajaan negeri sedar bahawa MES telah gagal mencapai sasaran dan matlamatnya, mereka memperkenalkan slogan dan program baru dengan nama 'Selangor Ku'.

"Saya tidak hairan mereka tukar kerana mereka mahu menutup kelemahan dan kegagalan di mata rakyat," katanya selepas menyampaikan biasiswa kepada 38 pelajar miskin di bawah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom.

Noh berkata, kerajaan negeri memberi pelbagai janji kepada rakyat seperti ketelusan, bertanggungjawab dan sebagainya, tetapi sebenarnya pentadbiran mereka pincang termasuk dari segi pengurusan dan perbelanjaan antaranya membabitkan Yayasan Selangor.

"Kerajaan negeri pimpinan PKR, DAP dan Pas sebenarnya tidak layak bercakap mengenai ketelusan dalam pentadbiran kerana gagal melaksanakannya dengan baik termasuk wujud salah guna kuasa dan wang.

"Kegagalan itu jelas dilihat dalam isu perbelanjaan tidak terkawal antaranya melibatkan Yayasan Selangor yang dikatakan menyebabkan ia berhadapan dengan masalah kewangan," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak terlepas daripada amalan penyalahgunaan kuasa apabila dilaporkan mempergunakan lesen kontraktor kelas F yang dikhaskan kepada bumiputera untuk mengaut keuntungan 90 peratus bagi disalurkan untuk kepentingan politik DAP.

"Salah laku itu turut melibatkan pengunaan wang rakyat yang dikatakan digunakan untuk menanggung kos penginapan perwakilan PKR pada kongres parti itu tahun lalu," katanya.

Tambah beliau, sebelum ini kerajaan negeri bertindak zalim apabila merampas tanah milik YBK seluas kira-kira 323 hektar manakala baki tanah yayasan itu seluas 323 hektar lagi telah dikenakan kaveat hingga menyebabkan yayasan berkenaan tidak boleh mengusahakan tanah miliknya.

"Ini menyebabkan rancangan pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah, Hulu Selangor tidak dapat dilaksanakan dan ini benar-benar merugikan rakyat dan negeri dari segi perkembangan pendidikan.

"Ia tidak termasuk masalah kewangan yang dialami oleh Universiti Selangor (Unisel)," katanya.

SELANGOR KU
MAKIN JAHANAM...!

2 comments:

  1. umno bodoh..umno bodoh..umno bodoh..umno bodoh..umno bodoh..umno bodoh..umno bodoh..umno bodoh..umno bodoh..umno bodoh..umno bodoh..umno bodoh.umno bodoh..umno bodoh..umno bodoh..umno bodoh..umno bodoh..umno bodoh..umno bodoh..umno bodoh..

    ReplyDelete
  2. PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...PAKATAN BODOH...

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...