Tuesday, July 17, 2012

@Khalid_Ibrahim MB SELANGOR PALING BAGUS...


Apa lagi yang perlu dilakukan oleh Khalid Ibrahim. Segala strategi bagai tidak mengena. 'Bail Out' Talam Corporation kini bakal membogelkan beliau sebagai Menteri Besar paling tidak bertanggungjawab menyelamatkan kroni-kroni puak chauvinist ini.

Dua minggu yang lalu, Chua Tee Yong telah mendedahkan bagaimana hartanah Talam Corporation, RM676 juta, telah dinilai lebih dari yang sepatutnya. Khalid Ibrahim terpaksa meminta bantuan Tony Pua bagi menyelamatkan keadaan kritikal skandal Talam ini.

Agak hebat Tony Pua cuba melakukan spin skandal 'bail out' ini. Malah menyebut Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia turut mengesahkan penilaian terhadap hartanah ini.

Walhal Chua Tee Yong pernah mendedahkan dengan jelas bagaimana Bestari Land telah dinilai melebihi apa yang sepatutnya, RM42 juta. Begitu juga dengan Danau Putra Land yang dinilai RM28 juta melebihi harga pasaran.

Dalam kerancakan DAP membantu Khalid Ibrahim untuk mendapatkan nyawanya kembali, akhirnya Talam Corporation berbohong mengenai Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia memperakui penilaian hartanah yang dibuat.



Kami merujuk kepada pengumuman kami bertarikh 11 Julai 2012 dan ingin menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat dalam perenggan 4 siaran akhbar bahawa kedua-dua SC dan Bursa telah meluluskan penilaian Tanah adalah tidak betul. Menjalankan penyelesaian hutang Talam Corporation Berhad, tidak tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa).

Di bawah Keperluan Penyenaraian Bursa, Talam diperlukan untuk memastikan bahawa penilaian laporan yang dihantar bersama-sama dengan draf pekeliling mematuhi Garis Panduan Penilaian Aset SC. Dalam hal ini, salinan laporan penilaian dan sijil telah dirujuk oleh Bursa kepada SC untuk semakan pada mematuhi garis panduan yang berkaitan dan kecukupan pendedahan dalam sijil penilaian.

Kami juga ingin mengumumkan bahawa TRINITY tidak akan membuat sebarang pengumuman lanjut berkaitan dengan apa-apa pernyataan lanjut oleh mana-mana pihak, jika ada, melainkan jika perlu semua butir-butir yang terkandung di dalam surat pekeliling kami kepada pemegang saham bertarikh 15 mac 2011. (Sumber: Gelombang Wangsa Maju)


PengundiBaharu: Khalid gagap memang bagus... Bagus dalam bab membohong rakyat!

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...