Showing posts with label PKRNGOK. Show all posts
Showing posts with label PKRNGOK. Show all posts

Wednesday, April 24, 2013

CALON P100 PANDAN RAFIZI RAMLI KATA ROSMAH ADA 2 SAMAN AES... KAHKAHKAHKAH! #PRU13 #BNPRU13


Rafizi Ramli Pakar Strategik Bodoh Nak Mampus PKR ini mendakwa Rosmah Mansur memiliki DUA saman AES, tetapi bila kita check dalam sistem Rafizi yang memiliki Kad Pengenalan 770914-11-5025... mempunyai TIGA saman AES tertunggak!

(KLIK PADA GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS)



HOI RAFIZI!

SEBELUM SELAK KAIN ORANG LAIN CHECK LA KAIN YANG TERKOYAK RABAK TU!!

INI TANDANYA KERAJAAN TIDAK PILIH BULU! TAK KIRA DIA ROSMAH MANSUR ATAU RAFIZI, SAMAN TETAP SAMAN!

PengundiBaharu: Tolak Calon PKR Pil Kuda yang bodoh nih! Puihhh!

Friday, April 19, 2013

LAWAK PENAMAAN CALON: AZWAN ALI TAK JADI BERTANDING! KAHKAHKAH! #BNPRU13 #BPRU13

Hari ini... Penamaan Calon, bersama Azmin Ali.

Aik, Azwan tak hantar kertas pencalonan untuk bertanding Parti Bebas ka???


Hari itu...


Tak lama dulu...


PengundiBaharu: Aku dah cakap si Pondan Azwan kuat Propa... Hancur Pakatan!

Sunday, March 31, 2013

VIDEO: PENGUMUMAN DATO' FAUZI OLEH @ANWARIBRAHIM DI 'BOO' #BNPRU13

BBBOOOOOOOO!!!!!!


KUANTAN: Pengerusi PKR Pahang, Datuk Dr Fauzi Abdul Rahman yang diumumkan sebagai calon kerusi Parlimen Indera Mahkota malam tadi dicemuh segelintir penyokong yang hadir ke ceramah pakatan pembangkang di sini.

Kumpulan tersebut kemudian dilihat terus beredar dari tapak ceramah sebaik sahaja Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan keputusan itu dipercayai sebagai tanda protes terhadap Fauzi yang merupakan bekas ahli parlimen Umno Kuantan.

"Booo...booo Datuk Fauzi Abdul Rahman..booo..." laung sekumpulan lelaki yang berada di tapak ceramah Markaz PAS, Balok Makmur, Beserah.

Fauzi merupakan bekas ADUN Beserah dari tahun 1995 sehingga 2004 sebelum keluar Umno dan menyertai PKR pada 2008.

Kerusi DUN Beserah kini disandang oleh Syed Mohamad Tuan Lonnik dari PAS.

Anwar dalam ucapannya berkata beliau yakin Fauzi mampu memikul tanggungjawab mempertahankan kerusi Indera Mahkota yang disandang oleh Azan Ismail dari PKR.

"Saya umumkan Datuk Fauzi sebagai calon Indera Mahkota, saya sudah tentukan dan bincang bersama Keadilan," katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin.

Ketua Pembangkang itu turut mengumumkan peguam muda Cik Murni Hidayah sebagai calon PKR Parlimen Paya Besar yang ketika ini giat melemparkan tuduhan penyelewengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bersabit aset ketenteraan termasuk isu kapal selam Scorpene dalam ceramahnya.

Sementara itu, Fauzi yang ditemui cuba meyakinkan bahawa beliau mampu memikul tanggungjawab sebagai ahli parlimen  kawasan tersebut jika menang pada pilihan raya nanti.

"Saya sudah 3 penggal di Berserah, saya yakin mampu memikul tanggungjawab ini," katanya.

Sumber melaporkan bahawa Azan akan ditukarkan ke kerusi parlimen Kemaman. - AntaraPOS

PengundiBaharu: Tersengih-sengih Fauzi di 'Boo'. Anwar tergelak?

Tuesday, February 26, 2013

"NIK AZIZ HANYA BERKIAS TAPI ORANG TAK FAHAM...." #BNPRU13


Begitulah rayuan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang bersungguh-sungguh menafikan dakwaan bahawa Mursyidul Am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai binatang.

Sebaliknya, menurut beliau, Nik Aziz sebenarnya mengeluarkan kenyataan dalam bentuk kiasan tentang bagaimana manusia diibaratkan sebagai binatang yang diumpan makanan sebelum disembelih. Selanjutnya disni..

Cuba kalau Tun Mahathir guna peribahasa English:

"Better the devil you know than the angel you don’t"


PASNGOK BUAT-BUAT TAK PAHAM...

ATAU PASNGOK MEMANG BAGANG BAHASA ENGLISH!

Hanya orang pandai je yang masuk PAS... KAHKAHKAH!


Tuesday, February 19, 2013

CHEF WANI GILA DAN BNPHOBIA RUPANYA... #BNPRU13

Screen Shot video Chef Wani gila...


Berkenaan perbahalan PKR dan DAP di Johor...

Lihat Video Dibawah ini:


PengundiBaharu: PKR gaduh DAP, apa kaitan dengan BN?

Pakatan memang parti caca marba...

Wednesday, January 30, 2013

KANTOI...? NAMPAKNYA HARAKAH @hdaily09 KENA MINTA MAAF LAGI! #BNPRU13


Sebelum ini kita semua pasti tahu tentang permohonan maaf dari HarakahDaily:


Adakah cerita spin, 'gambar edit' berkenaan salib dan wanita bertudung yang diambil dari blogger pro-Pakatan OmakKau akan menyebabkan HarakahDaily sekali lagi mohon maaf dan tarik balik?!

Gambar berikut diambil dari HarakahDaily dan Blogger OmakKau:

Gambar yang dikatakan 'Ori' oleh Blogger OmakKau.


Tetapi quality gambar tersebut sangat teruk!

Berikut adalah gambar yang didakwa 'Edit':


Qualitynya masih baik walaupun, di telah printscreen.


Tengok komen fb di harakahdaily.net. Kesian pada cacai percaya pada perkara yang bathil...



PengundiBaharu: Pihak Harakah perlu lebih berhati-hati mencedok berita atau cerita daripada blogger Pakatan. Tapi nak buat macammana, kalau tak ambil cerita blogger cacai, tak ada la yang nak baca Harakah. Harakah dan fitnah sudah sebati sekian lama... Takbir!

Tuesday, January 29, 2013

GUGUR MAJLIS SYURA: FATHUL BARI CADANG USTAZ NASARUDIN SERTAI UMNO



SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU), Fathul Bari Mat Jahaya menggesa Umno supaya mempertimbangkan bekas ahli Majlis Syura Ulama, Nasharudin Mat Isa untuk menyertai parti itu.

Namun katanya ia bergantung kepada Nasharudin untuk menerima tawaran tersebut.

"Sangat baik untuk ditawarkan kepada orang seperti beliau, walau bagaimanapun ia kembali kepada pendirian Ustaz Nasha. Beliau secara terang berkata bahawa akan bersama-sama dengan sesiapa sahaja yang nak memperjuangkan Islam, kekal dengan prinsipnya.

"Saya kira tiada masalah sebab kita nak sehalakan perjuangan kita. Namun sekiranya Ustaz Nasha belum bersedia untuk menyertai Umno, juga tiada masalah, yang penting, apa yang akan diperjuangkan itu jelas," kata beliau ketika dihubungi Antarapos.

Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan pada mesyuarat 13 Januari lalu untuk melucutkan keanggotaan Nasharudin dengan alasan tidak hadir ke mesyuarat tiga kali berturut-turut selain kenyataannya yang sering bercanggah dengan pendirian parti.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ahli Parlimen Bachok itu dalam satu kenyataannya semalam berkata beliau tidak dimaklumkan oleh parti mengenai keputusan itu sebaliknya hanya mengetahui melalui media.

Beliau berkata Majlis Syura berhak untuk membuat sebarang keputusan terhadap keanggotaannya selain menegaskan bahawa beliau akan terus mendampingi mana-mana pihak yang konsisten memperjuangkan Islam.

Mengulas lanjut Fathul berkata keputusan PAS menggugurkan Nasharudin boleh memberikan impak negatif kepada PAS lantaran Nasharudin mempunyai kredibiliti dan kedudukan yang tinggi.

"Masalah yang berlaku hari ini berlaku bila beliau digugurkan dari Majlis Syura yang boleh memberikan impak negatif kepada PAS, sedangkan kepimpinan PAS yang melaungkan kepimpinan ulama mengangkat orang lain ke peringkat yang lebih tinggi, tetapi orang seperti Ustaz Nasha diketepikan.

"Saya kira, hilang seorang tokoh yang perjuangkan Islam secara telus dan PAS kini lebih perjuangkan politik daripada mengangkat kedudukan Islam sebagai asas."

Nasharudin sebelum ini telah beberapa kali menyertai rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk misi kemanusiaan luar negara dan pertemuan dengan pemimpin negara Arab yang mencetuskan rasa tidak senang dikalangan ahli PAS.

Menurut sumber dalaman PAS sebelum ini dipetik sebagai berkata, ada ura-ura untuk "menendang" keluar Nasharudin dari PAS sepertimana yang dilakukan terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali tahun lalu.

Tindakan PAS menyingkirkan Nasharudin ini turut dilihat sebagai cara untuk mengurangkan respon negatif dalaman yang sering dikaitkan dengan keputusan bersama rakan komponen Pakatan Rakyat, DAP dan PKR.

PengundiBaharu: Tepat pada masanya...

Tuesday, January 22, 2013

USTAZ NASA BERSAMA PM DI PALESTINE #BNPRU13


PM Palestin Ismail Haniyeh & PM Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Menteri Luar Dato' Seri Anifah Aman & Menteri di JPM Jamil Khir Baharom berdoa bersama di depan bangkai kereta almarhum Ahmed Al-Jaabari yg terbunuh dibom Israel, dalam lawatan PM Malaysia ke Gaza, Selasa (22/1). - (AP/Hatem Moussa)

Wednesday, January 9, 2013

GELOMBANG BIRU NEGERI SEMBILAN AMARAN BUAT PAKATAN PEMBANGKANG! #BNPRU13


Paroi, 08 Jan – Lebih 70,000 warga Negeri Sembilan berhimpun di padang Kompleks Belia dan Sukan Paroi, malam tadi. Mereka memenuhi padang di awal 6.30 petang sempena Majlis Perhimpunan Rakyat 1 Malaysia Gelombang Biru.

Majlis dianjurkan oleh Barisan Nasional Negeri Sembilan yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Haji Hasan merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan.

Di perhimpunan tersebut turut di lancarkan Kempen  Gelombang Biru Peringkat Negeri Sembilan yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddn Hj Mohd Yassin. Turut hadir isteri beliau, Datin Sri Norainee Abdul Rahman.

Timbalan Perdana Menteri hadir sempena rangka lawatan kerjanya di sini. Terdahulu, beliau meluangkan masa dengan  jawatankuasa JKK, KRT dan Ahli Majlis PBT sebelum bertemu penduduk Jempol di Majlis Mesra Rakyat di Padang Awam Bahau, Jempol sebelah petang.

Ternyata kehadiran sebegitu ramai di perhimpunan ini menunjukkan satu kebangkitan BN di negeri ini seterusnya menafikan pembangkang.

Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sembilan melafazkan kegembiraannya di dalam ucapan.

Menurut beliau, “meraih sokongan umum buat masyarakat kembali kepada Barisan Nasional bukan mudah. Ianya memerlukan gerak kerja yang teliti dan mengambil masa panjang.”

“Walaupun kemerdekaan yang dicapai oleh Malaysia baru memasuki 55 tahun dan masih baru berbanding dengan negara yang mencapai  kemerdekaan sejak 400 tahun, tetapi negara melalui proses yang panjang untuk membina sebuah negara seperti yang dikagumi dunia hari ini.” katanya.

“Anak muda, pemuda dan belia seharusnya bersyukur kerana lahir di dalam keadaan negara yang aman damai dan sentosa. Jangan cuba beralih arah kerana peristiwa dunia hari ini turut membuktikan bahawa perubahan berdasarkan pengamatan akal pendek memungkin negara huru hara dalam tempoh masa yang pendek.

“Di Negeri Sembilan, keadaan tsunami 2008 kian pulih berdasarkan kajian yang dibuat  menunjukkan pokok sudah condong ke halaman rumah kita. Namun, pokok yang condong perlu dijaga dengan baik agar tidak ada pula pihak lain dapt mengait keuntungannya di laman mereka.” tambah beliau.

Beliau turut menasihatkan, “Namun begitu, kita perlu sentiasa beringat, di dalam suasana politik di negara ini, suasana nampak baik dan tenang, bukan bermakna pula kita boleh berdada lapang, kerana usaha menyakinkan rakyat perlu diteruskan sehingga pilihanraya yang makin hampir.”

Menteri Besar turut bersyukur dengan himpunan yang disifatkan berjaya dan kempen gelombang biru yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia hari ini, akan diteruskan dan direalisasikan sehingga BN mendapat keputusan yang cemerlang di PRU13.

Seterusnya mengembalikan kemenangan 2/3 kerusi kepada Barisan Nasional.

Turut hadir pada majlis itu beberapa pemimpin utama BN, termasuk Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden MCA, Dato’ Seri Chua Soi Lek dan Presiden PPP, Dato’ M. Keyveas.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin. - http://n9kini.com































PengundiBaharu: JOM TOLAK PAKATAN!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...