PRK N27 Merlimau: Keputusan Rasmi. BN 5962 undi, PAS 2319 undi. Majoriti 3643 undi.
PRK N28 Kerdau: Keputusan Rasmi. BN 5060 undi, PAS 2336 undi. Majoriti 2724 undi.
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat sebulat suara meletakkan calon daripada parti PAS bagi menghadapi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka yang akan diadakan pada 6 Mac depan. - Berita Harian
MELAKA, 3 Feb – Jentera Penerangan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan dilancarkan di Dewan Masyarakat Air Merbau, Merlimau, Sabtu.
"Jentera kita akan disertai oleh penceramah, penulis dan bloggers yang akan menjawab setiap isu seperti kenaikan harga barangan dan beberapa isu nasional. Penceramah termasuk mereka yang terlibat akan dibekalkan dengan segala maklumat terkini yang mampu menjawab sebarang isu yang cuba dibangkitkan oleh pembangkang kepada penduduk di Merlimau," Kata Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia. - UMNO Online
JASIN, 4 Feb - Pergerakan Wanita UMNO mahu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka mempertimbangkan calon wanita bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.
Shahrizat, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, diminta mengulas tujuh nama termasuk seorang wanita yang diserahkan UMNO bahagian Jasin kepada Mohd Ali untuk dipertimbangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu. - BERNAMA
KUALA LUMPUR, 2 Feb - Pakatan Rakyat akan memutuskan parti yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka 7 Februari ini. - MalaysianInsider