Wednesday, November 2, 2011

TERIMA KASIH BLOGGER GERAKAN ANTI PKR!


Aku nak berterima kasih kat blogger GAP atau Gerakan-Anti-PKR... Sebab dia dah masukkan Blog aku ni kat dalam bloglist dia.

Thank You Bro! Dulu kita penah lepak sama2.


Pada Blogger seperjuangan yang dah listkan blog aku ni pun jgn berkecil hati. Saya ucapkan jutaan terima kasih juga. Sebab listkan blog saya yang tak seberapa ni. Blog aku ni pun tak sampai setahun jagong, aku baca Blog GAP dari nama dia Gerakan Anti PAS lagi...

Bukan apa, bila kita listkan blog2 seangkatan dgn kita, pembaca yang masuk blog kita mudah nak access masuk ke dalam bloger lain. Pencacai Pakatan pun bleh join sekali baca.

Aku peminat blog GAP No1. Aku suka amik bahan-bahan dalam blog tu, berfakta kot, ramai anak muda macam aku suka masuk Blog GAP dan jadikan Blog GAP sebagai Blog rujukan pertama pasal politik.

Kat Google pon kalau korang taip perkataan "PKR" korang akan nampak Blog Gerakan Anti PKR duduk kat kedudukan mana. Kalau hari2 korang buat mcm ni, tak mustahil Blog GAP akan ganti tempat Website Parti Keldian Rakyat...



PILIHANRAYA 13 NAK DEKAT,
PRU-13 TAU ANWAR LAHANAT BUKAN PRU-12!!!

Gambar Najib tidur masa CHOGM memalukan - HaprakDaily



KUALA LUMPUR 2 Nov: Memalukan apabila sebuah portal berita berpengaruh Indonesia menyiarkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidur semasa Persidangan Ketua Negara Komanwel (CHOGM) di Perth, Australia minggu lalu...

...Imej tidur ketika menghadiri mesyuarat atau sesuatu persidangan penting sinonim dengan Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah menyebabkan BN mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum 2008, apabila lima negeri tumbang kepada Pakatan Rakyat. - HaprakDaily [Tepat dari sumber pitnah!]








HAPRAKdaily DAN KELDAIANdaily, MU JANGAN INGAT RAKYAT BODOH!!!

Tuesday, November 1, 2011

Selangor tidak dimaklum peninju Israel turut serta - HaprakahDaily


KUALA LUMPUR, 1 Nov: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menjelaskan jawapan yang diberikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam sewaktu sesi penggulungan kementerian itu di Dewan Rakyat adalah tidak tepat dan mengelirukan.


"Saya ingin nyatakan jawapan Menteri Belia dan Sukan tidak tepat serta mengelirukan. Apa yang ingin saya beritahu Kejohanan The Challenger Muay Thai adalah merupakan program di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

"Apabila program telah ada maka kerajaan negeri telah dimaklumkan dan dalam masa yang sama Kerajaan Negeri Selangor memohon agar ianya diadakan di negeri ini," jelasnya.

Tambahnya lagi, mengenai penglibatan peserta Israel, Ilya Grad kerajaan negeri tidak dimaklumkan bahawa terdapat peserta dari negara tersebut.

"Kerajaan negeri tidak dimaklumkan bahawa dalam kejohanan tersebut ada perserta dari Israel kerana semua jemputan dilakukan oleh pihak kementerian dan Negeri Selangor hanya menyediakan tempat sahaja.

"Sekiranya kita tahu jika ada penglibatan peserta dari Israel sudah pasti kita akan membuat bantahan awal tetapi kita tidak diberitahu. Apa yang kita tahu hanyalah mengenai program tersebut sahaja dan kita sanggup untuk menganjurkannya," katanya.

Khalid memberitahu mengenai penglibatan kerajaan negeri dengan peserta Israel itu tidak benar kerana kerajaan negeri hanya terlibat untuk menganjur dan menyediakan tempat.

Kenyataan Ahmad Shabery semalam memberitahu bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah memberi peruntukan RM5 juta untuk kejohanan tersebut manakala kementeriannya hanya meluluskan penganjuran sebagai aktiviti kesukanan dan tidak terlibat dengan aspek lain.

"Untuk mendapatkan tempat sebahagian daripada kos tersebut, kita diberitahu bahawa ia perlu dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor, apa yang kerajaan negeri lakukan semuanya diketahui oleh kementerian.

"Kita dijemput sebagai penganjur dam penyediaan tempat manakala urusan jemputan dilakukan oleh pihak kementerian.

"Saya jelaskan kenyataan menteri itu tidak benar sama sekali," sambungnya lagi.

Kehadiran Ilya Grad dalam Kejohanan The Challenger Muay Thai yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia, baru-baru ini telah menimbulkan persoalan bagaimana rakyat Negara Israel boleh memasuki Malaysia.

Malah sewaktu memasuki Malaysia beliau ditahan selama 25 jam di pintu masuk sebelum mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia" mengikut kenyataan di blog tinju Muay Thai Authority.

Kejohanan tersebut telah dirakamkan dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.

PAS tak tau ke yang terlibat menganjurkan program ni adalah Tourism Selangor, di bawah seliaan Eli kangkang?



Rosmah ‘Wanita Pertama’ beli mutiara RM487,000 di Australia? - KeldaianDaily


Setelah kantoi dalam isu untuk fitnah dakwa isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor beli cincin berharga RM24 juta,puak pembangkang terus tak boleh tidor malam mengigau nak cari apa lagi ‘cerita’ yang boleh buat orangramai geram dan terbakar hati dengarnya.

Terbaru blog-blog pembangkang tidak pandang kiri kanan lagi dan main rempuh saja bila tersebar satu keratan akhbar Australia yang melaporkan DIPERCAYAI anak perempuan Perdana Menteri berbelanja sakan sampai dekat RM200,000 di sebuah pusat beli belah terkemuka di Perth semasa ikut serta Datuk Seri Najib menghadiri Persidangan Kemuncak Ketua-ketua Kerajaan Komenwel (CHOGM) di situ minggu lalu.

Sekalipun kesahihan berita itu yang disiarkan dalam akhbar The Western Australian itu belum dapat disahkan,puak-puak pembangkang termasuk calon yang kalah dalam pemilihan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Badrul Hisham Shahrin (Chegu Bard) sudah melenjit menghentam Perdana Menteri seolah berita itu benar dah sahih.

Isu utama di sini betulkan ada mana-mana anak Perdana Menteri ikut serta ke sidang CHOGM di Perth?

Tolong minta puak-puak ini check fakta itu dulu sebelum melenjit nak kenduri belasah hanya berasaskan laporan akhbar berkenaan yang terang-terang menulis WHILE MALAYSIAN PRIME MINISTER’ S DAUGHTER IS BELIEVE TO HAVE SPENT AUD 60,000 IN DAVID JONES (pusat beli belah) .

Che Gu Bard & geng kenalah cepat-cepat cari tempat untuk sorok muka.Ini kerana satu sumber yang rapat dengan pejabat Perdana Menteri memberitahu Agendadaily petang Isnin tidak ada seorang pun anak Perdana Menteri yang ikut serta ke CHOGM di Perth.

Sumber itu sendiri hairan bagaimana fitnah ini boleh direka.

“Memamg tidak ada...baik anak lelaki atau perempuan PM yang ikut ke Perth...ini penipuan dan fitnah serta bukti ada laporan akhbar negara itu tidak boleh dipercayai ,” katanya.

Che Gu Bard yang galak bising dulu mengenai isu cincin 24 juta awal-awal lagi dalam blognya komen untuk sakitkan hati orangramai dengan berkata “ketika rakyat terus dibayah payah meneruskan kehidupan seharian keluarga pemimpin negara terus bermewah”.

“Rakyat makin terhimpit dengan kos kehidupan yang makin menggila. Regim penguasa semakin gagal mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan malah dalam pada masa yang sama pelbagai cukai diperkenalkan terus menjerut rakyat. Rasuah dan pemborosan semakin menggila.

“Masih tidak mampu menjawab isu cincin RM 24.45 juta yang terkait dengan Rosmah Mansor kini muncul pula anaknya dengan imej begitu juga.”

Isu cincin RM24 juta yang tidak betul itu sudahpun dijawab sendiri oleh Najib semasa dalam interbiu dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.

Agendadaily difahamkan semasa timbul isu cincin itu dulu,pejabat Perdana Menteri asalnya ‘malas‘ nak layan kerana sudah menjadi kebiasaan bila nafi ia diputar oleh pembangkang dakwa itu tandabya betullah.

Dalam dakwaan terbaru ini anak perempuan Perdana Menteri dikatakan menyertai rombongan isteri-isteri dan anggotai delegasi CHOGM lain pergi membeli belah dan bersiar-siar disamping di luar jadual sidang berkenaan.- AgendaDaily

ORANG TU PERGI KERJA HAJI PUN KAU NAK FITNAH YA PENCACAI PAKATAN?!


AMBIGA KEPALA BERSIH2.0 AKAN RASMI PROGRAM GAY DAN LESBIAN!!!

AMBIGA BUAT HAL LAGI...


Majlis Fatwa Kebangsaan Digesa Halang Program Seksualiti Merdeka

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan digesa supaya mengeluarkan fatwa bagi melarang penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang bertujuan bagi mempromosikan kesamarataan antara jantina dan hubungan sejenis.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bertindak serta merta bagi menangani aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan norma-norma kehidupan manusia.

"Program sebegini begitu asing dengan budaya timur dan negara kita sendiri. Bagi saya sendiri...semua agama, semua tamadun, semua etika tidak bersetuju dalam hal hubungan sejenis," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Program Seksualiti Merdeka 2011 yang dijadual diadakan di The Annexe Gallery bermula 9 hingga 13 November ini dijangka dirasmikan oleh Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) , Datuk S. Ambiga.

Melalui program tahunan berkenaan, gerakan tersebut mengadakan beberapa aktiviti bagi menarik sokongan masyarakat serta menguar-uarkan kewujudan mereka dalam komuniti.

Dalam pada itu Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, PAS akan membincangkan secara serius mengenai perkara tersebut yang jelas bertentangan dengan akidah umat Islam.

"PAS akan membincangkan tentang perkara ini dalam mesyuarat tertinggi parti dalam masa terdekat. Kita akan keluarkan pendirian rasmi selepas itu," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan turut mengkritik sekeras-keras penganjuran program ini yang jelas menyalahgunakan nama kebebasan dan hak asasi manusia.

Katanya lagi, jika program sebegini dibenarkan berlangsung di negara ini, ia dibimbangi akan menyebabkan keadaan kucar-kacir apabila banyak kelompok lain yang mahukan perkara serupa diadakan.

“Ini baru satu, jika ada lagi orang lain yang minta perkara pelik-pelik contohnya mahu kahwin dengan kura-kura atau lembu bagaimana? ini hak mereka, jadi di mana perkara ini harus berhenti.

“Mana-mana negara walaupun menggunakan nama hak asasi, ia tidak boleh terbuka terus. Negara kita ini berasaskan Islam dan kita ada undang-undang. Agama kita melarang malah mana-mana agama pun melarang hubungan sejenis, saya berpegang kepada itu,” katanya.

PUAK-PUAK MELAYU PAS-PKR YANG SOKONG BERSIH NI TAK SEDAR-SEDAR TELAH DIPERGUNA!!!

NGO-NGO SOKONG BERSIH DIBELAKANG PROGRAM INI!


Amnesty International Malaysia - SOKONG BERSIH

Bar Council Malaysia Human Rights Committee - SOKONG BERSIH

EMPOWER - SOKONG BERSIH

KL Word

KRYSS (Knowledge & Rights with Young people through Safer Spaces)

Justice For Sisters

MyConstitution Campaign - SOKONG BERSIH

MyNetra

Precious Old China Restaurant

PT Foundation

Pusat Rakyat LoyarBurok - SOKONG BERSIH

Rev Yap Kim Hao - SOKONG BERSIH

Quek Sue Yian

SUARAM - SOKONG BERSIH

Tenaganita - SOKONG BERSIH

Women's Aid Organisation

Women's Candidacy Initiative

United Nations Theme Group on HIV

and many other individuals...?


ANWAR IBRAHIM?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...