Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts
Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts

Wednesday, June 6, 2012

TONY PUA DIARAH BAYAR RM200K KERANA MENFITNAH SYABAS


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua membayar Syabas RM200,000 sebagai ganti rugi dalam kes saman fitnah.

Dalam saman yang difailkan pada 28 Januari lalu, Syabas mendakwa Pua telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dalam rencana Nanyang Siang Pau pada 16 November lalu bertajuk, “Tony Pua: Kerajaan Selangor mempunyai hak ke atas air untuk mengelakkan kenaikan tarif air".

Dalam pernyataan pembelaannya, Pua berhujah yang Syabas sebagai satu pihak berkuasa awam yang menjalankan khidmat awam dan tidak mempunyai hak untuk membuat tuntutan yang berunsurkan fitnah.

Pua mendakwa saman Syabas remeh, menyusahkan dan jumlah yang tidak masuk akal.

PengundiBaharu: Kenapa SYABAS tak saman RM200Juta!

Monday, May 21, 2012

PESERTA BERSIH3.0 HANYA SEKITAR 20K-30K, MANA DATANG SAMPAI 100K, 200K, 300K, 1JUTA...?



KUALA LUMPUR, 21 Mei - Perhimpunan di ibu negara bulan lepas disertai oleh 22,270 orang dan bukan ratusan ribu seperti yang didakwa pembangkang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Isnin.

Beliau berkata rumusan tentang jumlah mereka yang menyertai perhimpunan pada 28 April itu dibuat oleh Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dengan menggunakan sistem blok fotografi.

“Jumlahnya 22,270, agak hampir dengan konfigurasi British Broadcasting Corporation (BBC) (25,000), tetapi, yang pasti ia jauh daripada (jumlah) yang diumumkan (penasihat PKR dan Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke seluruh dunia.

“Sehubungan itu, kami ingin berkata begini: “Bersikap jujurlah tentang jumlah orang yang menghadiri sebarang majlis.

“Dan idea untuk menjadikannya gah hingga mencapai beratus ribu bukan saja sesuatu yang agak nakal, tetapi juga menyatakan sesuatu yang begitu tidak benar kepada rakyat Malaysia dan kepada seluruh dunia,” katanya selepas merasmikan kursus asas mengenai media baharu untuk anggota Mubarak (Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat) dan veteran Umno di sini.

Rais mempelawa mereka yang begitu berminat untuk mengetahui bagaimana jumlah itu dikira, melihat cara Bernama melakukannya.

“Kami sebenarnya boleh mengira jumlah kepala bagi setiap sentimeter graf pada sesuatu gambar.

“Kami lebih cenderung menerima cara anggaran itu dibuat daripada cara mencari gah yang kami dapat daripada puak PKR,” katanya.

Ditanya adakah jumlah itu merupakan angka rasmi kerajaan, beliau berkata junmlah yang dicapai Bernama adalah lebih logik dan hampir dengan anggaran BBC.

Rais berkata beliau tidak keberatan sekiranya sebuah badan bebas diwujudkan untuk mengesahkan jumlah itu jika ada pihak yang mahukan demikian agar ia boleh dijadikan ukuran pada masa akan datang.

“Saya ingin mengesyorkan agar setiap kali ada perhimpunan besar, kaedah ini digunakan agar orang ramai boleh mendapat maklumat secara adil tentang jumlah hadirin,” kata beliau.

PengundiBaharu: Kalau bab kelentong bagi kat Anwar Ibrahim! Dia memang pakar.

Wednesday, March 28, 2012

HOT!: RAKYAT TERIMA KEPIMPINAN NAJIB



KUALA LUMPUR, 28 MAC: Tempoh tiga tahun sudah cukup untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuktikan bahawa kepimpinan beliau semakin diterima rakyat terutamanya di kalangan masyarakat luar bandar.
 
Pengarah Eksekutif Merdeka Center for Opinion Research, Ibrahim Suffian berkata, transformasi demi transformasi yang diperkenal Najib sejak mengemudi tampuk pemerintahan negara diterima dengan baik dan sampai kepada golongan sasaran.

"Sentimen antara masyarakat bandar dan luar bandar bercampur- campur. Penerimaan masyarakat luar bandar lebih bersifat positif berikutan usaha kerajaan melakukan penambaikan dari segi pembangunan, bantuan kewangan dan sebagainya.
 
"Berbanding masyarakat bandar, persepsi mungkin sedikit berbeza memandangkan pembangunan di kawasan ini sedikit lambat disebabkan beberapa perkara seperti karenah birokrasi dan sebgainya," kata Ibrahim ketika dihubungi AntaraPos.com.

Setelah diberi mandat memimpin negara, Najib memperkenalkan slogan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang mengundang pelbagai reaksi masyarakat.

Najib tidak menunggu lama untuk memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) merangkumi Model Baru Ekonomi (MBE), 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) dan 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP), yang tentunya menyumbang kepada peningkatan pertubuhan ekonomi negara.

Pada September 2011, Najib mengejutkan pelbagai pihak termasuk pakatan Pembangkang apabila melakukan Program Transformasi Politik dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Buang Negeri 1959, dan kajian semula yang membabitkan Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Awal tahun ini, Najib mengumumkan Program Transformasi Nasional (DTN) bagi menaungi program transformasi yang sudah dan akan dilaksanakan kelak. Untuk tujuan itu, sejumlah dana dari Bajet 2012 berjumlah RM232.8 bilion akan digunakan.

Namun Ibrahim berkata, transformasi yang diperkenalkan Najib masih memerlukan penambahbaikan terutama dari aspek perkhidmatan agensi kerajaan yang mendapat maklum balas yang kurang memberangsangkan.

"Terdapat peningkatan dari segi mutu perkhidmatan agensi kerajaan sejak Program Transformasi Kerajaan diperkenalkan oleh beliau. Walaupun mereka secara keseluruhannya memberikan reaksi positif, namun penambahbaikan perlu dilakukan misalnya dalam perkhidmatan kaunter, urusan permohonan dan sebagainya," katanya lagi.

Ibrahim tidak menolak strategi Najib yang menggunakan medium alam maya sepeti laman sosial facebook dan twitter disamping menjadi tetamu konti radio tempatan,berjaya menambat hati rakyat marhaen.

"Usaha ini mungkin membantu beliau dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang. Kalau kita tengok, rakyat membezakan beliau sebagai perdana menteri dan sebagai pemimpin parti. Cara sebegini mungkin membantu rakyat mengenali keperibadian beliau yang positif, bersifat mengambil berat serta cuba membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Kajian yang dilakukan pensyarah Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, Prof Datuk Syed Arabi Idid mendapati populariti Najib melonjak tinggi walaupun beliau diserang bertubi- tubi oleh seteru politiknya.

Kajian berupa borang kaji selidik itu mendapati pada Oktober 2008, 35 peratus responden Melayu, 33 peratus Cina dan 41 peratus India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59 peratus, 45 peratus dan 62 peratus.

PengundiBaharu: Hancur Pakatan!

Tuesday, March 27, 2012

VIDEO: SPEAKER SELANGOR KANTOI... ITU PUN SALAH UMNO.


PengundiBaharu: Dah kantoi. Perasan Bagus pulak... Ptuih!

PANAS!: BUKTI SPEAKER DUN SELANGOR BERAT SEBELAH!


Satu SMS dari Speaker telah membuatkan sidang kecoh, dan ADUN BN bertindak keluar meninggalkan dewan. Semuanya gara-gara SMS dibawah:

"This is possibly the last winding up sessions for exco, opportunity should be fully used to talk about our success in the past 4 years like way Yaacob is doing now".

Begitulah kandungan SMS yang didakwa dihantar oleh Teng Chang Kim kepada Exco kerajaan negeri.

Persoalannya, bukankah ianya bertentangan dengan amalan kebiasaan sidang, di mana seorang Speaker tidak boleh berlaku berat sebelah (bias, in favour to etc)? Perkara ini benar-benar mengejutkan, kerana jelas Teng mengeluarkan arahan, atau mengetuai tindakan bersepadu bagi memberi peringatan kepada exco untuk perform demi kepentingan kerajaan negeri?

Tentunya Teng mampu berbuat demikian, kerana berada di dalam sidang dewan, dan beliau tahu dan faham apa yang sedang berlaku. He is monitoring the performance of excos, in favour to the state government!

Seharusnya, ia menjadi tugas Menteri Besar dalam hal arahan seperti ini, dan bukannya speaker dewan! Seterusnya baca disini...

PengundiBaharu: Hancur Pakatan! Hancurrrrr!

KERAJAAN TIDAK AKAN NAIKKAN HARGA MINYAK - ISMAIL SABRI


PUTRAJAYA, 27 Mac – Kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan harga minyak walaupun harga bahan itu di pasaran dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Katanya kerajaan akan terus menanggung jumlah subsidi yang bertambah bagi memastikan beban rakyat berkurangan ekoran peningkatan harga barangan susulan kenaikan harga minyak dunia tersebut.

“Subsidi kita memang bertambah, dah jadi 93 sen setakat hari ini,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata pengurangan subsidi juga hanya akan menyebabkan kenaikan harga barangan lain yang tiada kaitan secara langsung dengan minyak.

“Ini kerana bila kos pengangkutan meningkat akibat kenaikan minyak, maka pengguna yang akan menerima bebanan tersebut,” katanya yang ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian.

Beliau berkata setakat ini beberapa negara di rantau Asia seperti China dan Indonesia sudah menaikkan harga minyak masing-masing ekoran harga bahan api yang melambung.

Semalam dilaporkan harga minyak diniagakan di bawah paras US$125 setong berikutan kebimbangan terhadap kestabilan kewangan di zon Euro selain sesetengah negara memberhentikan pembelian dari Iran bagi mengelakkkan sekatan pihak Barat.

Pada sidang media itu Ismail Sabri turut mengumumkan program Anugerah Kedai Harga Patut kini dikenali sebagai Anugerah Kedai Pilihan Rakyat 1Malaysia yang turut disertai penambahbaikan termasuk pencalonan oleh pengguna.

Sebanyak enam kategori dipertandingkan iaitu barangan pengguna, makanan, ketrampilan, gajet, informasi dan pasar raya.

“Bagi menentukan pemenang dulu kita bergantung kepada pemilihan juri, tetapi sekarang ini kita buat macam Akademik Fantasia, 50 peratus markah ditentukan oleh juri dan 50 peratus markah lagi ditentukan oleh orang ramai. Baru kedai ini benar-benar merupakan kedai pilihan orang ramai,” katanya.

Pekedai dan orang ramai boleh membuat pendaftaran dan pencalonan dalam talian mulai hari ini manakala bagi pengundian secara talian akan dibuat pada 24 April.

“Program ini baik untuk pengguna sebab melalui pertandingan ini peniaga dapat memperbaiki perkhidmatan dengan menawarkan harga yang istimewa kepada pengguna,” katanya.

PengundiBaharu: Rakyat Didahulukan.

Sunday, March 25, 2012

BEKAS AKTIVIS PRO-MAHASISWA DEDAH PERJUANGAN SIA-SIA



Ini adalah pengakuan sebenar oleh KHAIRUL NIZAM BIN MD. HUSIN (Timbalan Presiden MPP Universiti Teknologi Malaysia Sesi 2010/2011) mengenai perjuangan sebenar ProM.

Khairul Nizam merupakan seorang Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UTM (PMI UTM) yang telah sedar dengan perjuangan sia-sia semasa beliau berada dalam ProM dahulu.

SARFAMS pernah menemuinya 2 bulan lalu di Melaka, dan beliau telah menceritakan sendiri dengan penuh semangat dan tawaduk bahawa beliau amat menyesal pada suatu ketika dahulu berjuang atas tiket ProM.

Beliau juga telah mendedahkan kepada SARFAMS mengenai siapa dalang sebenar yang berada di belakang pergerakan ProM dan tidak terkejut apabila orang yang mencaturkan pergerakan ProM ini adalah beberapa pemimpin tertinggi dalam parti politik yang ada di Malaysia ini.

Kini, Khairul Nizam sudah mula sedar akan salahnya dan perjuangan sia-sia beliau selama ini dalam Pro Mahasiswa.

Sepanjang lebih dari 2 jam SARFAMS berborak dengan beliau tanpa rakaman pada 2 bulan lepas, beliau amat mahu para mahasiswa tidak terpengaruh dengan ProM di setiap universiti yang sebenarnya hanya menjadi boneka kepada parti politik.

Syabas kepada rakan blogger HARAPAN ESOK kerana sempat menemuramah Khairul Nizam secara live yang kini SARFAMS difahamkan sudah menyertai perjuangan Aspirasi Mahasiswa.


PengundiBaharu: Pro-M itu ibarat Pakatan Pembangkang dalam IPTA

PRU13 MAKIN DEKAT... SIAPA PATUT KITA HUKUM?



PengundiBaharu: Bangkit Rakyat Benam Pakatan!!!

Thursday, March 22, 2012

HOT: KHALID SAMAD TUMBANG DI SHAH ALAM!


Pada 20 Mac, Khalid Samad bersama Dato Nasarudin Daud, Speaker DUN Kelantan telah mengadakan ceramah di Taman Batu 3, Shah Alam yang hanya dihadiri kira-kira 50 orang.

Manakala pada tarikh yang sama, Datuk Hassan Ali berceramah di Taman Alam Megah, Shah Alam yang dihadiri oleh ribuan orang.

Ibarat langit dengan bumi, sambutan rakyat Selangor kepada ceramah Khalid Samad dengan Dr Hassan Ali.

Berikut ini disertakan gambar-gambar perbandingan ceramah tersebut.

Ceramah Khalid Samad





Ceramah Hasan Ali






PengundiBaharu: Habislah lu kali nih...

KITA TIDAK BOLEH ADA 'ZERO-SUM MENTALITY' - NAJIB RAZAK


PengundiBaharu: 1Malaysia untuk semua

Wednesday, March 21, 2012

Tuesday, March 20, 2012

PRU13: "MALAYSIA PERLUKAN MAJORITI 2/3" - NAJIB RAZAK


KUALA LUMPUR, 20 MAC : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi sekali lagi menekankan betapa pentingnya Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan majoriti yang selesa pada pilihan raya umum akan datang kerana ia akan memberi kesan besar kepada politik negara.

Oleh itu katanya, BN perlu memperoleh majoriti dua pertiga kerana negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil.

Meskipun mengakui ia memerlukan kerja kuat dalam suasana sekarang, namun ujarnya usaha memang tertumpu ke arah itu.

"Tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu. Saya sendiri kini berusaha keras dan jadual kerja saya begitu padat," katanya.

"Kita kini berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan kewujudan media sosial, rakyat juga semakin bijak selain maklumat yang mudah diperoleh," katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur, malam tadi.

Menurut Najib, walau apa pun cabarannya, keputusan pilihan raya umum ke-13 nanti begitu penting kepada negara dan BN harus bekerja kuat.

“Turun padang akan diteruskan. Tetapi, keadaan semasa memang mencabar. Rakyat makin berpendidikan dan dengan limpahan teknologi baharu. Inilah cabaran masa kini.

“Namun, kalau pilihan raya menghasilkan keputusan yang lemah, ia akan memberi kesan kepada negara,” katanya. - AntaraPos

PengundiBaharu: Akan pastikan BN menang 2/3!

Sunday, March 18, 2012

PM MAHU BN TAWAN SEMULA NEGERI YANG KALAH PRU12



SHAH ALAM, 18 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mahu merampas kembali kesemua negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat agar dasar transformasi yang mahu dilakukan di negara tercapai.

Menurutnya, adalah penting negeri-negeri di bawah Pakatan rakyat itu kembali dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) supaya semua program transformasi tiu dapat dilaksanakan sepenuhnya demi kesejahteraan dan kebaikan rakyat di negara ini.

"Yang penting bahawa dasar dan transformasi negara kita ni yang kita nak lakukan dan perjuangkan tidak akan tercapai melainkan negeri-negeri ini (negeri PR) akan ditadbir BN." ujarnya.

Najib menambah, jika ada penyertaan dari semua negeri di negara ini, secara tidak langsung pelaksanaan dasar dan transformasi itu akan menjadi lebih mudah dan memberikan kesan kepada pembangunan di negara ini..

"Tsunami politik, 5 negeri kalah termasuk yang saya rasa amat terkilan dan terkedu, negeri Selangor ni kalah. Bukan saya nak perkecil negeri lain, tetapi dari sudut kekayaan dan strategiknya, Selangorlah yang merupakan negeri yang amat strategik, sebab itulah walau macam mana sekali pun kita mesti kembalikan Selangor ini ke pangkuan BN." katanya lagi.

Justeru itu beliau meminta bekas pegawai kerajaan dan pesara yang hadir untuk membantu BN dalam mengembalikan Selangor.

"Tolong cakap baik pasal kerajaan, ini cara kita untuk tolong kerajaan. Bila kita berkumpul dalam majlis seperti ini, cuba kita pertahankan kerajaan BN. Cuba jadi juru cakap dan pembela kita (BN)."

Beliau berkata demikian di hadapan hampir 1000 bekas pegawai kerajaan dan pesara dalam majlis sepetang bersama perdana menteri di Hotel D' Palma Shah Alam, di sini, hari ini

Jelasnya terlalu banyak sebab mengapa BN mahu mendapatkan kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat yang diumpamakan 'cakap tidak serupa bikin'.

"Mereka (Pakatan Rakyat) cakap tentang keadilan tapi mereka tak lakukan keadilan. Mereka cakap tentang bersih, bersih sangatkan ke mereka itu? Mereka cakap tentang moral, (tapi isu) jam Omega masih tak jawab.", katanya lagi

Najib turut berkata secara beseloroh sejak mengambil alih tugas daripada mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, ia merupakan satu tanggungjawab yang besar di mana mahu membawa Malaysia untuk mencapai negara maju.

Ujarnya sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan pada April 2009 lalu, terdapat dua cabaran yang mendepani tugasnya iaitu dalam bidang ekonomi dan politik. - AntaraPos

PengundiBaharu: Tolak Pakatan!

Wednesday, March 14, 2012

WAJAH SEBENAR 'PARASIT' MUNCUL DALAM KEGAMATAN PARLIMEN BEKENAAN ISU ANWAR SOKONG ISRAEL!


Imbas semula kenyataan Nik Aziz tarikh 22 Februari 2012:

DATUK SERI ANWAR, PALESTIN DAN ISRAEL

Pagi semalam, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.

Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulamak PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.

Majlis Syura Ulamak juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.

Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.

Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak, iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.

Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestin. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.

Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.

Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.

Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PNB Darby Park, Kuala Lumpur.
29 Rabi'ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012.

PengundiBaharu: YB PKR backup Anwar aku tak hairan. YB PAS, macam Khalid Samad. Betul2 Parasit!

Tuesday, March 13, 2012

MB KALID GAGAP DIINGATKAN SUPAYA TIDAK GILA KUASA!


SHAH ALAM, 14 MAC - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata usaha Yayasan Basmi Kemiskinan melaksanakan program transformasi lima tahun tidak akan berjaya selagi kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak memulangkan 473 ekar tanah di Serendah yang dirampasnya pada tahun 2010.





Tanah itu diambil alih ketika berlaku pergelutan kuasa yang menyaksikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim gagal mengangkat dirinya menjadi Pengerusi Baru YBK.

Najib berkata rampasan tanah itu meyebabkan projek-projek yang ingin dilaksanakan oleh YBK terjejas.

"Saya mendengar lakaran mengenai hala tuju YBK dalam tempoh 5 tahun yang akan datang. Projek yang akan dibangunkan YBK di Serendah. Saya dengar dan teliti. Tetapi ada satu kekangan yang agak besar. rancangan ini adalah di atas tanah yang dirampas kerajaan negeri.

"Oleh itu nampaknya pelan transformasi lima tahun ini bersyarat," katanya pada ucapan perasmian Pelancaran Program Transformasi lima tahun YBK di Shah Alam Convention Center (SACC) semalam.

YBK ditubuhkan pada tahun 1990 di atas insiatif Barisan Nasional untuk menjalankan program-program pembasmian kemiskinan .

Dalam ucapannya sempena pelancarkan program lima tahun itu semalam, Najib mempersoalkan keperluan kerajaan negeri menyekat YBK daripada memiliki tanah itu.

“Kenapa letakkan “caveat” pada tanah itu ..adakan kerana Khalid mahu menjadi Pengerusi YBK,” tanya beliau.

Pada majlis itu, Najib sekali lagi member jaminan bahawa program-program untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan peniaga kecil akan rancak dilaksanakan sekiranya BN diberikan semula mandat untuk mentadbir Selangor.

"Dalam satu lawatan yang saya buat di gerai-gerai di kompleks di sini (Kompleks PKN Shah Alam). ada yang menyeru supaya kerajaan pusat mengambil alih kompleks itu kerana kadar sewanya telah naikkan seratus peratus.

"Daripada ambil alih kompleks itu, adalah lebih mudah jika kita ambil alih kerajaan negeri Selangor," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin. - AntaraPos

PengundiBaharu: Pakatan Rakyat Selangor Bakal Tumbang. InsyaAllah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...