Wednesday, February 22, 2012

KAPAL ISRAEL: "TAKTIK PAS PERTAHAN ANWAR" - TUN MAHATHIR


SHAH ALAM, 22 FEB: Pembangkang cuba mengalihkan tumpuan rakyat ke atas sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Israel dengan membangkitkan isu kapal dagang negara itu singgah di pelabuhan Malaysia.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan isu kapal Israel di perairan negara adalah tertakluk kepada undang-undang antarabangsa tetapi diperalatkan oleh Pas untuk menutup sokongan Anwar terhadap rejim Zionis.

Westports Malaysia menyangkal dakwaan ada kapal dari Israel berlabuh di Pelabuhan Klang dan menjalankan urus niaga dengan negara ini.

Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran berkata, Westports tidak pernah beri lampu hijau kepada kapal didaftarkan di Israel untuk berlabuh.

Menurutnya, kapal dari Israel singgah, tetapi tidak berlabuh kerana gagal mendapat kebenaran kerajaan.
Justeru, anak kapalnya tidak dibenarkan ke darat dan syarikat perkapalan itu sendiri tidak dibenarkan menjalankan sebarang urusniaga.

Petang ini, Pemuda Pas dijadualkan mengadakan tunjuk perasaan di West Port membantah kemasukan kapal kargo daripada negara itu di perairan negara.

Mengulas protes itu, Mahathir berkata ia hanya bertujuan mengalihkan tumpuan rakyat daripada pendirian Anwar mengiktiraf rejim Zionis itu.

"Dia (Anwar) memang menyokong Israel, jadi NIk Aziz cuba pertahan dia dengan menyoal kenapa kerajaan Malaysia membenarkan kapal Israel masuk ke pelabuhan Klang,” kata Mahathir.

"Ia adalah satu amalan antarabangsa dan kalau hendak adakan satu sekatan, mungkin perlu rujuk kepada undang-undang antarabangsa berhubung isu ini," katanya.

Anwar semalam berkata Israel boleh diiktiraf sebagai sebuah negara jika rejimnya berundur daripada tanah Palestin dan menghentikan segala kekejaman terhadap penduduk negara itu.

Pendirian itu disampaikan kepada Murshidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat. Namun NIk Aziz sekali lagi menegaskan parti itu tidak akan mengiktiraf Israel dalam apa keadaan sekali pun.

Mahathir bersetuju Israel tidak boleh disokong dalam apa keadaan sekali pun.

"Yang saya tahu kita tidak boleh sokong Israel sama sekali. Yang pertamanya negara ini hasil rampasan Wilayah orang lain yang tidak diiktiraf walaupun dunia iktiraf Israel tetapi dia adalah hasil rampasan,” kata beliau.

"Dan dia (Israel) membelakangkan undang-undang antarabangsa dan adakan sekatan ke atas Gaza dan sebagainya . Inikah manusia yang kita patut jaga keselamatan dia...orang patut jaga jangan bagi dia (Israel) serang negara lain bukan bagi dia sokong keselamatan Israel,” tambah Mahathir.

"Jadi ini satu rejim yang cukup zalim, kalau Amerika hendak tukar rejim, inilah rejim yang patut tukar dahulu," katanya. - AntaraPos

PengundiBaharu: Undi Pakatan bermaksud Undi Israel!

Tuesday, February 21, 2012

KEBEBASAN AKHBAR: MALAYSIA NO 1 MENDAHULUI NEGARA SERANTAU!


KUALA LUMPUR - Malaysia memperbaiki kedudukan dengan menduduki tempat ke-122 di dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2011/2012 yang direkodkan oleh Reporters Without Borders.

Dalam indeks 2010, Malaysia menduduki tempat ke-141.

Indeks terbaru ini menunjukkan Malaysia mendahului negara-negara serantau yang lain seperti Singapura yang menduduki tempat ke-135, Thailand (137), Filipina (140) dan Indonesia (146).

Finland dan Norway bersama-sama menduduki tempat teratas dalam kajian kebebasan akhbar yang melibatkan 179 negara, diikuti Estonia dan Belanda yang terikat di tempat ketiga, manakala Austria di tempat kelima.

Lima lagi antara 10 negara teratas daripada segi kebebasan akhbar adalah Iceland dan Luxembourg di tempat keenam, Switzerland (lapan), Cape Verde (sembilan), serta Kanada dan Denmark yang terikat bersama di tempat ke-10.

Menduduki tempat terbawah dalam senarai adalah Turkmenistan (177), Korea Utara (178) dan Eritrea (179).

Menurut laporan itu, Pakistan (151) merupakan negara paling bahaya bagi wartawan untuk tahun kedua berturut-turut.

"Somalia (164), yang masih dalam kancah perang saudara selama 20 tahun, tidak menunjukkan petanda akan keluar daripada pergolakan di mana wartawan menanggung risiko tinggi untuk bertugas di negara itu," menurut laporan itu.

Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 39, terkorban semasa bertugas di ibu negara Somalia, Mogadishu, pada 2 Sept tahun lepas menyebabkan desakan kepada perlindungan yang lebih baik diberikan bagi petugas media yang dihantar membuat liputan di kawasan bencana dan peperangan.

Laporan itu menyatakan Amerika Syarikat, yang menduduki tempat ke-47, jatuh 27 tempat daripada tahun sebelumnya berikutan penahanan ramai wartawan semasa membuat liputan tunjuk perasaan bantahan "Occupy Wall Street".

Mengulas Indeks Kebebasan Akhbar tahun ke-10, Reporters Without Borders berkata: "Indeks pada tahun ini menyaksikan banyak perubahan kedudukan, perubahan yang menggambarkan perkembangan pesat dan drastik terutamanya di dunia Arab."

Ia menyatakan banyak media terpaksa menanggung risiko tinggi bagi membuat liputan aspirasi demokrasi.

"Tahun yang berlalu juga memperlihatkan peranan yang diterajui pengguna Internet dalam menghasilkan dan menyebarkan berita," menurut pertubuhan, yang turut memaklumi penyertaan Cape Verde dan Namibia dalam kalangan 20 negara teratas. - Bernama

PengundiBaharu: Tahniah! Ini musti kerja APCO. LOL!

LOGO JATI MACAM SETAN? BENDERA PKR 'MATA DAJJAL' PASetan BUAT-BUAT TAK NAMPAK KE?!


[Otak Harakah Lidah Rasmi PASetan jadi beku hadapi serangan Hassan Ali]

PERLEMBAGAAN PARTI KEADILAN RAKYAT ATAU PKR [SILA RUJUK DISINI: http://forum.pakatan-rakyat.com/viewthread.php?tid=285] ADA MENYATAKAN:

FASAL 4 : BENDERA DAN LAMBANG



4.1 Bendera Parti berupa segi empat tidak sama yang berwarna biru langit (sky blue) beserta lajur warna merah di kiri dan kanan. Di tengah-tengah segi empat terdapat sfera berwarna putih dan di tengah-tengah sfera itu terdapat satu bulatan penuh yang berwarna biru langit membentuk lambang mata yang terbuka.



Mata yang terbuka adalah cahaya yang menyuluh perjuangan untuk menegakkan keadilan. Mata yang terbuka mencerminkan mata hati nurani yang mendorong Parti untuk mencapai perubahan ke arah kebenaran dan keadilan.

Lajur merah di kiri dan kanan segi empat tidak sama melambangkan keberanian dan komitmen memperjuangkan kebenaran dan keadilan.

AZNIL HAJI NAWAWI SEDIA JADI SENATOR


Aznil yang kini sudah menamatkan kerjaya sebagai penyampai radio Era, melihat tanggungjawab ini bukan sahaja untuk golongan seni semasa malah untuk mereka pada masa akan datang.

"Kita ada kurang dari 8 tahun untuk tujuan itu supaya dunia hiburan dapat berdiri sama tinggi dengan bidang lain. Saya sudah melibatkan diri sebagai penggiat seni sejak dari zaman analog (pengurusan secara tradisional, kecil-kecilan dan hardcopy) sehinggalah di zaman digital (serba serbi secara IT) ini amat merasakan kita tidak seharusnya hanyut dalam dunia permodenan. Saya menjadi saksi dan penggiat aktif dalam perubahan infrastrukur pembangunan.

"Jadi kepandaian akademik, pengalaman jatuh bangun dan keupayaan membuat unjuran perniagaan ini di masa akan datang harus digandingkan dalam menyuarakan perjuangan di peringkat yang didengari. Ya, saya bersedia," katanya bersemangat.

Pada Aznil, seseorang Senator yang mewakili golongan seni di Dewan Negara seharusnya memainkan peranan sebagai perwakilan rakyat dan menteri dunia hiburan. Dia seharusnya berupaya mewakili golongan seni, pertama untuk bercakap mengenai sejarah - kerana hanya mereka yang tahu asal usul bidangnya yang akan memahami situasi semasa.

Menurutnya, dengan mengetahui sejarah, sektor yang diwakili itu juga memperlihatkan tindakannya lebih realistik dalam menyuarakan setiap tuntutan. Pengetahuan latarbelakangnya juga memungkinkan seseorang itu membuat analisa yang lebih mendalam. Beliau juga akan dilihat sebagai seorang yang memahami perjuangan golongan yang sebelumnya. Senator yang mewakili golongan seni turut harus sekurang-kurangnya memahami sejarah pembangunan dunia seni hiburan negara maju lain sebagai perbandingan.

"Ini penting untuk melihat akan kesesuaian dasar mereka yang boleh digunapakai oleh negara kita. Tiada guna jika kita menjadi perwakilan di Dewan Negara jika kita sendiri tidak tahu dari mana kita bermula dan suara kita dilihat sebagai suara kosong. Jadi di sinilah peranan 'kementerian hiburan' itu memainkan peranannya sebagai penyimpan data dan sejarah jatuh bangun dunia hiburan.

"Kedua, bercakap mengenai masa kini - seseorang Senator yang mewakili dunia hiburan seharusnya seorang yang peka kepada perubahan dan perkembangan dalam dunia hiburan tempatan dan luar negara. Dia seharusnya tidak terperuk dengan kaedah lama yang sudah 'tamat tempoh' tetapi seharusnya lebih terkini.

"Fungsi Senator harus mampu bercakap dan bertindak mengikut formula dan acuan masa kini dan tidak dilihat sebagai terkebelakang. Untuk lebih relevan, fungsi Senator itu juga harus menjadi ejen perubahan kepada industri yang diwakilinya. ‘Mind set’ penggiat seni juga harus diubah dan melalui revolusi untuk bergerak sepantas perubahan IT.

"Tidak segan pada perubahan IT menjadikan beliau sebagai seorang yang kebal diuji arus permodenan. Kita harus didedahkan, dipersiap dan diberi peluang untuk bersaing di peringkat global pada masa kini. Fungsi mewakili masyarakat seni masa kini bukan sahaja dari segi IT tetapi juga dari segi modal insan," katanya. - Yahoo! Malaysia

PengundiBaharu: Sokong. Pak Nil memang layak!

Monday, February 20, 2012

KINI NIK AZIZ JUGA IKTIRAF ISRAEL BERSAMA-SAMA ANWAR?



KUALA LUMPUR, 21 FEB : Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat "faham" pendirian beliau mengiktiraf Israel dengan syarat rejim Zionis itu menghentikan kekejaman di bumi Palestin dan menghormati hak rakyat negara itu.

Bagaimanapun Nik Aziz yang sebelum ini menegaskan partinya tidak akan mengiktiraf Israel dalam apa keadaan pun, enggan mengeluarkan sebarang kenyataan susulan perjumpaan sejam dengan Anwar. Turut hadir pada pertemuan itu Ketua Penerangan Pas Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Anwar, beliau menjelaskan kepada Nik Aziz secara terperinci berhubung kenyataannya yang disiarkan akhbar Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu.

"Tok Guru dengar dan dia faham pendirian saya dan saya pun faham pertimbangan Pas yang cukup tegas dan keras dalam soal Israel dan saya jelaskan bahawa jangan ada salah tafsiran tentang pengiktirafan Israel kerana itu tidak berbangkit kerana selagi syarat-syarat tidak dipenuhi," kata beliau kepada pemberita.

"Saya telah memberikan penjelasan sedikit sebanyak dalam hal keraguan tentang hal ini. Tetapi akhirnya saya beritahu (Nik Aziz) saya juga tunduk kepada kehendak Hamas dan Fatah sepertimana yang dirundingkan di Doha dua minggu yang lalu," katanya.

Nik Aziz sebelum ini menggesa Anwar menyaman WSJ jika akhbar itu tersalah lapor bahawa Ketua Pembangkang itu menyokong usaha melindungi keselamatan Israel tanpa merujuk kepada soal kekejaman rejim itu terhadap rakyat Palestin.

Anwar bertegas tidak akan menyaman akhbar itu kerana mendakwa pihak yang memutar belitkan kenyataannya adalah media arus perdana, bukan WSJ.

"Mengapa saya perlu pula saman Wall Street Journal, sebab mereka (WSJ) meletakkan perkataan "contigent" (dalam kenyataan saya mengiktiraf Israel). Yang tidak keluarkan perkataan itu adalah Berita Harian, Utusan Malaysia dan TV3.

Beliau menuduh media berkenaan sebagai "hanya melaporkan fitnah dan dia tidak melaporkan fakta."

Menurut Anwar, dalam kenyataannya kepada WSJ, beliau cukup menekankan perkataan 'contigent' yang bermaksud 'dengan syarat' atau 'tertakluk'.

"Apa dia syarat? Syarat yang ditetapkan termasuk pengunduran tentera Israel daripada wilayah Palestin dan Arab, kedua hentikan keganasan, ketiga hentikan kepongan terhadap Gaza, keempat iktiraf Baitul Maqdis sebagai kota Palestin. UMNO ini hanya menggunakan bahagian pertama bahawa ada kesediaan mengiktiraf dan mengawal keselamatan tetapi tidak ditekankan tertakluk kepada syarat, "contigent on Israel respecting the aspirations of Palestinian"," katanya.

Anwar menegaskan beliau juga menyampaikan pendiriannya berhubung isu itu kepada Ketua Hamas Khaled Mashal yang menerima baik penjelasan itu.

"Maka dalam perbincangan (itu) Khaled Mashal sebut "Anwar, saya tahu perkataan kontijen jadi bagi saya kita sudah jelaskan dan perkara ini tidak berbangkit dan kita akan terus program bersama seperti biasa"," katanya.

Pertemuan antara Anwar dan Nik Aziz diatur selepas Majlis Syura Pas menegaskan ia tidak menerima penyelesaian dua negara yang membabitkan pengiktirafan Israel, sekali gus menempelak pendirian Anwar mengenai konflik Palestin itu.

Percanggahan itu menimbulkan persoalan mengenai dasar-dasar luar negara Pakatan Rakyat sekiranya pembangkang menubuhkan kerajaan. Gagasan itu sehingga kini masih mencari permuafakatan dalam isu-isu seperti perlaksanaan hukum hudud. -

PengundiBaharu: Anwar iktiraf Israel pun salah UMNO...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...