Tuesday, December 18, 2012

KERANA POLITIK, MUFTI PERAK DILAKNATULLAHKAN!



Inilah dia manusia yang berani melaknat
Mufti Perak di dalam Facebook!




Berikut adalah komen yang di keluarkan oleh beliau di Page Facebook Harakah Daily: 


Dan tak silap lagi dia adalah seorang totok PAS.



Apakah PAS tidak mentarbiah pada ahli-ahlinya sehingga ada yang
berperangai seperti Nasir Johari ini?!

Oh ya, mungkin ini kesan dari mencontoh 'Akhlak terpuji' alKhawarij iaitu kafir mengafir yang dididik oleh Mursyidul Am dan Presiden Parti 'Islam' nya...

Saturday, December 15, 2012

LEBIH 10K PENGGUNA JALANRAYA JELASKAN SAMAN #AES




KUALA LUMPUR 15 Dis. - Lebih 10,000 pengguna jalan raya telah menjelaskan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dari 274,000 saman yang dikeluarkan sejak sistem itu mula beroperasi 23 September lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad berkata jumlah pengguna jalan raya yang menjelaskan saman tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan jumlah saman yang dikeluarkan.

"Pengguna jalan raya perlu faham, penguatkuasaan AES ini bukan untuk membebankan mereka sebaliknya sebagai satu kaedah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya yang saban hari semakin meningkat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya anjuran Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) di Plaza Tol Sungai Besi, di sini. - UTUSAN

Jika 10 ribu pengguna jalanraya mampu dan telah menjelaskan saman AES...

Mengapa Pemimpin Pembangkang seperti dibawah terlalu liat untuk melangsaikan saman mereka!?





Adakah JPJ 'double standart' dalam hal ini atau bagaimana?

Thursday, December 13, 2012

CAI PAKATAN, APA MASALAHNYA KALAU @NajibRazak MINTA MAAF? #1MsiaTolakFitnah



Presiden PAS pung minta maaf:

Presiden Pas mohon maaf dalam sidang

KUALA TERENGGANU 12 Dis. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Rhu Rendang) memohon maaf kepada semua wakil rakyat ketika beliau mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Kenyataan maaf itu dibuat memandangkan sidang tersebut mungkin yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bermula.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama kepada kami dan minta maaf sekiranya ada apa-apa kesilapan yang kami lakukan sepanjang sidang kali ini.

“Mudah-mudahan kita akan bersama berjuang membangunkan negara mengikut medan masing-masing," katanya.

Terdahulu, ketika membahaskan ucapan bajet, beliau memuji usaha yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi subsidi diesel kepada golongan nelayan yang telah membantu menambah pendapatan mereka.

Jelasnya, usaha-usaha lain seperti membina kilang ais untuk kegunaan nelayan tempatan juga baik kerana ia memudahkan nelayan mendapatkan bekalan air batu bagi kegunaan mereka.



Contoh sikap pencacai yang kita semua dapat tengok hari ini:


Tengok apa Ulama Muda UMNO nih komen pasal mohon maaf;


PengundiBaharu: Bukan kah Islam ajar berbaik sangka, lebih-lebih lagi bila seseorang itu meminta maaf? Tapi PAS parti Islam ajak buruk sangka. Lantas, Syaitan manakah yang telah merasuki PAS...?!!!

FLAT 4 TINGKAT KERINCHI: APA YANG TERJADI? @n_izzah @AdamAdli #1MSIATOLAKFITNAH

Kronologi dalam bentuk animasi


Dato' Raja Nong Chik tidak dapat menahan sebak melihat rumah contoh yang bakal dimiliki penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi. Pak Aziz @ Ahmad Rahman, Pengerusi Persatuan Penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi turut mengalirkan air mata gembira.  

Jarang kita dapat tengok Menteri mengalirkan air mata di depan kita. Jadi, bila aku turun ke pelancaran K-Residensi, iaitu pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi, aku tergamam bila Dato’ Raja Nong Chik sebak dan mengalirkan air mata bila melihat rumah contoh yang bakal diterima penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi menggantikan flat usang tiada bilik sebelum ini.

Mengapa Dato’ Raja Nong Chik sebak hingga mengalirkan air mata?

Kerana pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi yang telah lama diperjuangkan oleh Dato’ Raja Nong Chik, sejak dari 25 tahun dahulu, kini hampir tercapai walaupun berdepan pelbagai rintangan.

Rintangan utama yang dihadapi ialah hasutan dari Nurul Izzah. Nurul Izzah berjaya menghasut segelintir penduduk untuk menolak rancangan pembangunan ini walaupun majoriti penduduk sendiri yang mengundi melalui referendum memilih pemaju. Penggunaan referendum untuk memilih pemaju adalah julung kali diadakan di Malaysia dan membuktikan Kerajaan BN prihatin kepada kemahuan rakyat.

Wajah asal Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi yang usang & uzur

Apartment mewah yang bakal jadi milik penduduk

Nurul Izzah menghasut segelintir penduduk untuk membuat bermacam tuntutan yang tidak masuk akal. Bayangkanlah, pemaju telah bersedia memberi apartment baru 3 bilik dengan keluasan 900 kaki persegi untuk menggantikan flat usang tiada bilik keluasan 380 kaki persegi. Anggaran harga rumah baru mereka ialah RM350,000!! Bukan murah tu!! Pemaju juga beri wang pampasan untuk perpindahan keluar dan masuk. Pemaju juga menanggung kos menyewa penduduk sepanjang projek dilaksanakan. Itu pun tak cukup lagi?

Kesian pakcik ni, kena tidur atas pangkin di luar rumah. Mana taknya, rumah takda bilik, kalau anak bini dah tidur kat dalam, mana cukup tempat tidur!

Penduduk gembira melihat suasana ruang tamu di rumah contoh. Ruang tamu je dah lebih besar dari rumah dulu!

Nurul cuba berlagak kononnya dia pejuang hak penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi, padahal dia baru je tunjuk muka di situ sedangkan Dato’ Raja Nong Chik telah 25 TAHUN MEMPERJUANGKAN HAK PENDUDUK FLAT 4 TINGKAT KERINCHI!

93% dari kesemua penduduk iaitu 433 dari 468 keluarga telah menyokong pembangunan semula ini tetapi hak 34 individu yang menentang dijadikan tiket oleh Nurul Izzah untuk cuba menggagalkan pembangunan semula ini.

Kawan-kawan tentu masih ingat lagi rusuhan di tapak Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi yang didalangi Nurul Izzah. Nurul Izzah bawa masuk orang luar seperti Adam Adli, samseng tahi kucing yang sebelum ni tak pernah pun jejak kaki ke Kg Kerinchi dan juga samseng-samseng Cina dan India untuk merusuh.

Samseng India yang dibawa Nurul untuk merusuh.


Samseng Cina yang dibawa Nurul untuk merusuh.

Kawasan ini penduduknya 100% orang Melayu, tapi Nurul, mengapa kau bawa masuk samseng-samseng Cina dan India untuk buat kacau?

Alhamdulillah, penduduk telah bersatu-padu dan menghalau keluar anasir asing yang dibawa masuk oleh Nurul Izzah.

Kini sejarah telah tercipta. Pembangunan semula flat usang Kg Kerinchi telah bermula.

Tahniah kepada para penduduk yang berjaya merealisasikan impian mereka.

Untuk Nurul Izzah, aku ada soalan:

Mengapa kau dengki sangat dengan penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi sampai mati-matian berusaha menggagalkan impian mereka?

Kerana kau, hampir tiga tahun projek ni tergendala. Kau tahu tak ada penduduk asal yang dah meninggal dunia, kempunan menunggu rumah baru impian mereka?

Kau ni namanya je wakil rakyat, Ahli Parlimen, tapi harapan penduduk Lembah Pantai kau tolak ketepi semata-mata demi kepentingan politik sempit kau.

Pemimpin jenis apa kau ni?

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?  - http://apakecoh2.blogspot.com/

Tuesday, December 11, 2012

HAMAS KATA MALAYSIA NEGARA ISLAM CONTOH, PENCACAI PAS KATA TIDAK!




Malaysia patut dicontohi negara Islam lain - Hamas

GAZA 11 Dis. - Malaysia patut dijadikan contoh oleh negara Islam di seluruh dunia, kata Menteri Kesihatan Hamas, Dr Mufid El Mukhalalati.

Sambil menyanjung tinggi kemurahan hati Malaysia dalam membantu rakyat Palestin sejak beberapa dekad lepas, Dr Mufid menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu dicontohi dari segi kemajuan penyelidikan saintifik dan pembangunan.

"Sebab itulah, kini ramai pelajar kami pergi ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dan sarjana," katanya ketika menerima kunjungan hormat Penasihat Yayasan Aman Global Perdana (PGPF), Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir di Hospital Al-Shifa' di sini pada Isnin.

Turut hadir Pengerusi PGPF, Tan Sri Norian Mai, Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan 58 sukarelawan misi kemanusiaan KP1M.

Dr Mufid juga menyifatkan Malaysia sebagai “saudara seagama rakyat Palestin" dan menyanjung tinggi segala usaha kerajaan Malaysia untuk meringankan beban rakyat Palestin, terutama dengan membekalkan keperluan perubatan.

Sementara itu, Mukhriz, yang mengetuai misi kemanusiaan tujuh anggota itu berkata beliau yakin bekalan perubatan yang dibawa beberapa misi kemanusiaan Malaysia boleh membantu mengatasi kekurangan bekalan ubat-ubatan di Gaza.

Kali ini, kata beliau, PGPF menyerahkan 25 tan metrik bekalan perubatan bernilai lebih RM1.5 juta kepada Kementerian Kesihatan Hamas dan lebih banyak bekalan akan tiba tidak lama lagi.

"Anda mempunyai saudara di seluruh dunia, termasuk di timur jauh seperti di Malaysia, yang sentiasa ingin membantu anda dengan sedapat mungkin dan ini merupakan suatu usaha berterusan," katanya.

Abdul Azeez, yang mengetuai misi kemanusiaan KP1M pula berkata pasukan itu telah menyerahkan ubat-ubatan dan kelengkapan perubatan bernilai kira-kira AS$150,000 (RM450,000) kepada Kementerian Kesihatan Hamas.

Terdahulu, sukarelawan misi kemanusiaan KP1M mengunjungi hospital Al-Quds di Gaza dan menyampaikan sumbangan AS$10,000 (RM30,000) kepada hospital itu.

Misi kemanusiaan KP1M, dengan kerjasama Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, memasuki hari keempatnya pada Selasa. - BERNAMA

PengundiBaharu: Cai PAS harus bertaubat!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...