Showing posts with label SELANGORKU JAHANAM. Show all posts
Showing posts with label SELANGORKU JAHANAM. Show all posts
Sunday, September 28, 2014
Sunday, August 17, 2014
MESYUARAT MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT BERLANGSUNG TANPA HADI AWANG #KRISISSELANGOR
Petaling Jaya – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang sedang berlangsung pada ketika ini.
PAS dikatakan hanya menghantar Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bagi mewakilkan Presiden dan ahli-ahli parti yang dilantik menyertai Majlis Pimpinan PR.
Ahli Majlis Pimpinan PR terdiri daripada ketua ketiga-tiga parti yang turut dianggotai oleh wakil dari setiap parti gabungan.
Menurut sumber Hadi enggan menghadiri mesyuarat tersebut kerana tidak bersetuju dengan keputusan untuk mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor bagi mengantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Walaupun PAS secara dasarnya bersetuju untuk memberikan dua nama sebagai calon MB Selangor, namun keputusan tersebut jelas tidak begitu disenanggi oleh kumpulan ulama yang sebelum ini menolak pencalonan Azizah.
“Contoh mudah, apabila Presiden enggan memberikan sebarang kenyataan akhbar sejurus selepas mesyuarat PAS pusat yang diadakan tadi, dan menyerahkan tugas tersebut kepada Mat Sabu selaku Timbalan Presiden” ujar sumber tersebut.
Menurut sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu, mesyuarat PAS pusat yang berlangsung sebentar tadi itu juga kecoh apabila beberapa kumpulan pro-Anwar yang dikatakan bertegas mahu nama Wan Azizah dikekalkan sebagai calon.
Sebelum ini, melalui Majlis Syura Pas memilih untuk mengekalkan Abdul Khalid.
Abdul Hadi dalam satu kenyataan sebelum ini turut menyokong keputusan Majlis Syura PAS itu selari dengan pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengekalkan Khalid.
Thursday, April 18, 2013
PKR-PAS KAJANG PROTES, PELUANG BN TAWAN SELANGOR MAKIN CERAH! #PRU13
Petisyen Pengundi Kajang Menyokong Cikgu Lee Kim Sin Sebagai Calon DUN Kajang
Kami berasa amat kecewa kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak memilih penyandang Adun Kajang Cikgu Lee Kim Sin sebagai calon bagi PRU Ke-13. Sebaliknya, PKR mencalonkan seseorang yang tidak dikenali oleh masyarakat setempat.
Lebih 10 tahun berkhidmat kepada masyarakat Kajang, Cikgu Lee terbukti seorang pemimpin yang berdedikasi, berwibawa, dan berprestasi cemerlang di peringkat tempatan bahkan di Dewan Undangan Negeri. Beliau juga disenangi masyarakat berbagai lapisan kaum. Hubungan beliau sangat baik dengan pertubuhan-pertubuhan NGO, kebudayaan dan persatuan di Kajang. Cikgu Lee juga memberikan kerjasama dan mendapat kerjasama yang baik dari parti di dalam Pakatan Rakyat.
Kami tidak menerima seseorang calon yang tidak mengenali dan dikenali oleh masyarakat Kajang.
Kami menyeru supaya PKR mempertimbangkan semula pencalonan Cikgu Lee sebagai calon boleh menang di DUN Kajang. Bersama ini disertakan senarai tandatangan pengundi Kajang yang menyokong Cikgu Lee.
Mereka telah berjumpa dengan Zuraida Mak Lampir bagi membincangkang masalah ini.
PengundiBaharu: Hancur Pakatan! Hancur!
Wednesday, April 17, 2013
LIVE!: PELANCARAN MANIFESTO BN SELANGOR #SAYANGISELANGORYAKINIBN #PRU13
Saksikan Siaran Langsung perlancaran Manifesto BN Selangor di http://www.b1m.tv/ dari Jam 8.00 malam hingga 11.00 malam.
Saturday, January 26, 2013
#DEMIRAKYAT PROJEK LANGAT 2 TETAP DITERUSKAN #BNPRU13
Tak ada lagi basa-basi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu menegaskan kerajaan pusat akan meneruskan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dalam masa terdekat walaupun tanpa persetujuan kerajaan negeri Selangor.
"Kerajaan pusat kata, lulus tak lulus kita sudah tawar kontrak bina Langat 2...dalam sebulan dua, kita buat juga Langat 2 demi kepentingan rakyat dan bukan Menteri Besar ataupun pakatan pembangkang," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada program mesra rakyat 1Malaysia di Sekolah Kebangsaan Dr Abdul Latiff, Sabak Bernam hari ini.
Beliau berkata buat masa sekarang bagi menampung permintaan air yang semakin meningkat di kalangan rakyat, beberapa buah loji rawatan air di negeri itu terpaksa meningkatkan tahap pengeluaran sehingga 100 peratus.
Projek Langat 2 dan sistem agihannya mengalami kelewatan sebanyak 40.55 peratus iaitu kira-kira 29 bulan disebabkan keengganan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memberikan kelulusan yang diperlukan.
Mengikut perancangan asal, projek yang merupakan sebahagian komponen Skim Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor itu akan dilaksanakan melalui dua fasa melibatkan 23 pakej pembinaan bagi setiap fasa.
Langat 2 adalah sebahagian daripada Projek Pemindahan Air Mentah yang akan merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk disalurkan ke Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025.
Mengenai usaha kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan air dari empat syarikat konsesi di negeri itu, Muhyiddin berkata kerajaan pusat tidak menghalang usaha itu selagi ianya berlandaskan undang-undang dan peraturan.
"Kerajaan pusat tidak sekat usaha kerajaan negeri ambil alih empat syarikat konsesi ini. Pergilah ambil alih konsesi air dan buat rundingan dengan pihak konsesi ini," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri Selangor ada ikatan dan perjanjian dengan semua syarikat konsesi dan mereka harus selesaikan pengambilalihan secara rundingan atas dasar persetujuan antara pembekal dan pembeli.
"Justeru, kerajaan negeri tidak boleh mengambil alih perkhidmatan air dari syarikat konsesi secara sewenang-wenangnya sebab terikat dengan undang-undang dan akta yang termaktub dalam perjanjian konsesi," katanya.
Empat syarikat konsesi air di Selangor ialah Syarikat Pengeluar Air Berhad, Konsortium Abbas, Syarikat Bekalan Air Selangor dan Puncak Niaga.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata laporan lengkap Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada akhir bulan ini.
"Kita telahpun mengadakan rundingan meja bulat dan menerima pandangan dari pelbagai pihak untuk pelan ini bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara," katanya dan menurutnya pihak kementerian sudah berjumpa seramai 17,000 orang yang menyertai inisiatif itu.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan pembinaan sebuah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di Sabak Bernam yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan dan menaik taraf PPD.
Beliau juga mengumumkan peruntukan RM3.65 juta untuk pelaksanaan projek pembangunan di daerah Sabak Bernam iaitu pembinaan 30 unit rumah, sebuah surau di Sekolah Kebangsaan Dr Abdul Latiff, menaik taraf jalan dan kemudahan asas.
Terdahulu, Muhyiddin tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam untuk memulakan lawatan ke daerah ini dengan menghadiri beberapa program mesra rakyat di samping mengadakan pertemuan tertutup bersama pemimpin Umno Bahagian Sabak Bernam dan Bahagian Sungai Besar. - AgendaDaily
PengundiBaharu: TAWAN KEMBALI SELANGOR!
Thursday, January 3, 2013
MASALAH AIR DI SELANGOR: KEROSAKAN RUMAH PAM SELESAI DIPERBAIKI #SAYANGISELANGOR
KUALA LUMPUR 3 Jan. - Kerosakan di dua rumah pam yang menjadi punca krisis air di ibu negara sejak 29 Dis lepas selesai diperbaiki bagi membolehkan ia beroperasi semula, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya secara berperingkat ke semua kawasan terbabit dalam tempoh lima hari.
Katanya, kerosakan di rumah pam Wangsa Maju siap dibaiki pada jam 11.45 pagi semalam manakala Pudu Hulu Baru selesai jam 5 pagi ini.
Kedua-dua rumah pam telah beroperasi semula, tetapi rumah pam Wangsa Maju beroperasi pada kapasiti yang lebih rendah iaitu 170 juta liter sehari (JLH) berbanding kadar biasa melebihi 200JLH, katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata bagi membantu penduduk yang terjejas, Syabas menggerakkan sebanyak 40 buah lori tangki air dan menyediakan 174 buah tangki air statik ke kawasan terjejas. - BERNAMA
PengundiBaharu: Kerajaan Pakatan Selangor kata SYABAS tak bagus...? KEHKEHKEH!
Wednesday, January 2, 2013
MASALAH AIR: KERAJAAN PAKATAN SALAHKAN SYABAS #SAYANGISELANGOR
BERITA PERTAMA:
AMPANG: Kerajaan Selangor enggan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah gangguan bekalan air yang melanda di beberapa kawasan di negeri itu sejak seminggu lalu.
Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad sebaliknya berkata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) merupakan entiti yang harus dipersalahkan kerana gagal untuk memastikan bekalan air sentiasa mencukupi. - Selanjutnya...
BERITA KEDUA:
SHAH ALAM: Dalam situasi penduduk berhadapan dengan masalah gangguan bekalan air, kerajaan Selangor terus menuding jari kearah kerajaan pusat mendakwa ianya berpunca daripada sikap sengaja melambat-lambatkan proses penstrukturan semula air di negeri itu.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin dalam satu kenyataan hari ini berkata, gangguan air di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan sejak seminggu lalu ekoran projek penswastaan industri air yang tidak dilakukan secara berhemah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Selangor terdahulu. - Selanjutnya...
PengundiBaharu: Bila sudah jadi kerajaan, sepatutnya mereka patut berfikir bagaimana cara untuk selesaikan masalah rakyat, bukannya suka suka tuding jari pada orang lain... Inilah jadinya bila pilih mereka yang berjiwa pembangkang menjadi kerajaan.
Friday, December 21, 2012
NAIK CUKAI: TERIMA KASIH PKR SELANGOR! #BNPRU13
SHAH ALAM: Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Zin Mohamed menyifatkan alasan yang diberikan oleh Menteri Besar sama sekali tidak masuk akal apabila menegaskan kenaikan cukai pintu sehingga 10 kali ganda di luar bidang kuasa kerajaan negeri.
Ujarnya kerana umum mengetahui keputusan cukai yang berkaitan dengan negeri dibuat oleh majlis bandaraya berdasarkan arahan daripada kerajaan negeri.
"Bila masa kerajaan negeri tidak ada kuasa dalam urus tadbir kerajaan tempatan.
"Sebab saya fikir bahawa pelantikan ahli majlis semua dibuat dibawah kerajaan negeri. Itu sudah menjadi asas pertimbangan yang kukuh menyatakan bahawa memang dia (MB) ada kuasa.
"Saya pun pelik kalau dia cakap kerajaan negeri tidak ada kuasa," tegasnya kepada pemberita dalam sidang media Karnival Sayangi Selangor di I-City hari ini.
Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan apabila menyatakan kenaikan mendadak cukai pintu di kedua-kedua kampung Kg Melayu Subang dan Sg. Buloh sebagai munasabah namun mengumumkan penubuhan satu lagi jawatankuasa untuk mengkaji semula kadar itu.
Penubuhan jawatankuasa oleh Khalid juga bercanggah dengan dakwaan beliau sebelum ini bahawa kenaikan cukai pintu itu diputuskan oleh kerajaan persekutuan dan beliau tidak akan masuk campur.
Khalid sebelum ini mendakwa isu kenaikan cukai pintu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH).
Mengulas lanjut perkara ini Zin yang juga Ketua Umno Bahagian Sepang seterusnya secara sinis mengingatkan Khalid untuk mengkaji semula bidang kuasa sebenar kerajaan negeri sebelum mengeluarkan kenyataan.
"Saya minta dia (Khalid) pergi semak samada tugas dia sebagai MB ada tanggungjawab dalam urus tadbir pihak PBT," ujarnya.
Kelmarin sekumpulan 50 dari mereka berhimpun di hadapan Wisma MBSA bagi membantah kenaikan cukai taksiran sebanyak 7.5 peratus untuk tahun 2013 yang disifatkan mereka sebagai terlalu tinggi.
Kenaikan yang tinggi itu juga tegas mereka tidak setimpal dengan pembangunan infrastruktur di kawasan tersebut justeru meminta kerajaan negeri menimbang semula kadar cukai taksiran baharu tersebut agar lebih munasabah dan tidak membebankan pemilik tanah. - AntaraPos.
Keluar topik sikit,
Nih Bukti Selangor Makin Jahanam dibawah Pakatan...
Terima kasih pada pencacai PR kerana 'membawa perubahan' sebegini ke Shah Alam.
PengundiBaharu: Terima Kasih lah oi MB Gagap...! Terima Kasih!
Friday, December 7, 2012
BARUA PAS: "SULTAN SELANGOR BARUA UMNO" @wanji_bakistani #1MsiaTolakFitnah
DULU USTAZ ALKHAWARIJ KATA SULTAN JOHOR
ADA CIRI ADIK BERADIK SYAITAN...
SEKARANG ALKHAWARIJ IBNU BARUA PAS
INI BERANI KATA SULTAN SELANGOR BARUA...
PengundiBaharu: Jadi lah barua PAS selama-lamanya. Ada aku kesah?
Thursday, December 6, 2012
MASALAH UTAMA RAKYAT SELANGOR ADALAH SI KHALID GAGAP!
SHAH ALAM: Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata masalah utama rakyat Selangor adalah terpaksa berhadapan dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sering berdolak dalih untuk menyelamatkan diri.
Katanya, tindakan kerajaan negeri yang seolah-olah menipu rakyat dengan menawarkan jaminan kebajikan dalam manifesto pilihan raya umum tanpa mengambilkira kemampuan untuk melaksana akan mengakibatkan rakyat berubah arah.
"Dulu semasa berjanji tidak bagi tahu bahawa ada syarat-syarat kepada janji itu tetapi sekarang setelah berkuasa ada pula syarat-syaratnya.
"Tidak betul jika tindakan memberikan manifesto hanya sekadar untuk berjanji untuk buat tetapi kita tidak buat," katanya ketika dihubungi.
Khalid pada Rabu memberitahu bahawa bukan semua rakyat di Selangor layak untuk mendapat manfaat daripada manifesto yang diisytiharkan pakatan pembangkang sebelum berjaya menjadi kerajaan negeri.
Beliau berkata kerajaan negeri hanya bertanggungjawab menjaga kepentingan golongan yang kurang berkemampuan.
Sehubungan dengan itu Agus menggesa agar kerajaan Pakatan Rakyat menilai terlebih dahulu kemampuan kewangan negeri sebelum berjanji kepada pengundi di Selangor terutamanya.
"Lain kali dalam pilihan raya yang akan datang kalau tidak dapat buat sesuatu yang baru kepada rakyat jangan berjanji.
"Begitu juga dengan isu PTPTN, penurunan harga kereta, jadi mereka perlu fikir baik-baik sebelum berjanji," beliau menjelas.
Ketua Pembangkang negeri Selangor, Datuk Satim Diman sebelum ini mendakwa sumber kewangan yang tidak kukuh adalah faktor kerajaan PKR Selangor tidak mampu melaksanakan program-program rakyat sepertimana yang dijanjikan dalam manifestonya.
Beliau berkata Khalid mencari pelbagai alasan untuk mengenepikan hak rakyat Selangor yang dianggarkan berjumlah RM2.4 bilion.
Pengakuan Khalid bukti pembangkang tidak ikhlas
Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus berkata pengakuan Khalid itu semalam membuktikan janji-janji yang dimuatkan dalam manifesto pembangkang bertujuan mengaburi mata pengundi untuk mendapatkan kuasa di negeri itu.
"Mereka sebenarnya mudah membuat janji, dan hari ini mereka tidak mampu untuk melaksanakannya pelbagai alasan yang diberikan untuk mengatakan janji-janji itu bersyarat.
"Dengan kenyataan MB itu, sudah terbukti kesemua janji yang telah dibuat oleh mereka tidak pasti samada boleh dilaksanakan hanya untuk menarik minat rakyat sebelum mendapatkan kuasa," kata beliau.
Abdul Shukor selain itu mendakwa pembangkang tidak berlaku ikhlas dengan memaklumkan syarat-syarat manifesto lebih awal.
"Kalau begitu mengapa sebelum ini semasa membentangkan manifesto mereka terus maklumkan apa syaratnya," katanya.
Justeru katanya, Buku Jingga yang ditawarkan kepada rakyat akan mengalami nasib yang sama.
"Ini bererti apa juga manifesto selepas ini termasuk Buku Jingga adalah untuk mengaburi mata rakyat semata-mata dan ianya belum pasti untuk diberikan kepada rakyat.
"Ianya telah pasti akan menjadi janji palsu jugak dan harapan kita janganlah rakyat terpedaya lagi dengan janji mereka yang sebegitu atau manifesto yang akan datang kerana sudah pasti tidak akan dilaksanakan," ujar beliau. - AntaraPos
PengundiBaharu: Gagap oh gagap. Berambus la cepat!
Tuesday, November 20, 2012
PANAS! PENYAMUN BERNAMA ZURAIDAH DITEMUI!
Zuraida Kamaruddin di lahirkan di Bengkulu, Sumatera Indonesia. Akibat kemiskinan hidup pada masa itu di Indonesia keluarganya telah berhijrah ke Singapura. Ketika itu Singapura masih lagi berada dalam Persekutuan Tanah Melayu. Selepas berlaku perpisahan antara Singapura dengan Malaysia keluarganya mengambil keputusan untuk memilih Malaysia sebagai tempat bermaustatin. Selepas itu mereka telah di beri kerakyatan Malaysia. Nama asal mereka sekeluarga juga dipercayai telah ditukar.
Sebelum di pilih sebagai Ahli Parlimen Ampang pada tahun 2008 Zuraida adalah seorang penjual buah di kawasan Ampang. Selain menjual buah beliau juga secara sampingan turut menjual ubat-ubatan tradisional termasuk minyak angin.
Penglibatannya dalam PKR bermula selepas dia menyertai sebuah pertubuhan pro pembangkang yang dikenali sebagai Gerakan Mansuhkan ISA. Hasil pergaulan dan perkenalan beliau dengan orang-orang pembangkang dalam pertubuhan itu membawa beliau menyertai PKR. Kebetulan pada masa itu PKR berada dalam keadaan hidup segan mati tak mahu dan tidak ramai orang yang sanggup menerima jawatan -jawatan dalam parti. Kesempatan itu di ambil oleh Zuraida untuk menonjolkan dirinya dengan suara-suara lantangnya yang akhirnya membawa beliau berjaya memegang jawatan Ketua Wanita PKR.
Zuraida yang terkenal dengan bau badan yang masam di kalangan orang-orang PKR telah dipilih oleh PKR untuk menjadi calon mereka di Ampang dalam PRU ke 13 memandangkan pada waktu itu tidak ramai orang-orang PKR yang berminat untuk jadi calon. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Zuraida menang di Ampang dan dalam masa yang sama PKR berjaya membentuk kerajaan di Selangor. Ramai orang-orang PKR yang terlopong melihat orang yang selalu diperli dengan bau badan masam sebelum itu diangkat sebagai ahli parlimen oleh pengundi-pengundi Ampang.
Bermula Mac 2008 kehidupan Zuraida sekeluarga berubah setelah bergelar wakil rakyat di sebuah negeri yang diperintah PKR. Zuraida tidak perlu lagi menjual buah. Selain sibuk sebagai ahli parlimen Zuraida juga sibuk memenuhi undangan-undangan ceramah di seluruh negara untuk membongkar ‘penyelewengan dan rasuah Umno’.
Sebelum menjadi wakil rakyat di negeri yang diperintah oleh PKR Zuraida hanya menggunakan kenderaan Perodua Myvi yang dibelinya pada tahun 2005. Itulah satu-satunya kenderaan yang dimiliki beliau pada masa itu.
- No kenderaan : WNL 8994
- No enjin : E94A84B
- Model : Perodua Myvi 1.3 Ezi (Auto)
- Tarikh daftar : 31.10.2005
- Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
- KP : 580314 71 5206
Namun seperti yang kami katakan diatas tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Daripada seorang penjual buah dan ubat-ubatan tradisional yang hanya menggunakan kenderaan Perodua Myvi kehidupan Zuraida berubah sekelip mata selepas menjadi wakil rakyat.
Beberapa bulan selepas diangkat sebagai ahli parlimen dan PKR membentuk kerajaan di Selangor Zuraida telah membeli sebuah kenderaan baru seperti berikut.
- No kenderaan : WRL 575
- No enjin : B5254 T2 A027402
- Model : VOLVO XC90 2.5 T
- Tarikh daftar : 01.07.2008
- Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
- KP : 580314 71 5206
- Harga kenderaan : RM 355,000.00
Bayangkan daripada Perodua Myvi yang berharga RM 40k terus melonjak kepada Volvo yang berharga RM 355k. Itulah yang dinamakan rezeki.
Tahun 2009 tidak ada sebarang kenderaan baru yang dibeli oleh Zuraida. Manakala pada tahun 2010 Zuraida membeli sebuah lagi kenderaan seperti berikut.
- No kenderaan : WTY 1547
- No enjin : 2KD650 8915
- Model : Toyota Hilux Double Cab 2.5 AT
- Tarikh daftar : 31.05.2010
- Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
- KP : 580314 71 5206
- Harga kenderaan: RM 99,000.00
Mungkin dua kenderaan baru belum mengcukupi untuk menggantikan Perodua Myvi yang dimilikinya sebelum itu, maka pada tahun 2011 Zuraida membeli lagi sebuah kenderaan seperti berikut.
- No kenderaan : WNA 276
- No enjin : 1KD687 8384
- Model : Toyota Hilux Double Cab 3.0 AT
- Tarikh daftar : 03.11.2011
- Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
- KP : 580314 71 5206
- Harga kenderaan: RM 107,000.00
Nampaknya tiga kenderaan di atas masih belum mengcukupi lagi buat Zuraida, satu lagi kenderaan berikut dibeli tahun 2012.
- No kenderaan : BLR 9680
- No enjin : 1129 1331 8818 93
- Model : Mercedes Benz E240
- Tarikh daftar : 24.05.2012
- Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
- KP : 580314 71 5206
Sehingga setakat hari ini itulah kenderaan yang dimiliki oleh Zuraida sejak bergelar YB empat tahun lepas.
Semakan kami di laman web MyEG juga mendapati keempat-empat kenderaan Zuraida kecuali Mercedes E240 ada 20 saman tertunggak yang belum dibayar.
Akhir kata sebagai penutup kepada siri pembuka bicara kali ini kami di sel13 mengucapkan tahniah kepada YB Zuraida kerana berusaha bersungguh untuk mengubah kehidupan. Inilah contoh seorang melayu yang berjaya.
Kami akan berehat beberapa hari dan kami akan kembali selepas ini untuk mendedahkan pula apakah rahsia di sebalik kejayaan Zuraida.
PengundiBaharu: Penyamun Tarbus...
Wednesday, November 14, 2012
RADIO INTERNET SELANGORBN.FM AKAN DILANCARKAN...
Dalam usaha untuk mendekati rakyat dan menyampaikan
informasi terkini mengenai Barisan Nasional Selangor, BN Selangor sekali lagi
mengorak langkah ke hadapan apabila mewujudkan Radio Internet yang akan
memulakan operasi pada 17 Nov 2012. Radio ini akan beroperasi selama 24 jam dan
akses boleh di capai menerusi komputer, laptop mahupun telefon pintar. Untuk
mengakses melalui komputer dan laptop, pengguna boleh melayari laman web
www.selangorbn.fm.
Melalui telefon pintar pula, pengguna boleh memuat turun
aplikasi Tune In dan melayari Selangor BN FM melalui aplikasi tersebut. Tujuan
utama kewujudan radio BN Selangor ini adalah untuk memberi informasi yang jelas
kepada rakyat khususnya di Selangor mengenai apa yang kerajaan Barisan Nasional
sedang lakukan untuk kebaikan rakyat, berkongsi informasi dengan rakyat di
Selangor tentang isu-isu semasa di Selangor.
Radio ini juga merupakan platform untuk rakyat memberikan
pandangan dan mengutarakan aduan atau masalah mereka. Medium radio juga boleh
digunakan untuk menangkis fitnah dan andaian dari pihak Pakatan dengan
menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Setakat ini akan terdapat 10 segment
yang disusun secara interaktif untuk pendengar-pendengar radio BN Selangor ini.
Antara rancangan menarik yang disediakan untuk mendekati Rakyat adalah:
- Kapsul pagi- membincangkan tentang motivasi diri, tips sebelum memulakan hari yang ceria dan produktif.
- Bual Bicara – Membincangkan tentang isu-isu di Selangor. Menjemput tetamu yang berkaitan isu ke konti radio.
- Lagu permintaan – Deejay akan memainkan lagu diselangani dengan celoteh dan info.
- Aduan rakyat –Aduan dari rakyat dan akan dijawap oleh pihak yang terlibat.
- Resepi selebriti – Menjemput artis, ahli politik, public figure untuk berkongsi resepi kesukaan mereka dan perkembangan terkini mereka.
- Bersama Pemimpin – Membincangkan isu-isu Negara dengan menjemput tetamu yang arif dalam bidang tersebut.
- Bicara kesihatan (Setiap Selasa) –Temubual bersama pakar mengenai topic kesihatan yang berlainan setiap minggu.
- Bicara agama (Setiap Jumaat) – segment membicarakan tentang agama dengan menemubual tetamu dalam bidang agama.
- Bakat Selangor – segmen yang membolehkan pendengar menonjolkan bakat nyanyian mereka dengan menghantar klip suara mereka ke FB, email atau CD kepada kepada radio berkenaan.
- Berita @ Info – segmen ini akan keudara setiap 30 minit atau 1 jam, dengan memberi berita kepada pendengar. Segment ini selama 5 minit.
Inovasi dari Barisan Nasional Selangor ini merupakan satu
dari usaha berterusan BN Selangor untuk mendekati rakyat. Radio ini juga
berbentuk dua hala iaitu pendengar dapat turut berhubung dengan pihak Barisan
Nasional Selangor terutamanya apabila melibatkan segmen-segmen bersama pemimpin
kelak.
PengundiBaharu: Ayuh Bangkit Rakyat Selangor!
Sunday, October 14, 2012
KONSERT BERSIH ALA SYAITAN... PAS SUDAH JADI 'SYAITAN BISU'!
PengundiBaharu: Ada Pemuda PAS kerahkan ahli mereka buat perhimpunan membantah konsert yang leka, malah merosakkan moral dan akhlak anjuran BERSIH nih?
Wednesday, July 4, 2012
MCA SURUH PKR SELANGOR JAWAB. BUKAN SURUH KHALID GAGAP SAMAN MCA!
SHAH ALAM - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang menyaman MCA dan mereka yang telah membuat tuduhan terhadap kerajaan negeri berkenan tohmahan penyelewengan RM1 bilion.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan mengambil tindakan undang-undang ini dibuat kerana tuduhan ini bukan sahaja tidak benar, berat dan serius; malah telah mencemar nama baik Kerajaan Selangor.
“Sehubungan itu, kita tidak akan membuat apa-apa ulasaan buat masa ini demi untuk tidak menganggu proses perundangan kelak,” katanya. - Sinar Harian.
Press Conference MCA semalam.
PengundiBaharu: Jawablah Khalid!
Wednesday, June 27, 2012
KHALID GAGAP DICABAR GANTUNG FAEKAH
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar supaya menggantung tugas setiausaha politiknya Faekah Husin yang didakwa menyalahgunakan kepala surat pejabat Menteri Besar itu.
Ketika membuat cabaran itu hari ini, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata tindakan itu perlu sekiranya Abdul Khalid mahu mempertahankan maruahnya kerana sebelum ini beliau pernah menggantung tugas pegawai khasnya atas kesalahan yang sama.
Pada 2008, Abdul Khalid menggantung tugas pegawai khasnya Mohd Yahya Sahri kerana menyalahguna kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor bagi tujuan mengutip derma dari syarikat swasta sempena sambutan 100 hari pemerintahan pakatan pembangkang di Selangor.
Bercakap dalam sidang media di sini, Mohd Zin berkata sikap pilih kasih Abdul Khalid itu dalam mempertahankan setiausaha politiknya dilihat mencurigakan dan percanggahan yang paling terang pernah dilakukannya.
Dalam satu pendedahan baru-baru ini, satu blog mendakwa Faekah menulis surat kepada Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) agar firma guaman milik anak saudaranya dilantik menjadi panel peguam di syarikat berkenaan.
Susulan laporan itu, Faekah mengaku menulis surat terbabit tetapi mendakwa ia bertujuan mendapatkan pertimbangan daripada PNSB berhubung perkara berkenaan.
Sementara itu, Mohd Zin turut mendakwa terdapat salah laku di kalangan pemimpin DAP melibatkan pemberian kontrak kepada firma guaman bagi menguruskan kes Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) baru-baru ini.
Beliau mendakwa anggota DAP yang juga seorang Ahli Majlis MBPJ telah menyalahgunakan kuasanya dengan memberi kontrak kepada firma guaman milik seorang Anggota Parlimen DAP dengan kos sebanyak RM55,000 sedangkan kontrak awal telah diberi kepada pihak guaman lain dengan kos hanya RM15,000 sahaja.
"Melalui kes ini, saya yakin bahawa DAP sebenarnya tidak bersih seperti yang disangka. Penglibatan DAP dalam beberapa salah laku oleh pemimpin DAP sendiri menyebabkan ahli DAP mula hilang kepercayaan terhadap parti itu.
"Kepada rakyat Selangor jangan sesekali tertipu dengan lakonan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DAP ini," katanya, sambil menunjukkan salinan dokumen berhubung salah laku itu kepada pemberita.- Bernama
PengundiBaharu: Khalid sayang Faekah. Nak buat macammana...
Thursday, June 21, 2012
3A PUNCA RAFIZI LETAK JAWATAN?
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menyifatkan peletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor hari ini akibat kekangan kuasa tiga pemimpin utama parti itu.
Justeru beliau tidak hairan sekiranya lebih ramai ahli PKR membawa diri dengan membuat keputusan-keputusan yang merugikan parti itu sendiri.
“Masalah PKR ini dia parti anak beranak...dia parti 3A inilah iaitu Anwar-Azmin-Azizah. Jadi kalau tiga-tiga ni letak jawatan akan selesailah masalah mereka ini.
“Jadi ini parti kroni, yang mana tidak sesuai atau sesiapa yang tidak sehaluan dengan 3A ini habislah,” kata beliau ketika ditemui AntaraPos.com
Rafizi petang tadi mengumumkan peletakan jawatan sebagai pembantu kanan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menyandang jawatan itu sejak 2009.
Biarpun Rafizi melalui akaun Twitter memerincikan keputusan tersebut atas dasar untuk memberikan tumpuan kepada ibadah puasa, namun sumber dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor menafikan perkara tersebut.
AntaraPos.com difahamkan peletakan jawatan itu ekoran beberapa isu dalaman yang tidak dipersetujui oleh banyak pihak bersabit dasar yang melibatkan keputusan kerajaan negeri dalam menguruskan Selangor.
Selain itu, keputusan Rafizi meletakkan jawatan turut dispekulasikan dengan krisis pejabat Menteri Besar Selangor yang kini berhadapan dengan desakan memecat Setiausaha Politik kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin.
Justeru, Zulkifli menyifatkan kekangan kuasa pejabat Menteri Besar Selangor termasuk pengaruh "besar" beberapa individu penting mengakibatkan PKR kini mula berpecah-belah.
“Kita perlu faham dalam PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah proksi pada Datin Seri Wan Azizah, jadi dia sangat kuat menyokong dan mendokong Wan Azizah, itu yang saya tahu. Jadi bila Faekah ni dikaitkan dengan Tan Sri Khalid dan Azizah, ia dikaitkan dengan Faekah.
“Sedangkan Rafizi dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, jadi sudah berlagalah.
“Saya tidak hairan kerana ini memang parti daripada dulu lagi daripada zaman Datuk Marina Yusof, daripada zaman Datuk Salahuddin Hasyim ketika menjadi setiausaha agung, kebanyakannya bermasalah dengan mereka," kata beliau lagi. - AntaraPos
Friday, June 15, 2012
GULA-GULA RM50: ZURAIDAH VS KHALID IBRAHIM 2.0!
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digesa menilai kembali skim yang diperkenalkan oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin bersabit pemberian saguhati RM50 kepada semua kaum ibu di Malaysia.
Zuraida sebelum ini menyatakan untuk memberi saguhati RM50 kepada semua kaum ibu di negara ini jika berjaya memerintah negara namun dibantah Khalid.
Beliau kemudiannya menyifatkan Abdul Khalid sebagai seorang ahli poltik yang tidak mengikuti pergerakan parti dan tidak memahami manifesto yang sudah dipersetujui bersama.
Katanya lagi, Abdul Khalid 'terlalu sibuk' menguruskan kerajaan negeri sehingga mengabaikan kerja-kerja di peringkat parti.
"Mungkin MB tidak mengikuti pergerakan parti. Dia tidak.. kurang maklumat tentang pergolakan di peringkat parti. Jadi, dia juga kena faham, mereka yang bertanggungjawab mengeluarkan manifesto ini telah membuat kerja mereka untuk membuat perkiraan dan sebagainya.
"Jadi mungkin MB sibuk dengan kerja di peringkat Selangor dan dia tidak tengok ada kerja-kerja lain diperingkat parti," katanya.
Tardahulu Pakatan Rakyat menaruh satu lagi janji kepada rakyat dengan memberi jaminan akan memberikan saguhati RM50 itu kepada semua kaum ibu jika pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan pusat nanti.
Sumbangan itu dikatakan bagi meringankan beban kaum ibu.
Khalid bagaimanapun menyatakan kerajaan tidak akan menjana pendapatan sekiranya mengambil pendekatan dengan hanya memberi bantuan tanpa mementingkan produktiviti. - AntaraPos
PengundiBaharu: Selamatkan Selangor dan Malaysia daripada Pakatan Haram!
Thursday, June 7, 2012
"SEPATUTNYA KERAJAAN PKR SELANGOR BERTERIMA KASIH PADA PTPTN" - NOH OMAR
PengundiBaharu: Apa gunanya Punasihat Ekonomi RM1.00...?
Wednesday, June 6, 2012
KHALID GAGAP, HAPUSKAN CUKAI PINTU BUKAN BERI DISKAUN!
SHAH ALAM: Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menggesa kerajaan negeri Selangor memansuhkan sekaligus cukai pintu rumah kos rendah dan bukannya sekadar memberikan diskaun.
Pengerusinya, Hamizun Khairuddin berkata tindakan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memberikan diskaun 20 hingga 25 peratus kepada pemilik pangsapuri terpilih membuktikan tiada keadilan ekonomi diberikan kepada rakyat di negeri itu.
“GAPS hendak menggesa supaya cukai pintu rumah kos rendah ini dihapuskan sama sekali di Selangor.
“Tambahan hutang yang kerajaan negeri kepada pemilik-pemilik pangsapuri kos rendah ini lebih tinggi dengan diskaun yang diberikan dalam hal peratus cukai pintu ini,” katanya.
Semalam pemilik pangsapuri kos rendah di negeri itu kononnya dikatakan boleh menarik nafas lega apabila kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan diskaun cukai pintu tersebut.
Khalid berkata ganjaran tersebut diberikan sebagai ‘hadiah’ kepada rakyat memandangkan kerajaan negeri dapat mengurangkan kos pengendalian, pelupusan dan pengumpulan sampah hampir RM 100juta.
Bagaimanapun apa yang mencuitkan hati, dalam usaha kerajaan Selangor di bawah pimpinan PR menguwar-uwarkan pembahagian hasil ekonomi secara rata kepada rakyat di negeri itu, kini dilihat indah khabar dari rupa.
Ini memandangkan PR dalam manifestonya sebelum ini akan mengurangkan cukai pintu ‘rumah kediaman’ sebanyak 20 peratus dan cukai premis komersial sebanyak 10 peratus.
Bagaimanapun Khalid semalam menegaskan diskaun tersebut hanya boleh dinikmati pemilik pangsapuri kos rendah yang menetap di situ.
Khalid kemudian menambah bagi individu yang menyewakan kediaman tersebut kepada penghuni lain akan dikenakan cukai pintu seperti biasa.
Justeru Hamizun menyelar tindakan tidak wajar yang diumumkan oleh Khalid semalam.
“Dia harus memberikan kedudukan ekonomi kepada seluruh rakyat Selangor dan tidak mendiskriminasikan kepada beberapa golongan sahaja,” katanya lagi. - AntaraPos
PengundiBaharu: Terpilih...?
Thursday, May 24, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)


























