SETERUSNYA, KITA LIHAT WEBSITE DAN BLOG DARI INDONESIA SENDIRI. APA KATA MEREKA?! 1. UPACARA PEMBUKAAN YANG MEMALUKAN.
OBOR BELUM SAMPAI API SUDAH MENYALA...
KUALA LUMPUR 21 Nov. - Malaysia menewaskan Indonesia dengan sepakan penalti 4-3 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.
Walaupun Indonesia mendahului melalui jaringan Gunawan seawal minit perlawanan, Malaysia menyamakan kedudukan melalui tandukan Asraruddin Putra Omar pada minit ke-35. - Utusan
Berita Ini ditulis sebelum perlawanan Malaysia vs Indonesia. Keputusan Malaysia 1, Indonesia 0.
INDONPOS: ...Laga penuh gengsi dan harga diri Menghadapi negeri Jiran Malaysia, Garuda Muda yang selalu tampil tangguh di arena Sea Games itu tentu tidak boleh menyerah . Kalah itu, haram hukumnya!
“Lawan Malaysia, menang itu wajib hukumnya!” kata mantan Srikandi bulutangkis Indonesia Susi Susanti. Peraih medali emas olimpiade Barcelona 1992 ini mengaku memiliki kenangan pahit terhadap negeri Jiran.
“Dalam olahraga apapun, Malaysia kan selalu menjadi musuh bebuyutan yang harus selalu dikalahkan. Apalagi di Sepak bola,” ujarnya. Susi ingin membakar semangat Garuda Muda untuk memenangi pertandingan sore nanti.
“Garuda muda harus menang, garuda muda pasti bisa,” sergahnya. Bagi istri pebulutangkis Alan Budikusuma ini, Malaysia tak perlu diberi ampun. “Hajar saja. Bikin Gol sebanyak-banyaknya.” Sore nanti, di Gelora Bung Karno Garuda Muda akan menghadapi laga babak penyisihan untuk memperebutkan juara grup A menghadapi Malaysia. Jika Garuda Muda berhasil membantai Malaysia, maka memastikan diri sebagai juara grup A.
Malaysia, hanya membutuhkan hasil seri untuk bisa bertahan di laga ini. “Jangan beri peluang bagi Malaysia,” kata Susi. Sebagai Negara tetangga, Malaysia memang bukan sahabat yang bisa dipercaya. Mereka licin, dan tak segan-segan memanfaatkan berbagai celah demi kepentingan negerinya. “Kini saatnya kita bangkit, kita ganyang Malaysia!” Susi pun seakan ingin mengingatkan masyarakat tentang semangat Bung Karno saat mengobarkan semangat ganyang Malaysia. Susi mengaku tidak anti Malaysia. Sebagai bangsa Indonesia, Susi mengaku sering tersinggung dengan perlakuan negeri itu...
...“Malaysia memang bangsa penjiplak. Dari zaman saya, Malaysia sudah begitu. Makanya kalau berhadapan dengan Malaysia, semangatnya pasti satu. Boleh kalah dari siapa saja, asal jangan Malaysia. Ini gengsi. Mudah-mudahan timnas sepakbola kita punya semangat yang sama,” harapnya... Baca seterusnya disini.
Kita berlawan atas semangat kesukanan, bukannya semangat konfrantasi nenekmu...!
Dikala Indon terkena musibah, Negara jiranmu Malaysia juga yang datang membantumu. Tidak sedar dek untung...
"Biarpun disumbatkan di dalam van sempit tanpa sistem penghawa dingin, semangat tetap berkobar. Apapun saya yakin kenderaan sebegitu tidak akan digunakan jika Sukan Sea dianjurkan oleh Malaysia. Van kelihatan indah di luar, daif di dalam", Kata Mazidul dalam blognya.
LAPORAN DEMONSTRASI DI LUAR KEDUTAAN BESAR MALAYSIA JAKARTA ATAS ISU PERSEMPADANAN NEGARA
Education Malaysia Indonesia ingin memaklumkan bahawa pada 12 Oktober 2011 bermula jam 1300 hrs (WIB) telah berlaku demonstrasi besar-besaran di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta. Demonstrasi ini dipercayai disebabkan oleh isu pertindihan pemilikan tanah di sempadan Malaysia-Indonesia di Sarawak. Isu ini mula mendapat liputan besar-besaran di media massa Indonesia sejak minggu lalu dan mula memuncak pada hari ini.
Pelajar-pelajar Malaysia di seluruh Indonesia telah diingatkan untuk sentiasa berwaspada ketika berada di luar rumah bagi mengelakkan mereka terheret sama dalam kancah pertikaian isu ini. Terdapat aduan daripada pelajar yang sedang menjalankan ko-asisten (praktikal) di Hospital diprovokasi oleh para doktor dan jururawat. Manakala, aduan juga diterima dimana pelajar diprovokasi oleh pensyarah dan teman kuliah Indonesia.
Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini, EM Indonesia telah meminta semua pelajar Malaysia supaya tidak menjawab atau memberi sebarang respon kepada rakyat Indonesia yang cuba membuat provokasi kepada mereka. Mereka juga diminta berada dalam kumpulan jika berada di luar rumah, mengelak dikenali melalui identiti berpakaian ketika menghadiri kuliah atau berada di luar rumah dan perlu berada di rumah sebelum menjelang tengah malam.
Selaras dengan keadaan ini, EM Indonesia telah meminta semua mahasiswa Malaysia di Indonesia mengaktifkan SOP bagi menghadapi situasi ini dan pemantauan 24 jam dibuat oleh EM Indonesia dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.