Showing posts with label JOHOR. Show all posts
Showing posts with label JOHOR. Show all posts

Sunday, July 8, 2012

HUDUD: SURAT SOKONGAN ILMU DAN USTAZ FATHUL BARI KEPADA UMNO JOHOR



1. Kami menyatakan sokongan padu kepada UMNO Johor bagi melaksanakan undang-undang Islam seperti yang telah disuarakan oleh Datuk Ayub Rahmat pada mesyuarat pertama penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor ke-12 dan Sidang Dun pada Disember tahun lalu.

2. Sesungguhnya Hukum Allah Azza wa Jalla tidak pernah zalim dan menzalimi sesiapa. Malah hukum tersebut merupakan sebuah keadilan seperti mana yang diimani oleh setiap Muslim. Cuma terkadang sesuatu hukum dari Allah dilihat tidak mampu membawa wacana keadilan lantaran diungkapkan melalui kerangka politik. Justeru iLMU berharap agar UMNO tidak menciptakan versi Hudud sepertimana yang telah dilakukan oleh parti tertentu. Insyaallah UMNO akan membawakan hukum Hudud yang bersumber dari Kitab Suci Al Qur’an dan hadis yang sah; seperti mana yang telah diterapkan oleh para Salaf As Soleh.

3. Oleh yang demikian, hasrat suci ini wajib didokong oleh seluruh umat Islam tanpa ragu. Segenap lapisan masyarakat perlu diberi penjelasan tentang keagungan Hukum Allah ini. Amat wajar UMNO menubuhkan sebuah Jawatankuasa Perlaksanaan Hudud bagi merangka dan membentuk sistem ini termasuk menangani isu-isu ketidak-jelasan masyarakat terutama masyarakat bukan Islam.

4. Supaya Hukum Hudud yang diungkapkan nanti benar-benar berwajahkan keadilan Islam, wajar beberapa pihak dilibatkan dalam Jawatankuasa Perlaksanaan Hudud. Antaranya adalah para Sultan, para cendiakawan, pakar undang-undang, PDRM, badan Kehakiman dan institusi Mahkamah, Pihak Penjara dan yang paling utama adalah para ulama’ antarabangsa serta penglibatan negara-negara yang telah melaksanakan sistem ini seperti Arab Saudi. Malah iLMU sendiri menawarkan diri untuk mencurahkan kepakaran serta mengelola Jawatankuasa tersebut sekiranya diberi kepercayaan.

5. iLMU berharap agar UMNO Johor melakukan persediaan yang rapi dalam menegakkan Hudud di Johor lantaran terdapat masih banyak kekurangan dari pelbagai sudut di negara kita, sementara itu pula rakyat masih tidak mengetahui hakikat sebenar hukum Hudud ini. Sekiranya ditegakkan dalam keadaan sekarang maka kita khuatir masyarakat Islam sendiri yang akan bangkit menolak perlaksaaan hukum tersebut.

6. Hakikatnya, hasrat yang dinyatakan oleh UMNO Johor merupakan sebuah iltizam yang benar, agung serta berhak untuk dipertahankan. iLMU sentiasa berdoa agar UMNO terus menjadi pihak yang menyebarkan syiar Islam di Malaysia sepertimana yang telah dilaksanakan semenjak kemerdekaan. Segala kekurangan, kesalahan dan keterlanjuran yang mungkin pihak kami lakukan, kami mohon maaf. Kepada Allah-lah kita meminta dan kepada-Nya juga kita mengadu. Wassalam.

Yang benar,
Fathul Bari Bin Dato’ Alim Panglima Mat Jahya
Pengarah Urusan (CEO) Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU)

Friday, June 15, 2012

WANTED: BUDAK UMUR 20 TAHUN CABAR SULTAN JOHOR!




PROFILE

Nama : Haziq Abdullah bin Abdul Aziz
No matrik : IEB 110029
IC : 920929-13-5425 
Alamat asal : No 35, Jalan Ellis, 93300 Kuching, Sarawak.
Pengajian : Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Tahun Pertama)
IPT : Universiti Malaya

LATAR BELAKANG

Pernah terlibat demonstrasi mansuh PTPTN. 
Digantung satu semester akibat tindakan biadap dalam demo tersebut.
Juga terlibat demonstrasi Duduk Bantah di Dataran Merdeka. 

PengundiBaharu: Terlajak perahu boleh undur lagi...

Thursday, June 14, 2012

SULTAN JOHOR MURKA. BILA NIZAR NAK MOHON DERHAKA...?




NUSAJAYA: Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini melahirkan rasa murka terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter, baru-baru ini.

Sultan Ibrahim bertitah tindakan Mohammad Nizar itu juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya.

"Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya?

"Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik?

"Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah setiap tindakan yang baginda lakukan adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan baginda berharap setiap kebajikan yang baginda lakukan tidak perlu diperbesarkan.

Sehubungan itu, baginda turut mengingatkan semua wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan selaras dengan kata pepatah "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar".

"Saya harap dia (Mohammad Nizar) sedar siapa diri dia dan kesilapan yang telah dibuat. Jika dia hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor dan bukannya kepada saya seorang sahaja.

"Pepatah Melayu sering mengingatkan " terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya," titah baginda sambil mengucapkan terima kasih kepada anggota gabungan badan bukan kerajaan dan seluruh rakyat Johor yang memberi sokongan serta menyembah ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi... - AgendaDaily




PengundiBaharu: Nizar... Nizar...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...