Lagu 'Anak kecil main api' cukup bermakna dalam perjuangan orang Melayu khususnya UMNO satu ketika dahulu.
Lagu itu menghangatkan lagi hari kedua perhimpunan agung UMNO di Dewan Merdeka, PWTC pada Jumaat apabila perwakilan Kelab UMNO Tokyo, Arif Yasir Zulkafli, yang berbahas tiba-tiba menyanyikan lagu warisan itu.
Hairan juga bila Ustaz Nasrudin Tantawi dalam Debat Sinar Harian semalam bersama Ustaz Fathul Bari telah menyatakan bahawa Nik Aziz dari Hujung Rambut sampai Hujung Kaki beliau adalah Melayu.
Dan beliau teruskan ucapan itu dengan melontarkan soalan ini: "APA MASALAHNYA...?".
Namun tahukan Nasrudin....
KOTA BHARU 18 Sept. – Ketika terdapat usaha cuba menghapuskan keistimewaan hak orang Melayu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menyatakan beliau tidak bangga berbangsa Melayu.
Ini kerana, katanya, bangsa itu datang secara automatik dan di dalam Islam tiada bangsa yang lebih dan jika ada pun, ia adalah bangsa Arab.
Malah, Mursyidul Am Pas itu menjelaskan, sekiranya beliau dijemput berceramah bukan kerana beliau berbangsa Melayu sebaliknya atas nama Islam.
“Bagi saya, kalau saya dijemput ceramah, saya bukan dengan nama Melayu, dengan nama Islam. Cuma kebetulan saya ini nama Melayu.
“Saya tidak berbangga bangsa Melayu. Bangsa ini datang secara automatik,” katanya pada majlis dialog bersama wartawan di sebuah hotel di sini, malam tadi.
Menurut Nik Abdul Aziz, bangsa tidak dipentingkan dalam Islam sebaliknya yang dilebihkan ialah takwa kepada Allah...
PengundiBaharu: Kalau Bangsa tak penting, kenapalah Allah Taala cipta manusia berbangsa-bangsa..? Baru hari ini tahu rupa-rupanya Nik Aziz ada Bangsa keturunan...!
Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Dun Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah menegaskan poster Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai nilai komersil yang tinggi bagi menarik pengundi. Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz. - Haprakdaily
PengundiBaharu: Patutlah totok-totok PAS tampal steaker Nik Aziz di kereta. Dapat pahala.
PULAU PINANG 31 Jan. - Orang Melayu dikesan paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun layak berbuat demikian.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, berdasarkan kajian pihaknya mendapati orang Melayu memandang remeh perkara itu dengan memberikan pelbagai alasan.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan sebenar orang Melayu yang terbabit daripada jumlah terkini 3.7 juta orang yang layak mendaftar tetapi tidak berbuat demikian.
"Ada yang memberi alasan bahawa mereka terlalu sibuk dengan urusan harian sehingga tiada masa untuk mendaftar. Malah ada yang mengatakan tidak ada perubahan besar akan berlaku dengan hanya satu undi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas taklimat persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 kepada pegawai pengurus pilihan raya negeri di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar.
Sehubungan itu, Abdul Aziz menasihatkan golongan itu agar segera berbuat demikian bagi membolehkan mereka menunaikan hak dan tanggungjawab pada pilihan raya umum nanti.
Dalam perkembangan lain beliau memberitahu, hanya 50 responden memberikan maklum malas daripada 42,057 orang yang disenaraikan sebagai pengundi meragukan.
"Daripada 50 orang itu, 26 masih aktif manakala 24 lagi tidak dapat dipastikan status mereka," jelasnya.
Oleh itu, katanya, seramai 42,031 nama lagi akan digugurkan daripada senarai pemilih selepas tarikh semakan berakhir hari ini.
Sementara itu Abdul Aziz menjelaskan, cadangan untuk mengadakan proses pengundian awal bagi pengundi di luar negara tidak dapat dilakukan dan akan kekal dengan kaedah sedia ada iaitu undi pos.
"SPR ada meminta kerjasama Wisma Putra untuk melaksanakannya, namun mereka tidak dapat melakukannya kerana pelbagai faktor. Antaranya jumlah pengundi yang ramai selain kedudukan mereka yang berselerak," katanya.