Showing posts with label KANTOI. Show all posts
Showing posts with label KANTOI. Show all posts

Monday, November 19, 2012

BONGKAR! ROSMAH MEMALUKAN LEE CHONG WEI...?




Satu persatu fitnah dilemparkan ke atas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor oleh golongan-golongan tertentu yang begitu tidak senang dengan keperibadiannya. Walaupun pelbagai kebaikan melalui amalan kebajikan yang telah dilakukan oleh Rosmah, namun ia sering kali disalah ertikan oleh pihak-pihak terbabit.

Terbaru, kedatangan Rosmah ke Majlis Perkahwinan Pemain Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei dikontroversikan hanya kerana kedudukan kerusi beliau berada di antara kedua-dua pengantin. Ada di kalangan pencetus fitnah menyatakan bahawa kedudukan tempat duduk Rosmah di majlis itu adalah atas permintaan isteri pemimpin nombor negara itu sendiri. Ada juga cerita lain yang menyatakan bahawa Rosmah telah memaksa Chong Wei untuk menempatkan beliau di kedudukan tersebut.

Lontaran fitnah sebegini ternyata dilihat sebagai sesuatu yang remeh dimana ia seolah-olah sengaja dicetuskan bagi memberi gambaran imej negatif terhadap Rosmah. Sehubungan itu, PerakToday.com merasakan persoalan mengenai sejauhmana dakwaan yang menyatakan Rosmah memaksa Chong Wei untuk meletakkan tempat beliau di tengah-tengah hanya boleh dijawab oleh atlit negara itu sendiri.


“Saya yang mahu Datin Seri Rosmah Mansor duduk di tengah-tengah antara saya dan isteri,” katanya.

Demikian jawapan pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei ketika ditanya mengenai kebenaran yang menyatakan beliau dipaksa untuk menempatkan Rosmah di tengah-tengah antara kedua-dua pengantin. Namun, mampukah jawapan Chong Wei ini menutup mulut golongan-golongan yang mencetuskan fitnah ke atas Rosmah.

Menurut Chong Wei, keputusan untuk meletakkan tempat duduk Rosmah pada majlis perkahwinannya adalah dibuat setelah berbincang termasuk keluarga kedua-dua belah pihak. Katanya, Rosmah langsung tidak membuat apa-apa permintaan apatah lagi memaksa beliau meletakkkan kedudukannya di tengah-tengah sebelum datang ke majlis itu.

“Dia (DS Rosmah) pun tak ada cakap dia mahu duduk mana masa itu, so kita punya orang pun bincang bersama dengan saya lah dan kita ambil keputusan untuk buat dia duduk di tengah. Kita ada jemput dan dia kata akan datang tapi hari Jumaat dia cakap tak berapa sihat dan hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak saja datang hari Jumaat.

“Lepas Datin Seri kata tak dapat datang hari Jumaat… saya ada telefon dan ‘SMS’ dia dan jemput sendiri lagi sekali untuk majlis hari Sabtu,” tegasnya lagi.

Selepas membuat panggilan telefon berkenaan kata Chong Wei, akhirnya Rosmah setuju untuk datang sekejap ke majlis perkahwinannya pada hari Sabtu.Susulan persetujuan Rosmah untuk mengunjungi majlis perkahwinannya pada hari Sabtu, maka Chong Wei serta pihak keluarga membuat keputusan untuk meletakkan kedudukan kerusinya sama dengan kedudukan Perdana Menteri pada majlis di hari Jumaat.

“PM (Perdana Menteri) datang pada hari Jumaat kita bagi duduk tengah juga so bila Datin Seri cakap nak datang maka saya buat keputusan untuk bagi duduk tempat yang sama. Ini bukan masalah kita bagi dia duduk tengah bermaksud ada apa-apa yang terjadi,” katanya.

Menurut Chong Wei lagi, beliau tidak menyangka dengan keputusannya meletakkan kedudukan Rosmah di tengaj telah membuatkan ada segelintir pihak yang marah atau cuba membuat kontroversi. Bagaimanapun katanya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana keputusan itu dibuat oleh Chong Wei sendiri serta turut mengambil kira pandangan isteri dan keluarganya.

“Tindakan kita ini atau keputusan saya ini sebenarnya atas dasar hormat kepada Datin Seri kerana beliau ada isteri kepada pemimpin nombor satu negara. Untuk saya… saya kena hormat dia sebab bukan senang dia mahu datang majlis perkahwinan saya,” katanya.

“Saya tau dia sangat sibuk tapi last minit dia setuju juga untuk datang ke majlis perkahwinan saya dan saya sangat gembira. Datin Seri adalah antara individu yang saya hormat… memang dia pun selalu bagi sokongan dan semangat setiap kali saya ada perlawanan, jadi tak salah kalau saya nak letak dia di tengah-tengah,” katanya kepada PerakToday.com.



Terdahulu, kehadiran Rosmah ke majlis resepsi perkahwinan Chong Wei dilihat sebagai sesuatu yang mengejutkan oleh pihak pembangkang. Tanpa mengetahui perkara sebenar, terdapat dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat yang menabur fitnah keatas Rosmah dengan mengambil kesempatan ke atas majlis perkahwinan jaguh badminton negara itu.

Fitnah pembangkang menyatakan Rosmah seolah-olah mengganggu kedudukan kerusi Lee Chong Wei dan isterinya Wong Mew Choo hinggakan beberapa ketika sebelum ketibaan Rosmah, pasangan mempelai ini terpaksa berbual secara menunduk selang satu kerusi jaraknya!

Lebih teruk, ada diantara pemimpin Pakatan Rakyat mempertikaikan kedudukan kerusi Rosmah dimana mereka mengatakan sepatutnya Rosmah duduk di sebelah pengantin, sama ada di sebelah Chong Wei atau Mew Choo bagi menghormati hari bahagia mereka.

Bagaimanapun perkara itu kini telah dijawab oleh pihak Chong Wei sendiri dimana beliau turut mengharap kenyataannya itu mampu menutup mulut pihak-pihak yang membuat fitnah ke atas Rosmah. Chong Wei menambah, sepatutnya kedudukan Rosmah bukanlah satu isu yang besar kerana pihaknya sendiri yang membuat keputusan sedemikian.

PengundiBaharu: Mana perginya cai pakatan yang bising hari tu...?

Thursday, May 31, 2012

NIZAR KANTOI BERBOHONG...


JOM TENGOK NIZAR GILA NIH KANTOI MENIPU, MEMBOHONG...


PengundiBaharu: Kuat Putar Belit...

Wednesday, October 26, 2011

KILANG FITNAH PAS 24JAM KANTOI!



cyberterompah pas gagal lagi nak buat psywar.

isu tangkapan khalwat dijadikan bahan artikel dan rujukan mutakhir. kata mereka khalwat itu hasil didikan umno dan barisan nasional.

punyalah bangang !

punyalah teruja nak buat psywar sampai tak sedar diri sendiri terkantoi .

isu pasangan ditangkap khalwat yang mengaku 'adik beradik' dijadikan bahan jajaan.

kata mereka inilah tanda kerosakan moral generasi muda di bawah pimpinan umno dan barisan nasional.

BETUL KE ?
KE BETUL ?
BETUL KE ?
KE BETUL ?

kerana tak sabor nak dedahkan kepincangan moral ini, rupa-rupanya tanpa mereka sedari kejadian tangkapan khalwat 'adik beradik' tu rupanya berlaku di petaling jaya, selangor negeri di bawah pemerintahan pakatan..

alahai
cyberterompah pas kantoi lagi.

aduyai macamana pas sebuah parti nak lawan blogers pro umno nih ? KANTOI KANTOI...

GerakanAntiPKR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...