Tuesday, June 12, 2012

APABILA PEMUDA PAS KATA BR1M GULA-GULA POLITIK BN...


Ini bukan gula-gula, ini keropok cap bulan.

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) menyokong cadangan kerajaan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pusingan kedua.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata pemberian itu merupakan sesuatu yang wajar diberi kepada rakyat dan DPPP tidak pernah memandang ringan usaha yang dilakukan oleh kerajaan itu.

"Kami tidak pernah halang dan pertikai hak rakyat daripada menerima sumbangan itu, malah orang Pas pun terima, tiada masalah. Cara ini dapat membantu mereka yang memerlukan.

"Ia juga satu cara baik bagi menyalurkan peruntukan daripada kerajaan kepada rakyat, satu asas penting dalam sesebuah kerajaan," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut di sini.

Nasrudin mengulas cadangan untuk meneruskan BR1M pusingan kedua yang telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dua hari lepas.

Bagaimanapun, Nasrudin berkata BR1M perlu diberi lebih awal dan tidak seharusnya dijadikan 'gula-gula' dalam meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum yang akan datang... - Sinar Harian.

Kerajaan PAS Kelantan tiba-tiba nak bina 'lebuhraya rakyat',
PRU dah nak dekat nih. bukan gula-gula politik?
Patut kasi setel masalah air dulu.


Yang lebih parah, gula-gula RM50 untuk setiap mereka yang bergelar ibu...


Zuraida kata ok, Khalid kata tak ok.

Bodoh punya PKR!

3 comments:

  1. Lebih teruk dari segala yang teruk PAS bagi gula gula syurga....

    ReplyDelete
  2. gula2 ok what? bukan racun mcm yg selalu pakatan kasi tu. boleh masuk wad ooo kalau bnyk telan.

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...