Thursday, June 21, 2012

3A PUNCA RAFIZI LETAK JAWATAN?


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menyifatkan peletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor hari ini akibat kekangan kuasa tiga pemimpin utama parti itu.

Justeru beliau tidak hairan sekiranya lebih ramai ahli PKR membawa diri dengan membuat keputusan-keputusan yang merugikan parti itu sendiri.

“Masalah PKR ini dia parti anak beranak...dia parti 3A inilah iaitu Anwar-Azmin-Azizah. Jadi kalau tiga-tiga ni letak jawatan akan selesailah masalah mereka ini.

“Jadi ini parti kroni, yang mana tidak sesuai atau sesiapa yang tidak sehaluan dengan 3A ini habislah,” kata beliau ketika ditemui AntaraPos.com



Rafizi petang tadi mengumumkan peletakan jawatan sebagai pembantu kanan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menyandang jawatan itu sejak 2009.

Biarpun Rafizi melalui akaun Twitter memerincikan keputusan tersebut atas dasar untuk memberikan tumpuan kepada ibadah puasa, namun sumber dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor menafikan perkara tersebut.

AntaraPos.com difahamkan peletakan jawatan itu ekoran beberapa isu dalaman yang tidak dipersetujui oleh banyak pihak bersabit dasar yang melibatkan keputusan kerajaan negeri dalam menguruskan Selangor.

Selain itu, keputusan Rafizi meletakkan jawatan turut dispekulasikan dengan krisis pejabat Menteri Besar Selangor yang kini berhadapan dengan desakan memecat Setiausaha Politik kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin.

Justeru, Zulkifli menyifatkan kekangan kuasa pejabat Menteri Besar Selangor termasuk pengaruh "besar" beberapa individu penting mengakibatkan PKR kini mula berpecah-belah.

“Kita perlu faham dalam PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah proksi pada Datin Seri Wan Azizah, jadi dia sangat kuat menyokong dan mendokong Wan Azizah, itu yang saya tahu. Jadi bila Faekah ni dikaitkan dengan Tan Sri Khalid dan Azizah, ia dikaitkan dengan Faekah.

“Sedangkan Rafizi dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, jadi sudah berlagalah.

“Saya tidak hairan kerana ini memang parti daripada dulu lagi daripada zaman Datuk Marina Yusof, daripada zaman Datuk Salahuddin Hasyim ketika menjadi setiausaha agung, kebanyakannya bermasalah dengan mereka," kata beliau lagi. - AntaraPos

1 comment:

  1. Cikgu Bard ..Sam ketot dan yg sewaktu dengan nya akan menyusul kemudian..INsyaAllah !!

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...