Tuesday, June 12, 2012

TIMBALAN MENTERI YANG BAKUL SAMPAHKAN BUKU JINGGAY, TOLAK TAWARAN SAHAM FELDA...



KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata bahawa beliau ditawarkan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) atas dasar beliau terbabit dalam membantu proses penyenaraiannya, namun menolaknya demi membantu peneroka Felda.

 "Saya tolak sebab saya dianggap orang yang terlibat dalam membantu penyenaraian (FGVH). Ada klausa di situ, peneroka, staf dan orang yang terlibat dalam penyenaraian (layak dapat saham).

 "Saya menolak, pada saya, saya anggota pentadbiran, saya tiada kepentingan kecuali membantu peneroka," katanya kepada pemberita selepas memberikan penerangan mengenai konsep Gagasan IMalaysia di Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Jelasnya beliau tidak meminta sebarang saham namun ditawarkan untuk memiliki saham tersebut.

Semalam Ahmad memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa keuntungan yang diperoleh daripada FGVH juga boleh dinikmati orang ramai memandangkan penyenaraian syarikat itu turut melibatkan kerajaan negeri dan pelabur institusi. - Bernama

PengundiBaharu: Rakyat Didahulukan. Tabik!

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...