Showing posts with label BERSHIT. Show all posts
Showing posts with label BERSHIT. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

BAWANI & LISENT: AMBIGA JUNIOR, PROKSI PSM DI UUM!


Listen..Listen...Listen....

Dalam sekelip mata nama mahasiswi dari UUM, Bawani dan Presiden Suara Wanita 1 Malaysia, Zohra Jabeen popular di alam siber ini..Semuanya gara-gara satu rakaman yang dikeluarkan oleh portal My Mahasiswa yang berlangsung di UUM yang bertajuk "SEIRINGKAH MAHASISWA DAN POLITIK"..

Untuk melihat rakaman isu yang diputarkan boleh rujuk video di bawah...


Isu pokoknya adalah Zohra Jabeen menyekat suara Bawani yang ketika itu sedang menyatakan pendapatnya..Bagi aku apa yang dilakukan Bawani itu tidak salah kerana memang kita dialu-alukan untuk menyatakan pendapat...

Bawani agak beremosi ketika menyatakan pendapat dan isu yang dibawa hanyalah PTPTN...apa yang Bawani ini katakan ialah PTPTN ditubuhkan pada tahun 1997 yang mana ketika itu Anwar Ibrahim masih dalam kerajaan Barisan Nasional...Anwar juga merupakan salah seorang yang meluluskan penubuhan PTPTN...

Bawani meneruskan lagi bahawa peruntukan PTPTN sepanjang 15 tahun ini ialah 28 billion dan secara puratanya 2 billion bagi tempoh setahun..Ditambah pula dengan peruntukan MARA..biasiswa 1 Billion dan Private sector 1 billon..memandangkan harga barang makin meningkat maka kita minta 10 Billion untuk 1 tahun...

Isu yang dibawa tiada masalah tapi mengenai PTPTN sudah dijelaskan berulang kali yang kita hanya akan mendapat tukaran biasiswa jika mendapat keputusan kelas pertama 3.70-4.00 kalau tak silap aku..ini sahaja sudah membuktikan yang Kerajaan komited untuk melahirkan lebih ramai Pelajar yang cerdik pandai..

Kalau mahasiswa tidak mahu membayar PTPTN maka belajarlah betul-betul dan bukannya sertai demonstrasi jalanan yang tidak berfaedah tu...baring atas jalan terjerit-jerit tengahari buta 1 benda pun tak dapat...



Siapa Bawani?

Bawani ini pernah bertanding pada Pilihanraya Kampus di UUM yang lepas tetapi kalah kerana dia kurang mendapat sokongan dalam kalangan mahasiswa di UUM..

Dia ini proksi DAP dan PSM yang mana membawa suara-suara pembangkang ke dalam kampus..walaupun dia lantang bersuara tetapi tidak ada gunanya jika diri tu menentang kerajaan...kebebasa bersuara ada batasnya dan bukan suka-suka untuk melanggar...dengan berbekalkan fakta angka yang dangkal seolah-olah dia pakar dan mengetahui yang PTPTN ini wajar dimansuhkan...

PTPTN itu hutang...dan hutang wajib dibayar..buktikan pada aku ada tak agama yang menngalakkan orang lari dari bayar hutang?kalau ada beri jawapan agama apa yang galakka kita lari dari bayar hutang...duit yang diberi kepada anda semua itu duit rakyat...dan duit rakyat anda harus pulangkan semula...


PTPTN sudah mengalami beberapa perubahan..sebelum ini kadar interes adalah 3% dan dikurangkan kepada 1%...lagipun jika anda bekerja nanti apalah salahnya keluarkan RM50-100 sebulan untuk melangsaikan hutang...Beli telefon mahal-mahal boleh..beli mackup tebal boleh pula...beli rokok semua tu boleh pula..nak bayar hutang sebulan RM 50 pun seksa...


Walaupun Bawani ini lantang bersuara tapi dia membawa suara pembangkang...perjuangannya mirip kepada AMBIGA Jr...konon menegakkan demokrasi..tapi sebenarnya mereka mahu merampas kerajaan dan ni merupakan salah satu perjuangan pembangkang dengan meletakkan agen-agen mahasiswa disetiap Universiti...

Ternyata pembangkang dan mahasewel telah mengambil kesempatan ini sebagai satu advantage kepada mereka untuk menghidupkan sentimen perbalahan sesama siswa dan akhir sekali matlamat mereka adalah untuk menyokong Pakatan Rakyat pada PRU 13 ini...

Mahasiswa telah terikat dan diancam dengan krisis dan permainan politik pembangkang...jika mahasiswa tidak matang maka golongan ini akan mudah dipengaruhi..

Jika benar Anwar Ibrahim menyokong PTPTN dimansuhkan mengapa tidak dia lakukan ketika berada dalam KERAJAAN?

Jika PTPTN dimansuhkan siapa mahu bayar kembali HUTANG?dan apakah nasib pegawai-pegawai yang bekerja di PTPTN...pembangkang tidak fikirkan semua itu..yang mereka tahu hanya SOKONGAN walaupun terpaksa menipu... 

Siapa Syarifah Zohra?

Jika tidak kerana video ini, rata-rata kita tidak mengenali siapa Syarifah Zohra ini..populariti Zohra melonjak dalam sekelip mata...wanita berdarah kacukan Mamak ini tiba-tiba popular...Dia yang memikul beban sebagai Presiden Suara Wanita 1 Malaysia amat lantang bersuara tetapi tindakannya yang menghentikan suara Bawani harus ditegur...

Walaupun kenyataan Bawani itu tidak releven, sepatutnya dia kena memberi laluan sehingga Bawani habiskan ayat terakhir dan bukannya mencantas seperti itu...

Perangai seperti ini harus ditolak...lebih-lebih lagi dia memnggunakan label 1 Malaysia...jika letak sahaja label 1 Malaysia.maka yang akan menerima kesan ialah BN walaupun tiada larangan untuk menggunakan label 1 Malaysia...persepsi ini sengaja diracuni oleh pembangkang yang sentiasa mencari peluang memburuk-burukkan BN...


Fahaman Terhadap Pendirian Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin mengakui bahawa Zohra bukan membawa suara BN...tetapi pembangkang akan cuba putar belitkan isu ini supaya rakyat akan menyalahkan BN...akhirnya mereka akan katakan yang BN ini menyekat suara dan kebebasan bersuara...

Pembangkang ibarat syaitan..mereka akan mencari peluang untuk melaga-lagakan orang lain supaya rakyat berpecah belah..bila dalam keadaan huru-hara maka mereka akan menikam peluang supaya menyokong mereka...Politik jijik ini harus diperangi...




Mahasewel mengambil kesempatan atas isu ini...

Pro Mahasewel yang suka panjat pagar, dan baring atas jalan sama seperti pembangkang..mereka amat ternanti-nanti peluang ini...

Belum apa-apa, satu cabaran jemputan Forum antara Zohra dan Bawani telah dikeluarkan...mahasewel ini tidak sedar yang mereka sebenarnya telah kalah di UM pada PRK yang lalu...mereka buat seolah-olah Universiti ini keturunan bapak mereka punya..

Sebab itu tindakan mereka selama ini mengalahkan beruk..


Bukan itu sahaja...proaksi Mahasiswa pro Paktan Rakyat PMIUM turut mengambil kesempatan untuk mengajak Zohra berdebat...ini satu lagi cara mereka mempopularkan ikon-ikon dari kalangan puak cai makan dedak...




Thursday, November 1, 2012

MUDAH CEPAT PANTAS. MOHON #BRIM2.0 SECARA ONLINE SEKARANG!


  • Isi rumah yang layak (RM500):
    • Warganegara Malaysia; 
    • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
      •      Berkahwin;
      •      Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
      •      Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
    • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.
  • Individu yang layak (RM250):
    • Warganegara Malaysia; 
    • Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  •   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.





Monday, May 28, 2012

TUNKU AZIZ MASIH SAYANGKAN DAP...


KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim hari ini mendakwa parti itu telah memutarbelitkan pendiriannya berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 April lalu.

Dalam sidang media khas di kediamannya di sini sebentar tadi, Tunku Aziz menjelaskan bahawa beliau tetap menyokong matlamat gabungan itu untuk memperjuangkan penambahbaikan sistem pilihan raya.

Namun beliau enggan bersetuju dengan pendekatan demostrasi jalanan yang dicadangkan sehingga membawa kepada kejadian rusuhan serta mengakibatkan keselamatan awam dan harta benda terjejas.

"Saya beri sokongan kepada kempen untuk mendapatkan pilihan raya bersih dan adil. Itu memang saya sokong 100 peratus.

"Tetapi kalau mahu capai perkara tersebut dengan melanggar undang-undang saya tidak boleh sokong. Tetapi (kenyataan) dipusing bahawa saya menentang BERSIH, ini tidak betul," jelas beliau kepada media.

Beliau dalam pada itu turut menyangkal kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengatakan beliau tidak akan 'dihukum' berhubung pendiriannya yang menentang BERSIH, hanyalah separuh benar.

"Kebenarannya adalah disebabkan oleh kenyataan saya berhubung perhimpunan Bersih yang melanggar undang-undang, akan menyukarkan parti tersebut dan menyebabkan nama saya tidak dilantik semula," katanya lagi.

Menurutnya lagi, beliau telah berhasrat meninggalkan parti dua kali sebelum ini, namun membatalkannya atas dasar setiakawan.

Tunku Aziz sebelum ini dikecam kepimpinan DAP dan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menyatakan pendirian di sidang Dewan Negara menolak himpunan BERSIH 3.0 yang ingin dilakukan di jalan raya.

Susulan kenyataan itu, DAP berterusan mengkritik Tunku Aziz dengan alasan pemimpin tertinggi parti dominasi Cina itu tidak sehaluan dengan pendirian parti.

Justeru DAP mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan tempoh Senator beliau yang berakhir Mei ini.

Ekoran keputusan itu Tunku Aziz dalam sebuah wawacana khas bersama NTV7 awal bulan ini mengumumkan keluar parti kerana kesal dengan sikap kepimpinan DAP yang menyekat kebebasan bersuara. - AntaraPos

PengundiBaharu: Salah UMNO jugak?

Monday, May 21, 2012

PESERTA BERSIH3.0 HANYA SEKITAR 20K-30K, MANA DATANG SAMPAI 100K, 200K, 300K, 1JUTA...?



KUALA LUMPUR, 21 Mei - Perhimpunan di ibu negara bulan lepas disertai oleh 22,270 orang dan bukan ratusan ribu seperti yang didakwa pembangkang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Isnin.

Beliau berkata rumusan tentang jumlah mereka yang menyertai perhimpunan pada 28 April itu dibuat oleh Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dengan menggunakan sistem blok fotografi.

“Jumlahnya 22,270, agak hampir dengan konfigurasi British Broadcasting Corporation (BBC) (25,000), tetapi, yang pasti ia jauh daripada (jumlah) yang diumumkan (penasihat PKR dan Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke seluruh dunia.

“Sehubungan itu, kami ingin berkata begini: “Bersikap jujurlah tentang jumlah orang yang menghadiri sebarang majlis.

“Dan idea untuk menjadikannya gah hingga mencapai beratus ribu bukan saja sesuatu yang agak nakal, tetapi juga menyatakan sesuatu yang begitu tidak benar kepada rakyat Malaysia dan kepada seluruh dunia,” katanya selepas merasmikan kursus asas mengenai media baharu untuk anggota Mubarak (Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat) dan veteran Umno di sini.

Rais mempelawa mereka yang begitu berminat untuk mengetahui bagaimana jumlah itu dikira, melihat cara Bernama melakukannya.

“Kami sebenarnya boleh mengira jumlah kepala bagi setiap sentimeter graf pada sesuatu gambar.

“Kami lebih cenderung menerima cara anggaran itu dibuat daripada cara mencari gah yang kami dapat daripada puak PKR,” katanya.

Ditanya adakah jumlah itu merupakan angka rasmi kerajaan, beliau berkata junmlah yang dicapai Bernama adalah lebih logik dan hampir dengan anggaran BBC.

Rais berkata beliau tidak keberatan sekiranya sebuah badan bebas diwujudkan untuk mengesahkan jumlah itu jika ada pihak yang mahukan demikian agar ia boleh dijadikan ukuran pada masa akan datang.

“Saya ingin mengesyorkan agar setiap kali ada perhimpunan besar, kaedah ini digunakan agar orang ramai boleh mendapat maklumat secara adil tentang jumlah hadirin,” kata beliau.

PengundiBaharu: Kalau bab kelentong bagi kat Anwar Ibrahim! Dia memang pakar.

Wednesday, May 16, 2012

BOLEH PERCAYAKAH BERSIH4.0 TIDAK AKAN DIADAKAN?


Tiada Bersih 4.0: Hishamuddin Rais

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak merancang meneruskan siri bantahan jalanan menuntut reformasi pilihan raya menerusi perhimpunan Bersih 4.0.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Hishamuddin Rais berkata, jawatankuasa berkenaan mengambil pendirian tersebut selepas mengadakan perbincangan dengan 84 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong gabungan berkenaan.

"Pada tahap ini kami tidak merancang untuk adakan Bersih 4.0.

"Jawatankuasa ini bersama 84 lagi NGO mengambil keputusan tidak menganjurkan Bersih 4.0," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini, Rabu.

Sehingga kini Bersih telah mengadakan tiga siri bantahan jalanan di ibu negara termasuk yang terbaru pada 28 April lalu.

LEPAS BERSIH2.0 DIA JANJI TIADA LAGI BERSIH...

NAK PERCAYA LAGI?


Sunday, May 13, 2012

BANGKANG DARI LONGKANG


BERIKUT ADALAH VIDEO SINDIRAN

KHAS BUAT PUAK PEMBANGKANG...

Demo Anti Demo


Esok Nak Demo Ni



Bila Pilihanraya



PengundiBaharu: Siapa Makan Cili, Dialah Yang Teras Pedasnya!

Wednesday, May 9, 2012

PENAMINANG TELAH DI HACK SELEPAS BONGKAR BERSIH DI TANAH HARAM!

Nampaknya mereka semakin terdesak sehinggakan mereka sanggup guna cara paling kotor dan jijik untuk memadamkan bukti. Tak sangka mereka begitu takut dengan pendedahan Pena Minang & Abu Aqif Studio sampai sanggup mereka hack dan delete blog pena minang.


Tapi, walaupun mereka menggunakan cara kotor ini, kami tetap akan mendedahkan perkara ini. Info berkaitan telah pun disalurkan kepada pihak berwajib, Info lengkap akan siap sedikit masa lagi. Mari kita doakan supaya penjenayah BERS✔H 3.0 di Tanah Haram ini akan dikenakan tindakan yang sepatutnya oleh Kerajaan Saudi di atas maksiat yang mereka lakukan. Kesucian Tanah Haram Mesti dikekalkan.





Isu yang sama, Nasrudin Tantawi pula tetap berdegil dan mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab akan perlakuannya. Beliau seperti tidak kesah dan tidak peduli dengan nasib yang bakal menimpa para jemaah Haji & Umrah di atas keterlanjuran kelompok kecil mereka mengotori Tanah Haram. Tantawi tidak berasa bersalah malah menuduh kerajaan yang perlu selesaikan masalah yang mereka timbulkan. La haula wala quawa taillah billah.. Ada juga orang yang berperangai sebegini rupanya.

Orang Islam dinasihatkan supaya bersabar di atas insiden ini dan berdoa memohon kepada Allah supaya Kerajaan Malaysia dapat menyelesaikan isu ini dengan cara yang paling berhikmah sekaligus membaiki hubungan dengan Kerajaan Saudi. Umat Islam di Malaysia juga dinasihatkan supaya menjadikan isu ini sebagai iktibar kerana Malaysia bukanlah Saudi. Kita perlu hormat tempat orang, undang-undang mereka, adat dan budaya mereka. Tidak perlu kita bawa kelakuan biadab kita di tempat orang.

Abu Aqif sebagai salah seorang rakyat Malaysia benar-benar malu akan insiden ini kerana seingat Abu Aqif, huru hara yang pernah berlaku di Tanah Haram pernah juga dilakukan oleh puak-puak SYIAH. Abu Aqif berharap mereka yang memalukan Malaysia ini tidak mendapat nasihat daripada SYIAH memandangkan mereka sememangnya banyak berkongsi idea dan strategi dgn puak-puak SYIAH. Semoga Allah menyelamatkan kita. Allahu Musta'an..










Kami tetap akan bongkar

Tuesday, May 8, 2012

BERSIH DI MAKKAH & MADINAH: KETUA PEMUDA PAS KATA SEMUA SALAH UMNO...


BERIKUT ADALAH JAWAPAN KETUA PEMUDA PAS DI FACEBOOK:

"Apa masaalah plak? Tak massaalah apa pun? Guana UMNO jadi kelam kabut? kalau saudi kurang kuita UMNO dan BN lah bertanggungjawab. Kenapa tidak benarkan BERSIH? Kata demokrasi?"

"Apa Masaalahnya... Di saudi pun ada rakyat Malaysia yg sokong kami. Kalau UMNO dan BN tak boleh selesai macam mana nak jadi kerajaan. Kemeset jer kes ni."


AKU TAK HAIRAN DENGAN JAWAPAN BAGANG NASRUDDIN TANTAWI NIH...!

TENGOK SENDIRI APA BUDAK NIH KATA PASAL NASARUDIN TANTAWI:

Monday, May 7, 2012

BENARKAH MAJLIS FATWA BERTINDAK 'SEBELAH MATA'?


SHAH ALAM - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan pandangan berkenaan perhimpunan Bersih 3.0 semalam "dengan hanya menggunakan sebelah mata."

Sambil menegaskan beliau setuju bahawa perhimpunan bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram, perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu bukan bertujuan mencetuskan huru-hara.

"Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan Bersih 3.0  yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata. Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telah pun rosak.

"Saya menghormati ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dengan setinggi-tinggi perhormatan namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini," kata beliau dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Semalam, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.

"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya.

Dalam kenyataannya, Nik Aziz berkata, "tidakkah disedari bahawa Himpunan Bersih 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara?"

"Himpunan ini menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya bukannya mencetuskan huru-hara jauh sekali untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya," kata beliau.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka "suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk?"

Malah, soal beliau, pernahkah Majlis Fatwa Kebangsaan memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan dalam pilihan raya yang implikasinya lebih besar kepada negara.

"Saya yakin bahawa fatwa ini hanya laporan akhbar prokerajaan sahaja tanpa mendapat penjelasan dari penganjur Bersih 3.0 sebelum membuat pertimbangan.

"Justeru, soalan saya ialah fatwakah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman?" kata Nik Aziz lagi.

Nik Abdul Aziz menambah, huru-hara tercetus apabila perhimpunan yang diadakan dihalang.

"Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara.

"Jika Bersih berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden Umno di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?" kata beliau.

Sehubungan Nik Abdul Aziz meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menghormati pandangan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan.

"Justeru cukuplah saya mengatakan, jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur langkah," katanya lagi. - SinarHarian

PengundiBaharu: Mari dengar Ulasan Ustaz-ustaz Hadith pasal Demonstrasi...

PASCA KEGANASAN BERSIH3.0: PERKASA DAN PERKIDA HALANG CHEGU BARD MASUK BUKIT AMAN!


Siang tadi Chegubard and the geng berkumpul, menuju ke Bukit Aman untuk menghantar memorandum kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kononnya nak bantah tindakan Polis pada Bersih 3.0 aritu... BACA SETERUSNYA DISINI

PengundiBaharu: Betul Betul Naik Hantu...

Friday, May 4, 2012

YAHOO! MAMAT SYIAH TELAH DI TAHAN POLIS!




Seorang aktivis mahasiswa ditahan polis ketika hadir bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkaitan status laman sosial Facebook yang dikatakan menyokong tindakan supaya anggota polis dibunuh.

Khalid Ismath, 22, ditahan sejurus sampai di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur ditemani ibu bapa, sanak saudara dan sekumpulan aktivis mahasiswa.

Khalid dalam Facebook sebelum ini menulis: "Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan."


Status itu dipercayai berkaitan dengan layanan polis semasa perhimpunan BERSIH 3.0 genap seminggu lalu.

Menurut bapanya Ismath Mohd Habib, polis yang datang ke rumahnya di Klang semalam tidak menyatakan hasrat menahan Khalid.

Beliau juga tidak nampak alasan untuk pihak berkuasa berbuat demikian kerana berpendapat anaknya bukan penjenayah atau "mat rempit".

Pada jam 11.30 pagi tadi, beliau dipindahkan ke ibu pejabat polis daerah Cheras untuk siasatan lanjut. - MalaysiaKini

PengundiBaharu: Dulu kau kata Ustaz Fathul Bari P****** kan...

Thursday, May 3, 2012

PASCA KEGANASAN BERSIH3.0: PEMBANGKANG KATA MEREKA SEMUA INI SB (SPECIAL BRANCH)





Penjenayah yang dicari oleh pihak Polis... Sesiapa yang menjumpai penjenayah ini sila hubungi Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah D7A, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur melalui email azmiazizi@rmp.gov.my atau telefon 019-2602344/019-3872344

Wednesday, May 2, 2012

AZMIN DUDUK & TIBAI: HADI DAKWA ISLAM BENAR AIBKAN PEMIMPIN


TERKINJA-KINJA PUAK PEMBANGKANG KUTUK UTUSAN DAN KOSMO, SEBAB GAMBAR SKANDEL AZMIN DISIARKAN SEMALAM...

WAHAI PUAK PEMBANGKANG... BACA LAH SENDIRI FATWA HADI NIH:


SHAH ALAM: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam mendakwa, Islam membenarkan peribadi pemimpin didedahkan, termasuk dalam hal yang mengaibkan jika ia bertujuan untuk kebaikan.

Beliau Berkata bagi membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap pemimpin, serangan peribadi dibenarkan dalam Islam, termasuk serangan yang akan menyebabkan pemimpin itu terpaksa menanggung malu, sekali gus menjejaskan imejnya.

Bagaimanapun, katanya, Pas tidak akan terlalu bergantung kepada kaedah menyerang peribadi pemimpin dalam kempen pilihanraya umum ini. 

Dengan mengambil contoh seorang perompak memasuki kampung dan berbuat baik dengan penduduk. Abdul Hadi berkata sesiapa yang mengetahui peribadi perompak itu wajib mendedahkannya kepada masyarakat kampung itu, dengan tujuan mengelakkan mereka dirompak.

"Dari aspek pemimpin negara, pendedahan itu dibenarkan Islam bagi membolehkan rakyat mengenal pemimpin yang mengamalkan rasuah dan berperibadi tidak layak untuk menjadi pemimpin.

"Dalam Islam sendiri, untuk melantik seorang saksi dan hakim, Islam membenarkan pendedahan peribadi. (Pilihan raya) ini kita ingin melantik pemimpin. Rakyat perlu tahu perkara peribadi.

"Islam tidak melarang kita memperkatakan perkara apatah lagi untuk memilik seorang saksi di mahkamah, apatah lagi untuk memilih ketua negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pelancaran manifesto barisan pembangkang di Ibu Pejabat Parti Keadilan Nasional (Keadilan) di Syeksen 13, disini semalam.

BACA LAGI...


Ulama PAS Sokong

PUTRAJAYA 29 Feb. – Setiausaha Majlis Syura Pas Pusat, Abdul Ghani Samsudin hari ini mempertahankan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan calon-calon parti itu mengumpat dan mendedahkan keburukan lawan masing-masing.

Abdul Ghani yang juga calon Pas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burung, Selangor, berkata, pendedahan tentang hakikat sebenar seorang pemimpin dibenarkan oleh syarak bagi mengelakkan orang ramai teraniaya.

‘‘Pendedahan itu dilakukan demi kebaikan dan berdasarkan keilmuan supaya pemilihan pemimpin dibuat dengan teliti dan difikirkan secara matang.

‘‘Konsep ini adalah dibenarkan dalam Islam kerana jika tidak didedahkan keburukan dan kelemahan seseorang pemimpin yang bakal dipilih itu, bimbang nanti berlaku kerosakan yang lebih besar,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini.

Abdul Ghani yang juga bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengulas laporan Utusan Malaysia semalam yang menyebut Abdul Hadi mengeluarkan ‘fatwa’ membenarkan semua calon Pas yang bertanding mengumpat, membuat tuduhan serta mendedahkan keburukan lawan masing-masing.

Menurut Abdul Ghani, meskipun Allah menyatakan dalam ayat 148, Surah al-Nisa tentang larangan mendedahkan keburukan seseorang secara terang-terangan tetapi dalam ayat tersebut juga menyatakan perkara itu dikecualikan jika melibatkan mereka yang teraniaya.

‘‘Dalam hal ini, rakyat akan teraniaya jika kita tidak menyatakan hakikat sebenar dan rekod perilaku seseorang pemimpin.

‘‘Sebab asas memilih pemimpin mesti berasaskan kepada ketakwaan mereka kerana mereka yang tinggi martabatnya ialah mereka yang paling bertakwa,” jelas beliau.

Katanya, pendedahan tentang segala kelemahan dan rekod buruk seseorang itu dilakukan demi kepentingan umum seperti skandal atau kelakuan buruknya.

‘‘Ini termasuk dalam perkara amar makruf dan nahi mungkar dan nasihat dalam agama atau hisbah. Ini sama seperti dalam proses memilih pasangan atau meminang, mesti dinyatakan hakikat sebenar latar belakang pasangan kerana proses membina rumah tangga berasaskan kepada mahabbah iaitu kasih sayang,” katanya.

Katanya, konsep tersebut juga boleh diamalkan dalam proses memilih kepimpinan yang membabitkan soal kepentingan negara.



PengundiBaharu: Rakyat PRU13 sila BERSIHKAN Pemimpin macam Eli Kangkang, Anwar Chinadoll dan Azmin!

PASCA KEGANASAN BERSIH3.0: TUNKU ABDUL AZIZ TIDAK GENTAR, MINTA ANWAR JANGAN CAMPUR.


KUALA LUMPUR : Naib Pengerusi DAP Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim tidak gentar berhadapan dengan tindakan yang bakal diambil oleh partinya berhubung kenyataan membantah perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu lalu.

Menurutnya, terpulang kepada DAP untuk menilai pandangan yang diberikan beliau bersabit perhimpunan itu namun bertegas untuk menolak sebarang campur tangan Pakatan Rakyat mahupun Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keputusan itu nanti.

"Kalau nak ambil apa-apa tindakan itu terpulang kepada DAP tapi Pakatan Rakyat tidak ada kena mengena langsung dengan hal saya ini. Ini merupakan satu hal peribadi. Kalau apa yang saya buat ini salah atau pun silap, itu DAP dengan saya bukan saya dengan Anwar Ibrahim atau saya dengan sesiapa lagi. Tiada kena mengena!" tegas beliau.

Minggu lalu perhimpunan BERSIH 3.0 yang dijanjikan aman oleh penganjurnya bertukar ganas apabila para demonstran bertindak mencetuskan huru-hara sehingga mencederakan anggota polis dan menterbalikkan kenderaan pihak berkuasa berdekatan kompleks Sogo.

Tunku Aziz dalam sidang Dewan Negara minggu lalu menyatakan pendirian bahawa perhimpunan BERSIH boleh bertukar ganas berdasarkan kejadian yang sering berlaku di luar negara.

Katanya lagi perhimpunan itu tidak wajar diadakan di Dataran kerana ia mengajak rakyat melanggar undang-undang dan keselamatan peserta yang hadir pada himpunan itu juga tidak terjamin. - AntaraPos

PengundiBaharu: Masih ada Pemimpin Pembangkang yang berfikiran waras!

PASCA KEGANASAN BERSIH3.0: MAMAT SYIAH SETUJU JIKA SEMUA POLIS DIBUNUH!



ALAMAK, MAMAT SYIAH NIH DAH DEACTIVE FACEBOOK DIALAH!


TAPI NASIB BAIK PAPAGOMO SEMPAT PRINTSCREEN FATWA MAMAT SYIAH NIH:


RUJUK BLOG PAPAGOMO: http://bit.ly/IsWyoq

BERANI YE MAMAT SYIAH NIH KATA: "SAYA SETUJU JIKA SEMUA POLIS DIBUNUH..."  

KDN, HISHAMUDDIN, PDRM... TAK KAN DIAM JE KOT???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...