Showing posts with label SELAMATKAN MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label SELAMATKAN MALAYSIA. Show all posts

Thursday, December 26, 2013

MALAYSIA NEGARA PERTAMA KAFIRKAN SYIAH?


Oleh : AJ

Pertama sekali aku mewakili rakan admin yang lain ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Rabai SYIAH di Iraq kerana mengiktiraf Malaysia sebagai satu-satunya negara di DUNIA ini yang mengkafirkan Syiah. Ianya satu pencapaian terbaik Malaysia dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak.

Walaupun begitu ada sedikit pembetulan yang perlu diperjelaskan.

1. Pemerintah Malaysia tidak mengkafirkan rakyat IRAQ, sebaliknya pemerintah Malaysia TIDAK MENGIKTIRAF SYIAH sebagai sebahagian daripada 'MAZHAB' ISLAM.

2. Dalam bidang ekonomi, Rasulullah S.A.W sendiri pun pernah berurus niaga dengan YAHUDI. Maka pastinya pemimpin Malaysia tidak melihat keperluan dari menghalang mereka dari berurus niaga dengan negara berpenduduk majoriti Syiah.

3. Malaysia masih lagi berdiplomasi dengan negara-negara SYIAH di dunia ini. Buktinya, Kedutaan IRAN dan IRAQ masih dibenarkan beroperasi malah rakyatnya tidak dihalau keluar dari Malaysia.

Jika rabai Syiah di Iraq merasakan pemerintah Malaysia mengkafirkan rakyat Iraq, kami hendak bertanya, bagaimana pula tindakan penganut kalian yang mengkafirkan Abu Bakr, Umar, Ustman dan Isteri-Isteri Nabi S.A.W? Adakah kedudukan RAKYAT IRAQ lebih mulia dan tinggi dari Para Sahabat dan Isteri-Isteri Nabi???







Thursday, April 18, 2013

PKR-PAS KAJANG PROTES, PELUANG BN TAWAN SELANGOR MAKIN CERAH! #PRU13




Petisyen Pengundi Kajang Menyokong Cikgu Lee Kim Sin Sebagai Calon DUN Kajang

Kami berasa amat kecewa kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak memilih penyandang Adun Kajang Cikgu Lee Kim Sin sebagai calon bagi PRU Ke-13. Sebaliknya, PKR mencalonkan seseorang yang tidak dikenali oleh masyarakat setempat.

Lebih 10 tahun berkhidmat kepada masyarakat Kajang, Cikgu Lee terbukti seorang pemimpin yang berdedikasi, berwibawa, dan berprestasi cemerlang di peringkat tempatan bahkan di Dewan Undangan Negeri. Beliau juga disenangi masyarakat berbagai lapisan kaum. Hubungan beliau sangat baik dengan pertubuhan-pertubuhan NGO, kebudayaan dan persatuan di Kajang. Cikgu Lee juga memberikan kerjasama dan mendapat kerjasama yang baik dari parti di dalam Pakatan Rakyat.

Kami tidak menerima seseorang calon yang tidak mengenali dan dikenali oleh masyarakat Kajang.
Kami menyeru supaya PKR mempertimbangkan semula pencalonan Cikgu Lee sebagai calon boleh menang di DUN Kajang. Bersama ini disertakan senarai tandatangan pengundi Kajang yang menyokong Cikgu Lee.


Mereka telah berjumpa dengan Zuraida Mak Lampir bagi membincangkang masalah ini.


PengundiBaharu: Hancur Pakatan! Hancur!

Saturday, January 26, 2013

#DEMIRAKYAT PROJEK LANGAT 2 TETAP DITERUSKAN #BNPRU13



Tak ada lagi basa-basi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu menegaskan kerajaan pusat akan meneruskan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dalam masa terdekat walaupun tanpa persetujuan kerajaan negeri Selangor.

"Kerajaan pusat kata, lulus tak lulus kita sudah tawar kontrak bina Langat 2...dalam sebulan dua, kita buat juga Langat 2 demi kepentingan rakyat dan bukan Menteri Besar ataupun pakatan pembangkang," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada program mesra rakyat 1Malaysia di Sekolah Kebangsaan Dr Abdul Latiff, Sabak Bernam hari ini.

Beliau berkata buat masa sekarang bagi menampung permintaan air yang semakin meningkat di kalangan rakyat, beberapa buah loji rawatan air di negeri itu terpaksa meningkatkan tahap pengeluaran sehingga 100 peratus.

Projek Langat 2 dan sistem agihannya mengalami kelewatan sebanyak 40.55 peratus iaitu kira-kira 29 bulan disebabkan keengganan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memberikan kelulusan yang diperlukan.

Mengikut perancangan asal, projek yang merupakan sebahagian komponen Skim Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor itu akan dilaksanakan melalui dua fasa melibatkan 23 pakej pembinaan bagi setiap fasa.

Langat 2 adalah sebahagian daripada Projek Pemindahan Air Mentah yang akan merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk disalurkan ke Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025.

Mengenai usaha kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan air dari empat syarikat konsesi di negeri itu, Muhyiddin berkata kerajaan pusat tidak menghalang usaha itu selagi ianya berlandaskan undang-undang dan peraturan.

"Kerajaan pusat tidak sekat usaha kerajaan negeri ambil alih empat syarikat konsesi ini. Pergilah ambil alih konsesi air dan buat rundingan dengan pihak konsesi ini," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri Selangor ada ikatan dan perjanjian dengan semua syarikat konsesi dan mereka harus selesaikan pengambilalihan secara rundingan atas dasar persetujuan antara pembekal dan pembeli.

"Justeru, kerajaan negeri tidak boleh mengambil alih perkhidmatan air dari syarikat konsesi secara sewenang-wenangnya sebab terikat dengan undang-undang dan akta yang termaktub dalam perjanjian konsesi," katanya.

Empat syarikat konsesi air di Selangor ialah Syarikat Pengeluar Air Berhad, Konsortium Abbas, Syarikat Bekalan Air Selangor dan Puncak Niaga.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata laporan lengkap Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada akhir bulan ini.

"Kita telahpun mengadakan rundingan meja bulat dan menerima pandangan dari pelbagai pihak untuk pelan ini bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara," katanya dan menurutnya pihak kementerian sudah berjumpa seramai 17,000 orang yang menyertai inisiatif itu.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan pembinaan sebuah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di Sabak Bernam yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan dan menaik taraf PPD.

Beliau juga mengumumkan peruntukan RM3.65 juta untuk pelaksanaan projek pembangunan di daerah Sabak Bernam iaitu pembinaan 30 unit rumah, sebuah surau di Sekolah Kebangsaan Dr Abdul Latiff, menaik taraf jalan dan kemudahan asas.

Terdahulu, Muhyiddin tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam untuk memulakan lawatan ke daerah ini dengan menghadiri beberapa program mesra rakyat di samping mengadakan pertemuan tertutup bersama pemimpin Umno Bahagian Sabak Bernam dan Bahagian Sungai Besar. - AgendaDaily

PengundiBaharu: TAWAN KEMBALI SELANGOR!

Friday, December 21, 2012

SALAH GUNA KUASA @mbnizar! #BNPRU13



kes yang memang berat,kalau tidak mana mungkin Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berani mendedahkannya dalam sidang Dewan Undangan Negeri.

Sebelum ini memang sudah tersebar cerita mendakwa semasa 11 bulan jadi kerajaan di Perak selepas pilihanraya umum ke 12,pakatan pembangkang ' kenduri sakan' agih kawasan balak di negeri itu.

Menariknya PAS-PKR-DAP diketahui umum memang cukup rajin dalam bab menuduh Barisan Nasional yang galak buat kerja itu.

Dalam ceramah-ceramah di serata ceruk kampong mereka sentiasa gambarkan merekalah yang cukup beramanah dan tak main dengan balak segala macam.

Mungkin mereka duga tembelang mereka tidak akan terdedah kerana tidak menjangka langsung kerajaan pakatan Perak akan tumbang dalam masa sekejap.

Setiap urusan pentabiran kerajaan ada hitam putihnya.Oleh itu bukan sudah untuk mengesannya.

Itu baru 11 bulan perintah Perak.

Senang cakap...kalau berani silalah Menteri Besar kerajaan 11 bulan itu, Datuk Seri Nizar Jamaludin keluar satu kenyataan rasmi menafikan pernah meluluskan agihan kawasan balak semasa pentabirannya.

Juga kalau berani...senaraikan kepada siapa kawasan balak diberi.

Itu satu hal.

Ini satu hal lain.

Kalau lulus pemberian kawasan balak mengikut peraturan lainlah ceritanya.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri Jumaat,Zambry mendakwa Nizar sewaktu jadi Menteri Besar meluluskan kawasan balak kepada beberapa syarikat tanpa melalui Jawatankuasa Balak.

Dakwanya Nizar (PAS-Pasir Panjang) menggunakan kuasanya sebagai menteri besar ketika itu untuk meluluskan permohonan komponen balak berkenaan.

"Biasanya Jawatankuasa Balak akan bermesyuarat dan melihat senarai permohonan, kemudiannya baru diluluskan. "Tetapi Adun Pasir Panjang luluskan menggunakan kuasanya tanpa memanggil mesyuarat," katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2013 Perak.


Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Setiawan) yang tidak berpuas hati kemudian bangun dan meminta Zambry menunjukkan bukti dakwaan itu.

"Saya ada bukti, bukan saya tidak boleh tunjuk," kata Zambry sambil menunjukkan beberapa helai kertas.

Mohd Nizar turut mencabar Zambry untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya minta SPRM ambil dokumen ini selepas ini," kata Zambry.

Mohd Nizar yang ditemui di luar dewan kemudiannya menafikan beliau pernah membuat kelulusan berkenaan tanpa melalui jawatankuasa itu.

Persidangan dewan yang berakhir hari ini meluluskan Belanjawan 2013 Perak berjumlah RM948.47 juta.- AgendaDaily

PengundiBaharu: K.O. NIZAR K.O...!

ADA KE DALIL DOA K.O. BN? @ustazfathulbari #BNPRU13




Doa Pas tidak ikut kaedah Islam - Fathul Bari  (BERNAMA, 1 Disember 2012)

KUALA LUMPUR - Cara yang dipraktikkan Pas ketika mendoakan kehancuran UMNO adalah tidak mengikut kaedah Islam seperti yang dilakukan Nabi Muhammad SAW, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahya.

Beliau berkata dalam doa itu, Pas tidak menjelaskan secara spesifik bentuk kezaliman yang dimaksudkan, seolah-olah menuduh seluruh anggota UMNO berlaku zalim.

Ketika membahaskan usul agama dan pendidikan di Perhimpunan Agung UMNO 2012 hari ini, beliau menceritakan kisah Nabi Muhammad SAW yang mendoakan supaya Allah melaknat pihak yang menipu baginda semasa meminta nabi mengutuskan 70 pakar al-Quran untuk memenuhi beberapa kabilah, namun dibunuh di pertengahan jalan.

"Nabi doakan laknat ke atas mereka dalam setiap solat nabi selama sebulan, doa dalam qunut nazilah. Kemudian, Allah turunkan ayat menegur perbuatan nabi, dan nabi hentikan perbuatan itu.

"Doa nabi khusus kepada orang yang melakukan kezaliman itu, nabi sebut nama satu persatu. Persoalan sekarang doa yang dibaca Pas disebut perkataan umum, iaitu UMNO," katanya.

"Adakah kita semua di sini menzalimi mereka? Adakah kita semua di sini menghancurkan mereka? Adakah kita semua di sini rasuah?," katanya disambut laungan “tidak!" oleh perwakilan UMNO.

Fathul Bari berkata doa oleh Nik Razi Nik Mat, adik kepada Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini menggunakan kaedah yang salah dan tidak memenuhi kriteria doa orang yang dizalimi.

Mengikut kaedah Islam, doa itu perlu dirujuk kepada satu pihak secara spesifik bersama bukti, perlu diletak perkataan "sekiranya" jika tidak Pasti dan perlu ada pernyataan memaafkan kepada pihak yang dirujuk, katanya.

PengundiBaharu: Baca Hadith tak habis... taktik PAS sesatkan ummat!

NAIK CUKAI: TERIMA KASIH PKR SELANGOR! #BNPRU13





SHAH ALAM: Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Zin Mohamed menyifatkan alasan yang diberikan oleh Menteri Besar sama sekali tidak masuk akal apabila menegaskan kenaikan cukai pintu sehingga 10 kali ganda di luar bidang kuasa kerajaan negeri.

Ujarnya kerana umum mengetahui keputusan cukai yang berkaitan dengan negeri dibuat oleh majlis bandaraya berdasarkan arahan daripada kerajaan negeri.

"Bila masa kerajaan negeri tidak ada kuasa dalam urus tadbir kerajaan tempatan.

"Sebab saya fikir bahawa pelantikan ahli majlis semua dibuat dibawah kerajaan negeri. Itu sudah menjadi asas pertimbangan yang kukuh menyatakan bahawa memang dia (MB) ada kuasa.

"Saya pun pelik kalau dia cakap kerajaan negeri tidak ada kuasa," tegasnya kepada pemberita dalam sidang media Karnival Sayangi Selangor di I-City hari ini.


Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan apabila menyatakan kenaikan mendadak cukai pintu di kedua-kedua kampung Kg Melayu Subang dan Sg. Buloh sebagai munasabah namun mengumumkan penubuhan satu lagi jawatankuasa untuk mengkaji semula kadar itu.

Penubuhan jawatankuasa oleh Khalid juga bercanggah dengan dakwaan beliau sebelum ini bahawa kenaikan cukai pintu itu diputuskan oleh kerajaan persekutuan dan beliau tidak akan masuk campur.  

Khalid sebelum ini mendakwa isu kenaikan cukai pintu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH).

Mengulas lanjut perkara ini Zin yang juga Ketua Umno Bahagian Sepang seterusnya secara sinis mengingatkan Khalid untuk mengkaji semula bidang kuasa sebenar kerajaan negeri sebelum mengeluarkan kenyataan.

"Saya minta dia (Khalid) pergi semak samada tugas dia sebagai MB ada tanggungjawab dalam urus tadbir pihak PBT," ujarnya.



Kelmarin sekumpulan 50 dari mereka berhimpun di hadapan Wisma MBSA bagi membantah kenaikan cukai taksiran sebanyak 7.5 peratus untuk tahun 2013 yang disifatkan mereka sebagai terlalu tinggi.

Kenaikan yang tinggi itu juga tegas mereka tidak setimpal dengan pembangunan infrastruktur di kawasan tersebut justeru meminta kerajaan negeri menimbang semula kadar cukai taksiran baharu tersebut agar lebih munasabah dan tidak membebankan pemilik tanah. - AntaraPos.

Keluar topik sikit,

Nih Bukti Selangor Makin Jahanam dibawah Pakatan...

Terima kasih pada pencacai PR kerana 'membawa perubahan' sebegini ke Shah Alam.


PengundiBaharu: Terima Kasih lah oi MB Gagap...! Terima Kasih!

Thursday, December 20, 2012

PENCACAI PAKATAN MEMANG 'HARAMJADAH' PUN...!




TEMERLOH - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman fitnah yang difailkan lapan peneroka Felda terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung ucapannya semasa mengumumkan 'durian runtuh' untuk peneroka di Felda Jengka 8, Bandar Jengka, Pahang, 8 Mei lepas.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas membenarkan permohonan Najib untuk membatalkan saman itu.
 
Peguam yang mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu pemberita bahawa selepas membaca keseluruhan ucapan Perdana Menteri, hakim itu berpendapat ucapan itu tidak berbentuk fitnah.

Katanya mahkamah juga memutuskan ucapan itu adalah satu bentuk kiasan yang tidak merujuk kepada mana-mana pihak.

 
"Oleh itu mahkamah membatalkan saman plaintif (peneroka felda) dan membenarkan permohonan defendan (Najib). Mahkamah memerintahkan plaintif membayar RM3,000 setiap seorang kepada defendan," katanya.

Pada 7 Ogos lepas, tujuh lelaki dan seorang wanita peneroka felda Wilayah Jengka, Bandar Jengka, memfailkan saman itu terhadap Najib berhubung ucapannya yang didakwa mengaibkan dan menghina mereka melalui The Law Office of Mohd Harris.

Mereka ialah Samat L.Yusof, Alias Ibrahim, Idris Mat Sah, Syed Jamaluddin Syed Muhamed, Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan Rakiah Sulong.

Mereka mendakwa ucapan di hadapan lebih kurang 40,000 orang itu antara lain membawa maksud mereka adalah pengkhianat, tidak bermaruah, tidak jujur dan tidak setia dalam perjuangan.

Mereka berkata ucapan itu juga telah disiarkan di media massa dan media elektronik dan mereka menuntut ganti rugi am, khas, teruk, faedah dan juga kos.

Perdana Menteri pada 24 September lepas telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha atas alasan writ saman itu adalah suatu penyalahgunaan proses mahkamah kerana plaintif tiada kuasa tindakan terhadap defendan, selain ianya tidak merujuk dan/atau mempunyai kaitan kepada defendan.

Beliau juga berkata saman itu mengaibkan, remeh atau menyusahkan dan kegagalan plaintif untuk menyatakan kes terhadap defendan adalah suatu kegagalan yang mandatori dan menjadikan tuntutan mereka harus dibuang secara in limine.


Peguam Mohd Harris Abdullah yang mewakili peneroka felda itu memberitahu media bahawa beliau akan berbincang dengan anak guamnya sama ada akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini.

Sementara itu, di luar mahkamah lebih 600 peneroka felda Wilayah Jengka yang menyokong Perdana Menteri berkumpul bermula kira-kira 8 pagi dengan membawa sepanduk antaranya bertulis "Kami sokong PM".  - Bernama


PengundiBaharu: Caicai tak perlu takut dengan perkataan 'Haramjadah' tersebut. Pencacai Pakatan memang 'Haramjadah'! Cai patut saman si 'Pandikutti' pujaan hati cai se-malaysia kerana menabur fitnah dan jadi tukang hasut!

NGEH KATA PAS KHIANAT DAP! KEHKEHKEH!



PETALING JAYA: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa, pemimpin PAS telah membocorkan rahsia pemberian tanah seluas 10,526 ekar di Gua Musang Kelantan.

Ngeh dilaporkan sebagai berkata, beliau hairan bagaimana dokumen tersebut boleh bocor sedangkan itu adalah maklumat sulit antara mereka dan pemimpin PAS.

Beliau, bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada benar atau tidak beliau merupakan ahli lembaga pengarah syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian  tanah bernilai lebih RM30 juta.

Ngeh memberi alasan surat SSM yang didedahkan sebuah blog kelmarin merupakan dokumen yang menjadi rahsia antara beliau sebagai peguam dengan anak guamnya.

”Kerana saya peguamnya. Di bawah undang-undang, ada benda yang menjadi rahsia yang tidak boleh didedahkan. Ia untuk melindungi anak guam,” katanya ketika ditemui pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebagaimana dilaporkan blog www.pengundisetiasungairapat.blogspot.com.

Sementara itu, Exco kerajaan negeri Perak, Datuk Hamidah Osman  mendakwa Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham dan setiausahanya, Datuk Nga Kor Ming merupakan ahli lembaga pengarah syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian tanah bernilai lebih RM30 juta di Kelantan.

Hamidah berkata, pencarian beliau di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati dua pemimpin kanan DAP negeri itu merupakan ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

”Saya sudah buat pencarian di SSM pada Isnin lalu dan saya mendapati Koo Ham dan Kor Ming merupakan antara enam ahli lembaga pengarah di syarikat tersebut.

”Jika tidak ada kena mengena, mereka perlu berani menafikan jika mereka bukan ahli lembaga pengarah syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. itu.

“Dan jika mereka ada kepentingan di syarikat itu, mereka perlu dedahkan berapa kos yang dibayar untuk membeli tanah tersebut,” katanya yang juga Adun Sungai Rapat.

Dalam satu entrinya kelmarin, blog pisau.net mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menawarkan tanah seluas 4,259.9 hektar atau 10,526 ekar di Gua Musang, Kelantan kepada Ngeh yang juga Adun Sitiawan dan Adun Pantai Remis, Nga.

Sementara itu, sebuah NGO iaitu Barisan Bersatu Nambikei (BBN) membuat laporan polis ke atas Nik Aziz berhubung dakwaan rasuah tersebut.

Presidennya, B. Kalai Vanar mendakwa Nik Aziz telah memberi tanah seluas 4, 259 hektar di Gua Musang, Kelantan untuk membolehkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jalamuddin  sebagai menteri besar Perak  pada 2008.

Katanya, ini kerana DAP yang menang majoriti kerusi negeri di Perak. - AntaraPos.

PengundiBaharu: Cai kata sebab UMNO lah Tanah rezab Melayu makin sikit. Kehkehkeh!

Saturday, December 8, 2012

KETUA KAMPUNG GOMBAK UTARA KESAL DAN TUNTUT PEMUDA UMNO MOHON MAAF



KUALA LUMPUR 8 DIS: Penduduk Kampung Gombak Utara menuntut Ketua Pemuda Umno Gombak, Megat Zulkarnain Omardin memohon maaf atas perbuatan biadab samseng Umno sehingga menyebabkan kecederaan pengunjung ceramah Merdeka Rakyat, 4 Disember lalu.
“Kami menyeru Ketua Pemuda Umno memohon maaf atas cubaan menyemai budaya samseng kepada penduduk kampung yang selama ini dikenali bersopan santun dan berbudi pekerti. Di Gombak Utara, tidak ada budaya samseng sampai hari ini.
“Padahal kami sekian lama kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampung ini,” kata Ketua kampung Gombak Utara, Said Zakaria pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Said berkata, lebih separuh samseng Umno yang mengganggu program dengan membuat bising, membaling batu, menyerang petugas dan penjaja malam, adalah orang luar yang dibawa Megat Zulkarnain.
“Ia mencalar imej kampung, tidak menggambar sikap sebenar penduduk yang beradab dan menghormati tetamu. Kami yakin sebahagian besar penduduk kampung menerima cara Pakatan Rakyat mentadbir,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin pula berkata, pihaknya belum menerima sebarang perkembangan siasatan polis.
“Yang kita lihat sekarang, penyerang pula yang mempersalahkan penganjur. Sedangkan kita sudah lapor kepada pihak berkuasa,” kata merujuk SMS ancaman sebelum kejadian itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, KEADILAN Gombak akan terus mengadakan program ceramah untuk memberi penerangan kepada rakyat.
“Terbaru pada 19 Disember, di tempat sama,” katanya sambil menuntut pihak berkuasa mengadakan kawalan bagi mengelak gangguan samseng Umno. - Suara Keadilan.

 KISAH SEBENAR DISINI DAN DISINI


PengundiBaharu: Ketua kampung nih buat Press Conference dekat office PKR.
Engkauorang tak hairan ke? Rasa-rasa dia nih ahli politik parti mana?

Wednesday, November 21, 2012

RAKYAT MALAYSIA WAJIB TAHU! KENAPA PEMIMPIN PAKATAN BERSUNGGUH TOLAK #AES! [PART 4: WAN AZIZAH]



Presiden PKR,

WAN AZIZAH mengumpul sebanyak 9 saman buat setakat ini.


[KLIK PADA JADUAL UNTUK LIHAT DENGAN LEBIH JELAS]


GAMBAR YANG DIAMBIL DARI PERANGKAP LAJU;








INILAH SEBABNYA ANWAR DAN KUNCU2NYA TAK NAK AES!

PART 6: SIAPA YANG KENA...???


Saturday, July 21, 2012

TAK GUNA @abby_abadi112 @hairieothman SERTAI PAKATAN JIKA HANYA MAHU BERCERAMAH!



Tidak guna artis sertai Pakatan Rakyat jika hanya mahu berceramah, kata Zunar

KUALA LUMPUR, 21 Julai -  Kartunis terkenal Zulkiflee Anwar Haque (Zunar) membidas golongan artis arus perdana yang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya berceramah dan tidak terus berkarya sebagai seniman dan budayawan.

Menurut Zunar lagi, yang menjadikan keadaan lebih parah adalah apabila golongan artis yang menyertai PR ini mula berceramah agama dan menyesali kehidupan lama mereka sebagai seorang seniman.

“Apa yang saya dapati sekarang ini, mereka (artis) hanya berceramah,” kata Zunar dalam temubual bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.

“Fenomena ini (kemasukkan artis beramai-ramai menyertai PR) sudah berlaku beberapa bulan, apabila berada dipentas PR, mereka berceramah, kadangkala berceramah ugama lagi.

Kartunis yang aktif dengan parti pembangkang semenjak tahun 1998 itu merasakan tidak wajar fenomena artis berceramah ini diteruskan kerana menurutnya artis perlu terus berkarya dan hasilkan karya-karya yang kritikal kepada Barisan Nasional (BN) kerana ini lebih membantu PR daripada selama-lamanya berceramah.

Akhir-akhir ini, golongan artis arus perdana menyertai parti PR secara beramai-ramai.


Artis seperti Bob Lokman, Sham Kamikaze, Aisyah dan Dayangku Intan telahpun menyertai parti PAS dan PKR.

Terbaru yang menggemparkan apabila bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi dan pelakon utama filem Leftenan Adnan, Hairie Othman menyertai PAS.

Kebanyakan golongan artis yang menyertai PR ini berakhir dengan menjadi penceramah PR yang tidak memberi banyak nilai tambah kepada pakatan pembangkang tersebut. SETERUSNYA BACA DISINI

PengundiBaharu: Tak Guna. Paham tak...? Tak Guna! Tak Guna...!

Thursday, July 19, 2012

FUYOOOO @Tantawi100 KATA @nikabdulaziz MELAYU DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI!



Hairan juga bila Ustaz Nasrudin Tantawi dalam Debat Sinar Harian semalam bersama Ustaz Fathul Bari telah menyatakan bahawa Nik Aziz dari Hujung Rambut sampai Hujung Kaki beliau adalah Melayu.

Dan beliau teruskan ucapan itu dengan melontarkan soalan ini: "APA MASALAHNYA...?".

Namun tahukan Nasrudin....

KOTA BHARU 18 Sept. – Ketika terdapat usaha cuba menghapuskan keistimewaan hak orang Melayu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menyatakan beliau tidak bangga berbangsa Melayu.

Ini kerana, katanya, bangsa itu datang secara automatik dan di dalam Islam tiada bangsa yang lebih dan jika ada pun, ia adalah bangsa Arab.

Malah, Mursyidul Am Pas itu menjelaskan, sekiranya beliau dijemput berceramah bukan kerana beliau berbangsa Melayu sebaliknya atas nama Islam.

“Bagi saya, kalau saya dijemput ceramah, saya bukan dengan nama Melayu, dengan nama Islam. Cuma kebetulan saya ini nama Melayu.

“Saya tidak berbangga bangsa Melayu. Bangsa ini datang secara automatik,” katanya pada majlis dialog bersama wartawan di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Menurut Nik Abdul Aziz, bangsa tidak dipentingkan dalam Islam sebaliknya yang dilebihkan ialah takwa kepada Allah...

PengundiBaharu: Kalau Bangsa tak penting, kenapalah Allah Taala cipta manusia berbangsa-bangsa..? Baru hari ini tahu rupa-rupanya Nik Aziz ada Bangsa keturunan...!

Wednesday, July 4, 2012

MCA SURUH PKR SELANGOR JAWAB. BUKAN SURUH KHALID GAGAP SAMAN MCA!


SHAH ALAM - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang menyaman MCA dan mereka yang telah membuat tuduhan terhadap kerajaan negeri berkenan tohmahan penyelewengan RM1 bilion.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan mengambil tindakan undang-undang ini dibuat kerana tuduhan ini bukan sahaja tidak benar, berat dan serius; malah telah mencemar nama baik  Kerajaan Selangor.

 “Sehubungan itu, kita tidak akan membuat apa-apa ulasaan buat masa ini demi untuk tidak menganggu proses perundangan kelak,” katanya. - Sinar Harian.

Press Conference MCA semalam.



Blogger Gerakan-Anti-PKR kata: "Pakatan Selangor konsisten menipu rakyat..."



PengundiBaharu: Jawablah Khalid!

Wednesday, June 27, 2012

KHALID GAGAP DICABAR GANTUNG FAEKAH




SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar supaya menggantung tugas setiausaha politiknya Faekah Husin yang didakwa menyalahgunakan kepala surat pejabat Menteri Besar itu.

Ketika membuat cabaran itu hari ini, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata tindakan itu perlu sekiranya Abdul Khalid mahu mempertahankan maruahnya kerana sebelum ini beliau pernah menggantung tugas pegawai khasnya atas kesalahan yang sama.

Pada 2008, Abdul Khalid menggantung tugas pegawai khasnya Mohd Yahya Sahri kerana menyalahguna kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor bagi tujuan mengutip derma dari syarikat swasta sempena sambutan 100 hari pemerintahan pakatan pembangkang di Selangor.

Bercakap dalam sidang media di sini, Mohd Zin berkata sikap pilih kasih Abdul Khalid itu dalam mempertahankan setiausaha politiknya dilihat mencurigakan dan percanggahan yang paling terang pernah dilakukannya.

Dalam satu pendedahan baru-baru ini, satu blog mendakwa Faekah menulis surat kepada Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) agar firma guaman milik anak saudaranya dilantik menjadi panel peguam di syarikat berkenaan.
 
Susulan laporan itu, Faekah mengaku menulis surat terbabit tetapi mendakwa ia bertujuan mendapatkan pertimbangan daripada PNSB berhubung perkara berkenaan.

Sementara itu, Mohd Zin turut mendakwa terdapat salah laku di kalangan pemimpin DAP melibatkan pemberian kontrak kepada firma guaman bagi menguruskan kes Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) baru-baru ini.

Beliau mendakwa anggota DAP yang juga seorang Ahli Majlis MBPJ telah menyalahgunakan kuasanya dengan memberi kontrak kepada firma guaman milik seorang Anggota Parlimen DAP dengan kos sebanyak RM55,000 sedangkan kontrak awal telah diberi kepada pihak guaman lain dengan kos hanya RM15,000 sahaja.

"Melalui kes ini, saya yakin bahawa DAP sebenarnya tidak bersih seperti yang disangka. Penglibatan DAP dalam beberapa salah laku oleh pemimpin DAP sendiri menyebabkan ahli DAP mula hilang kepercayaan terhadap parti itu.

"Kepada rakyat Selangor jangan sesekali tertipu dengan lakonan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DAP ini," katanya, sambil menunjukkan salinan dokumen berhubung salah laku itu kepada pemberita.- Bernama

PengundiBaharu: Khalid sayang Faekah. Nak buat macammana...

Tuesday, June 26, 2012

HUKUM SULTAN JOHOR BELI NO PLAT WWW1...


Ustaz Fathul Bari Ulas Status Twitter atas nih. Jom tengok:



Yang ini pula ulasan dari Ustaz Rasul Dahri:




PengundiBaharu: Jangan jadi Khawarij!

Monday, June 25, 2012

PERDANA MENTERI BERI BAYANGAN PRU13 BUKAN DALAM MUSIM HAJI



Adakalanya sesuatu yang hendak dikatakan tidak boleh disampai secara direct.Lebih-lebih dalam politk yang melibatkan berbagai liku.

Kalau hendak ditafsir dan dibuat andaian,ada sesuatu yang agak menarik pada ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa beliau merasmikan pelancaran seketariat Ulama dan Umara dan pelancaran buku "Agenda Islam Dalam Transformasi Negara Oleh Najib Tun Razak".

Majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra pada petang Isnin itu dihadiri oleh ramai tokoh-tokoh agama.

Ini bila mana beliau menyentuh tentang isu tangguh Haji yang sedang hangat dimainkan oleh PAS kebelakangan ini.

Najib berkata pembangkang lebih utamakan kepentingan parti daripada agama sehingga sanggup meminta ahli parti untuk tangguh ibadah haji semata-mata untuk hadapi pilihanraya umum ke 13.

Sedangkan menurut beliau ibadah Haji itu Fardhu Ain manakala mengundi itu Fardhu Kifayah.

"Mana lebih penting Fardhu Ain atau Fardu Kipayah? Beliau minta pembangkang jawab.

Apapun Perdana Menteri memberi jaminan kerajaan sentiasa pertimbangkan semua faktor untuk mengadakan pilihanraya umum.

Beliau memberi jaminan akan pastikan pertimbangan itu selaras dengan kehendak Islam.

Najib juga berkata pelancaran buku agenda Islam petang ini bukan bermakna pilihanraya umum sudah dekat.

"Kita akan adakan pilihanraya umum apabila tiba masa dan ketikanya.Harap bersabar,"katanya.

Apa yang dikatakan sangat mencuri perhatian disini ialah kenyataan jaminan beliau akan pastikan pertimbangan untuk adakan PRU itu selaras dengan kehendak Islam.


Kalangan pemerhati politik menilai kata-kata jaminan itu tentu 'ada makna' dalam kontek isu politik semasa.

Ada yang kata rasa-rasa macam Perdana Menteri nak beri bayangan pilihanraya umum tidak akan diadakan dalam musim Haji.

Ini menurut pandangan mereka bukan kerana desakan PAS atau pembangkang tetapi lebih kepada 'pertimbangan selaras dengan kehendak Islam' yang beliau kata itu.

Malah sebelum ini pun tidak ramai yang rasa Najib akan adakan pilihanraya pada musim Haji.

Bagi mereka dari sudut politik sendiri tidak mungkin Perdana Menteri nak 'cari pasal' buat pada waktu musim Haji yang boleh kurangkan markah BN.

Sebaliknya ada waktu-waktu lain yang beliau boleh pilih dari sekarang sehingga bulan April tahun depan bila Parlimen tamat tempoh.

PAS mungkin tahu hal ini dan sengaja hebohkan dalam perang saraf politiknya.

Paling tidak akan mendakwa Najib tunduk pada tuntutan mereka bila pilihanraya tidak diadakan pada musim Haji.

Sedangkan hakikatnya tiada siapa yang ada kata pilihanraya pasti akan diadakan pada musim Haji. - AgendaDaily


PengundiBaharu: Najib tanya yang mana satu tinggi (lebih utama) disisi Allah, disisi Islam? Fardu Ain (Haji) atau Fardu Kifayah (Mengundi)?

"NAJIB TERDESAK, BANTUAN TEKSI 1MALAYSIA RASUAH" - NIZAR JAMALUDDIN



PengundiBaharu: Rasuah kepala otak engkau!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...