Wednesday, October 1, 2014

HARGA MINYAK NAIK, HARAKAH FITNAH MAHATHIR...!



Bagai menanguk di air yang keruh, 

HarakahDaily telah siarkan berita fitnah dengan mendakwa Tun Mahathir menegur kerajaan melalui akaun Twitter...




Tun Mahathir tiada akaun Twitter

"Pegawai kepada Tun Mahathir, Sufi Yussuf menyatakan 
Tun Mahathir tiada sebarang akaun Twitter."





Tuesday, September 9, 2014

Sunday, August 17, 2014

MESYUARAT MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT BERLANGSUNG TANPA HADI AWANG #KRISISSELANGOR





Petaling Jaya – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang sedang berlangsung pada ketika ini.

PAS dikatakan hanya menghantar Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bagi mewakilkan Presiden dan ahli-ahli parti yang dilantik menyertai Majlis Pimpinan PR.

Ahli Majlis Pimpinan PR terdiri daripada ketua ketiga-tiga parti yang turut dianggotai oleh wakil dari setiap parti gabungan.

Menurut sumber Hadi enggan menghadiri mesyuarat tersebut kerana tidak bersetuju dengan keputusan untuk mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor bagi mengantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Walaupun PAS secara dasarnya bersetuju untuk memberikan dua nama sebagai calon MB Selangor, namun keputusan tersebut jelas tidak begitu disenanggi oleh kumpulan ulama yang sebelum ini menolak pencalonan Azizah.

“Contoh mudah, apabila Presiden enggan memberikan sebarang kenyataan akhbar sejurus selepas mesyuarat PAS pusat yang diadakan tadi, dan menyerahkan tugas tersebut kepada Mat Sabu selaku Timbalan Presiden” ujar sumber tersebut.

Menurut sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu, mesyuarat PAS pusat yang berlangsung sebentar tadi itu juga kecoh apabila beberapa kumpulan pro-Anwar yang dikatakan bertegas mahu nama Wan Azizah dikekalkan sebagai calon.

Sebelum ini, melalui Majlis Syura Pas memilih untuk mengekalkan Abdul Khalid.

Abdul Hadi dalam satu kenyataan sebelum ini turut menyokong keputusan Majlis Syura PAS itu selari dengan pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengekalkan Khalid.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...