Saturday, October 29, 2011

AUDIT NEGARA: TPM SELAR EX-TPM!


Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang diumumkan baru-baru ini adalah gambaran kegagalan program transformasi yang dilaksanakan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, sebagai pemimpin yang pernah menerajui agensi serta kementerian ketika berada dalam kerajaan, Anwar sepatutnya mengetahui matlamat laporan tersebut dibuat.

Malah katanya, laporan itu bukan sahaja menyentuh agensi, kementerian atau kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN), tetapi turut merangkumi teguran-teguran ke atas pentadbiran negeri yang dikuasai pakatan pembangkang.

''Laporan mencakupi semua kementerian, agensi dan kerajaan negeri, tidak terkecuali negeri di bawah pembangkang kerana ada juga perkara-perkara yang mereka perlu jawab.

''Saya tidak fikir Ketua Pembangkang yang pernah berada dalam kerajaan dan menerajui kementerian tidak tahu perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program School Times di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sepuloh, Lekir di sini, hari ini.

Muhyddin diminta mengulas kenyataan Anwar dalam laporan portal Malaysiakini.comsemalam yang memetik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai berkata, perkara yang didedahkan dalam laporan tersebut membuktikan kegagalan program transformasi kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu memahami bahawa laporan tersebut amat penting dalam usaha kerajaan untuk memastikan setiap masalah atau kelemahan yang timbul di peringkat pelaksanaan belanjawan negara dapat diatasi dari semasa ke semasa.

''Kerajaan faham laporan audit ini penting kerana kita mahu supaya prinsip-prinsip seperti ketelusan dan akauntabiliti dijadikan sebagai asas paling penting dalam kita menguruskan belanjawan negara," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mahu semua pihak yang berkenaan mengambil serius segala teguran yang terkandung dalam laporan tersebut dengan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah yang timbul.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sekiranya terdapat bukti berlaku elemen penyalahgunaan kuasa dalam perkara yang dibangkitkan melalui laporan itu, tindakan disiplin juga boleh diambil.

''Tetapi yang penting bagaimana teguran itu dijadikan panduan untuk tentukan supaya belanjawan negara melalui kementerian atau agensi terbabit dimanfaatkan sebaik mungkin untuk rakyat jelata," ujarnya. sumber SINI

Hutang negara turun zaman Anwar, naik era Najib - KeldaianDaily



Pembangkang timbulkan isu Kerajaan BN banyak hutang dan negara boleh bankrupt. Kononnya setiap rakyat Malaysia, termasuk budak baru lahir, sudah tanggung hutang yang besar.

RINGKASAN

1. Kerajaan Malaysia (BN) berhutang kerana hendak membangunkan negara bagi faedah rakyat; bukan untuk joli. Hutang Kerajan Persekutuan kecil sahaja (7.7%) dari jumlah hutang atau 2% daripada KDNK. Hutang yang besar ialah oleh sektor swasta. Kerajaan mampu bayar – pada kadar 2 sen daripada setiap RM10 dari hasil eksport (0.2%).

2. Defisit Fiskal (Perbelanjaan melebihi hasil) – % KDNK (GDP)

Malaysia 5.6% (Terendah)
UK 12.8%
Greek 12.0%
Ireland 11.7%
Sepanyol 9.3%
Portugal 7.3%.

3. Hutang Negara – % KDNK (GDP)
Malaysia 34% (Terendah)
Sepanyol 60%
Portugal 82%
USA 90%
Singapura 98%
UK 158%
Greek 160%
Jepun 200%

4. HUTANG PER KAPITA
Malaysia RM7,918
(US$2,514)/seorang - Terendah
USA US$31,000/seorang
Belanda,
Switzerland dan
US$25,000/seorang
Luxemburg, Sweden
dan Kanada
US$17,000/seorang
Australia US$11,400/seorang

5. Untuk memakmurkan rakyat, termasuk mengurangkan hutang negara, YAB PM DSN komited  untuk melonjakkan Malaysia ke tahap negara berpendapatan tinggi. Kita semua perlulah sokong usaha beliau itu.
ISU – Pembangkang timbulkan isu Kerajaan BN banyak hutang dan negara boleh bankrupt. Kononnya setiap rakyat Malaysia, termasuk budak baru lahir, sudah tanggung hutang yang besar.
PENJELASAN

1. Hutang Negara terbahagi kepada 3 komponen:

2009 (Bilion) 2010 (Bilion)
1.1 Hutang Sektor Awam: RM   13.8 (16.2%) RM   17.1 (20.0%)
a) Hutang Kerajaan Pusat RM   71.6 (83.8%) RM   68.3 (80.0%)
b) PABK* RM   85.4 RM   85.4
1.2 Sektor Swasta RM   70.0 RM   64.2
1.3 Hutang Jangka Pendek RM   77.8 RM   72.1
Jumlah RM 233.1 RM 221.7
• Perusahaan Awam Bukan Kerajaan (seperti TNB dan Telekom)
2. Hutang-hutang di atas dibayar oleh pihak-pihak yang berkenaan; bukanlah dibayar oleh rakyat (seperti kita bayar hutang kereta, hutang rumah dan sebagainya) sekalipun pihak-pihak tersebut tak mampu membayarnya. Rakyat bukan penjamin.
3. Hutang Kerajaan Pusat (HKP) yang sebenar adalah KECIL sahaja iaitu hanyalah RM17.1 Bilion (2010) atau 17.1% daripada hutang Sektor Awam atau 7.7% daripada keseluruhan Hutang Negara ataupun hanyalah 2% daripada KDNK.
4. HKP – Dari segi Nisbah Khidmat Hutang Luar Negeri (bayaran balik hutang), hanyalah 1.2% (2009) dan turun kepada 0.2% pada tahun 2010; jauh di bawah threshold 20%. Maksudnya, dari segi konsep berhemah, as a rule of thumb, jika kita berhutang, bayaran balik seelok-eloknya janganlah melebihi RM20 sebulan kalau pendapatan kita adalah sebanyak RM100 sebulan.
5. HKP adalah bagi tujuan pembangunan / pelaburan seperti membina jalan, hospital, sekolah dan seumpamanya yang akan mendatangkan faedah kepada rakyat. Bermkna bukan bagi tujuan operasi / consumption seperti bayar gaji dan elaun yang tak ada pulangan. Rakyat tentulah mahukan jalan, hospital, sekolah, bekalan air dan api. Pembangkang tak mahu?
6. Kerajaan Pusat amat berhemah dalam membelanjakan wang rakyat – sentiasa ada lebihan dalam akaun semasanya (2009 = RM1.2 bilion; 2010 = RM10.0 bilion). Maksudnya hasil kerajaan (2010 – RM162.1 bilion) melebihi perbelanjaan mengurus (2010 – RM152.1 bilion) seperti gaji, elaun, pencen, api dan air.
7. Jika dicampurkan dengan perbelanjaan pembangunan, kedudukan kewangan/fiskal Kerajaan Pusat terhutang (defisit) sebanyak RM47.4 bilion (2009). YAB PM berjaya menurunkannya kepada RM43.3 bilion pada tahun 2010.
8. Dari segi ukuran standard dunia (IMF, World Bank), defisit fiskal Malaysia hanyalah 7% daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau GDP (2009) dan turun kepada 5.6% (2010); diunjurkan akan turun lagi kepada 5.4% (2011). Lebih rendah daripada UK (12.8%), Greek (12%), Ireland (11.7%), Sepanyol (9.3%) dan Portugal (7.3%).
9. Dari segi hutang negara, ukuran standard yang digunapakai adalah berapa % hutang itu dari KDNK. Hutang Negara Malaysia adalah lebih rendah (34%) berbanding Sepanyol (60%), Portugal (82%), USA (90%), Singapura (98%), UK (158%), Greek (160%) dan Jepun (200%).
10. Hutang Negara Malaysia, jika dipuratakan setiap seorang = RM7,918 (US$2,514); jauh lebih rendah dari USA (US$31,000/seorang), Belanda, Switzerland dan Denmark (US$25,000/seorang); Luxemburg, Sweden dan Kanada (US$17,000/seorang) dan Australia (US$11,400).
11. Untuk memakmurkan lagi rakyat dan negara, termasuklah mengurangkan hutang negara, YAB PM DSN komited untuk melonjakkan Malaysia ke tahap negara berpendapatan tinggi. Melalui pendapatan yang tinggi ini, nilai KDNK akan melompat dan hasil cukai (pendapatan Kerajaan Pusat) akan bertambah. Maka hutang negara dapat dikurangkan lagi. Justeru kita semua perlulah menyokong usaha DSN itu bagi kebaikan kita juga.

Friday, October 28, 2011

PAKATAN RAKYAT MESRA MEDIA


TAK PERCAYA?
TENGOK YOUTUBE BAWAH NI...

GEMPAR!: ANWAR MARAH PENCACAI PAKATAN HARAM!

ANWAR ALJUBURI TENGAH PENING...! SEBAB DIA BANYAK KALI DIKANTOIKAN DENGAN BEGITU TERUK! JAM OMEGA? MOKHTAR? CAN I FU** U TODAY? SUMPAH? CHINADOLL!? KANTOI DALAM PARLIMEN? BLA BLA BLA...


ITU PASAL DIA MARAH KAT PENCACAI-PENCCAI PAKATAN YANG LEMBAB BUAT KERJA KAT DALAM BLOG, FACEBOOK DAN TWEETER.

CARA CAKAP PUN DAH MACAM HITLER TENGAH MARAH!!!





AYUH BLOGGER MESRA KERAJAAN, KITA LIPAT GANDAKAN USAHA MENYAHKAN SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA BERNAMA ANWAR IBRAHIM NI!

Slogan 'SELANGORKU' bukan kosong...


Tengok kebijaksanaan
Khalid Gagap dalam YouTube ni!

 

BODOH!

Thursday, October 27, 2011

PERKASA: Calon Anti-Melayu Anti-Islam akan diNyahkan.




Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali memberi amaran bahawa anggota pertubuhan itu tidak akan memberi sokongan kepada wakil rakyat tertentu yang dianggap sering membuat kenyataan mengguris perasaan golongan Melayu.
Katanya, Perkasa boleh berbuat demikian dengan mudah melalui kiriman SMS kepada ahlinya yang memberi arahan untuk tidak mengundi calon tertentu.
Ditanya, beliau berkata wakil rakyat yang diperhatikan itu bukan sahaja dari kalangan Pakatan Rakyat.
“Jadi pihak yang mahu sokongan Perkasa itu hendaklah dapat mendekati kita,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama di perhimpunan agung pertubuhan itu di Setiawangsa hari ini.
Ibrahim juga yakin Perkasa akan berjaya menjadi kuasa penentu dalam pilihan raya akan datang apabila keanggotaan pertubuhan itu dijangka mencecah 500,000 orang.
“Nanti lepas pilihan raya baru dia tahu, bila kalah 600 undi sebab orang Perkasa tidak undi.
Bagaimanapun, Perkasa sendiri tidak akan meletakkan calon untuk bertanding, malah pertubuhan itu juga tidak akan menjadi parti politik, katanya lagi.

Wednesday, October 26, 2011

MAHASISWA, TOLONG JANGAN JADI BODOH!


TENGOK VIDEO BAWAH INI:



Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Islam MELARANG umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.


2. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur TASYABBUH dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.

Keterangan/Hujah:

1. Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia. Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.

2. Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)

3. Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud:

“Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja’far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa’ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa’ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda “Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penglibatan-orang-islam-dalam-aktiviti-candlelight-vigil

KILANG FITNAH PAS 24JAM KANTOI!



cyberterompah pas gagal lagi nak buat psywar.

isu tangkapan khalwat dijadikan bahan artikel dan rujukan mutakhir. kata mereka khalwat itu hasil didikan umno dan barisan nasional.

punyalah bangang !

punyalah teruja nak buat psywar sampai tak sedar diri sendiri terkantoi .

isu pasangan ditangkap khalwat yang mengaku 'adik beradik' dijadikan bahan jajaan.

kata mereka inilah tanda kerosakan moral generasi muda di bawah pimpinan umno dan barisan nasional.

BETUL KE ?
KE BETUL ?
BETUL KE ?
KE BETUL ?

kerana tak sabor nak dedahkan kepincangan moral ini, rupa-rupanya tanpa mereka sedari kejadian tangkapan khalwat 'adik beradik' tu rupanya berlaku di petaling jaya, selangor negeri di bawah pemerintahan pakatan..

alahai
cyberterompah pas kantoi lagi.

aduyai macamana pas sebuah parti nak lawan blogers pro umno nih ? KANTOI KANTOI...

GerakanAntiPKR

ZUHUD: HADITH RASULULLAH SAW...

ZUHUD???











Rasulullah SAW bersabda: "Akan timbul diakhir zaman, orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama, mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat dari kulit kambing, berpura-pura zuhud dari dunia untuk mendapat simpati org ramai, dan percakapan mrk lebih manis daripada gula padahal hati mereka adalah hati serigala."

AIR PERCUMA SELANGOR



Tuesday, October 25, 2011

LAGI KEJAYAAN KHALID DAN PKR DI SELANGOR...



KUALA LUMPUR: Pengurusan Syarikat Kerajaan negeri Selangor iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) kurang memuaskan apabila mengalami kerugian sebelum cukai bagi 2009 sebanyak RM122.25 juta berbanding keuntungan sebelum cukai yang diperoleh 2008 iaitu RM34.45 juta.


Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2010 hasil daripada pengauditan yang dijalankan terhadap KDEB antara bulan Ogos hingga Disember tahun lalu mendapati secara keseluruhannya pengurusan syarikat KDEB adalah tidak memuaskan.

KDEB adalah syarikat milik penuh kerajaan negeri Selangor yang ditubuhkan 3 Ogos 1985 di bawah Akta Syarikat 1965 beroperasi dengan modal yang dibenarkan berjumlah RM300 juta dan modal berbayar berjumlah RM262.40 juta.

“Pada tahun 2009, pengurusan aktiviti utama KDEB dan prestasi kewangan syarikat subsidiari KDEB juga juga tidak memuaskan di mana terdapat kerugian selepas cukai berjumlah antara RM1.08 juta hingga RM139.23 juta.

“Terdapat juga beberapa kelemahan tadbir urus korporat seperti mesyuarat lembaga pengarah tindak mengikuti kekerapan, audit dalaman tidak ditubuhkan dan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan tidak berfungsi,” katanya.

Selain itu berdasarkan laporan audit juga mendapati KDEB tidak membayar dividen kepada kerajaan negeri Selangor serta pembayaran bonus tidak mengikut peraturan ditetapkan.

Bagi memastikan pengurusan kewangan, operasi dan tadbir urus korporat dipertingkatkan, KDEB disyorkan mematuhi dan melaksanakan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9, 10, 11 dan 12 tahun 1993.

Bukan itu saja KDEB juga disarankan supaya meluluskan Prosedur Kerja dan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan diguna pakai sebagai panduan dalam menjalankan urusan kewangan.

Syarikat milik kerajaan negeri melalui Pemerbadanan Menteri Besar Selangor itu berperanan sebagai sebuah syarikat pelaburan dan bagi memenuhi keperluan masyarakat KDEB menekankan kepada pelaburan terancang dan berstruktur.

“Keahlian Lembaga Pengarah pada Mac 2008 terdiri daripada empat orang ahli iaitu, Menteri Besar Selangor, Presiden KDEB, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Pegawai Kewangan Negeri,” katanya.

Saturday, October 22, 2011

HIMPUN: TAHNIAH DAN SYABAS PADA MEREKA YANG HADIR.



HIMPUN PATUT DITERUSKAN, JANGAN TERHENTI DISINI!

KEJAYAAN KERAJAAN PKR SELANGOR



KUALA LUMPUR 21 Okt – Kerajaan Selangor tidak harus mendiamkan diri berhubung dakwaan salah tadbir geran wang kerajaan negeri sebanyak RM 55 juta kerana ia adalah milik rakyat yang seharusanya digunakan untuk tujuan penyelengaraan jalan dan kemudahan infrastuktur.

Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamad berkata, sehingga kini Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan anggota exconya enggan menjawab terhadap yang dibuat olehnya baru-baru ini.

“Saya hairan sehingga kini, kerajaan negeri termasuk Menteri Besarnya masih mendiamkan diri mengenai perkara itu, wang berkenaan adalah milik rakyat dan tidak seharusnya digunakan untuk tujuan lain.

“Wang berkenaan adalah peruntukkan dari Kerajaan Pusat untuk kemudahan insfrastruktur di Selangor, tetapi apa yang saya diberitahu wang berkenaan telah disalurkan ke tempat lain,” katanya.

Minggu lalu, Zin mendedahkan berhubung salah tadbir kerajaan negeri terhadap peruntukkan sebanyak RM55 daripada RM183 juta yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat untuk kemudahan infrastruktur.

Pengagihan peruntukkan itu adalah untuk kegunaan Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan Selangor dan pihak berkuasa tempatan, selepas dihitung perbelanjaannya, masih ada RM55 juta yang masih tidak digunakan dan ada laporan yang mengatakan wang berkenaan dimasukkan dalam tabung amanah kerajaan negeri.

“Jika benar apa yang didakwa itu tidak benar, Menteri Besar harus menafikan perkara itu, tetapi sehingga kini tiada sebarang maklumat yang diterima mengenai perkara itu, apa yang terjadi.

“Peruntukkan itu dari Kerajaan Pusat untuk rakyat yang disalurkan melalui agensi terbabit, wang berkenanan adalah duit rakyat. Peruntukkan yang diberi itu adalah tanggunjawab Kerajaan Pusat kepada rakyat walaupun Selangor diperintah pembangkang.

“Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai rakyat Selangor untuk mengetahui apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, jika perkara itu berlaku kepada Kerajaan Pusat sudah pasti pembangkang akan menjadikan modal politiknya dan memperbesar-besarkan cerita itu untuk menimbulkan perasaan benci kepada Barisan Nasional.

Friday, October 21, 2011

HUDUD PAS





Kadang-kadang susah nak percaya, tapi itulah kenyataanya! Sama jugalah apabila PAS mengkafirkan UMNO semata-mata berkawan dengan MIC & MCA, tetapi apabila mereka berkawan dengan DAP & PKR ianya menjadi halal pula!

Dalam warta kerajaan Kelantan menyatakan : Perkara ( 16 )

Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan diantara seorang lelaki dengan seorang lelaki lain atau diantara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan diluar tabii iaitu melalui dubur.

Jika dilihat di Terengganu pun menggunakan hukum-hakam yang sama ketika PAS memerintah di sana dahulu selama sepenggal.

Ikut pemahaman penulis SELAIN isteri tak boleh diliwat, maka isteri bolehlah diliwat..? MasyaAllah, kenapa kemaruk sangat penganut-penganut PAS ini? Seolah-olah bila tiada rotan akar pun berguna!

Penulis malas nak komen banyak-banyak. Diharap pembaca semua dapat menilai apa tersurat dan tersirat si sebalik hukum-hakam PAS ini. Allhualam. - Penang Wasabi

KEJAYAAN PAS KELANTAN



Thursday, October 20, 2011

DAP dalam kerisauan, 5 kerusi DUN bakal hilang di Penang



Goergetown - Berdasarkan kajian akademik dan politik yang dijalankan di Pulau Pinang, DAP bakal hilang 5 kerusi DUN yang kini dalam gengaman mereka. Antara DUN yang bakal hilang ialah DUN Machang Bubuk, DUN Bagan Dalam, DUN Seri Delima, DUN Bukit Tengah dan DUN Kampung Kolam. Kenyataan ini berdasarkan kepada prestasi ADUN-ADUN mereka yang amat rendah dan ditolak oleh rakyat.

ADUN Seri Delima, RSN Rayer contohnya ditolak oleh kaum India kerana tidak membela nasib orang India sehingga Kampung Buah Pala diratah oleh kerajaan negeri walaupun dijanjikan kampung tersebut akan terbela bila Pakatan Rakyat memerintah.

Lagi teruk ialah dakwaan bahawa, bapa kepada RSN Rayer telah mengarahkan supaya bekas tapak kaki penduduk-penduduk dari Kampung Buah Pala disamak dengan susu lembu kerana menganggap kasta penduduk Kg. Buah Pala paling rendah. Peristiwa ini berlaku apabila penduduk Kg Buah Pala datang ke rumah Rayer untuk memohon bantuan menyelesaikan masalah kampung mereka.

Akibat risau dengan prestasi ADUN DAP yang pemalas sehingga rakyat marah, DAP terpaksa membuat permukiman di Pulau Jerjak bagi mencari jalan penyelesaian akan permasalahan ini.

Permukiman tersebut dibuat atas nama Mesyuarat JKKK Kampung Sireh, tetapi menjadi mesyuarat DAP mensekolahkan semua ADUN mereka. - Penang Hari Ini

Tuesday, October 18, 2011

Himpun: PAS tidak terlibat - Harakah

KUALA LUMPUR, 18 Okt: PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22 Oktober 2011 ini.

"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu, sebentar tadi.


Berikut kenyataan penuh beliau.

PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.

(HIMPUN tak mahu, BERSIH mahu)

PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

(BERSIH2.0 bukan alat Pakatan untuk meraih kepentingan politik dan Pilihanraya akan datang)

Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah. PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS


Berita Lain:

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyeru umat Islam supaya hadir pada Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor pada 22 Oktober ini.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, usaha murni tersebut perlu disokong terutama di kalangan golongan muda beragama Islam negara ini.

“DPPM merakamkan setinggi – tinggi tahniah kepada Sekretariat HIMPUN di atas penganjuran perhimpunan tersebut.

“Saya mengharapkan usaha murni ini disokong oleh seluruh umat Islam dan menyeru umat Islam hadir beramai-ramai khasnya anak-anak muda,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Nasrudin seterusnya berkata, beliau membuat kenyataan ini selepas mendapat komitmen daripada Sekretariat HIMPUN bahawa objektif HIMPUN untuk memotivasi ummah agar bangkit mempertahan dan memperjuangkan aqidah ummah.

Menurutnya, HIMPUN juga bertujuan menghimpun dan menyatukan umat Islam khasnya di atas isu aqidah dan sebagai satu pernyataan sikap dan deklarasi ummah yang sedia berjuang.

Tambahnya, HIMPUN adalah himpunan awam yang bakal menyatukan pelbagai lapisan umat Islam ke arah memperjuangkan Islam serta mempertahankan aqidah ummah.

“Insyaallah saya dan rakan-rakan DPPM mengambil sikap yang sama terhadap HIMPUN pada 22 Oktober kelak.

“Semoga himpunan tersebut berjaya mencapai matlamat dan menepati objektif yang digariskan bersama berkat dan rahmat Allah,” katanya.


SEBAB APA PAS PUSAT TAK MAHU SERTAI HIMPUN...? 



Saturday, October 15, 2011

UMNO lebih utamakan artis...

Kecoh Awie dan beberapa artis Malaysia lain join UMNO...




Hakikatnya, PAS hari ini kian terdesak....

Pelbagai pendekatan digunakan utk meraih undi terutama daripada bangsa Melayu sendiri. Dengan bermodalkan program dan aktiviti bersama rakyat serta dihebahkan secara meluas secara tidak langsung membuka mata banyak pihak berkenaan program yg dijalankan.

Pendekatan yg lebih rapat kepada rakyat adalah dengan membawa artis-artis jemputan utk memeriahkan program mereka. Inilah yg terjadi kpd Zahid AF2 dan juga Amy Search.

Zahid AF

Amy Search

Penglibatan artis-artis di atas tidak diketahui samada atas dasar dibayar ataupun sukarela (suka dgn PAS lah) bersama. Tetapi jika diikutkan Zahid tidak pernah umum utk berjinak dgn mana-mana parti politik. Tp sy percaya, Zahid menerima bayaran utk memeriahkan majlis, hehe. Dia dah tak kuar album baru lagi.

Bagi Amy Search, beliau mungkin berminat utk mengenali lebih mendalam Nik Ajis. Arr itu tidak bermakna dia bersungguh join PAS. Tapi kalo dia nak join PAS, takda masalah. Sy skit pun tak kecik hati haha (donlot dari intenet je la lagu baru Amy nanti)

Berlainan dengan artis-artis di bawah ni, yg mana boleh diklasifikasikan sebagai CONFIRM org PAS. Spt Bob Lokman, Leman Raja Lawak dan Akhil Hayy.

Akhil Hayy

Akhil Hayy ni pun dah nampak spt terumbang ambing di dalam PAS. Mungkin dia sbg seorang penceramah freelancer di dalam PAS dan akan digunakan semasa musim-musim kemarau PAS dan musim pilihanraya akan datang.

Tp apa yg sy lihat, pastinya suatu hari nanti Akhil Hayy akan meninggalkan PAS. Percayalah..

Leman Raja Lawak

Si Leman Raja Lawak ni tak tau apa nak cakaplah. Tp mungkin akan dijadikan sbg penceramah di peringkat kampung-kampung utk memujuk dan menipu org ramai dgn lawak serta kelakarnya yg tak berapa nak jadi mcm Amir Raja Lawak tu.

Setakat area Kedah tu boleh cover la kot. Paling jauh pun sampai Padang Besar, Perlis lah.

Bob Lokman

Bob Lokman adalah di antara penceramah 'pisang panas' PAS. Akan digunakan seboleh mungkin sehingga si Bob ni kurus mcm Tok Guru Nik Ajis. Selepas tu Bob akan diangkat menjadi Mursyidul Am PAS II. Mungkin juga bakal calon pilihanraya akan datang.

Menyalahkan sistem negara ye yg menyebabkan ko terjebak dalam syahwat dunia hahaha.

Pak Jabit

Penglibatan Pak Jabit ni mmg sudah diketahui ramai. Kalo tgk film Hantu Kak Limah tu, mendengar skripnya pun kita tau dia mmg pembangkang walaupun itu hanya lakonan semata-mata. Tapi lantak lah, yg sy tau dia ni org PAS (Sebenarnya Pak Jabit orang kuat PKR) dan bakal mendapat title Ustaz suatu hari nanti.

Renggo


Ini artis bernama Renggo daripada kumpulan Arrow. Menurut info, ketika itu Renggo melakukan kejutan dgn menyertai PAS dan menyerahkan borang keahlian kpd PAS. Bagus-bagus. Ramai dah artis dalam PAS. Popular gak PAS ni.

Cico dan Bob Lokman


Gambar ini diterima, dikatakan sebelah Bob itu merupakan Cico - pelakon yg badan sasa tu pun turut menyertai PAS. Orang kata dia masuk PAS tapi tak sure lah kesahihannya. Kita tgk lah nanti. Mungkin mamat ni pun dah malas nk cite pasal dunia hiburan kot. Insafff~

Azmil

Ustaz Azmil Mustapha atau dikenali sebagai Ali Setan yg didakwa kononnya dia tidak menyebelahi mana-mana parti politik di Malaysia ini dalam menyampaikan dakwahnya. Tetapi percaturan beliau silap. Jika tidak menyebelahi parti politik masakan tidak perasan bendera PAS yg terletak di hadapan rostrum dan bendera yg berkibar di atas bumbung tu.

Level dia skg ni menyamai Al Fadhil Ustaz Bob Lokman. Kemungkinan besar boleh menjadi Penerangan PAS Pusat.

Wardina

Mengenai Wardina pula, dia ni merupakan seorang yg agak kompius dgn dirinya serta tingkah laku diri sendiri. Mungkin setelah melakukan sesuatu, dia baru perasan dan menyedari perkara itu salah ataupun tidak.

Malas nak ulas lebih-lebih, kang nak menyaman je kejenya hehe.

Yassin

Ini pula Yassin, bekas penyanyi kumpulan Brother's. Tak dapat dipastikan samada dia pun turut terjerumus dalam kancah politik busuk pembangkang ataupun tidak. Nasib lah, sy tak berapa kisah sangat pasal dorg ni semua.

Tapi apa yg pasti, kita bukan mengejar berapa banyak kuantiti artis yg berjaya dihasilkan dan dikumpulkan di dalam parti. Saya teruja ingin mengetahui apakah sebab musabab penghijrahan artis-artis ini? Adakah disebabkan rasa ingin kembali popular ataupun sekadar meletakkan diri setanding para 'ustaz' PAS?

Teringat dahulu, PAS sungguh membenci hiburan tanah air kerana semuanya disifatkan sbg maksiat dunia. Tetapi hari ini, anda pikirlah sendiri. Apa yg pasti jumlah artis tidak menjamin kemenangan kpd sesebuah parti tetapi apa yg penting adalah pelan jangka panjang sesebuah parti tersebut adakah ia menguntungkan rakyat ataupun sebaliknya.

Kepada artis-artis PAS, berjuanglah bersungguh-sunggu agar tidak tersesat ataupun terjerumus ke dalam kancah dosa yg bakal menjahanamkan masa dpn anda di akhirat nanti.

Tidak berguna segala amalan serta dakwah yg disampaikan disulami dengan perasaan penuh benci dan dendam kepada org lain dek kerana ketelanjuran yg dilakukan dahulu disebabkan kelalaian diri sendiri. Harus diingat, segala yg berlaku telah mengikut ketetapan Allah. Jgn salahkan segala sistem di negara ini yg menyebabkan anak-anak menjadi gila. - Rezqeen Hill

Thursday, October 13, 2011

MESTI TENGOK!: WAN AZIZAH MEMANG ISTERI YANG BAIK, TETAPI...


WAN AZIZAH PAKAI GLOVE, TAKUT NAK SENTUH DENGAN BUKAN MUHRIM.

TETAPI SUAMINYA...???

RELEKS JE (SALAM DENGAN PEREMPUAN NI, BUKAN CHINADOLL TAU).


CUBA BAYANGKAN KALAU DALAM GAMBAR INI BUKAN BRO ANWAR BIN IBRAHIM ATAU SIKATANNNYA ADALAH B.A.B.I, TETAPI PEMIMPIN BARISAN NASIONAL...

AGAK-AGAKNYA APA PENCACAI PAKATAN AKAN CAKAP?!

Wednesday, October 12, 2011

Himpunan Sejuta Umat


Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini?

Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.

Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.

Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

DALAM NEGARA BN VS PR, DI LUAR INDONESIA CARI FASAL LAGI!



LAPORAN DEMONSTRASI DI LUAR KEDUTAAN BESAR MALAYSIA JAKARTA ATAS ISU PERSEMPADANAN NEGARA

Education Malaysia Indonesia ingin memaklumkan bahawa pada 12 Oktober 2011 bermula jam 1300 hrs (WIB) telah berlaku demonstrasi besar-besaran di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta. Demonstrasi ini dipercayai disebabkan oleh isu pertindihan pemilikan tanah di sempadan Malaysia-Indonesia di Sarawak. Isu ini mula mendapat liputan besar-besaran di media massa Indonesia sejak minggu lalu dan mula memuncak pada hari ini.

Pelajar-pelajar Malaysia di seluruh Indonesia telah diingatkan untuk sentiasa berwaspada ketika berada di luar rumah bagi mengelakkan mereka terheret sama dalam kancah pertikaian isu ini. Terdapat aduan daripada pelajar yang sedang menjalankan ko-asisten (praktikal) di Hospital diprovokasi oleh para doktor dan jururawat. Manakala, aduan juga diterima dimana pelajar diprovokasi oleh pensyarah dan teman kuliah Indonesia.

Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini, EM Indonesia telah meminta semua pelajar Malaysia supaya tidak menjawab atau memberi sebarang respon kepada rakyat Indonesia yang cuba membuat provokasi kepada mereka. Mereka juga diminta berada dalam kumpulan jika berada di luar rumah, mengelak dikenali melalui identiti berpakaian ketika menghadiri kuliah atau berada di luar rumah dan perlu berada di rumah sebelum menjelang tengah malam.

Selaras dengan keadaan ini, EM Indonesia telah meminta semua mahasiswa Malaysia di Indonesia mengaktifkan SOP bagi menghadapi situasi ini dan pemantauan 24 jam dibuat oleh EM Indonesia dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Sekian dimaklumkan terima kasih.

Dipetik dari Blog Taiping Mali

Blogger Pakatan Haram Biadap hina Sultan lagi!


Bangsat dan kurang ajar. Itulah perkataan yang boleh diberikan kepada blogger perempuan yang dikenali sebagai AmenoWorld. Cubaan beliau untuk menghina dan memburukkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, terserlah apabila menyiarkan posting di dalam Facebook, berunsur sindiran ke atas titah Tuanku Sultan mengenai isu gereja DUMC. Sebelum ini barua Pakatan Haram, Prof Kangkung Aziz Bari, yang disebut-sebut sebagai calon Pakatan Haram di dalam PRU13, pernah mempertikaikan keputusan DYMM Sultan Selangor mengenai isu yang sama.

Apa yang tidak kena dengan gambar berkenaan. Apakah Tuanku Sultan harus menolak pelawaan Rakyat jelata dan tetamu asing untuk bergambar hanya kerana mereka berpakaian seksi. Perlaksanaan undang-undang Negara semakin hari semakin menipis, senipis kulit bawang. Semua pihak bebas menghina dan mengkritik Tuanku Sultan, yang menjadi teras Raja berpelembagaan, di dalam negara Malaysia yang berdaulat. - Cucu Tok Selampit

Mari kita lupakan kisah Kampung Buah Pala...


Malam tadi Anwar dah menghasut orang Kampung Baru agar mendengar kata sumbangnya, diadakan pertemuan dengan orang Kampung Baru nak menyelesaikan masalah mereka kononnya tetapi yang dibincangkan adalah hal lain pula.

Disebut mengenai Budget 2012 yang telah dibentangkan oleh PM Najib Tun Razak pula, bukanlah ingin berbincang hal menyelesaikan masalah Kampung Baru. Beri ceramah menghasut orang Kampung Baru dengan budget pembayang pembangkang yang tak masuk akal.

Orang Kampung Baru sebenarnya dah gembira akan mendapat pampasan yang akan diberikan kerajaan, lebih-lebih lagi penghapusan yuran sekolah oleh Budget 2012 kerajaan disambut baik oleh sekelian rakyat Malaysia.

Anwar cuba jadikan Kampung Baru seperti Kampung Buah Pala yang dahulu dibohonginya hidup-hidup, akhirnya masyarakat India terpedaya dengan dakyah Anwar yang penuh dengan tipudaya. Mereka semuanya akhirnya teraniaya kerana rumah mereka dipecahkan juga oleh gerombolan anwar iaitu DAP yang sememangnya rakus menyebelahi kroninya untuk mendapatkan untung wang ringgit daripada membela nasib orang Kampung Buah Pala.

Anwar janji lain tetapi lain yang jadi. Jika dahulu ditipunya kaum berbangsa India, tetapi kali ni Anwar cuba membohongi pula bangsanya sendiri. Kita pasti tahu apa kesudahan akhirnya jikalau orang Kampung Baru mengikut kehendak Anwar yang penuh dengan tipu muslihat.



Anwar sedar ramai yang telah mula meninggalkannya, oleh kerana sebab itulah orang Kampung Baru pula hendak dihasut untuk diporak-perandakan pula. Kedatangan Anwar ke Kampung Baru bukanlah untuk membincang masalah segelintir orang Kampung Baru, tetapi memberi ceramah pula menghasut penduduk Kampung Baru dengan agenda Budget bayangan yang dicipta Anwar bermodalkan air liurnya yang berbau longkang.

Akhirnya Anwar menghantar Khalid akan datang untuk menguruskan hal permasalahan segelintir orang Kampung Baru, sememangnya orang-orang gerombolan Pakatan haram yang ingin menimbulkan kekecohan agar kerajaan nampak seperti bersalah memajukan Kampung Baru.

Orang Melayu Kampung Baru jangan lah lupa, apa yang telah terjadi pada Kampung Buah Pala..!!!


Anwar telah menipu sekampung perkauman India yang mengharapkan Anwar menyelesaikan masalah Kampung Buah Pala. Setelah mereka menyokong Anwar, habis sekampung dirobohkan juga oleh manusia yang tamak haloba ni.

Anwar sememangnya kaki penipu, cakap lain tetapi oleh kerana rakan sekutunya, Anwar berdiam diri merelakan tanpa membantah membiarkan juga Kampung Buah Pala dirobohkan oleh sekutunya. Walaupun sekampung Buah Pala merayu padanya, Anwar hanya tersenyum kerana telah berjaya memperdayakan orang Kampung Buah Pala.

Orang Kampung Baru haruslah menjadikan perkara ini sebagai satu iktibar dan dijadikan sempadan agar manusia lidah bercabang bernama Anwar ni tak seharusnya didengar dan didekati.

Tuesday, October 11, 2011

EDISI KHAS: WARDINA SAFIYYAH


WardinaSafiyyah kantoi big time! Dafi pun SK lah!


Anak Menteri tak pergi sekolah kerajaan? Dafi Ismail Sabri - SRK Damai dan SMK Sri Hartamas. Semasa saya di Kementerian Pelajaran saya tahu ada nak menteri yang bersekolah di SK Seri Bintang Utara dan SMK Seri Bintang Utara. Najwa Muhyiddin dan adik beradik pun bersekolah di sekolah kerajaan. Cepat sangat menghukum orang lain... Malu, malu....


-------------------------------------------------

Wardina tak payah nak nafi-nafi la yang dia ni penyokong Pembangkang, 'suara' dia sebijik macam Bob Lokman...


NAMEWEE: MINTAK MAAF LAAAAAH....!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...