Friday, February 25, 2011

PRK N27 Merlimau: Penduduk sepakat pilih Barisan Nasional


Jika jumlah bendera yang dipasang oleh parti politik dijadikan ukuran sokongan dalam sesuatu pilihan raya, maka pilihan raya kecil DUN Merlimau akan merupakan satu kemenangan mudah untuk BN.

Wednesday, February 23, 2011

PRK N27 Merlimau: Roslan Ahmad calon Barisan Nasional


JASIN, 23 Feb (Bernama) -- Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Jasin Roslan Ahmad dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau, pada 6 Mac ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan kira-kira 3,000 penyokong BN di Command Centre di Merlimau dekat sini, Rabu.

"Ini diputuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi BN selepas kita menerima cadangan dan proses penyaringan berkali-kali dan kita dapati saudara Roslan adalah calon paling sesuai," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau di sini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden PPP Datuk M Kayveas, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan barisan pimpinan BN lain.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata Roslan, 44, mempunyai rekod pengalaman dan pemimpin yang dikenali di kalangan pengundi DUN Merlimau dan beliau berharap pengundi berpuas hati atas pemilihan beliau sebagai calon.

Allahyarham bapa beliau, Datuk Ahmad Ithnin ialah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, yang setelah persempadanan semula kawasan pilihan raya dinamakan DUN Merlimau.

Muhyiddin berharap jentera BN yang telah bersedia hampir sebulan menghadapi pilihan raya kecil itu akan dapat meningkatkan undi majoriti berbanding pilihan raya umum lepas.

Beliau berkata pemilihan Roslan sebagai calon pilihan raya kecil itu dibuat berdasarkan merit beliau sendiri sungguhpun bapanya pernah menjadi Adun kawasan itu manakala bapa saudaranya pula, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abu Zahar Ithnin juga pernah dipilih sebagai Adun kawasan itu.

"Walaupun dari segi perhubungan dan pertalian itu tidak boleh kita elakkan tetapi yang penting dan dinilai oleh pucuk pimpinan ialah beliau (Roslan) sendiri, berasaskan latar belakang dan potensi beliau itulah yang paling utama," katanya.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada 26 Feb ini. -- BERNAMA

Tuesday, February 22, 2011

PRK N28 Kerdau: Syed Ibrahim Syed Ahmad calon Barisan Nasional



Nama : Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tempat Lahir : Kg Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.
Tarikh Lahir : 18 Januari 1967
Umur : 44 tahun
Alamat : Kg Bukit Seding Dato Sharif, Temerloh, Pahang.
Status : Berkahwin
Nama Isteri : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Bil Anak : Satu Lelaki dan Dua Perempuan


Pendidikan
(i) Sek Ren Keb Kuala Krau, Temerloh
(ii) Sek Men Agama Al_Kahiriah, Temeloh
(iii) Kuliah Sultan abu Bakar, Pekan Pahang
(iv) Universiti Al azhar

Pengalaman Kerjaya
(i) Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir (1993-1996)
(ii) Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. (1997 – 2000)
(iii) Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut. (Nov – Dis 2000)
(iv) Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001 -)

Pengalaman Politik
(i) Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.
(ii) AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang
(iii) AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang
(iv) Ajk Biro Latihan UMNP Pahang.
(v) Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh
-------------------------------------------------------
Biodata Isteri
Nama : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Umur : 45 tahun
Tarikh Lahir : 19-01-1966

Pendidikan
(i) Maahad Muahmmadi, Kota Bharu, Kelantan.
(ii) Ijazah Sarjana Muda (Usulludin.

Pengalaman
Guru Sek Menengah Agama Darul Naim


Thursday, February 10, 2011

PRK N27 Merlimau: InsyaAllah kita menang majoriti lebih besar - Ahmad Maslan


"Saya telah pergi ke semua 7 peti undi dalam DUN Merlimau, adakan perjumpaan dan ceramah ringkas.. Pelancaran jentera Penerangan UMNO telah dibuat minggu lepas..


Menarik sekali kerana sambutan yang menggalakkan dan semangat yang tinggi untuk memenangi PRK ini dengan majoriti yang bertambah.. Pertanyaan saya kepada yang hadir dapat sambutan yang memuaskan.. Boleh BN menang cemerlang..? Boleh jawab mereka.. Boleh sokong siapa juga calon yang diputuskan pucuk pimpinan? Boleh kata mereka.. Setuju bahawa BN sahaja yang mampu membawa perubahan pembangunan di Merlimau? Setuju jawab mereka dengan penuh semangat..


Timbul rasa keyakinan, dengan izin Allah kita boleh menang dengan majoriti bertambah.. Hasil kemenangan PRK Galas, Batu Sapi dan Tenang masih segar dalam ingatan pengundi dan rakyat..



Usaha kerajaan dengan penuh tanggungjawab mengeluarkan pelajar Malaysia di Mesir, pengumuman tentang TERAJU, Unit Peneraju Agenda Bumiputera, harga komoditi getah dan sawit yang melambung tinggi, suasana ekonomi yang semakin rancak, Melaka sudah diumum negeri maju adalah antara isu positif yang menarik semua lapisan pengundi untuk menyokong BN..



Saya juga cadangkan agar UMNO/BN gunakan formula MATJENPECAL untuk menang PRK ini.. Matlamat, Jentera, Perpaduan & Calon.. matlamat menang dengan majoriti bertambah, jentera semua peringkat yang padu, perpaduan dlm Gagasan 1Malaysia yang jitu & calon terbaik yang akan diputuskan oleh pucuk pimpinan.." - Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan UMNO Malaysia.



Monday, February 7, 2011

PRK N27 Merlimau: Barisan Nasional menentang PAS. Apa itu PAS?



PAKATAN PEMBANGKANG PILIH PAS
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat sebulat suara meletakkan calon daripada parti PAS bagi menghadapi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka yang akan diadakan pada 6 Mac depan. - Berita Harian

APA ITU PAS...?

Amanat Hadi Awang suatu masa dahulu, Tetapi hari ini PAS sudah lain.


Undi PAS dapat pahala.


PAS itu Parti Allah. Allah ada parti ke?


Kalau BN lompat masuk pembangkang halal, kalau Pembangkang lompat masuk BN haram.


Apa yang kerajaan Barisan Nasional buat semua salah. PAS yang sahaja betul, sebab PAS adalah 'maksum'.


Dahulu cinta perpaduan, sekarang benci perpaduan.


Undi PAS itu Wajib, undi UMNO haram! - Fatwa Nizar di Tenang.


Dahulu Wanita tak boleh Kafir pun tak boleh jadi calon...


Dahulu UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC...


Doa PAS. Patutlah Shafie Apdal kata "Parti Ajaran Sesat"...


Friday, February 4, 2011

PRK N27 Merlimau: Info dan perkembangan terkini


Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau (N27) bakal diadakan berikutan kematian ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu. Penamaan calon akan diadakan di Politeknik Merlimau Melaka pada 26 Februari 2011 manakala mengundi pada 6 Mac 2011.

Fakta Berkaitan DUN Merlimau:
  • Dalam pilihan raya umum 2008, Allahyarham Mohamad Hidhir telah menewaskan calon parti PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 – peningkatan hampir 3000 undi berbanding pencapaian PAS pada tahun 2004.
  • Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 21 saluran tempat mengundi. DUN Merlimau mempunyai 7 peti undi iaitu Ayer Merbau, Chincin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai, Pengkalan Samak.
  • Seramai 248 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM830,000.
  • Pilihanraya kecil ke-15 sejak Mac 2008.

Demografi Pengundi DUN Merlimau:

Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011. 10,679 pemilih berdaftar. 10,643 pengundi biasa. 36 pengundi pos.

UMNO-BN LANCAR JENTERA PENERANGAN HARI INI

MELAKA, 3 Feb – Jentera Penerangan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan dilancarkan di Dewan Masyarakat Air Merbau, Merlimau, Sabtu.
"Jentera kita akan disertai oleh penceramah, penulis dan bloggers yang akan menjawab setiap isu seperti kenaikan harga barangan dan beberapa isu nasional. Penceramah termasuk mereka yang terlibat akan dibekalkan dengan segala maklumat terkini yang mampu menjawab sebarang isu yang cuba dibangkitkan oleh pembangkang kepada penduduk di Merlimau," Kata Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia. - UMNO Online



SHAHRIZAT HARAP WANITA DIPILIH

JASIN, 4 Feb - Pergerakan Wanita UMNO mahu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka mempertimbangkan calon wanita bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.
Shahrizat, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, diminta mengulas tujuh nama termasuk seorang wanita yang diserahkan UMNO bahagian Jasin kepada Mohd Ali untuk dipertimbangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu. - BERNAMA


PAKATAN BELUM TENTU SAMAADA PAS ATAU PKR

KUALA LUMPUR, 2 Feb - Pakatan Rakyat akan memutuskan parti yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka 7 Februari ini. - MalaysianInsider

Demontrasi Anti-Hosni: Apa pasal PAS tak kata 1 juta!



INI BERITA DARI HARAKAHDAILY

Himpunan (Harakah menggarkan hampir 10 ribu) itu bagaimanapun dicemari dengan insiden tangkapan dan semburan watercanon oleh pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan FRU.

Beberapa petugas Unit Amal PAS dan orang ramai ditangkap di hadapan Masjid Tabung Haji ketika pihak polis cuba menyuraikan himpunan tersebut selepas selesai menyerahkan memorandum.

Polis didakwa menggunakan kekerasan dengan memukul, menyepak dan memaki peserta himpunan dan difahamkan tujuh ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

Gambar dari HarakahDaily, dianggar hampir 10 ribu!

DAN INI BERITA DARI MALAYSIAKINI

Polis melepaskan tembakan meriam air ke atas kira-kira 3,000 rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan di luar kedutaan Amerika hari ini, menuntut supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan.


INI BERITA DARI UTUSAN MALAYSIA

Beliau diminta mengulas tindakan lebih 2,000 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perarakan dan perhimpunan haram di pekarangan pejabat Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak hari ini bagi mendesak negara itu supaya tidak campur tangan serta menyatakan pendiriannya dalam pergolakan di Mesir.


INI PULA BERITA DARI AGENDADAILY

Satu demonstrasi anti Hosni Mubarak anjuran PAS di depan Kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat sepatutnya berjalan aman dan bersurai sekitar jam 3 petang.

Namun ada di kalangan sekitar 3,000 yang menyertainya sudah buat kecoh cuba provokasi dipercayai goncang trak polis sewaktu hendak bersurai.

Ini mencetuskan kekecohan seketika hingga pihak FRU terpaksa guna meriam air untuk menyuraikan kira-kira 400 orang yang berdegil terus nak melawan polis depan bangunan Tabung Haji tidak jauh dari bangunan Kedutaan Amerika.

Antara pemimpin PAS yang hadir dalam demo itu ialah Naib Presiden Salahudin Ayub dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Mereka serahkan satu memorandum kepada wakil Duta Amerika.

Waktu hendak bergerak bersurai selepas itu kekecohan timbul. Beberapa orang telah ditahan. Keadaan akhirnya reda sekitar jam 3.45 petang.

Gambar dari AgendaDaily, Betul ke 10 ribu?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...