Friday, August 30, 2013

Tuesday, August 20, 2013

HARAKAH KANTOI LAGI, TUKAR JE LAH TAGLINE KEPADA: "TEPAT DARI SUMBER FITNAH"!



Laporan MPPNews : 
Harakah hari ni telah menyiarkan sekeping gambar yang didakwanya ahli-ahli Parlimen Jerman berdiri memberi penghormatan kepada rakyat Mesir yang terkorban.

Dengan menggunakan tajuk "Gempar! Ahli Parlimen Jerman beri penghormatan roh syuhada".., Harakah juga menerbitkan artikel seolah-olah ahli Parlimen Jerman lebih baik dari Ahli Parlimen di Malaysia. 
Malangnya, gambar yang disediakan oleh HarakahDaily tersebut terbukti gambar palsu yang telah disiarkan pada tahun 2009 melalui sebuah video klip yang bertajuk "Die heuchlerische Brut". seterusnya
Pembohongan besar yang tertera di dalam Haprak Harakah Daily ialah :
Allahuakbar!! Orang bukan Islampun tahu hormat orang yang telah mati, Tentera Mesir pulak boleh bakar mayat-mayat para syuhada!!Kelihatan keseluruhan Ahli Parlimen Jerman berdiri beberapa minit sebagai tanda berkabung kepada roh-roh rakyat Mesir yang syahid sekaligus mengutuk tindakan yang dilakukan oleh Jeneral As-Sisi dan tenteranya.
Di bawah adalah bukti pembohongan besar artikel yang disiarkan oleh lidah rasmi parti PAS. Sungguh memalukan !


Video asal :



Tindakan kotor Haprak Harakah Daily yang menyiarkan laporan palsu bukan sahaja memalukan tetapi sudah pasti menjatuhkan imej dan maruah parti PAS yang kononnya islamik tetapi mereka adalah penyebar fitnah.

Harakah telah melakukan 'magik' dengan membuang segala 'fitnah' yang dilemparkan tanpa sebarang permohonan maaf kepada pembaca. Namun Google tetap membuktikan yang haramkah sememangnya kaki putar belit dan tempat penyebar fitnah!


PengundiBaharu: Bukan 1st time. Dah banyak kali dah...

Thursday, August 15, 2013

TV3 DIKECAM KERANA CINABENG NAMEWEE!

Pernah satu ketika Aidilfitri beberapa tahun lalu Stesyen Televisyen Malaysia Berhad atau TV3 menayangkan iklan Hari Raya yang kontroversi yang dilihat menyentuh sensitiviti umat Islam apabila iklan dicampur adukkan dengan elemen pelbagai agama.

Hasilnya, TV3 menarik semula siaran iklan itu dan memohon maaf di atas tindakan mereka. Kali ini, pada Aidilfitri kali ini TV3 pula telah menjadualkan tayangan filem arahan pengarah filem menghina Melayu dan Islam Wee Meng Chee atau Namewee.

Filem yang dipilih sudahlah tajuknya tak berfaedah “Hantu Gangster” lebih parah ia ditayangkan ketika sambutan Aidilfitri masih lagi hangat di seluruh negara. Di dalam laman web jadual TV3, tayangan filem itu dijadualkan pada 19 Ogos depan pada pukul 10 malam, waktu perdana.



Tidak layak untuk filem Namewee ditayangkan di mana-mana stesen TV di mana pun di negara ini kerana jelas, pemuda ini tidak menghargai budi yang diberikan oleh kerajaan.

Jelas dalam videonya, dia bertindak mengugut kerajaan dengan niat menghina mereka selepas kerajaan terutamanya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik balik kebenaran tayangan filem The New Village.

Ia dikatakan mempunyai unsur mengagungkan komunis yang diangkat sebagai wira kemerdekaan negara.

Namewee mempertikaikan juga tindakan menahan dan mendakwa dua blogger seks Alvin dan Vivian selepas kontroversi mereka menghina kesucian bulan Ramadan beberapa minggu lalu.

Kini TV3, sebuah stesen televisyen tersohor nak tayangkan filem Hantu Gangster arahan si dia ni pada waktu Aidilfitri. Eloklah pihak TV3 menilai semula keputusan ini.

Jika terus ditayangkan, pasti mengundang kritikan hebat dan kecaman lagi dari orang ramai tambahan pula orang Melayu Islam di negara ini. Sudah habis kah stok Jejak Rasul yang hebat dulu untuk ditayangkan semula?? – Mynewshub.my

Pengundibaharu: TV3!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, August 14, 2013

PANAS: @NGAKORMING #INIKALILAH PERTIKAI TINDAKAN ROBOHKAN SURAU DIJADIKAN KUIL!


Berikut adalah kenyataan Nga Kor Ming dari DAP di Twitter:



GEORGETOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang memberi amaran kepada pemilik bangunan, hotel atau resort di negeri ini yang mempunyai kemudahan surau supaya tidak membenarkan premis mereka digunakan untuk upacara keagamaan lain. 

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Penguna dan Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, berkata pihak yang mengingkari arahan itu boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang pihak berkuasa tempatan dan syariah.
Beliau berkata, setakat ini belum ada sebarang aduan atau laporan berhubung pusat beli-belah, hotel atau resort di negeri ini menyalahgunakan surau yang terdapat di tempat mereka.

"Tetapi jika ada pihak yang membenarkan surau mereka digunakan untuk upacara keagamaan lain, mereka boleh dikenakan tindakan menurut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu mencemarkan mana-mana masjid atau surau dengan niat menghina atau mempersendakan agama Islam.

"Selain itu, mereka juga boleh disiasat menurut Seksyen 19(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1997 atau Seksyen 70 (13) (b) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kerana menukar guna bangunan tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, setakat ini hampir 1,000 surau di seluruh negeri ini berdaftar dengan JAIPP dan beliau meminta mana-mana surau yang belum berbuat demikian supaya mendaftar segera.

Semalam, akhbar melaporkan sebuah resort di Sedili Besar, Johor, membenarkan surau di resort itu digunakan untuk upacara keagamaan lain dan ia disedari seorang pengunjung resort yang hendak menunaikan solat asar petang Sabtu.
- BERNAMA


Pengundibaharu: Kalau you kata UMNO so ekstrim. Kerajaan Pulau Pinang tu siapa pegang Nga Kor Ming?

Dont be stupid la...!

Monday, August 5, 2013

[MUST SEE] SYIAH: MUHYIDDIN YASSIN KE IRAN... PROBLEM???


Nampaknya Penyokong PAS bagaikan 'cacing kepanasan' apabila PAS diserang bertubi-tubi berkenaan isu Syiah.

Sampaikan Timbalan Perdana Menteri kita ke Iran pun mereka mahu jadikan isu... Apa problemnya?

Bukan Malaysia sahaja yang menghantar wakil ke majlis tersebut. Arab Saudi yang bertegas dengan Syiah pun hantar wakil mereka ke majlis tersebut.

Apa yang menjadi masalah pada puak PAS begong ni?

"Kelantan jalinkan hubungan erat dengan negara Iran"

Ada apa masalah dengan tajuk ini?




Kota Bharu – Kelantan mencatat sejarah sebagai satu satunya negeri di Malaysia yang menjalinkan hubungan erat dengan Negara Iran di dalam pelbagai bidang khususnya hubungan dagang, pembangunan ekonomi dan perkongsian teknologi.
Mohammad Hossein Mousapour, Gabenor Wilayah Qom, Iran membuat lawatan rasmi ke negeri Kelantan.
Rombongan dari kerajaan Iran ini membuat kunjungan hormat bersama YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, melawat pelbagai tempat di sekitar negeri Kelantan serta bermesyuarat dengan YB Dato Husam Musa (Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan) serta anak syarikat kerajaan negeri untuk eksplorasi dan hubungan dagang. ...Selanjutnya klik disini

PengundiBaharu: Makin begong puak PAS-Syiah ni nak counterback kepada UMNO. Makin parahlah gamaknya...

Sunday, August 4, 2013

"Isu video raya bersama anjing tidak perlu dijadikan isu negara" - @AnwarIbrahim



PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpendapat bahawa isu video Aidilfitri pemilik anjing yang disebarkan di laman sosial baru-baru ini harus ditangani dengan nasihat.

Jelas beliau, isu tersebut tidak perlu diperbesarkan sehingga menjadi isu negara kerana ia boleh memberi gambaran yang tidak baik tentang keutamaan negara.

“Isunya bukan anjing-anjing tersebut... tetapi kerana ia dikaitkan dengan Aidilfitri. Jadi panggillah dia dan nasihati dia,” kata Anwar kepada pemberita di luar Ibu Pejabat PKR tengah hari tadi.

Menurutnya, pihak kerajaan telah bertindak keterlaluan terhadap video tersebut apabila menjadikannya sebagai isu negara.

Kata Anwar, banyak lagi isu yang perlu diambil serius seperti pembunuhan di Syria serta bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi yang telah dinafikan menjadi presiden.

Beliau juga mendakwa terdapat pemimpin Islam dari Barisan Nasional (BN) yang memiliki saham dalam syarikat perjudian dan arak namun tiada tindakan yang diambil.

Anwar memberi respon terhadap kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang memutuskan status klip video ’1 Hari Di Hari Raya’ oleh Maznah Mohd Yusof atau Chetz adalah menghina Islam.

Beliau bagaimanapun mengiktiraf peranan Jakim, namun meminta badan itu memberi tumpuan kepada isu-isu yang lebih besar.

Chetz menjadi sasaran kritikan selepas video itu yang memaparkan dirinya bersama tiga ekor anjing tiga tahun lepas telah dimuat naik di YouTube.

Tindakannya itu mendapat kecaman umat Islam kerana video berkenaan menggunakan latar belakang suara takbir serta menjamu anjing-anjing terbabit dengan kuih raya.

Chetz telah direman pada Rabu di Bukit Beruntung, Selangor dan dibawa ke  Balai Polis Segamat untuk siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan. - Astro Awani

APA? BUKAN ISU NEGARA KATA ANWAR?
APA? VIDEOOOOOO????


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...