POKOK SENA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor semalam menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya dengan pembelian cincin berharga lebih RM24 juta adalah fitnah.
Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan.
“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).
“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah). Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya selepas menghadiri Majlis Apa Khabar Permata Negara di sini, semalam.
Rosmah yang berada di Kedah mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini, semalam, berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan portal berita pembangkang baru-baru ini kononnya beliau membeli sebentuk cincin bertatahkan berlian bernilai lebih RM24 juta.
Sementara itu, Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar.
“Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka,” katanya.
Aku nak tanya sikit pada kaki fitnah ni...
Harga cincin yang didakwa tu berapa ringgit sebenarnya?!
Harga cincin yang didakwa tu berapa ringgit sebenarnya?!