Saturday, August 18, 2012

BERHARI RAYA DENGAN SUNNAH RASULULLAH


DI ANTARA sunah Nabi s.a.w yang besar ketika menyambut kedatangan 1 Syawal ialah menunaikan solat dua rakaat.

Rasulullah s.a.w sempat berpuasa sembilan kali selepas difardukan pada tahun 2 Hijrah, malah tidak pernah meninggalkannya walaupun sekali bagi mendirikan solat hari raya.

Solat hari raya antara syiar Islam terbesar dan terpenting sehinggakan Nabi s.a.w mengarahkan semua wanita dalam haid dan kanak-kanak yang tiada kewajipan pada mereka turut keluar beramai-ramai bagi menyaksikan hari kebesaran serta kemenangan Islam ini.

Dalam perbahasan kalangan ulama Ahli Sunah Wal Jamaah majoriti daripada mereka dan termasuk perkataan Imam Ibnu Taimiyah adalah kewajipan setiap mukalaf yang tidak ada keuzuran untuk menunaikan solat hari raya ini.

Perkara ini dikuatkan lagi dengan sabda Nabi s.a.w daripada Ummi Atiyah yang bermaksud: Ummi Atiyah berkata, “Rasulullah memerintahkan kami mengeluarkan wanita merdeka, wanita yang berhaid dan anak gadis pada Aidilfitri serta Aidiladha keluar ke musala (tanah lapang). Mereka menyaksikan kebaikan dan dakwah Muslimin. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, seorang daripada kami tidak mempunyai tudung. Maka Nabi s.a.w berkata: “Suruh saudaranya meminjamkan tudungnya!”. (HR Bukhari dan Muslim) Hal ini juga diterangkan al-Allamah Siddiq Hasan Khan katanya: “Ketahuilah Nabi s.a.w sentiasa memelihara solat dua hari raya ini, baginda tidak pernah meninggalkan pada suatu hari antara hari raya itu dan menyuruh orang ramai keluar ke musala untuk solat, sehingga beliau memerintahkan supaya orang perempuan yang merdeka, yang keuzuran dan dalam keadaan haid keluar beramai-ramai. Baginda menyuruh perempuan yang haid agar tidak solat apabila semua mereka akan menyaksikan kebaikan dan bersama-sama menjalankan seruan untuk orang Islam, sehingga baginda menyuruhkan wanita yang tiada tudung diberi pinjam tudung kepadanya. Semua ini menunjukkan solat itu suatu kewajipan muakkad ke atas setiap orang, bukan fardu kifayah sedangkan perintah keluar itu menentukan kewajipan solat bagi sesiapa yang tiada keuzuran.” Maka dapat disimpulkan di sini yang rajih hukum solat hari raya ini adalah wajib bukan sunat yang boleh ditinggalkan begitu sahaja tanpa uzur yang syarie. Mudah-mudah Allah memelihara kita agar dapat menguatkan diri kita untuk hadir mendirikan solat hari raya ini.

Antara lain, sunah yang besar apabila kita meraikan hari raya selain mendirikan solat hari raya ini, Nabi s.a.w memerintahkan kita agar bergembira pada hari ini, digalakkan untuk bersuka-ria dan berhibur selagi tidak melanggar batas syarak’.

Ini adalah nikmat Allah kepada kita apabila disyariatkan bergembira pada hari ini dan mendapatkan pahala di sisi Allah.

Jadi, perkara yang boleh mendatangkan kesedihan dan tangisan sewajarnya kita hindari kerana dikhuatiri akan menghilangkan perasaan gembira, mungkin juga menghapuskan pahala gembira yang Allah tetapkan kepada kita.

Besarnya syariat bergembira ini sehinggakan perkara yang ‘lagha’ (sia-sia) seperti nyanyian yang diharamkan di sisi agama diberikan kelonggaran oleh Nabi s.a.w kepada umatnya apabila berada dalam 1 Syawal, seperti kisah yang diceritakan Aisyah r.a beliau berkata : “Rasulullah s.a.w masuk menemuiku, yang di sisiku ada dua anak perempuan kecil yang sedang bernyanyi dengan nyanyian bu’ats (lagu peperangan). Kemudian baginda berbaring di tempat tidur dan memalingkan wajahnya. Masuklah Abu Bakar, lalu dia mengherdikku dan berkata : “Apakah ada seruling syaitan di sisi Nabi s.a.w? Rasulullah kemudian menghadap kepada Abu Bakar seraya bersabda : “Biarkan kedua-dua anak perempuan itu, setiap kaum mempunyai hari raya dan hari ini hari raya kita”. (HR Muslim dan syarah Fathul Bari jilid ke-2) Apa yang dapat difahami daripada hadis ini ialah melahirkan kegembiraan bersama keluarga pada hari raya ini adalah syiar agama Islam.

Walaupun nyanyian ini ada kelonggaran, tetapi ia disertai syarat yang perlu dipatuhi seperti ia dinyanyikan anak perempuan yang belum baligh, hamba dan wanita untuk suami mereka.

Nabi s.a.w juga mandi sebelum keluar ke musalla serta baginda menjamah dahulu beberapa biji kurma dalam jumlah yang yang ganjil.

Nabi s.a.w pada hari raya akan mengenakan pakaian yang indah dan cantik tanda meraikan hari raya yang menjadi hari kebesaran Islam.

Apabila selesai mengenakan pakaian yang cantik, Nabi s.a.w keluar dari rumah menuju musala untuk mendirikan solat hari raya dengan berjalan tanpa menaiki kenderaan.

Nabi s.a.w juga tidak lupa memakai minyak wangi ke musala dan baginda menggalakkan Muslimin memakai wangian, tetapi tidak kepada Muslimah.

Kata Ibnul Musayyib: “Sunah Aidilfitri itu tiga: Berjalan menuju ke musala, makan sebelum keluar dan mandi”. (Lihat Irwa’ al-Ghalil HR Firyabi sdengan sanad yang sahih).

Dalam perjalanan ke musala, baginda bertakbir berulang-ulang dengan membesarkan Allah. Takbir yang diajarkan Nabi s.a.w untuk membesarkan Allah berbunyi: “Allahuakbar, Allahuakbar, la ilahaillallahu akbar, Allahu akbar walillahil hamd.” (HR Abi Syaibah dan Daruqutni dengan sanad yang sahih) Apabila Nabi s.aaw selesai menunaikan solat hari raya baginda akan pulang menggunakan jalan yang lain dan bertemu orang berlainan.

Bahkan di antara ucapan hari raya yang diamalkan oleh salaf adalah seperti yang dijelaskan Ibnu Qudamah yang membahaskan athar daripada Muhammad bin Ziyad berkata: “Aku pernah bersama Abu Umamah al-Bahili dan selainnya dari kalangan sahabat Nabi, Mereka apabila kembali daripada solat hari raya berkata kepada sebahagian yang lain dengan ucapan: “Taqabbalallahu minna wa minkum.” (Semoga Allah menerima amalan daripada kami dan kamu). (Lihat, al-Mughni jilid ke-2).

Maka, dijawab orang yang menerima ucapan ini dengan lafaz yang sama seperti di atas. Ucapan ini juga menjadi perbuatan sahabat dan juga seluruh golongan salaf. Adapun ucapan seperti “kulli am wa antum bi khair” (semoga setiap tahun kamu dalam keadaan baik) atau “minal faizin wal maqbulin (semoga tergolong orang yang berjaya dan diterima) adalah ucapan yang tidak ada pada sandaran sunnah Nabi s.a.w.

Cukuplah hanya sunah Nabi s.a.w yang menjadi sandaran dan amalan kita kerana sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi manakala yang tiada petunjuk itu adalah perkara baru yang diada-adakan dan setiap perkara baru itu adalah bidaah, dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Semoga hari raya kali ini kita benar-benar berpegang dan mengamalkan sunah Nabi.

Penulis lulusan Syariah Fiqh dan Usul Universiti Malaya (UM) adalah Ketua Biro Sekretariat iLMU

Thursday, August 9, 2012

"HARAM UNDI DAP" ADALAH HASUTAN, JENAYAH, LAPOR POLIS...?


VIDEO PERTAMA: FATWA NIZAR "HARAM SYARIE UNDI UMNO" SEWAKTU KEMPEN DI TENANG JOHOR.


VIDEO KEDUA: KENYATAAN LIM KIT SIANG PADA 9/8/2012 BERKENAAN LAPORAN UTUSAN "UNDI DAP HARAM"...


PengundiBaharu: Double Standart la lu Lim Kit Siang. Nizar kata undi UMNO Haram Syarie lu diam aja. Bila Utusan tulis Haram Undi DAP kenapa lu gelabah beruk...?

Memang DAP yang cetus rusuhan 13 Mei, DAP adalah parti yang Rasis dan Cauvenist. Komunis macam Lim Kit Siang tidak layak bercakap pasal perpaduan sebab dialah yang jadi agen perpecahan rakyat Malaysia sehinggalah ke hari ini!

Satu Undi untuk PAS bermakna Satu Undi untuk DAP!

Haram undi Pakatan dan semua yang berkaitan dengannya!

Sunday, August 5, 2012

@Lee_C_Wei THE BEST. @mmanoADUN THE BEAST!


Itulah salah satu status twitter yang menempelak ADUN biaDAP Manoharan
yang mempelekehkan Datuk Lee Chong Wei selepas tewas ditangan Lin Dan semalam...


Klik Gambar bawah ini untuk lebih jelas.


PengundiBaharu: Berbakul-bakul Manoharan kena maki. Mabuk todi ke bro?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...