HIHIHIHI!!!
Showing posts with label LEMBU PKR. Show all posts
Showing posts with label LEMBU PKR. Show all posts
Thursday, July 10, 2014
Thursday, May 2, 2013
MENJELANG PRU13: BERANI KERANA BENAR @N_IZZAH @ANWARIBRAHIM #PRU13 #BNPRU13
Berani kerana benar? Bila Anwar mahu bersumpah?
Saiful sudah didepan kaabah!
PengundiBaharu: Istiqamah dalam perjuangan...
Thursday, April 25, 2013
SELEPAS PKR "PIL KUDA", HADI AWANG KATA "UMNO PARTI SIAL" #PRU13 #BNPRU13
Tengok video dibawah...
Berikut adalah video sial oleh Hadi Awang...
PengundiBaharu: Ulamak atau Fulamak?
Friday, April 19, 2013
"PKR PERLIS KURANG AJAR" - DR JUANDA #PRU13 #BNPRU13
KUALA LUMPUR: Mufti Perlis Dr Juanda Jaya membidas tindakan PKR Perlis mengumumkan beliau sebagai calon parti itu untuk kerusi Parlimen Kangar sebagai “tidak beradab.”
"Apa yang disebut oleh PKR Perlis langsung tidak dirujuk kepada saya, saya agak terkilan sebab jual nama saya tanpa izin...saya tak pernah jumpa pimpinan PKR Perlis,” kata beliau kepada Antarpos.
"Isytihar secara 'unilateral(sendiri)' (adalah) suatu sikap yang tak beradab kepada orang lain apatah lagi kedudukan saya yang agak sensitif kepada banyak pihak. Ini perlu difahami terutamanya mereka yang mahu jadi ahli politik.
"Saya ambil sikap diam diri kerana tak mahu sakiti hati mana-mana pihak kerana semuanya saudara seagama. Pelajaran daripada isu ini ialah orang politik kita masih belum matang seperti negara lain," katanya.
“Pencalonan” Juanda untuk Parlimen Kangar dibuat oleh Pengerusi PKR Perlis Mohd Faisol Abdul Rahman minggu lalu selepas PAS mengumumkan ia akan bertanding di ketiga-tiga kerusi Parlimen di negeri itu.
Juanda menegaskan beliau memutuskan tidak bertanding di PRU kali ini kerana merasakan penerimaan rakyat terhadap golongan berpendidikan agama masih kurang.
"Saya dapati PRU13 tidak sesuai untuk saya kerana terlalu banyak fitnah dan penerimaan terhadap 'scholar' belum mantap. Pilihan tempat (bertanding) memang banyak tetapi tiada yang sesuai, politik bukanlah perkara mudah untuk orang macam saya sebab itu agak hairan ramai yang lobi tanpa fikirkan kesannya di dunia dan akhirat.
"Perbincangan membabitkan banyak pihak bukan hanya Pakatan Rakyat, kawan-kawan BN pun tanya ajak berbincang. Isu Kangar hanya di tahap perbincangan dan ziarah kawan-kawan daripada kedua-dua belah pihak, ini normal bagi orang politik yang mencari dokongan.
"Saya kurang berminat sebab saya bukan penduduk tempatan, kalau BN 'offer' pun tetap akan timbul isu orang luar. Politik Malaysia belum matang untuk menerima kepelbagaian, sentiman sentiasa menjuarai itu," katanya.
Juanda merupakan antara tokoh ulama yang disebut-sebut akan bertanding kali selain bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang turut menolak untuk bertanding pada kali ini.
Juanda memegang jawatan muft sejak awal 2009 menggantikan Mohd Asri. - AntaraPOS
Tuesday, April 16, 2013
SYIAH KECAM FATHUL BARI JADI CALON PRU13. SIAPA YANG TERIMA SYIAH SESAT NIH? JAWAPANNYA PAS! #PRU13 #BNPRU13
PETALING JAYA: Sebuah badan hak asasi manusia, Pergerakan As Sajjad hari ini mengecam pencalonan dua ahli Umno, Zulkifli Noordin dan Fathul Bari Mat Jahaya, pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) 5 Mei ini.
Zulkifli diumumkan sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam manakala Fathul Bari, pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), diumumkan sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang, Perlis.
Pencalonan Zulkifli, yang juga adalah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk P 108 Parlimen Shah Alam gagal menjelmakan semangat dan pendekatan holistik dan terkehadapan Barisan Nasional dalam isu-isu perhubungan kaum atau etnik,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan media.
Kritikan terhadap Zulkifli timbul ekoran kemunculan rakaman video Youtube yang menunjukkan Zulkifli menghina konsep ketuhanan dalam agama Hindu.
Pergerakan As Sajjad juga kecewa dengan pencalonan Fathul Bari ekoran kenyataan Fathul yang bersifat anti-Syiah.
“Beliau telah melakukan pemomokan dan fitnah yang serius terhadap minoriti Syiah di negara ini.
“Kami berpendapat pencalonan Fathul Bari adalah bertentangan dengan semangat Deklarasi Islamabad 2007 yang menggariskan bahawa tiada umat Islam dibenarkan membunuh atau membahayakan umat Islam lain, samada Syiah atau Sunni,” kata kumpulan tersebut.
As Sajjad turut mengkritik penyertaan anggota kumpulan Ikatan Muslim Malaysia (Isma) yang bertanding di lapan kerusi parlimen atas tiket Barisan Jemaaah Islamiyah Semalaysia (Berjasa) kerana mereka bersifat perkauman.
Manifesto calon Berjasa menyatakan bahawa mereka bertanding untuk “menebus kembali hak dan kuasa politik Melayu-Islam di Parlimen dan Dewan Undangan-Dewan Undangan Negeri-Negeri tertentu.”
PengundiBaharu: TOLAK PAS UNTUK TOLAK SYIAH SESAT!
Friday, April 12, 2013
PAS DAN PKR REBUT KERUSI BERA. ITU BELUM BAGI PERINTAH NEGARA! #PRU13
SIDANG MEDIA JENTERA PILIHAN RAYA PAS PARLIMEN BERA BANTAH KERUSI PARLIMEN BERA DITANDINGI OLEH PKR.
Jentera Pilihan Raya PAS Bera dan seluruh Unit Peti Undi (UPU) di Parlimen Bera merangkumi Dun Kemayan, Guai dan Triang ingin menyatakan bantahan terhadap tindakan PKR meletakkan calonnya bertanding di Parlimen Bera berdasarkan pengumuman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 April 2013 di Kuantan.
Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengumumkan bahawa Parlimen Bera akan ditandingi oleh PAS. Kenyataan tersebut telah disiarkan oleh Harakahdaily pada 6 April 2013.
Parlimen Bera adalah sebuah parlimen “target” yang ditetapkan oleh PAS Pusat untuk dimenangi pada PRU 13 nanti.
Sebaik sahaja selesai PRU 12 pada tahun 2008, Jentera Pilihan Raya PAS Bera dan seluruh UPU telah memberi tumpuan sepenuhnya kepada gerakkerja memenangkan PAS di Parlimen ini sebagaimana yang diamanahkan oleh kepimpinan.
Kerusi Parlimen Bera sememangnya kerusi PAS dan tidak pernah dimasukkan ke dalam mana-mana rundingan pertukaran kerusi dengan PKR atau DAP sejak tahun 2008.
Kerusi ini juga tidak mengalami pertindihan tuntutan antara PAS dan PKR.
Pimpinan PKR Cabang juga secara konsisten menyatakan di hadapan umum bahawa PAS akan bertanding di Parlimen Bera manakala PKR kekal di Dun Kemayan.
Justeru tindakan PKR merampas kerusi Parlimen Bera melalui pengumuman Timbalan Presidennya, Azmin Ali pada 3 April 2013 adalah permulaan kepada kemelut bantahan yang berlaku di Parlimen Bera ketika ini.
Alasan bantahan akar umbi PKR di Temerloh setelah kerusi Parlimen tersebut diumumkan ditandingi oleh PAS tidak mewajarkan Parlimen Bera dijadikan “kambing hitam” untuk menebus kekecewaan segelintir pemimpin dan penyokong PKR. Perlu diingatkan bahawa, seluruh jentera pilihan raya PAS Bera tidak terlibat dengan pertikaian tersebut dan tidak sepatutnya pertikaian tersebut dipanjangkan ke Parlimen Bera yang tidak ada kena mengena dengannya.
Kami ingin menegaskan bahawa jentera pilihan raya PAS Bera merasa kesal, dukacita dan dikhianati apabila PKR mengumumkan bertanding di Parlimen Bera.
Tindakan ini dianggap membelakangkan persetujuan bersama sebelum ini untuk mengekal agihan kerusi di Bera berdasarkan formula 2008.
Tindakan ini juga dianggap satu pengkhianatan kepada seluruh jentera pilihan raya PAS Bera dan UPU-UPU di bawahnya yang telah memberi tumpuan sepenuhnya kepada Parlimen Bera selama ini bersesuaian dengan arahan kepimpinan.
Berbeza dengan PKR, mereka hanya giat di sebahagian tempat di Dun Kemayan dan sebahagian besar aktivitinya menumpang jentera dan program jentera pilihan raya PAS Bera.
Akibat dari tiadanya rundingan yang mendalam, mengakibatkan PAS “hilang” kerusi Parlimen Bera dalam keadaan ahli dan jentera PAS yang ramai sedangkan PKR Cabang Bera yang kurang ahli dan jenteranya, namun telah Berjaya memperolehi dua kerusi (1 Parlimen, 1 Dun) untuk ditandingi.
Berdasarkan maklumat yang diterima dan tinjauan yang dibuat, kami percaya tindakan PKR merampas kerusi Parlimen Bera dari PAS telah menimbulkan keresahan dan bantahan dari kalangan pengundi, penyokong, ahli dan jentera parti dari seluruh peringkat.
Kami merayu agar kepimpinan PAS Pahang dan PAS Pusat mempertimbangkan bantahan kami ini dan meletakkan calon dari PAS bertanding di sini.
Pada pandangan kami, calon yang paling layak untuk mewakili Pakatan Rakyat di Parlimen Bera adalah Pesuruhjaya PAS Pahang sendiri, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, atau mana-mana calon dari PAS yang difikirkan layak dan boleh menang oleh pimpinan tertinggi parti.
Kami menuntut PKR menarik diri dari bertanding di Parlimen Bera, dan kerusi ini diserahkan semula kepada PAS.
Kami protes tindakan PKR merampas kerusi Parlimen Bera dari PAS.
Sekian.
Mohd Shahrul Mohamed
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantah PKR Rampas Kerusi Parlimen Bera.
&
Ketua-ketua UPU seluruh Parlimen Bera dan seluruh ahli Jentera Pilihan Raya PAS Bera.
PILIHAN TEPAT!
PILIHLAH BARISAN NASIONAL...
Sunday, March 31, 2013
VIDEO: PENGUMUMAN DATO' FAUZI OLEH @ANWARIBRAHIM DI 'BOO' #BNPRU13
BBBOOOOOOOO!!!!!!
Kumpulan tersebut kemudian dilihat terus beredar dari tapak ceramah sebaik sahaja Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan keputusan itu dipercayai sebagai tanda protes terhadap Fauzi yang merupakan bekas ahli parlimen Umno Kuantan.
"Booo...booo Datuk Fauzi Abdul Rahman..booo..." laung sekumpulan lelaki yang berada di tapak ceramah Markaz PAS, Balok Makmur, Beserah.
Fauzi merupakan bekas ADUN Beserah dari tahun 1995 sehingga 2004 sebelum keluar Umno dan menyertai PKR pada 2008.
Kerusi DUN Beserah kini disandang oleh Syed Mohamad Tuan Lonnik dari PAS.
Anwar dalam ucapannya berkata beliau yakin Fauzi mampu memikul tanggungjawab mempertahankan kerusi Indera Mahkota yang disandang oleh Azan Ismail dari PKR.
"Saya umumkan Datuk Fauzi sebagai calon Indera Mahkota, saya sudah tentukan dan bincang bersama Keadilan," katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin.
Ketua Pembangkang itu turut mengumumkan peguam muda Cik Murni Hidayah sebagai calon PKR Parlimen Paya Besar yang ketika ini giat melemparkan tuduhan penyelewengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bersabit aset ketenteraan termasuk isu kapal selam Scorpene dalam ceramahnya.
Sementara itu, Fauzi yang ditemui cuba meyakinkan bahawa beliau mampu memikul tanggungjawab sebagai ahli parlimen kawasan tersebut jika menang pada pilihan raya nanti.
"Saya sudah 3 penggal di Berserah, saya yakin mampu memikul tanggungjawab ini," katanya.
Sumber melaporkan bahawa Azan akan ditukarkan ke kerusi parlimen Kemaman. - AntaraPOS
PengundiBaharu: Tersengih-sengih Fauzi di 'Boo'. Anwar tergelak?
Saturday, December 8, 2012
KETUA KAMPUNG GOMBAK UTARA KESAL DAN TUNTUT PEMUDA UMNO MOHON MAAF
KUALA LUMPUR 8 DIS: Penduduk Kampung Gombak Utara menuntut Ketua Pemuda Umno Gombak, Megat Zulkarnain Omardin memohon maaf atas perbuatan biadab samseng Umno sehingga menyebabkan kecederaan pengunjung ceramah Merdeka Rakyat, 4 Disember lalu.
“Kami menyeru Ketua Pemuda Umno memohon maaf atas cubaan menyemai budaya samseng kepada penduduk kampung yang selama ini dikenali bersopan santun dan berbudi pekerti. Di Gombak Utara, tidak ada budaya samseng sampai hari ini.
“Padahal kami sekian lama kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampung ini,” kata Ketua kampung Gombak Utara, Said Zakaria pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Said berkata, lebih separuh samseng Umno yang mengganggu program dengan membuat bising, membaling batu, menyerang petugas dan penjaja malam, adalah orang luar yang dibawa Megat Zulkarnain.
“Ia mencalar imej kampung, tidak menggambar sikap sebenar penduduk yang beradab dan menghormati tetamu. Kami yakin sebahagian besar penduduk kampung menerima cara Pakatan Rakyat mentadbir,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin pula berkata, pihaknya belum menerima sebarang perkembangan siasatan polis.
“Yang kita lihat sekarang, penyerang pula yang mempersalahkan penganjur. Sedangkan kita sudah lapor kepada pihak berkuasa,” kata merujuk SMS ancaman sebelum kejadian itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, KEADILAN Gombak akan terus mengadakan program ceramah untuk memberi penerangan kepada rakyat.
“Terbaru pada 19 Disember, di tempat sama,” katanya sambil menuntut pihak berkuasa mengadakan kawalan bagi mengelak gangguan samseng Umno. - Suara Keadilan.
PengundiBaharu: Ketua kampung nih buat Press Conference dekat office PKR.
Engkauorang tak hairan ke? Rasa-rasa dia nih ahli politik parti mana?
Tuesday, December 4, 2012
KONSPASI @ANWARIBRAHIM MENJATUHKAN @NAJIBRAZAK DAN ROSMAH DIDEDAHKAN #TOLAKFITNAH
Saksikan video yang membongkar dakyah, fitnah dan konspirasi Anwar terhadap Perdana Menteri Malaysia dan Isteri beliau. Dibawah ini...
Nak tahu cerita lebih lanjut, baca lah kupasan di blog Gerakan Anti PKR
VIDEO DEEPAK : SAH ANWAR YANG RANCANG KONSPIRASI SERANG NAJIB !
DEEPAK, MEMBUKTIKAN TEKNOLOGI POLITIK ANWAR KETINGGALAN ZAMAN.
SIAPA ADA HUTANG DAN BANKRAPSI, SILA SERANG BINI NAJIB.
PengundiBaharu: Anwar harus bertaubat...
Tuesday, November 27, 2012
TIMBALAN KETUA AMK PAHANG UMUM LETAK JAWATAN!
KUANTAN, 27 Nov - Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang, Aidil Haryman Mat Nor mengumumkan perletakkan jawatan beliau berkuatkuasa serta merta hari ini. Menerusi posting terbaru di laman sembang sosial facebook beliau, Haryman atau lebih dikenali dengan gelaran Alang menyatakan perletakkan jawatan itu berkuatkuasa mulai jam 1.00 pagi ini (27 November).
Tidak diketahui apakah punca beliau berbuat demikian, namun alasan utamanya ialah mahu menumpukan perhatian kepada parlimennya sahaja. Apapun, berdasarkan mesej-mesej panas yang terdapat di wall FB beliau ternyata adanya pergolakan dalaman sayap kanan parti itu di Pahang antara beliau dengan kepimpinan AMK negeri.
"Aku dah letak semua jawatan di dalam AMK Pahang ... Sekarang aku tiada kena mengena lagi bersama AMK Pahang. Fokus aku hanya tempat sendiri, Parlimen Kuantan. Selama ini aku sangkakan, hanya cabang yang bermain politik seperti itu.... tetapi AMK juga dah mula mengikut jejak yang sama...Kalau dulu hanya seorang yang digelar TIMBANA, tetapi sekarang dah ramai yang mahu digelar TIMBANA", kata kenyataan di FB beliau itu.
Sementara itu, dalam satu kenyataan ringkasnya Ketua AMK Pahang, Ahmad Sani Abd Ghani pula berkata tidak berlaku sebarang masalah antara beliau dengan kepimpinan AMK negeri, jika ada sekali pun beliau akan cuba berbincang untuk cari jalan penyelesaian terbaik. - Pahang Daily Online
PengundiBaharu: PKR menuju kehancuran!
Wednesday, November 21, 2012
RAKYAT MALAYSIA WAJIB TAHU! KENAPA PEMIMPIN PAKATAN BERSUNGGUH TOLAK #AES! [PART 4: WAN AZIZAH]
Presiden PKR,
WAN AZIZAH mengumpul sebanyak 9 saman buat setakat ini.
[KLIK PADA JADUAL UNTUK LIHAT DENGAN LEBIH JELAS]
GAMBAR YANG DIAMBIL DARI PERANGKAP LAJU;
INILAH SEBABNYA ANWAR DAN KUNCU2NYA TAK NAK AES!
PART 6: SIAPA YANG KENA...???
Wednesday, October 24, 2012
2 WAJAH hamPAS: BERANI DEMO DEPAN IBUPEJABAT MCA TETAPI KECUT DEMO DEPAN PEJABAT DAP!!!
PAS DAN PKR: BANTAH CSL
LIM KIT SIANG: TOLAK NEGARA ISLAM
LIM GUAN ENG: TOLAK HUDUD KERANA TIADA DALAM PERLEMBAGAAN
KARPAL SINGH: KONSISTEN MENENTANG HUDUD
ANWAR IBRAHIM: HUDUD BUKAN POLISI PAKATAN
PengundiBaharu: Tuan Guru Hadi Awang kata, "DAP berhak tolak Hudud..."
Sunday, October 21, 2012
Friday, October 12, 2012
Friday, August 31, 2012
Thursday, August 9, 2012
"HARAM UNDI DAP" ADALAH HASUTAN, JENAYAH, LAPOR POLIS...?
VIDEO PERTAMA: FATWA NIZAR "HARAM SYARIE UNDI UMNO" SEWAKTU KEMPEN DI TENANG JOHOR.
VIDEO KEDUA: KENYATAAN LIM KIT SIANG PADA 9/8/2012 BERKENAAN LAPORAN UTUSAN "UNDI DAP HARAM"...
PengundiBaharu: Double Standart la lu Lim Kit Siang. Nizar kata undi UMNO Haram Syarie lu diam aja. Bila Utusan tulis Haram Undi DAP kenapa lu gelabah beruk...?
Memang DAP yang cetus rusuhan 13 Mei, DAP adalah parti yang Rasis dan Cauvenist. Komunis macam Lim Kit Siang tidak layak bercakap pasal perpaduan sebab dialah yang jadi agen perpecahan rakyat Malaysia sehinggalah ke hari ini!
Satu Undi untuk PAS bermakna Satu Undi untuk DAP!
Haram undi Pakatan dan semua yang berkaitan dengannya!
Tuesday, June 26, 2012
"TEMA MERDEKA 'JANJI DITEPATI' TIDAK BERERTI" - RAFIZI RAMLI
SHAH ALAM: PKR mendakwa program "Jelajah Janji Ditepati" bertemakan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun melanggar etika sebuah kerajaan.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, Barisan Nasional (BN) mengambil kesempatan mengadakan program tersebut pada hari kemerdekaan semata-mata untuk meraih undi.
"Bila BN menggunakan hari kemerdekaan sebagai tema kempen pilihan raya, itu sudah melanggar etika," katanya ketika diminta mengulas.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan menangkis pandangan Rafizi sekaligus menyifatkan modal yang digunakan pemimpin pembangkang itu sebagai imaginasi liar.
Rahman berkata, Pakatan Rakyat tidak seharusnya mengaitkan program JJD dengan usaha BN untuk meraih undi.
"Janji Detepati itu bukan semestinya ada kaitan dengan BN, mungkin ia sebagai satu slogan daripada rakyat yang mengatakan janji mesti ditepati, tidak semstinya ada kaitan dengan mengundi,"
Sambutan Hari Kemerdekaan bertemakan "Janji Ditepati" akan diadakan di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 31 Ogos nanti.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sambutan kali ini dijangka akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai. - AntaraPos
PengundiBaharu: Rafizi tahu Pakatan Rakyat kuat bohong dan tidak menepati janji!
Thursday, June 21, 2012
3A PUNCA RAFIZI LETAK JAWATAN?
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menyifatkan peletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor hari ini akibat kekangan kuasa tiga pemimpin utama parti itu.
Justeru beliau tidak hairan sekiranya lebih ramai ahli PKR membawa diri dengan membuat keputusan-keputusan yang merugikan parti itu sendiri.
“Masalah PKR ini dia parti anak beranak...dia parti 3A inilah iaitu Anwar-Azmin-Azizah. Jadi kalau tiga-tiga ni letak jawatan akan selesailah masalah mereka ini.
“Jadi ini parti kroni, yang mana tidak sesuai atau sesiapa yang tidak sehaluan dengan 3A ini habislah,” kata beliau ketika ditemui AntaraPos.com
Rafizi petang tadi mengumumkan peletakan jawatan sebagai pembantu kanan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menyandang jawatan itu sejak 2009.
Biarpun Rafizi melalui akaun Twitter memerincikan keputusan tersebut atas dasar untuk memberikan tumpuan kepada ibadah puasa, namun sumber dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor menafikan perkara tersebut.
AntaraPos.com difahamkan peletakan jawatan itu ekoran beberapa isu dalaman yang tidak dipersetujui oleh banyak pihak bersabit dasar yang melibatkan keputusan kerajaan negeri dalam menguruskan Selangor.
Selain itu, keputusan Rafizi meletakkan jawatan turut dispekulasikan dengan krisis pejabat Menteri Besar Selangor yang kini berhadapan dengan desakan memecat Setiausaha Politik kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin.
Justeru, Zulkifli menyifatkan kekangan kuasa pejabat Menteri Besar Selangor termasuk pengaruh "besar" beberapa individu penting mengakibatkan PKR kini mula berpecah-belah.
“Kita perlu faham dalam PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah proksi pada Datin Seri Wan Azizah, jadi dia sangat kuat menyokong dan mendokong Wan Azizah, itu yang saya tahu. Jadi bila Faekah ni dikaitkan dengan Tan Sri Khalid dan Azizah, ia dikaitkan dengan Faekah.
“Sedangkan Rafizi dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, jadi sudah berlagalah.
“Saya tidak hairan kerana ini memang parti daripada dulu lagi daripada zaman Datuk Marina Yusof, daripada zaman Datuk Salahuddin Hasyim ketika menjadi setiausaha agung, kebanyakannya bermasalah dengan mereka," kata beliau lagi. - AntaraPos
Wednesday, June 13, 2012
RAFIZI OTAK LEMBU AKAN BERTANDING DI PARLIMEN PANDAN...?
OI LEMBU, ENGKAU DAH BUAT KIRA-KIRA BELUM...?
Berdasarkan statistik PRU12 (2008) diatas. Jika Ong Tee Keat lawan Rafizi pada PRU13 kali ini, siapa yang lebih layak untuk menang?
1. Ong lebih layak, kerana dia merupakan orang tempatan dan disenangi oleh penduduk setempat. Rafizi pula berasal dari Terengganu dan popularitinya dikatakan melonjak setelah berdebat dengan KJ.
2. Adakah Rafizi mendapat restu dari calon PKR terdahulu, Syed Shahir Syed Mohamud dan peringkat akar umbi jika beliau muktamad bertanding di Pandan?
3. Pandan boleh dikatakan sebagai kubu kuat BN, kerana sewaktu berlaku Tsunami PRU12 lalu BN hanya dapat bertahan di Parlimen Pandan selain Sepang, Tanjong Karang, Sungai Besar, Sabak Bernam.
4. Ada yang berpendapat Tsunami Politik PRU12 lalu sudah kembali reda dengan pengunduran Pak Lah dan ada yang mengatakan pengundi Melayu dan India kini kembali memihak kepada Barisan Nasional. Pengundi Cina tetap bersama Pakatan. Jika diamati keputusan PRU12 diperingkat Parlimen dan di peringkat DUN seperti diatas, Ong lebih layak atas faktor bangsa beliau.
5. Kegagalan Kerajaan Pakatan mentadbir urus Negeri Selangor dengan baik dan gagal untuk menepati janji manifesto lalu bakal merugikan Pakatan dan menguntungkan Barisan Nasional samada di peringkat Parlimen mahupun DUN.
PengundiBaharu: Aku pengundi di P100. Aku bersetuju untuk tidak bersetuju mengundi Rafizi!
Thursday, May 31, 2012
SPRM: SHAHRIZAT TIDAK TERLIBAT...
Shahrizat Jalil boleh menarik nafas lega. Isu utama yang menghantui karier politiknya sudah beres.
Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ,Tan Sri Dr Hadenan Jalil hari ini mengumumkan bahawa bekas Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat itu didapati tidak terlibat dalam proses keputusan memberi pinjaman RM250 juta kepada NFC.
NFC adalah syarikat yang dipimpin oleh suaminya Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail.
Hanedan berkata bekas menteri itu tidak terlibat dalam keputusan memberi kontrak kepada NFC.
Beliau memberitahu maka siasatan mengenai penglibatan Shahrizat ditutup.
Shahrizat telah letak jawatan sebagai menteri baru-baru ini menjelang suaminya didakwa di mahkamah atas kes NFC.
Beliau kini masih memegang jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.- AgendaDaily
PengundiBaharu: Kes Azmin Ali dibuka semula...
Subscribe to:
Posts (Atom)









































