Thursday, October 18, 2012

SAMM, SUARAM JELAJAH NEGARA TERANG ISU SCORPENE #SUARAKEADILAN #PKR




Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah gerakan aktivis anak muda akan bekerjasama dengan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) untuk menjelajah ke seluruh negara menerangkan Isu Skandal Scorpene, iaitu pembelian Kapal Selam negara yang melibatkan bukan sekadar kehilangan bilion wang negara tetapi turut melibatkan penjualan rahsia ketenteraan negara.
Pembelian yang melibatkan komisyen (rasuah) yang tinggi ini turut terkait dengan beberapa kes sensasi negara yang lain. Pada masa itu Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Menteri Pertahanan yang sudah tentu terlibat secara langsung dalam pembelian alatan ketenteraan tersebut.


Suaram telah membawa kes ini untuk dibicarakan di Peranchis. Panik dengan perkembangan itu regim penguasa telah menyerang Suaram kononya sebagai sebuah organisasi tidak berdaftar dan menerima dana asing... http://www.keadilandaily.com/?p=38019

Suaram: "Tidak ada perbicaraan Scorpene"
KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini mengesahkan tidak ada perbicaraan bersabit skandal pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia yang berlangsung di mahkamah Perancis. 
Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel mendakwa badan bukan kerajaan (NGO) tersebut sebelum ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan perbicaraan berkenaan namun menyifatkan ianya disalah erti oleh media tempatan.
"Semua kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini oleh Suaram menggunakan perkataan 'siasatan kehakiman' dan 'penyiasatan'.
"Tidak pernah Suaram menggunakan perkataan "perbicaraan' dalam kenyataan kepada umum sebelum ini," katanya kepada pemberita. 
Cynthia yang dilihat cuba mempertahankan Suaram berkata, hanya aduan tentang pembelian kapal selam Scorpene telah dibuat kepada mahkamah Perancis agar siasatan lanjut dapat dilakukan.
Suaram dalam laporan-laporan berita sebelum ini dilihat tekad untuk terus membongkar skandal Scorpene walaupun kerajaan mengenakan pelbagai tekanan ke atas pertubuhan itu.
"Dalam semua kenyataan sebelum ini, Suaram jelas menyatakan bahawa aduan yang difailkan pada akhir tahun 2009, telah membawa pendakwa Perancis untuk menyiasat bukti prima facie yang mencukupi agar siasatan dapat dilakukan di mahkamah terbuka," ujarnya.
Beliau selain itu menafikan badan tersebut cuba untuk mempengaruhi dan mengelirukan umum tentang perkembangan isu tersebut.
"Suaram juga tidak pernah mengelirukan rakyat Malaysia tentang perkembangan dan fakta kes Scorpene seperti yang didakwa oleh media yang dimiliki oleh kerajaan Barisan Nasional," tegasnya.
Baru-baru ini enam NGO tempatan membuat laporan polis bagi mendesak tindakan segera diambil terhadap Cynthia yang ingin membawa masuk dua peguam asing bagi memberi taklimat kepada ahli Parlimen mengenai isu pembelian kapal selam Scorpene.
Enam NGO terbabit ialah Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Jaringan Melayu Muda Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Lembaga Kesedaran Pencegah Jenayah serta Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna. - AntaraPos

PengundiBaharu: Kononnya SUARAM menerima dana asing...?

DENGAN SATU KLIK SAHAJA ANDA BOLEH DAPAT JAWAPANNYA... KLIK!

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...