Friday, April 12, 2013

BN RAMPAS KEMBALI SELANGOR DAN KEDAH? #BNPRU13 #PRU13



KUALA LUMPUR: Seorang pakar Feng Shui meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diperingkat kerajaan pusat serta merampas semula Selangor dan Kedah.

David Koh, 67, turut meramalkan BN akan meraih lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang berbanding semasa pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, BN dijangka menghadapi persaingan sengit di Negeri Sembilan dan Perlis, katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Koh pernah memberitahu Bernama TV beliau meramalkan pengundian PRU13 akan jatuh pada 5 Mei depan dan nyata tekaan beliau tepat apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh itu, semalam.

Biarpun ramai beranggapan ramalannya hanya sekadar 'tembak angin' namun Koh berkata ramalan itu berasas kerana ia menggunakan pengiraan Feng Shui dikenali sebagai 'Shi' yang membawa maksud perang.
"Selepas pembubaran pada 3 April lalu, kita ada 60 hari untuk mengadakan pilihan raya, jadi menurut formula Shi, sepanjang tempoh 60 hari itu akan ada satu hari yang akan berperang dan hari itu jatuh pada 5 Mei," katanya.

Koh berkata, BN banyak membuat perubahan drastik dengan beberapa kejayaan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam memenangi hati rakyat selepas negara mengalami tsunami politik pada 2008.

"Selama lima tahun ini kita dapat lihat pelbagai transformasi dilakukan oleh Perdana Menteri. Meramalkan siapa yang menang atau kalah padapilihan raya kali ini juga memerlukan ramalan yang berasas. Ia bukan bergantung kepada nasib tetapi berdasarkan usaha keras yang dilakukan oleh anggota politik itu sendiri untuk rakyat," katanya.

Beliau berkata, semua pihak perlu terima keputusan siapa menang atau kalah pada hari mengundi nanti dan percaya rakyat Malaysia kini lebih matang dan bijak dalam membuat keputusan. - BERNAMA

PengundiBaharu: Ramalan yang menyedihkan hati pencacai Pakatan terutama Cina DAP. Apapun, sesiapa pun boleh buat ramalan. Teruskan usaha menumbangkan Kerajaan Pakatan! Kepada Allah kita berserah!

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...