Saturday, July 27, 2013

FILEM TANDA PUTERA DISEKAT BEGITU LAMA, FILEM KOMUNIS "THE NEW VILLAGE" TERUS DIBENARKAN!


Oleh Ab Jalil Backer

Tiba-tiba sahaja muncul kontroversi filem The New Village arahan Wong Kew-Lit. Kontroversi ini berkisar kepada dakwaan bahawa filem ini cuba mengagung-agungkan komunis secara tersirat. The New Village khabarnya dirancangkan sebagai sebuah filem berbentuk epik – yakni rakaman sejarah negara.

Malangnya permulaan filem ini jelas menganggungkan komunis apabila menulis “Sesama peperangan anti-penjajahan Brtish.” Secara simboliknya ia membawa maksud Komunis adalah pejuang kemerdekaan negara. Berdasarkan video klip pembukaan ini jelas Pengarah Filem mempunyai niat mengangkat martabat perjuangan komunis daripada perjuangan idelogi kepada perjuangan kemerdekaan.
The New Village
Filem yang memaparkan kisah yang berlaku pada 1949, dimana Tanah Melayu ketika itu diisytihar darurat setelah peperangan berlaku antara pentadbiran tentera British dengan Parti Komunis Malaya. Seramai 500,000 penduduk Cina telah dipindahkan di 480 kem di seluruh Semenanjung Tanah Melayu untuk membendung aktiviti komunis. Akta Perkampungan Baru 1949 yang telah diwujudkan selama 40 tahun menceritakan bagaimana keluarga Hakka menjalani rutin harian mereka setelah British mengisytiharkan darurat.
Klasifikasi: NA
Genre: Sejarah
Tarikh Tayangan: 22 Ogos 2013
Bahasa: Mandarin
Pengedar: GSC MOVIES
Pengarah: Wong Kew-Lit
Pelakon: Lenna Lim, Kevin Soo, Teh Young, Kevin Soo, Jeff Chin, Khor Ewe Pin, Sam Chong, Bernard Hiew, Hui Mei
Trailler: http://www.cinema.com.my/movies/movie_contents.aspx?search=2012.8286.newvillage1949.15490&section=trailer

Filem ini sepatutnya dibuat berlandaskan sejarah. Ia sepatutnya menjadi satu titik penting dalam memberi maklum kepada generasi muda cina mengenai kejahatan ideologi komunis dan sikap tentera komunis sendiri yang sebenarnya lebih kejam daripada tentera British.
Pengarah The New Village tidak faham antara perjuangan kemerdekaan iaitu membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan dengan perjuangan menegakkan ideologi komunis di Tanah Melayu. Penduduk peribumi Tanah Melayu tidak pernah merestui perjuangan menegakkan ideologi komunis yang berkiblatkan Peking. Tapi apa hendak buat, Timbalan Presiden Parti Islam se-Malaysia pun anggap komunis pejuang kemerdekaan. Malangnya tiada siapa persoalkan apakah kelulusan Mat sabu untuk membuat tafsiran sedemikian. 
Komunis bukan pejuang kemerdekaan kerana majoriti pejuangnya adalah dari Tanah Besar China bukannya penduduk asal atau pribumi Tanah Melayu. Hakikat bahawa majoriti orang Melayu sendiri ketika itu menolak komunis menunjukkan mereka tidak diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.

Malangnya, filem ini dibuat bagi menyusup minda penonton secara halus bahawa komunis adalah pejuang kemerdekaan negara. Niat tersebut bukan sahaja jelas pada intro filem ini sahaja. Penggunaan bahasa Mandarin bukannya bahasa kebangsaan dalam filem ini juga mengukuhkan lagi prasangka orang ramai kepada filem ini.

Ini filem orang Cina Malaysia untuk mengangkat kaum cina yang menjadi tentera komunis di Tanah Melayu.

Sejarah Kampung Baru

Mengikut sejarah, KAMPUNG BARU dibuka semasa Darurat dari 1948 hingga 1960 sebagai strategi ketenteraan menentang Komunis di bawah Rancangan Briggs. Pada zaman Komunis bermaharajalela di Tanah Melayu mereka mendapat banya bantuan makanan dan perubatan daripada orang Cina yang tinggal di kampung-kampung, pinggir bandar dan berhampiran hutan.

Ada antara orang Cina ini merupakan simpati kepada perjuangan komunis atas dasar negara asal. Ada pula yang terpaksa membantu komunis kerana takut diseksa dan dibunuh.

Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Persekutuan Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab ialah Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs. Ini merupakan tindakan oleh kerajaan jajahan British untuk menyekat bekalan makanan serta ubat-ubatan daripada berjaya sampai ke tangan Parti Komunis Malaya yang pada masa itu berniat menguasai Persekutuan.

Antara tindakan yang dijalankan ialah dengan memindahkan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di Kampung Baru. 

Rancangan itu merangkumi pemindahaan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di Kampung Baru seperti di Jinjang supaya tidak diugut oleh Min Yuen untuk memberi maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan. Tujuannya semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen.

Kampung-kampung baru ini dipagar dengan kawat berduri serta dikawal oleh pasukan keselamatan. Penduduk Kampung Baru diberi banyak kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, tempat tinggal serta bekalan elektrik dan air paip.

Jumlah penduduk yang terbabit dalam rancangan ini adalah seramai 470,509 orang yang ditempatkan di 440 buah kampung baru. Persatuan Cina Malaya (MCA) yang ditubuhkan pada tahun 1949 banyak membantu usaha kerajaan menempatkan semula orang Cina.Seramai 500,000 penduduk Cina telah dipindahkan di 480 kem di seluruh Semenanjung Tanah Melayu untuk membendung aktiviti komunis.

Perak adalah negeri dengan bilangan terbanyak Kampung Baru Cina iaitu 134 buah berbanding negeri lain seperti Johor (84 buah) dan Pahang (55 buah). Antara ciri struktur dan fizikal Kampung Baru Cina adalah jalan grid yang seragam dan saiz kawasan rumah yang umumnya sebesar 60 x 80 kaki persegi (18 x 24 meter persegi). Kampung itu juga ditempatkan berdekatan dengan kemudahan awam dan berjauhan dengan laluan masuk dan keluar utama.

Dari segi demografi, terdapat sekurang-kurangnya lima negeri iaitu Selangor, Pahang, Pulau Pinang, Perlis dan Terengganu dengan lebih 90 peratus penghuni kampung baru terdiri daripada masyarakat Cina.

SILA DISLIKE VIDEO DI YOUTUBE INI TANDA BANTAHAN KITA!

2 comments:

  1. Hi Friends

    It is my great pleasure to suggest to all my Umno friends, we will get back Kerajaan Berdaulat only if we eliminate this Rotten Mohd Najib bin Abdul Razak from Umno and Government.

    Just say " Yes, Ahli Umno Titiwangsa " if you support the move.

    Ahli Umno Titiwangsa.

    ReplyDelete
  2. Kami yg tidak berblog ni mengharap agar isu ini jangan hangat sehari dua,blog2 dan pihak seperti perkasa,jati dan ngo2 lain kenalah menekan dan memprotes secara besar2an tanpa henti,sedarkan seluruh bangsa Melayu atas pengkhianatan ini

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...