Tuesday, March 11, 2014

KENYATAAN MEDIA: KENDERAAN BUKAN LAGI MILIK UPM. LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT. #PRKKAJANG


Bukan kenderaan UPM dalam kempen PRK DUN Kajang

SERDANG, 11 Mac – Universiti Putra Malaysia (UPM) menafikan tuduhan orang ramai yang mengatakan kenderaan UPM dilihat terlibat dalam kempen sebuah parti politik dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang.

UPM dalam kenyataannya berkata kenderaan jenis Naza Ria yang tertera perkataan Universiti Putra Malaysia pada bawah plat nombor pendaftaran kenderaan itu telah dijual secara sebut harga kenderaan terpakai dalam surat tawaran bertarikh 21 Oktober, 2013.

“Kami menasihatkan pemilik baru menukar plat nombor pendaftaran kenderaan yang tertera perkataan Universiti Putra Malaysia kerana ia bukan lagi milik UPM, sebaliknya milik individu persendirian.

“Kenderaan itu diserahkan kepada individu tersebut melalui surat penyerahan pada 23 Oktober, 2013. Sekiranya pemilik sekarang gagal menukar nombor pendaftaran itu, UPM akan mengambil tindakan undang-undang bagi mengelakkan penyalahgunaan nama baik universiti,” menurut kenyataan UPM lagi.

Sehubungan itu Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset, Pejabat Bendahari UPM telah membuat laporan polis mengenai salah guna nama UPM pada kenderaan itu pada hari ini, 11 Mac pukul 4.40 petang di Balai Polis Seri Serdang. - SUMBER




1 comment:

  1. PEMILIK NAZA RIA NI JENIS BAHLOL BANGANG SERUPA DENGAN PARTI YANG DI SOKONGNYA...JENIS BABI HUTAN.

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...