Sunday, August 17, 2014

MESYUARAT MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT BERLANGSUNG TANPA HADI AWANG #KRISISSELANGOR





Petaling Jaya – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang sedang berlangsung pada ketika ini.

PAS dikatakan hanya menghantar Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bagi mewakilkan Presiden dan ahli-ahli parti yang dilantik menyertai Majlis Pimpinan PR.

Ahli Majlis Pimpinan PR terdiri daripada ketua ketiga-tiga parti yang turut dianggotai oleh wakil dari setiap parti gabungan.

Menurut sumber Hadi enggan menghadiri mesyuarat tersebut kerana tidak bersetuju dengan keputusan untuk mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor bagi mengantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Walaupun PAS secara dasarnya bersetuju untuk memberikan dua nama sebagai calon MB Selangor, namun keputusan tersebut jelas tidak begitu disenanggi oleh kumpulan ulama yang sebelum ini menolak pencalonan Azizah.

“Contoh mudah, apabila Presiden enggan memberikan sebarang kenyataan akhbar sejurus selepas mesyuarat PAS pusat yang diadakan tadi, dan menyerahkan tugas tersebut kepada Mat Sabu selaku Timbalan Presiden” ujar sumber tersebut.

Menurut sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu, mesyuarat PAS pusat yang berlangsung sebentar tadi itu juga kecoh apabila beberapa kumpulan pro-Anwar yang dikatakan bertegas mahu nama Wan Azizah dikekalkan sebagai calon.

Sebelum ini, melalui Majlis Syura Pas memilih untuk mengekalkan Abdul Khalid.

Abdul Hadi dalam satu kenyataan sebelum ini turut menyokong keputusan Majlis Syura PAS itu selari dengan pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengekalkan Khalid.

4 comments:

  1. DAP ada 15 kerusi, PKR ada 13 kerusi dan tambah 2 org PAS yg sokong PKR. Total ada 30 ADUN. cukup utk majority dan mereka tak perlukan PAS lagi...

    PAS akan disingkirkan dari Pakatan Rakyat (Pakatan haram tak berdaftar) selepas PKR dapat kerusi MB...percayalah

    DAP & PKR dah tak percaya kpd PAS lagi

    ReplyDelete
  2. tak tau sejak bila wan azizah dapat dato'?

    ReplyDelete
  3. Mula2 tetapkan apa keputusan akan dibuat. Lepas tu bgtau bahawa keputusannya ialah TAK SAMA dengan keputusan presiden. Jd utk jaga air muka presiden, carik la helah supaya presiden tak akan disumpah oleh akar umbi kerana flip flop. So, skil terbaik ialah presiden jangan datang mesyuarat. SELAMAT nama presiden.... Boleh baca ma...

    ReplyDelete
  4. Kesiaan nik ajis dan hj hadii ... dipinggirkan .... BALA dari Allah telah kembali kep-ada Mereka yang menolak perpaduan umat Islam ... Syaitaan DAPigs bergembira apabila anwarinas bersama mereka memusnahkan Islam... Tunggulah percambahan pusat maksiat Tajaan Kerajaan Muafakatan Rakyat yang di Imami oleh PAS al dajjal ....

    R.I.P PAS

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...