INI BERITA DARI HARAKAHDAILY
Himpunan (Harakah menggarkan
hampir 10 ribu) itu bagaimanapun dicemari dengan insiden tangkapan dan semburan watercanon oleh pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan FRU.
Beberapa petugas Unit Amal PAS dan orang ramai ditangkap di hadapan Masjid Tabung Haji ketika pihak polis cuba menyuraikan himpunan tersebut selepas selesai menyerahkan memorandum.
Polis didakwa menggunakan kekerasan dengan memukul, menyepak dan memaki peserta himpunan dan difahamkan tujuh ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.
Gambar dari HarakahDaily, dianggar hampir 10 ribu!
DAN INI BERITA DARI MALAYSIAKINI
Polis melepaskan tembakan meriam air ke atas
kira-kira 3,000 rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan di luar kedutaan Amerika hari ini, menuntut supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan.
Beliau diminta mengulas tindakan lebih 2,000 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perarakan dan perhimpunan haram di pekarangan pejabat Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak hari ini bagi mendesak negara itu supaya tidak campur tangan serta menyatakan pendiriannya dalam pergolakan di Mesir.
INI PULA BERITA DARI AGENDADAILY
Satu demonstrasi anti Hosni Mubarak anjuran PAS di depan Kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat sepatutnya berjalan aman dan bersurai sekitar jam 3 petang.
Namun ada di kalangan
sekitar 3,000 yang menyertainya sudah buat kecoh cuba provokasi dipercayai goncang trak polis sewaktu hendak bersurai.
Ini mencetuskan kekecohan seketika hingga pihak FRU terpaksa guna meriam air untuk menyuraikan kira-kira 400 orang yang berdegil terus nak melawan polis depan bangunan Tabung Haji tidak jauh dari bangunan Kedutaan Amerika.
Antara pemimpin PAS yang hadir dalam demo itu ialah Naib Presiden Salahudin Ayub dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Mereka serahkan satu memorandum kepada wakil Duta Amerika.
Waktu hendak bergerak bersurai selepas itu kekecohan timbul. Beberapa orang telah ditahan. Keadaan akhirnya reda sekitar jam 3.45 petang.
Gambar dari AgendaDaily, Betul ke 10 ribu?