Friday, July 22, 2011

Pelawok, Pelawok, Pelawok! (Penipu, Penipu, Penipu!)



Kenyataan Mat Sabu 11 Julai 2011 di MalaysiaKini rujuk: http://malaysiakini.com/news/1​69590
Mat Sabu: Land Rover polis rempuh saya

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.

Melawat Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam dengan berkerusi roda, pemimpin yang selalu ceria itu kelihatan serius menceritakan kembali pengalamannya itu.

Mohamad (kiri) berkata, ketika dalam perjalanan dari Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.

Ketika itu, tambahnya, beliau tidak tahu bahawa kenderaan itu dipandu pihak polis.

Dalam sidang media itu, Mohamad berkata, setelah terjatuh di jalan, beliau dan penunggang motosikal itu dibawa dengan Land Rover itu ke klinik di Jinjang sebelum kes itu dirujuk ke hospital.

Kenyataan Media oleh Mat Sabu 22 Julai 2011 di Suara Keadilan rujuk: http://www.keadilandaily.com/?​p=17264
Polis bohong, saya dirempuh Proton Waja, bukan Pajero- Mat Sabu

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menggesa pihak polis menarik semula kenyataan bahawa beliau membuat tuduhan palsu dilanggar kenderaaan polis pada 9 Julai lalu, atau berdepan tindakan saman.

Ketika dihubungi Keadilandaily, Mohamad berkata beliau dirempuh kereta Proton Waja polis, dan bukan kenderaan Pajero seperti yang didakwa pasukan keselamatan itu.

Katanya, perkara itu turut dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat beliau pada 14 Julai lalu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

“Saya minta tarik balik pembohongan, kalau tidak kita akan saman polis dan Datuk Salleh Mat Rashid (Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman) kerana melakukan fitnah,” katanya kepada Keadilandaily.

Berdasarkan rakaman CCTV yang ditayangkan polis, katanya, rakaman itu juga menunjukkan sebuah kereta Proton Waja mengekori Pajero terbabit ketika sedang mengejar motosikal yang diboncengnya ketika itu.

“Dalam video polis, yang tidak ditunjuk adalah kereta Waja yang di belakang kereta Pajero yang melanggar motosikal itu,”

“Kereta Waja yang cross itu (yang melanggar),” kata beliau.

Ketika ditanya laporan media 11 Julai lalu yang mengatakan beliau dilanggar Pajero polis, Mat Sabu berkata terdapat berbagai pandangan pada masa itu.

” Tetapi selepas bertanya kepada penunggang saya, kereta Waja itu yang melanggar,” katanya.

Polis semalam dilapor tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas Mat Sabu kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman,Datuk Salleh Mat Rashid, berkata dakwaan itu tidak mempunyai kebenaran. Malah polis juga tampil dengan rakaman CCTV menunjukkan Mat Sabu terjatuh dari kenderaan selepas terlanggar ‘fender’ Pajero.

Namun, rakaman CCTV itu juga menunjukkan sebuah proton Waja mengekori rapat di belakang Pajero berkenaan, sebelum dikatakan merempuh motosikal dinaiki Mat Sabu.

Pada masa itu motosikal yang diboncengnya, sudah terbabas ke tengah jalan ketika Pajero itu melepasi mereka.

Namun bahagian rakaman di mana Proton Waja itu dikatakan melanggar Mohamad, tidak ditunjukkan oleh pihak polis.

MAT SABU (MAMAT SYIAH) PEMBOHONG!

3 comments:

  1. Rasullullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH tidak mencabut ILMU daripada manusia, tetapi akan mencabut ILMU daripada para Ulama. Sehingga jika Ulama itu tidak ada, maka jadilah manusia itu dibawah pimpinan mereka yg BODOH, lalu org2 itu diberikan pertanyaan2 yg akan dijawab tanpa ILMU, sehingga sesatlah mereka serta menyesatkan yg lain.

    ReplyDelete
  2. Kalau Pemimpin Tertinggi nya pun boleh berbohong dengan muka seposen... bayangkan pengikutnya pemimpin seperti ini...spesis apa la agak nya Mat Syabu nih...

    ReplyDelete
  3. mat sabu tengah koya syabu..sebab tu tak ingat pajero atau waja yang langgar..dlm video jelas mat sabu mula terjatuh bila pajero telah melepasi dan waja belum melepasi beliau...sendiri jatuh mau salah kan orang..kejinya orang bernama mat sabu ni..elok nama ni diberi kepada monyet yang kijenya menjatuhkan buah kelapa....

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...