Wednesday, September 28, 2011

NAMEWEE LANCAU2.0 mengamuk di Pejabat Utusan!





Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee...

Oleh Fauziah Arof
MELIHAT reaksi orang ramai mengenai filem sulung arahan Namewee, Nasi Lemak 2.0 yang dikatakan mereka sebagai sebuah filem ‘komedi sosial’ yang baik lagi menghiburkan, ia tidak sedikit pun menarik minat saya untuk menonton filem tersebut.

Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini, walaupun dibarisi oleh nama-nama selebriti handal yang saya kagumi seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, apatah lagi melanggannya di Astro First apabila filem itu habis ditayangkan kelak.
Sebabnya, bukan kerana filem Nasi Lemak 2.0. Tetapi kerana si pengarah dan penulis skripnya yang banyak mengguris hati rakyat Malaysia sebelum ini.

Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor ini pernah dengan lagu Negarakuku, memperlekeh negara dan menghina wanita Islam bertudung dan azan subuh.
Selepas itu, dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk Kawanku menghina Melayu dengan lirik ‘Melayu Balik Hutan Jadi Sakai’.

Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah.
Sekarang, Namewee melalui Nasi Lemak 2.0 pula menyifatkan, filem lakonannya itu adalah aspirasi 1Malaysia, yang melambangkan penyatuan dan perpaduan kaum di negara ini.

Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada. Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di YouTube.
Namun ‘perjalanan seni’ anak muda ini boleh disifatkan luar biasa, kerana setelah apa yang dilakukannya, peliknya dia masih diberi peluang berjumpa seorang menteri, dan tiada tindakan yang diambil terhadapnya.

Dan dia yang banyak ‘diberi muka’ ini juga dengan yakinnya mahu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula untuk menyokongnya berkarya atas nama 1Malaysia.
Siapa dia Namewee ini, apa keistimewaan dan kekebalannya? Jawapannya, lelaki ini telah menyakiti hati ramai orang terutamanya orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Seperti yang ditegaskan, saya tiada masalah dengan filem Nasi Lemak 2.0. Saya menyokong filem tempatan dan tidak kisah mengeluarkan wang menonton filem Melayu di pawagam.
Apabila memperkatakan tentang filem berunsurkan 1Malaysia, bukan filem Nasi Lemak 2.0 sahaja mempunyai aspirasi ini. Saya juga telah menonton filem Estet di pawagam.

Estet arahan Mamat Khalid ini menggabungkan kehidupan semua kaum di negara ini yang saling hormat-menghormati dan membantu antara satu sama lain dalam sebuah kampung.
Dan saudara Mamat kita ini, tidak heboh pun dengan mengangkat filem tersebut sebagai filem 1Malaysia!


NAMEWEE CAKAP UTUSAN
RASIS SEBAB NI?
LANCAU2.0 LU LA NAMEWEE!

1 comment:

  1. Aku tgk peminat namawee sangat desperate , menggunakan 1Malaysia dengan filemnya , mengatakan filemnya sebagai harmoni antara kaum adalah satu kenyataan yang sgt bodoh bak kata orang zaman sekarang over-sales . Setuju pengarang utusan mamat khalid rilek je tak payah buat kenyataan desperate yang mengatakan ianya filem yang berbilang bangsa dan.

    Lagipun untuk hidup berbilang kaum dan hidup harmoni ialah kita harus menghormati walaupun berlainan bangsa dan agama , sedangkan namawee sendiri tidak mengamalkannya , menghina azan , menghina orang melayu kononnya lembab .

    namawee adalah satu contoh golongan yang banyak tumbuh dibumi Malaysia ini yangmana dia merasakan hanya diri mereka sahaja yang bagus , dan akan menghina sesiapa yang buat diri dia tak berasa senang . Contoh lagu untuk utusan adalah lambang otak dangkal namawee . 1Malaysia yeaaa tapi semua tu dalam filem dan hanya untuk lakukan filem dia sahaja tapi takde amalan sahaja . dengan lagu f**k utusan ni oleh namawee , utusan sememangnya betul !!!

    hrmm lagipun apa kena mengena racist dengan artikel utusan ni ... memang bodoh namawee tak faham bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan Malaysia .

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...