Monday, May 6, 2013

PASCA PRU13: CADANGAN UNTUK PAKATAN PAKATAN DARI PENYOKONG


1. Satukan semua parti komponen Pakatan Rakyat kepada PAS.. 

2. DAP sebagai ketua pembangkang pasti akan dituduh macam-macam.. Walaupun admin tetap akan mengundi DAP, tapi perspektif masyarakat melayu kebanyakannya pasti terjejas.

3. Jika dibiarkan, selama 5 tahun pelbagai fitnah baru untuk DAP akan digunakan..

4. Jika semuanya adalah PAS, orang melayu dan muslim pasti lebih yakin untuk mengundi PAS..

5. Kita lihat semua bangsa dan agama mula menerima Islam, kerana pemerintahan Kelantan selama lebih 20 tahun sangat membanggakan. Pulau Pinang juga menunjukkan DAP menjaga kebajikan orang Islam dan agama lain..

6. Jika semua adalah PAS, fitnah perkauman dan agama tidak lagi valid..


Pengundi Baharu: Tu dia... Pencacai angkat taik DAP mahu Pakatan guna simbol PAS sahaja.


2 comments:

  1. Pakatan Pembangkang sudah menang serta mengekalkan kuasa di Selangor,P.Pinang dan Kelantan jadi jangan lagi kata tidak ada demokrasi...Tunaikan segalah JANJI PRU13....Sebelum PRU14.. Kepada Penyokong DAP,PKR atau PAS kalau ada masalah banjir,Jambatan roboh,Parit Tersumbat,Tiada Bekalan Air, Bantuan buku sekolah anak-anak jangan cari Pengerusi JKKK untuk tanda tangan borang permohonan TETAPI pergi cari LIM KIT Siang, HADI Awang, Anwar... Disyorkan BR1M ditamatkan cuma bagi kat penyokong BN sahaja.. Kepada Kerajaan BN jangan bagi Bajet Pembangunan kepada Kawasan BN kalah sebab rakyat kawasan tersebut tidak perlukan bantuan kerajaan BN. Oleh: JIka aku Jadi PM.

    ReplyDelete
  2. Pandangan saya, dalam keadaan ini beberapa perubahan/transformasi besar harus dilakukan UMNO segera. Antara yg utama:
    1) Anjakan paksi perjuangan UMNO drpd Melayu kepada Islam, tanpa meminggirkan Melayu sebagai bangsa teras Islam di negara ini. Harus bermula dengan penubuhan Majlis Syura UMNO yang memandu perjalanan parti. Perjuangan mempertahankan Islam dan Perlembagaan diperteguhkan pada peringkat ini
    2) Pembukaan keahlian penuh UMNO kepada Cina Muslim, India Muslim, dan Bumiputera Muslim lain seperti Siam, Orang Asli, serta suku2 di Sabah & Sarawak, berbanding sekadar ahli bergabung kini. Sayap khusus untuk setiap kelompok ini diwujudkan demi memperjuangkan hak masing-masing. Parti-parti Bumiputera di Sabah & Sarawak dijemput bergabung dalam satu Gagasan Mega ini
    3) UMNO harus menjuarai isu hudud dan negara Islam, berbanding PAS yang semakin tenggelam. Pelaksanaan secara hemah dan tertib amat penting, mengambil kira kewujudan masyarakat non-Muslim. Ini juga mendekatkan penyatuan UMNO-PAS.
    4) Berdasarkan perubahan 1, 2 dan 3 di atas, Cadangan penukaran nama asal UMNO kepada United Muslim & Native Organisation/ Pertubuhan Muslim & Bumiputera Bersatu
    5) Imbangan perubahan kepada parti komponen BN yang lain. Dengan UMNO kekal sebagai teras, parti lain harus berusaha kuat memahamkan kaum diwakili masing-masing supaya menerima realiti dan kemahuan masyarakat majoriti tanpa hak minoriti ini diambil
    6) Setelah pihak minoriti akur, usaha dakwah kepada mereka harus digiatkan dan mereka diajak menyertai pihak majoriti dengan menerima Islam. Penyusunan ekonomi dan lain-lain sesama masyarakat Islam adalah lebih mudah.
    7) Pergi lebih jauh dr itu, keadaan ini akan menjadi teras kekuatan baru di peringkat global yg memungkinkan keupayaan kita utk memecahkan penguasaan negara2 maju dengan adunan harmoni masyarakat berbilang kaum ini
    Persoalannya beranikah UMNO melakukan perubahan ini?

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...