1. Satukan semua parti komponen Pakatan Rakyat kepada PAS..
2. DAP sebagai ketua pembangkang pasti akan dituduh macam-macam.. Walaupun admin tetap akan mengundi DAP, tapi perspektif masyarakat melayu kebanyakannya pasti terjejas.
3. Jika dibiarkan, selama 5 tahun pelbagai fitnah baru untuk DAP akan digunakan..
4. Jika semuanya adalah PAS, orang melayu dan muslim pasti lebih yakin untuk mengundi PAS..
5. Kita lihat semua bangsa dan agama mula menerima Islam, kerana pemerintahan Kelantan selama lebih 20 tahun sangat membanggakan. Pulau Pinang juga menunjukkan DAP menjaga kebajikan orang Islam dan agama lain..
6. Jika semua adalah PAS, fitnah perkauman dan agama tidak lagi valid..
Pengundi Baharu: Tu dia... Pencacai angkat taik DAP mahu Pakatan guna simbol PAS sahaja.
Buat masa dia nihlah top #1 dalam Parti Ada Spender
NEXT????
PengundiBaharu: Jawapan standart cacai "Ini semua salah UMNO!", "UMNO amalkan politik kotok!" bla bla bla... sampaikan, Mustapa Ali pegang spender depan kamera pun salah UMNO! Ahli Majlis tertinggi Kedah 'zina tangan' depan kamera pun salah UMNO! Anwar sedap-sedap pun semua salah UMNO...
Namun ianya berubah sekelip mata pada pandangan Pencacai Anwar selepas Bapa Saiful mendakwa 'Liwat2' hanya cerita rekaan untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim dan mohon maaf.
Skrip apa yang bapa saiful baca tu? Siapa yang tulis untuk dia? Kenapa yang ayah saiful yang minta maaf pula? Adakah Anwart elah meliwat Bapa Saiful, Azlan????
Kenapa Saiful Bukhari tidak menjadi lalang seperti ayahnya, dia tetap istiqamah dalam perjuangannya menentang Anwar Ibrahim!
PengundiBaharu: Kaki judi? Hinanya ayah Saiful di mata pencacai pembangkang!
1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.
2. Demi Allah, Agama Bangsa dan Negara tercinta, Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan, sehingga ke akhir hayat.
3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah 5tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.
4. Saya juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.
4. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi.
5. Walau apapun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH SWT..yang benar tetap benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun.
6. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg menjadi mangsa.
7. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.
8. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim ini.
9. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan.
Akan terus Doa, Istiqamah dan Sabar
(MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN)
PengundiBaharu: Teruskan perjuangan menentang Anwar pengkhianat!
Pekan, 1 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah telah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum ini.
Perdana Menteri berkata beliau telah memberi mandat kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi.
Najib turut mengesahkan dua anggota keselamatan Malaysia terbunuh dan tiga lagi cedera manakala 10 hingga 12 anggota kumpulan penceroboh itu terbunuh.
"Mereka (polis dan tentera) akan diberi kuasa sepenuhnya untuk bertindak dengan apa saja mengikut budi bicara mereka tetapi kumpulan ini mesti ditumpaskan dan mereka mestilah diambil tindakan yang sepatutnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
"(Kini) sama ada mereka (penceroboh) menyerah diri atau mereka terima apa jua kesan daripada tindakan mereka," kata Najib.
Perdana Menteri berkata kumpulan itu kini dikepung sepenuhnya dan pasukan tentera laut negara telah meningkatkan tahap keselamatan di perairan bagi mengelakkan kumpulan itu melarikan diri. Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu kerana sepatutnya pertumpahan darah mahu dielak daripada berlaku, akibatnya kini negara kehilangan dua anggota keselamatan. -BERNAMA
MUAR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama ada berani mengeluarkan fatwa mengharamkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut mencabar pemimpin tertinggi PAS itu mengeluarkan satu lagi fatwa bahawa mereka yang menerima BR1M juga haram.
"Jika mereka tidak haramkan ini bermakna apa yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah kerja amal dan untuk membantu rakyat supaya lebih sejahtera, bahagia, dan boleh gunakan bantuan itu untuk menguruskan keperluan keluarga mereka," katanya.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini meneruskan serangannya terhadap Barisan Nasional (BN) apabila menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mirip habuan yang diberikan oleh Firaun kepada orang Mesir.
Beliau berkata dana BR1M yang diberikan adalah hak rakyat justeru kerajaan BN tidak berhak untuk menuntut nama melalui pemberian itu.
"Cerita BR1M ini bukan cerita baru, Firaun pernah bagi BR1M. Kekayaan digunakan untuk menyesatkan rakyat. Firaun berucap, 'aku sebagai raja di Mesir, air sungai yang mengalir ke kampung, ini adalah projek aku'.
"BR1M adalah hak rakyat, bukan duit BN," kata beliau ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di sini, hari ini.
Beliau dalam ucapannya pada sebuah majlis sambutan Tahun Baru Cina di Alor Setar baru-baru ini juga mendakwa program bantuan tunai BR1M yang dilaksanakan kerajaan bertujuan untuk memancing undi selain menyifatkan penerima bantuan tersebut sebagai bodoh.
Kenyataan Hadi itu disifatkan sebagai senada dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang membayangkan pemberian BR1M umpama memberi makanan kepada haiwan. - AntaraPos
PengundiBaharu: Rakyat secara keseluruhannya termasuk pencacai PAS di hina oleh Ulamak Politik...!
Kelmarin Anwar turun ke Bangsar, kalau tengok sambutan memang hebat. Jauh betul bezanya dari sambutan semasa Anwar turun ke Taman Sri Sentosa tempoh hari. Masa Anwar turun Taman Sri Sentosa tempoh hari, tak sampai 500 orang turun sehinggakan PKR Lembah Pantai kena maki dengan Anwar. Anwar tengking, "Kalau crowd tak sampai 5 ribu, jangan jemput aku turun!!"
Kali ni nampaknya Nurul Izzah dah belajar dari kesilapan. Untuk elak dari dimaki Anwar lagi, Nurul Izzah dah atur awal-awal untuk import orang dari luar sehinggakan orang Selangor pun diangkut beramai-ramai untuk memenuhkan majlis. Lebih 20 biji bas digunakan untuk mengangkut orang luar ke Bangsar!
Aku kebetulan ada kat situ, saja je lah cucuk-cucuk nak dapat info. Aku saja sembang-sembang dengan auntie India yang baru turun bas nak korek maklumat.
"Auntie, saya datang sini dia bagi RM20 saja, auntie dapat berapa?"
Auntie tu jawab, "Itu you sudah kena tipu. Mesti orang you ambik duit. Saya dapat RM50."
Ooooooh, dapat RM50 seorang rupanya nak datang ke ceramah Anwar.
"Auntie datang dari mana?"
Auntie tu jawab lagi, "Saya datang dari PJ."
Uissshhh, orang Selangor rupanya. Bukannya orang Lembah Pantai pun!
Patutpun ceramah Anwar nampak macam ramai orang, penuh dengan orang luar rupanya!
Boleh tengok sendiri video dan gambar-gambar di bawah sebagai bukti:
Kecoh di belah sana apabila beberapa blogger pro-pembangkang seperti AnakSungaiDerhaka mempersoalkan baju yang dipakai oleh Datuk Seri Najib ini:
Menurut beberapa komen daripada Facebook apabila melihat gambar di atas, Najib DIDAKWA telah memakai pakaian untuk cina mati dan bukan untuk perayaan Tahun baru cina.
Malah salah satu daripada komen tersebut turut memberi pautan sebuah laman web www.yingruixiang.com, sebuah syarikat di China yang pakar dalam menyediakan pakaian dan kelengkapan untuk upacara kematian China.
Oklah, link www.yingruixiang.com PengundiBaharu tak boleh buka kerana keluar mesej berikut:"HTTP Error 503. The service is unavailable.". Kita selidik link lain untuk kepastian.
Kalau diamati link http://shop65217672.taobao.com/ sepertimana yang dilampirkan oleh Tiery Harry II menunjukkan baju yang dikata hampir sama dengan apa yang dipakai oleh Datuk Seri Najib itu sememangnya dijual bersama dengan alatan kematian seperti Keranda DLL.
Berikut adalah paparan website tersebut:
TETAPI,
kita mahu tahu juga adakah pakaian orang yang di bulatkan dibawah ini memakai baju tradisional cina atau baju cina mati? Corak, warna dan fashion hampir sama.
Zalim betul PAS... dah tahu ada kecemasan pengunjung diserang sakit jantung pun depa masih meneruskan ceramah politik di Pengkalan Pegoh, Perak semalam.
Tak sensitif langsung, takde sikap prihatin dengan nasib penyokong sendiri. Kepentingan politik lebih diutamakan berbanding nyawa rakyat.