Saturday, July 27, 2013

BANTAHAN TERHADAP "THE NEW VILLAGE" MENULAR DI FACEBOOK! @NajibRazak @shaberyc

SELEPAS YOUTUBE "THE NEW VILLAGE" DAN KINI MENDAPAT SERIBU TIGA RATUS LEBIH DISLIKE



KINI FACEBOOK "THE NEW VILLAGE" PULA DISERANG



Menurut komen dari pengunjung bernama Coral Wong, dia berkata:

"i'm Chinese but not supporting this film"

Nett Adnan pula, dia berkata:

"Provokasi.... Pagi jahanam komunis..jgn bangkitkan api kemarahan MELAYU"


Di facebook Menteri di Kementerian Komunikasi Dan Multimedia pula, Menteri ini menyatakan bahawa Kerajaan sudah pun meminta FINAS Menjawab berkenaan filem kontoversi ini:



PengundiBaharu: Mana pergi suara Orang Melayu pembangkang? Sayang sangat pada DAP Komunis tu ya... Takut tak dapat undi PRU14 nanti.

FILEM TANDA PUTERA DISEKAT BEGITU LAMA, FILEM KOMUNIS "THE NEW VILLAGE" TERUS DIBENARKAN!


Oleh Ab Jalil Backer

Tiba-tiba sahaja muncul kontroversi filem The New Village arahan Wong Kew-Lit. Kontroversi ini berkisar kepada dakwaan bahawa filem ini cuba mengagung-agungkan komunis secara tersirat. The New Village khabarnya dirancangkan sebagai sebuah filem berbentuk epik – yakni rakaman sejarah negara.

Malangnya permulaan filem ini jelas menganggungkan komunis apabila menulis “Sesama peperangan anti-penjajahan Brtish.” Secara simboliknya ia membawa maksud Komunis adalah pejuang kemerdekaan negara. Berdasarkan video klip pembukaan ini jelas Pengarah Filem mempunyai niat mengangkat martabat perjuangan komunis daripada perjuangan idelogi kepada perjuangan kemerdekaan.
The New Village
Filem yang memaparkan kisah yang berlaku pada 1949, dimana Tanah Melayu ketika itu diisytihar darurat setelah peperangan berlaku antara pentadbiran tentera British dengan Parti Komunis Malaya. Seramai 500,000 penduduk Cina telah dipindahkan di 480 kem di seluruh Semenanjung Tanah Melayu untuk membendung aktiviti komunis. Akta Perkampungan Baru 1949 yang telah diwujudkan selama 40 tahun menceritakan bagaimana keluarga Hakka menjalani rutin harian mereka setelah British mengisytiharkan darurat.
Klasifikasi: NA
Genre: Sejarah
Tarikh Tayangan: 22 Ogos 2013
Bahasa: Mandarin
Pengedar: GSC MOVIES
Pengarah: Wong Kew-Lit
Pelakon: Lenna Lim, Kevin Soo, Teh Young, Kevin Soo, Jeff Chin, Khor Ewe Pin, Sam Chong, Bernard Hiew, Hui Mei
Trailler: http://www.cinema.com.my/movies/movie_contents.aspx?search=2012.8286.newvillage1949.15490&section=trailer

Filem ini sepatutnya dibuat berlandaskan sejarah. Ia sepatutnya menjadi satu titik penting dalam memberi maklum kepada generasi muda cina mengenai kejahatan ideologi komunis dan sikap tentera komunis sendiri yang sebenarnya lebih kejam daripada tentera British.
Pengarah The New Village tidak faham antara perjuangan kemerdekaan iaitu membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan dengan perjuangan menegakkan ideologi komunis di Tanah Melayu. Penduduk peribumi Tanah Melayu tidak pernah merestui perjuangan menegakkan ideologi komunis yang berkiblatkan Peking. Tapi apa hendak buat, Timbalan Presiden Parti Islam se-Malaysia pun anggap komunis pejuang kemerdekaan. Malangnya tiada siapa persoalkan apakah kelulusan Mat sabu untuk membuat tafsiran sedemikian. 
Komunis bukan pejuang kemerdekaan kerana majoriti pejuangnya adalah dari Tanah Besar China bukannya penduduk asal atau pribumi Tanah Melayu. Hakikat bahawa majoriti orang Melayu sendiri ketika itu menolak komunis menunjukkan mereka tidak diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.

Malangnya, filem ini dibuat bagi menyusup minda penonton secara halus bahawa komunis adalah pejuang kemerdekaan negara. Niat tersebut bukan sahaja jelas pada intro filem ini sahaja. Penggunaan bahasa Mandarin bukannya bahasa kebangsaan dalam filem ini juga mengukuhkan lagi prasangka orang ramai kepada filem ini.

Ini filem orang Cina Malaysia untuk mengangkat kaum cina yang menjadi tentera komunis di Tanah Melayu.

Sejarah Kampung Baru

Mengikut sejarah, KAMPUNG BARU dibuka semasa Darurat dari 1948 hingga 1960 sebagai strategi ketenteraan menentang Komunis di bawah Rancangan Briggs. Pada zaman Komunis bermaharajalela di Tanah Melayu mereka mendapat banya bantuan makanan dan perubatan daripada orang Cina yang tinggal di kampung-kampung, pinggir bandar dan berhampiran hutan.

Ada antara orang Cina ini merupakan simpati kepada perjuangan komunis atas dasar negara asal. Ada pula yang terpaksa membantu komunis kerana takut diseksa dan dibunuh.

Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Persekutuan Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab ialah Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs. Ini merupakan tindakan oleh kerajaan jajahan British untuk menyekat bekalan makanan serta ubat-ubatan daripada berjaya sampai ke tangan Parti Komunis Malaya yang pada masa itu berniat menguasai Persekutuan.

Antara tindakan yang dijalankan ialah dengan memindahkan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di Kampung Baru. 

Rancangan itu merangkumi pemindahaan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di Kampung Baru seperti di Jinjang supaya tidak diugut oleh Min Yuen untuk memberi maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan. Tujuannya semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen.

Kampung-kampung baru ini dipagar dengan kawat berduri serta dikawal oleh pasukan keselamatan. Penduduk Kampung Baru diberi banyak kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, tempat tinggal serta bekalan elektrik dan air paip.

Jumlah penduduk yang terbabit dalam rancangan ini adalah seramai 470,509 orang yang ditempatkan di 440 buah kampung baru. Persatuan Cina Malaya (MCA) yang ditubuhkan pada tahun 1949 banyak membantu usaha kerajaan menempatkan semula orang Cina.Seramai 500,000 penduduk Cina telah dipindahkan di 480 kem di seluruh Semenanjung Tanah Melayu untuk membendung aktiviti komunis.

Perak adalah negeri dengan bilangan terbanyak Kampung Baru Cina iaitu 134 buah berbanding negeri lain seperti Johor (84 buah) dan Pahang (55 buah). Antara ciri struktur dan fizikal Kampung Baru Cina adalah jalan grid yang seragam dan saiz kawasan rumah yang umumnya sebesar 60 x 80 kaki persegi (18 x 24 meter persegi). Kampung itu juga ditempatkan berdekatan dengan kemudahan awam dan berjauhan dengan laluan masuk dan keluar utama.

Dari segi demografi, terdapat sekurang-kurangnya lima negeri iaitu Selangor, Pahang, Pulau Pinang, Perlis dan Terengganu dengan lebih 90 peratus penghuni kampung baru terdiri daripada masyarakat Cina.

SILA DISLIKE VIDEO DI YOUTUBE INI TANDA BANTAHAN KITA!

Friday, July 26, 2013

HOT RAMADHAN: ULAMAK PAS HINA PENGUNDI KUALA BESUT KERANA KALAH!


Kuala Besut : ‘Kuala Ujian’

Saya membaca keputusan Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut melalui akhbar tempatan hari ini yang menyaksikan PAS gagal menawan DUN Kuala Besut daripada penguasaan UMNO/Barisan Nasional. Dalam erti kata lain, tawaran PAS kepada rakyat Kuala Besut untuk posisi 16 : 16 ditolak oleh rakyat DUN Kuala Besut yang mengambil keputusan untuk terus memangkah UMNO kelmarin.

Saya secara peribadi tidak terkejut dengan keputusan ini. Pengalaman saya turun beberapa kali membantu calon PAS berkempen dalam pilihanraya kecil ini termasuk meninjau suasana hari pengundian memberikan gambaran kepada saya suasana kehidupan masyarakat di DUN ini. Kehidupan rata-rata rakyat Kuala Besut yang mencari pendapatan sebagai nelayan memberikan peluang yang cerah kepada UMNO/Barisan Nasional menabur sebanyak mungkin projek dan habuan wang ringgit.

Inilah rahsia sebenar kekuatan UMNO. Kesusahan dan kesempitan hidup rakyat diambil kesempatan sehabis mungkin bagi memberikan kemenangan kepada mereka. Perhatikan sahaja di seluruh Malaysia ini, kesemua ibu negeri ditawan oleh Pakatan Rakyat kecuali dua sahaja jatuh ke tangan Barisan Nasional. Secara logiknya, ibu negeri tentulah tempat berhimpunnya tenaga cerdik pandai dan berpendidikan tinggi. Dan di sinilah UMNO/Barisan Nasional gagal kerana kekuatan wang dan kebendaan ada sempadannya.





PengundiBaharu kata: "UMNO tolong salah, tak tolong salah. Serba tak kena dimata Nik Aziz."

Di sinilah letaknya tugas PAS selaku parti yang membawa mesej perjuangan Islam. Di Kuala Besut yang rata-rata penduduknya bergantung kepada pencarian mata pendapatan cara kampung berada dalam tekanan hidup yang tinggi dan sukar untuk membuat pilihan yang terbaik untuk taraf kehidupan mereka sendiri dalam jangka masa panjang. Apatah lagi untuk berfikir demi kepentingan agama. Pada saya, apa yang disebut sebagai penyakit ghaplah (lalai) merajai benak fikir rata-rata penduduk sehingga mengenepikan tanggungjawab terhadap agama mereka sendiri.


Inilah tugas gerakan Islam. Menyambung tugas Rasulullah SAW yang memikul tugas menghapuskan penyakit ghaplah ini. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.” – Surah Yasin, ayat 6.

Perbezaan utama Kuala Besut dengan Pasir Puteh di Kelantan ialah budaya ilmu. Daripada budaya ilmu inilah akan lahirnya masyarakat yang sentiasa beringat-ingat tentang dosa dan pahala. Sebab itu di antara perkara terawal yang dilakukan di Kelantan setelah PAS mengambil alih teraju pemerintahan pada tahun 1990 ialah menubuhkan Unit Halaqat. Ini bukan satu kerja sambil lewa kerana hanya mahu mengharapkan peruntukan kerajaan. Ia sebenarnya misi kerajaan negeri untuk mendidik rakyat melalui pembudayaan ilmu di masjid-masjid yang dikendalikan oleh Unit Halaqat.



PengudiBaharu Berkata: "PAS kalau UMNO/BarisanNasional dia kata jelas dan terang lawan Islam. Tetapi PAS tetap sayang pada DAP walaupun DAP makin jelas Anti-Islamnya. PAS pun sanggup hilangkan Hudud demi Putrajaya. Ambo tak terkejut...!"

Manusia apabila berilmu akan menolak UMNO/Barisan Nasional yang jelas dan terang melawan aspirasi perjuangan Islam. Bukan mereka menolak UMNO/Barisan Nasional dengan emosi dan taksub, tetapi mereka menolak dengan pertimbangan ilmu yang dipelajari. Dengan ilmu, mereka membezakan intan dan kaca. Tanpa ilmu, jiwa akan kosong umpama tin kosong yang hanya dipenuhi oleh sampah sarap.




PengundiBaharu Kata: "Ramai je yang taksub pada Anwar dan Nik Aziz.
Sampai tak boleh nilai mana betul mana salah lagi..."

Lihat sahaja dakwah Rasulullah SAW di Mekah, ditolak habis-habisan oleh masyarakat Mekah yang rata-ratanya hidup dalam permusuhan panjang dan konflik sosial yang tinggi. Namun di Madinah yang agak maju sedikit dengan perkembangan ilmu dengan kehadiran ahli Kitab, Islam mudah diterima oleh penduduk di sana.

Nyata sekali Kuala Besut adalah ‘kuala ujian’. Ujian untuk penduduknya yang ditawarkan pembangunan ratusan juta yang akhirnya ramai yang lemas di ‘kuala ujian’ ini. Ia juga medan ujian kepada petugas-petugas parti PAS yang datang dari seluruh negara namun akhirnya terpaksa menerima keputusan tewas pada malam tadi.



PengundiBaharu berkata: "Rasuah petrol waktu Pilihanraya Nik Aziz tak sebut Ujian yang ditaburkan oleh PAS pada rakyat Kuala Besut!!!"

Hakikatnya, ini bukan kali pertama PAS tewas di dalam pilihanraya. Saya mendoakan kesemua petugas parti PAS yang berpenat lelah di bulan Ramadhan ini demi kemenangan calon mereka diberikan ganjaran oleh Allah SWT. Inilah bekal kita yang paling berharga iaitu kita mengharapkan pahala daripada Allah SWT. Perhatikanlah ayat al-Quran yang bermaksud : Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan.. (Surah al-Nisa’ ayat 104).

Kita bertanding di dalam pilihanraya untuk menang. Kita mungkin sedih jika tewas, tetapi jangan sesekali kita kecewa. Segera bangkit dan meneruskan perjuangan kerana perjuangan Islam sekiranya berpijak di lantai ikhlas pasti dihadiahkan dengan pahala!

Salam hormat.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 16 Ramadhan 1434H bersamaan 25 Julai 2013M




PengundiBaharu: DAH KALAH... KALAH LA WOI!

Wednesday, July 24, 2013

TAHNIAH ORANG KUALA BESUT! #PRKKUALABESUT



BESUT 24 Julai - Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu mengalahkan Pas dengan majoriti 2,592 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan hari ini.

Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memperoleh 8,288 manakala lawannya dari Pas, Endot @ Azlan Yusof mendapat 5,696 undi.

Sejumlah 79.78 peratus atau 14,108 orang daripada 17,683 pengundi di kawasan DUN Kuala Besut menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya kecil kawasan itu. - UTUSAN ONLINE

PengundiBaharu: Tahniah juga pada Calon cari makan PAS yang akan terus berniaga ni Kelantan.

Friday, July 19, 2013

#PRKKUALABESUT: "UMNO KHIANAT ORANG KELANTAN..." - NIK AZIZ

Nak tahu apa yang UMNO khianat pada orang Kelantan?

Tengok video dibawah ini:


PengundiBaharu: "...Suatu Kecelakaan yang besar"

Friday, July 12, 2013

GUGUR TAMADUN ISLAM: BLOGGER PAS AKUI DAP ANTI ISLAM!


SUBJEK TAMADUN ISLAM; DAP YANG BODOH LAGI.

Ada sesiapa yang dah baca tentang perkara ini;

'Kenapa Tamadun Islam wajib pada siswa bukan Islam?'

Jika belum, silalah baca dulu. Baca dengan betul-betul apa yang membuatkan seorang ahli Parlimen Kampar ini sungguh tidak berpuas hati untuk kaumnya yang bukan Islam belajar Tamadun Islam.

Mungkin Ko Chung Seng tidak tahu. Pelajaran Tamadun Islam itu, adalah pelajaran sejarah tentang Islam. Sejarah Islam dari mula, sehingga sekarang. Bukannya mata pelajaran tentang Islam itu sendiri. Tetapi, hanyalah sebagai mata pelajaran sejarah tamadun Islam.


Dr Ko Chung Sen. Ubah?

Di ITM, telah berpuluh tahun Tamadun Islam diwajibkan dipelajari oleh siswa siswi bukan Islam. Bumiputra bukan Islam, dari kalangan Iban, Dayak, Kadazan, Dusun dan Orang Asal, semuanya belajar Tamadun Islam. Setelah mereka di ajarkan tentang subjek itu, tiada seorang pun dari kalangan Non Muslim itu, yang telah memeluk agama Islam. Jika itulah yang merunsingkan MP Kampar. Kerana apa? Kerana subjek yang diajar adalah subjek sejarah.

Oleh itu, apabila seorang MP DAP dari Kampar, menyebut tentang perkara isu yang non isu, yang membuat onar seperti satu keputusan dari kementerian untuk mengIslamkan orang bukan Islam, membuatkan saya terpanggil, adakah perkara ini telah diputuskan dalam perbincangan bersama Pakatan Rakyat?

Tolonglah DAP. Jangan buat kacau tentang isu yang berkaitan dengan Islam. Ini kerana, ramai golongan profesional Muslim, sudah tidak mahu menyokong DAP yang lebih kepada sentimen anti Islam. Mana pendirian Demokratik sosialisme kamu? Adakah pendirian parti DAP adalah menjurus kepada anti Islam?

Jangan beri bn peluru untuk membenarkan bahawa DAP itu tidak mesra dengan Islam. Kerana perbuatan kamu itu sendiri menunjukkan bahawa DAp itu memang ramai MPnya yang tidak mesra Islam. Bukan semua, tetapi ada.





PengundiBaharu: PAS BERGANDA BODOHNYA, SUDAH TERANG LAGI BERSULUH. PAS TETAP SAYANG SANGAT PADA DAP!

Monday, July 8, 2013

HADIAH KEMENANGAN KERAJAAN PAKATAN SELANGOR UNTUK ORANG MELAYU SEMPENA RAMADHAN



PengundiBaharu mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat. Moga ibadah kita diterima oleh Allah Taala.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...