Showing posts with label PASNGOK. Show all posts
Showing posts with label PASNGOK. Show all posts

Saturday, October 12, 2013

#KHALIMAHALLAH: HADI AWANG TERUS JADI KALDAI DAP



SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap mempertahankan penggunaan  kalimah Allah  oleh bukan Muslim  selagi ia tidak disalahgunakan.

Ujarnya mana-mana pihak tidak sepatutnya menghalang orang bukan Islam kerana penggunaan kalimah itu telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi.

"Allah adalah perkataan yang memberi makna dia sahaja Tuhan tak ada yang lain bagi orang Islam. Bagi penganut bukan Islam kita tak boleh halang mereka menggunakan kalimah Allah di tempat mereka.

"Bahkan perjanjian Nabi Muhammad dengan orang bukan Islam yang minta gunakan kalimah Allah dalam perjanjian (dan) dibenarkan tulis dalam perjanjian," katanya ketika ditemui semasa sidang media selepas Seminar Perlaksanaan Syariah Islam di Malaysia hari ini.

Bagaimanapun Hadi menegaskan umat Islam berhak mempertahankan penggunaan kalimah Allah sekiranya orang bukan Islam sengaja menggunakan kalimah itu dengan cara yang bercanggah dengan ajaran Islam.

"Konsep membenarkan kalimah Allah pada semua manusia itu tak ada halangan namun sekiranya mereka nak menafsirkan dengan cara yang salah kepada orang Islam, kita perlu jawab dan jelaskan. Kerajaan dan pihak berkenaan kena jawab," kata Hadi.

"Sebabnya penggunaan kalimah Allah ini memberi makna dia sahaja Tuhan yang disembah, undang-undang Dia sahaja yang dipakai. Kalau sekiranya dia sebut Allah, (tapi) tak pakai undang-undang Allah itu pun tak betul juga.

"Kita orang Islam boleh makan sembelihan Yahudi dan Kristian kerana dia sebut kalimah Allah semasa sembelih dengan syarat dia sembelih binatang yang kita boleh makan walaupun dia bukan Islam," katanya.

Isnin ini, Mahkamah Rayuan akan memutuskan permohonan kerajaan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar Kristian The Herald menggunakan kalimah Allah.

Keputusan yang dinanti-nanti itu menyusul lima minggu setelah Mahkamah Rayuan mendengar hujah peguam badan-badan Islam dan peguambela Persekutuan serta peguam Gereja Katolik yang menerbitkan The Herald.

Keputusan itu akan diumumkan oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh.



PENGUNDIBAHARU: PERTAHANKAN KHALIMAH ALLAH! TAKBIR!

Monday, August 5, 2013

[MUST SEE] SYIAH: MUHYIDDIN YASSIN KE IRAN... PROBLEM???


Nampaknya Penyokong PAS bagaikan 'cacing kepanasan' apabila PAS diserang bertubi-tubi berkenaan isu Syiah.

Sampaikan Timbalan Perdana Menteri kita ke Iran pun mereka mahu jadikan isu... Apa problemnya?

Bukan Malaysia sahaja yang menghantar wakil ke majlis tersebut. Arab Saudi yang bertegas dengan Syiah pun hantar wakil mereka ke majlis tersebut.

Apa yang menjadi masalah pada puak PAS begong ni?

"Kelantan jalinkan hubungan erat dengan negara Iran"

Ada apa masalah dengan tajuk ini?




Kota Bharu – Kelantan mencatat sejarah sebagai satu satunya negeri di Malaysia yang menjalinkan hubungan erat dengan Negara Iran di dalam pelbagai bidang khususnya hubungan dagang, pembangunan ekonomi dan perkongsian teknologi.
Mohammad Hossein Mousapour, Gabenor Wilayah Qom, Iran membuat lawatan rasmi ke negeri Kelantan.
Rombongan dari kerajaan Iran ini membuat kunjungan hormat bersama YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, melawat pelbagai tempat di sekitar negeri Kelantan serta bermesyuarat dengan YB Dato Husam Musa (Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan) serta anak syarikat kerajaan negeri untuk eksplorasi dan hubungan dagang. ...Selanjutnya klik disini

PengundiBaharu: Makin begong puak PAS-Syiah ni nak counterback kepada UMNO. Makin parahlah gamaknya...

Friday, July 26, 2013

HOT RAMADHAN: ULAMAK PAS HINA PENGUNDI KUALA BESUT KERANA KALAH!


Kuala Besut : ‘Kuala Ujian’

Saya membaca keputusan Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut melalui akhbar tempatan hari ini yang menyaksikan PAS gagal menawan DUN Kuala Besut daripada penguasaan UMNO/Barisan Nasional. Dalam erti kata lain, tawaran PAS kepada rakyat Kuala Besut untuk posisi 16 : 16 ditolak oleh rakyat DUN Kuala Besut yang mengambil keputusan untuk terus memangkah UMNO kelmarin.

Saya secara peribadi tidak terkejut dengan keputusan ini. Pengalaman saya turun beberapa kali membantu calon PAS berkempen dalam pilihanraya kecil ini termasuk meninjau suasana hari pengundian memberikan gambaran kepada saya suasana kehidupan masyarakat di DUN ini. Kehidupan rata-rata rakyat Kuala Besut yang mencari pendapatan sebagai nelayan memberikan peluang yang cerah kepada UMNO/Barisan Nasional menabur sebanyak mungkin projek dan habuan wang ringgit.

Inilah rahsia sebenar kekuatan UMNO. Kesusahan dan kesempitan hidup rakyat diambil kesempatan sehabis mungkin bagi memberikan kemenangan kepada mereka. Perhatikan sahaja di seluruh Malaysia ini, kesemua ibu negeri ditawan oleh Pakatan Rakyat kecuali dua sahaja jatuh ke tangan Barisan Nasional. Secara logiknya, ibu negeri tentulah tempat berhimpunnya tenaga cerdik pandai dan berpendidikan tinggi. Dan di sinilah UMNO/Barisan Nasional gagal kerana kekuatan wang dan kebendaan ada sempadannya.





PengundiBaharu kata: "UMNO tolong salah, tak tolong salah. Serba tak kena dimata Nik Aziz."

Di sinilah letaknya tugas PAS selaku parti yang membawa mesej perjuangan Islam. Di Kuala Besut yang rata-rata penduduknya bergantung kepada pencarian mata pendapatan cara kampung berada dalam tekanan hidup yang tinggi dan sukar untuk membuat pilihan yang terbaik untuk taraf kehidupan mereka sendiri dalam jangka masa panjang. Apatah lagi untuk berfikir demi kepentingan agama. Pada saya, apa yang disebut sebagai penyakit ghaplah (lalai) merajai benak fikir rata-rata penduduk sehingga mengenepikan tanggungjawab terhadap agama mereka sendiri.


Inilah tugas gerakan Islam. Menyambung tugas Rasulullah SAW yang memikul tugas menghapuskan penyakit ghaplah ini. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.” – Surah Yasin, ayat 6.

Perbezaan utama Kuala Besut dengan Pasir Puteh di Kelantan ialah budaya ilmu. Daripada budaya ilmu inilah akan lahirnya masyarakat yang sentiasa beringat-ingat tentang dosa dan pahala. Sebab itu di antara perkara terawal yang dilakukan di Kelantan setelah PAS mengambil alih teraju pemerintahan pada tahun 1990 ialah menubuhkan Unit Halaqat. Ini bukan satu kerja sambil lewa kerana hanya mahu mengharapkan peruntukan kerajaan. Ia sebenarnya misi kerajaan negeri untuk mendidik rakyat melalui pembudayaan ilmu di masjid-masjid yang dikendalikan oleh Unit Halaqat.



PengudiBaharu Berkata: "PAS kalau UMNO/BarisanNasional dia kata jelas dan terang lawan Islam. Tetapi PAS tetap sayang pada DAP walaupun DAP makin jelas Anti-Islamnya. PAS pun sanggup hilangkan Hudud demi Putrajaya. Ambo tak terkejut...!"

Manusia apabila berilmu akan menolak UMNO/Barisan Nasional yang jelas dan terang melawan aspirasi perjuangan Islam. Bukan mereka menolak UMNO/Barisan Nasional dengan emosi dan taksub, tetapi mereka menolak dengan pertimbangan ilmu yang dipelajari. Dengan ilmu, mereka membezakan intan dan kaca. Tanpa ilmu, jiwa akan kosong umpama tin kosong yang hanya dipenuhi oleh sampah sarap.




PengundiBaharu Kata: "Ramai je yang taksub pada Anwar dan Nik Aziz.
Sampai tak boleh nilai mana betul mana salah lagi..."

Lihat sahaja dakwah Rasulullah SAW di Mekah, ditolak habis-habisan oleh masyarakat Mekah yang rata-ratanya hidup dalam permusuhan panjang dan konflik sosial yang tinggi. Namun di Madinah yang agak maju sedikit dengan perkembangan ilmu dengan kehadiran ahli Kitab, Islam mudah diterima oleh penduduk di sana.

Nyata sekali Kuala Besut adalah ‘kuala ujian’. Ujian untuk penduduknya yang ditawarkan pembangunan ratusan juta yang akhirnya ramai yang lemas di ‘kuala ujian’ ini. Ia juga medan ujian kepada petugas-petugas parti PAS yang datang dari seluruh negara namun akhirnya terpaksa menerima keputusan tewas pada malam tadi.



PengundiBaharu berkata: "Rasuah petrol waktu Pilihanraya Nik Aziz tak sebut Ujian yang ditaburkan oleh PAS pada rakyat Kuala Besut!!!"

Hakikatnya, ini bukan kali pertama PAS tewas di dalam pilihanraya. Saya mendoakan kesemua petugas parti PAS yang berpenat lelah di bulan Ramadhan ini demi kemenangan calon mereka diberikan ganjaran oleh Allah SWT. Inilah bekal kita yang paling berharga iaitu kita mengharapkan pahala daripada Allah SWT. Perhatikanlah ayat al-Quran yang bermaksud : Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan.. (Surah al-Nisa’ ayat 104).

Kita bertanding di dalam pilihanraya untuk menang. Kita mungkin sedih jika tewas, tetapi jangan sesekali kita kecewa. Segera bangkit dan meneruskan perjuangan kerana perjuangan Islam sekiranya berpijak di lantai ikhlas pasti dihadiahkan dengan pahala!

Salam hormat.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 16 Ramadhan 1434H bersamaan 25 Julai 2013M




PengundiBaharu: DAH KALAH... KALAH LA WOI!

Tuesday, April 16, 2013

VIDEO: ULAMAK PAS CERAMAH DAH MACAM KHAWARIJ! #PRU13


PengundiBaharu: Memang perangai khawarij! Kahkahkahhh!!

SYIAH KECAM FATHUL BARI JADI CALON PRU13. SIAPA YANG TERIMA SYIAH SESAT NIH? JAWAPANNYA PAS! #PRU13 #BNPRU13




PETALING JAYA: Sebuah badan hak asasi manusia, Pergerakan As Sajjad hari ini mengecam pencalonan dua ahli Umno, Zulkifli Noordin  dan Fathul Bari Mat Jahaya, pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) 5 Mei ini.

Zulkifli diumumkan sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam manakala Fathul Bari, pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama  Muda Umno (Ilmu), diumumkan sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang,  Perlis.

Pencalonan Zulkifli, yang juga adalah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk P 108 Parlimen Shah Alam  gagal menjelmakan semangat dan pendekatan holistik dan terkehadapan Barisan Nasional dalam isu-isu perhubungan kaum atau etnik,”  kata kumpulan itu dalam satu kenyataan media.
Kritikan terhadap Zulkifli timbul ekoran kemunculan rakaman video Youtube yang menunjukkan Zulkifli menghina konsep ketuhanan  dalam agama Hindu.

Pergerakan As Sajjad juga kecewa dengan pencalonan Fathul Bari ekoran kenyataan Fathul yang bersifat anti-Syiah.

“Beliau telah melakukan pemomokan dan fitnah yang serius terhadap minoriti Syiah di negara ini.
“Kami berpendapat pencalonan Fathul Bari adalah bertentangan dengan semangat Deklarasi Islamabad 2007 yang menggariskan bahawa  tiada umat Islam dibenarkan membunuh atau membahayakan umat Islam lain, samada Syiah atau Sunni,” kata kumpulan tersebut.

As Sajjad turut mengkritik penyertaan anggota kumpulan Ikatan Muslim Malaysia (Isma) yang bertanding di lapan kerusi parlimen atas  tiket Barisan Jemaaah Islamiyah Semalaysia (Berjasa) kerana mereka bersifat perkauman.

Manifesto calon Berjasa menyatakan bahawa mereka bertanding untuk “menebus kembali hak dan kuasa politik Melayu-Islam di Parlimen  dan Dewan Undangan-Dewan Undangan Negeri-Negeri tertentu.”


PengundiBaharu: TOLAK PAS UNTUK TOLAK SYIAH SESAT!

Friday, April 12, 2013

PAS DAN PKR REBUT KERUSI BERA. ITU BELUM BAGI PERINTAH NEGARA! #PRU13




SIDANG MEDIA JENTERA PILIHAN RAYA PAS PARLIMEN BERA BANTAH KERUSI PARLIMEN BERA DITANDINGI OLEH PKR.

Jentera Pilihan Raya PAS Bera dan seluruh Unit Peti Undi (UPU) di Parlimen Bera merangkumi Dun Kemayan, Guai dan Triang ingin menyatakan bantahan terhadap tindakan PKR meletakkan calonnya bertanding di Parlimen Bera berdasarkan pengumuman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 April 2013 di Kuantan.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengumumkan bahawa Parlimen Bera akan ditandingi oleh PAS. Kenyataan tersebut telah disiarkan oleh Harakahdaily pada 6 April 2013.

Parlimen Bera adalah sebuah parlimen “target” yang ditetapkan oleh PAS Pusat untuk dimenangi pada PRU 13 nanti.

Sebaik sahaja selesai PRU 12 pada tahun 2008, Jentera Pilihan Raya PAS Bera dan seluruh UPU telah memberi tumpuan sepenuhnya kepada gerakkerja memenangkan PAS di Parlimen ini sebagaimana yang diamanahkan oleh kepimpinan.

Kerusi Parlimen Bera sememangnya kerusi PAS dan tidak pernah dimasukkan ke dalam mana-mana rundingan pertukaran kerusi dengan PKR atau DAP sejak tahun 2008.

Kerusi ini juga tidak mengalami pertindihan tuntutan antara PAS dan PKR.

Pimpinan PKR Cabang juga secara konsisten menyatakan di hadapan umum bahawa PAS akan bertanding di Parlimen Bera manakala PKR kekal di Dun Kemayan.

Justeru tindakan PKR merampas kerusi Parlimen Bera melalui pengumuman Timbalan Presidennya, Azmin Ali pada 3 April 2013 adalah permulaan kepada kemelut bantahan yang berlaku di Parlimen Bera ketika ini.

Alasan bantahan akar umbi PKR di Temerloh setelah kerusi Parlimen tersebut diumumkan ditandingi oleh PAS tidak mewajarkan Parlimen Bera dijadikan “kambing hitam” untuk menebus kekecewaan segelintir pemimpin dan penyokong PKR. Perlu diingatkan bahawa, seluruh jentera pilihan raya PAS Bera tidak terlibat dengan pertikaian tersebut dan tidak sepatutnya pertikaian tersebut dipanjangkan ke Parlimen Bera yang tidak ada kena mengena dengannya.

Kami ingin menegaskan bahawa jentera pilihan raya PAS Bera merasa kesal, dukacita dan dikhianati apabila PKR mengumumkan bertanding di Parlimen Bera.

Tindakan ini dianggap membelakangkan persetujuan bersama sebelum ini untuk mengekal agihan kerusi di Bera berdasarkan formula 2008.

Tindakan ini juga dianggap satu pengkhianatan kepada seluruh jentera pilihan raya PAS Bera dan UPU-UPU di bawahnya yang telah memberi tumpuan sepenuhnya kepada Parlimen Bera selama ini bersesuaian dengan arahan kepimpinan.

Berbeza dengan PKR, mereka hanya giat di sebahagian tempat di Dun Kemayan dan sebahagian besar aktivitinya menumpang jentera dan program jentera pilihan raya PAS Bera.

Akibat dari tiadanya rundingan yang mendalam, mengakibatkan PAS “hilang” kerusi Parlimen Bera dalam keadaan ahli dan jentera PAS yang ramai sedangkan PKR Cabang Bera yang kurang ahli dan jenteranya, namun telah Berjaya memperolehi dua kerusi (1 Parlimen, 1 Dun) untuk ditandingi.

Berdasarkan maklumat yang diterima dan tinjauan yang dibuat, kami percaya tindakan PKR merampas kerusi Parlimen Bera dari PAS telah menimbulkan keresahan dan bantahan dari kalangan pengundi, penyokong, ahli dan jentera parti dari seluruh peringkat.

Kami merayu agar kepimpinan PAS Pahang dan PAS Pusat mempertimbangkan bantahan kami ini dan meletakkan calon dari PAS bertanding di sini.

Pada pandangan kami, calon yang paling layak untuk mewakili Pakatan Rakyat di Parlimen Bera adalah Pesuruhjaya PAS Pahang sendiri, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, atau mana-mana calon dari PAS yang difikirkan layak dan boleh menang oleh pimpinan tertinggi parti.

Kami menuntut PKR menarik diri dari bertanding di Parlimen Bera, dan kerusi ini diserahkan semula kepada PAS.


Kami protes tindakan PKR merampas kerusi Parlimen Bera dari PAS.

Sekian.


Mohd Shahrul Mohamed
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantah PKR Rampas Kerusi Parlimen Bera.
&

Ketua-ketua UPU seluruh Parlimen Bera dan seluruh ahli Jentera Pilihan Raya PAS Bera.









PILIHAN TEPAT!

PILIHLAH BARISAN NASIONAL...



Tuesday, February 26, 2013

"NIK AZIZ HANYA BERKIAS TAPI ORANG TAK FAHAM...." #BNPRU13


Begitulah rayuan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang bersungguh-sungguh menafikan dakwaan bahawa Mursyidul Am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai binatang.

Sebaliknya, menurut beliau, Nik Aziz sebenarnya mengeluarkan kenyataan dalam bentuk kiasan tentang bagaimana manusia diibaratkan sebagai binatang yang diumpan makanan sebelum disembelih. Selanjutnya disni..

Cuba kalau Tun Mahathir guna peribahasa English:

"Better the devil you know than the angel you don’t"


PASNGOK BUAT-BUAT TAK PAHAM...

ATAU PASNGOK MEMANG BAGANG BAHASA ENGLISH!

Hanya orang pandai je yang masuk PAS... KAHKAHKAH!


Tuesday, February 19, 2013

CHEF WANI GILA DAN BNPHOBIA RUPANYA... #BNPRU13

Screen Shot video Chef Wani gila...


Berkenaan perbahalan PKR dan DAP di Johor...

Lihat Video Dibawah ini:


PengundiBaharu: PKR gaduh DAP, apa kaitan dengan BN?

Pakatan memang parti caca marba...

Tuesday, February 5, 2013

NIK AZIZ KATA BAWA PSY KE PENANG ADALAH SUATU PEMBAZIRAN... #BNPRU13


Kahkahkahkahakahkah!

Ulamak Politik Nik Aziz.... yang ini membazir tak?


Kahkahkahkahakahkah!

DAP dan PKR saja nak test Kerjaaan Flip Flop PAS Kedah tuh...

Kahkahkahkahakahkah!

Ahlul-ahlul PAS diharapkan bersabar dengan ujian kawan DAP dan PKR nih.. 

Kahkahkahkahakahkah!

Kalau tidak melepas Putrajaya!


Kahkahkahkahakahkah!

Anwar Ibrahim dah jeling pada ADUN PKR Kulim tu...


Kahkahkahkahakahkah!

Kononnya nak ambil tindakan...

KONONNYALAH!

Kahkahkahkahakahkah!

Bertam Nite, apa tindakan?

Kahkahkahkahakahkah!


Kahkahkahkahakahkah!

Cacai Pakatan kata hiburan dan UMNO-BN tidak dapat dipisahkan.

Kahkahkahkahakahkah!

Cacai Pakatan berkopiah layan K-pop ok je...!!

Percuma, tidak membazir cuma hulur sedikit sedekah dalam tabung yang disediakan!!!

Kahkahkahkahakahkah!!


Kahkahkahkahakahkah!

Kahkahkahkahakahkah!


Kahkahkahkahakahkah!

Macam kenal kan?

Anugerah Tuhan!

Kahkahkahkahakahkah!

Menari sambut Deepavali sewaktu orang Islam takbir raya korban...!

Ha... yang ini mesti Ulamak Politik Nik Aziz kata tidak membazir...!

Tak perlukan kos, Ini percuma.....!!!

Dan yang lebih penting, tak sakit pinggang.

Kahkahkahkahakahkah!!


Kahkahkahkahakahkah!!

Kahkahkahkahakahkah!!

Thursday, January 31, 2013

Wednesday, January 30, 2013

KANTOI...? NAMPAKNYA HARAKAH @hdaily09 KENA MINTA MAAF LAGI! #BNPRU13


Sebelum ini kita semua pasti tahu tentang permohonan maaf dari HarakahDaily:


Adakah cerita spin, 'gambar edit' berkenaan salib dan wanita bertudung yang diambil dari blogger pro-Pakatan OmakKau akan menyebabkan HarakahDaily sekali lagi mohon maaf dan tarik balik?!

Gambar berikut diambil dari HarakahDaily dan Blogger OmakKau:

Gambar yang dikatakan 'Ori' oleh Blogger OmakKau.


Tetapi quality gambar tersebut sangat teruk!

Berikut adalah gambar yang didakwa 'Edit':


Qualitynya masih baik walaupun, di telah printscreen.


Tengok komen fb di harakahdaily.net. Kesian pada cacai percaya pada perkara yang bathil...



PengundiBaharu: Pihak Harakah perlu lebih berhati-hati mencedok berita atau cerita daripada blogger Pakatan. Tapi nak buat macammana, kalau tak ambil cerita blogger cacai, tak ada la yang nak baca Harakah. Harakah dan fitnah sudah sebati sekian lama... Takbir!

Tuesday, January 29, 2013

GUGUR MAJLIS SYURA: FATHUL BARI CADANG USTAZ NASARUDIN SERTAI UMNO



SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU), Fathul Bari Mat Jahaya menggesa Umno supaya mempertimbangkan bekas ahli Majlis Syura Ulama, Nasharudin Mat Isa untuk menyertai parti itu.

Namun katanya ia bergantung kepada Nasharudin untuk menerima tawaran tersebut.

"Sangat baik untuk ditawarkan kepada orang seperti beliau, walau bagaimanapun ia kembali kepada pendirian Ustaz Nasha. Beliau secara terang berkata bahawa akan bersama-sama dengan sesiapa sahaja yang nak memperjuangkan Islam, kekal dengan prinsipnya.

"Saya kira tiada masalah sebab kita nak sehalakan perjuangan kita. Namun sekiranya Ustaz Nasha belum bersedia untuk menyertai Umno, juga tiada masalah, yang penting, apa yang akan diperjuangkan itu jelas," kata beliau ketika dihubungi Antarapos.

Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan pada mesyuarat 13 Januari lalu untuk melucutkan keanggotaan Nasharudin dengan alasan tidak hadir ke mesyuarat tiga kali berturut-turut selain kenyataannya yang sering bercanggah dengan pendirian parti.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ahli Parlimen Bachok itu dalam satu kenyataannya semalam berkata beliau tidak dimaklumkan oleh parti mengenai keputusan itu sebaliknya hanya mengetahui melalui media.

Beliau berkata Majlis Syura berhak untuk membuat sebarang keputusan terhadap keanggotaannya selain menegaskan bahawa beliau akan terus mendampingi mana-mana pihak yang konsisten memperjuangkan Islam.

Mengulas lanjut Fathul berkata keputusan PAS menggugurkan Nasharudin boleh memberikan impak negatif kepada PAS lantaran Nasharudin mempunyai kredibiliti dan kedudukan yang tinggi.

"Masalah yang berlaku hari ini berlaku bila beliau digugurkan dari Majlis Syura yang boleh memberikan impak negatif kepada PAS, sedangkan kepimpinan PAS yang melaungkan kepimpinan ulama mengangkat orang lain ke peringkat yang lebih tinggi, tetapi orang seperti Ustaz Nasha diketepikan.

"Saya kira, hilang seorang tokoh yang perjuangkan Islam secara telus dan PAS kini lebih perjuangkan politik daripada mengangkat kedudukan Islam sebagai asas."

Nasharudin sebelum ini telah beberapa kali menyertai rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk misi kemanusiaan luar negara dan pertemuan dengan pemimpin negara Arab yang mencetuskan rasa tidak senang dikalangan ahli PAS.

Menurut sumber dalaman PAS sebelum ini dipetik sebagai berkata, ada ura-ura untuk "menendang" keluar Nasharudin dari PAS sepertimana yang dilakukan terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali tahun lalu.

Tindakan PAS menyingkirkan Nasharudin ini turut dilihat sebagai cara untuk mengurangkan respon negatif dalaman yang sering dikaitkan dengan keputusan bersama rakan komponen Pakatan Rakyat, DAP dan PKR.

PengundiBaharu: Tepat pada masanya...

Saturday, January 26, 2013

@limkitsiang POLITIKKAN KEMATIAN WILLIAM #BNPRU13


Tengok apa yang Lim Kit Siang kata di ruang Twitter:


Diruang Facebook pula, Khairy Jamaluddin telah membidas Lim Kit siang dengan berkata:

"Insiden tragis ini pun nak dikaitkan dengan politik. What kind of leader is this?

Daripada kita kerjasama menjaga keselamatan kanak-kanak, ada yang tak melepas peluang untuk berpolitik. Show some class, please!"



PengundiBaharu: Lim Kit Siang makin tua makin bodoh!

Wednesday, January 23, 2013

Wednesday, January 16, 2013

PAS TERUSKAN CERAMAH WALAU ADA YANG TUMBANG! ZALIM... ZALIM...


Zalim betul PAS... dah tahu ada kecemasan pengunjung diserang sakit jantung pun depa masih meneruskan ceramah politik di Pengkalan Pegoh, Perak semalam.

Tak sensitif langsung, takde sikap prihatin dengan nasib penyokong sendiri. Kepentingan politik lebih diutamakan berbanding nyawa rakyat.

Video kredit kpd bro Sekupang Dua Anak Pakya.

http://www.facebook.com/photo.php?v=3680302825533
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...