Saturday, October 12, 2013

#KHALIMAHALLAH: HADI AWANG TERUS JADI KALDAI DAP



SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap mempertahankan penggunaan  kalimah Allah  oleh bukan Muslim  selagi ia tidak disalahgunakan.

Ujarnya mana-mana pihak tidak sepatutnya menghalang orang bukan Islam kerana penggunaan kalimah itu telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi.

"Allah adalah perkataan yang memberi makna dia sahaja Tuhan tak ada yang lain bagi orang Islam. Bagi penganut bukan Islam kita tak boleh halang mereka menggunakan kalimah Allah di tempat mereka.

"Bahkan perjanjian Nabi Muhammad dengan orang bukan Islam yang minta gunakan kalimah Allah dalam perjanjian (dan) dibenarkan tulis dalam perjanjian," katanya ketika ditemui semasa sidang media selepas Seminar Perlaksanaan Syariah Islam di Malaysia hari ini.

Bagaimanapun Hadi menegaskan umat Islam berhak mempertahankan penggunaan kalimah Allah sekiranya orang bukan Islam sengaja menggunakan kalimah itu dengan cara yang bercanggah dengan ajaran Islam.

"Konsep membenarkan kalimah Allah pada semua manusia itu tak ada halangan namun sekiranya mereka nak menafsirkan dengan cara yang salah kepada orang Islam, kita perlu jawab dan jelaskan. Kerajaan dan pihak berkenaan kena jawab," kata Hadi.

"Sebabnya penggunaan kalimah Allah ini memberi makna dia sahaja Tuhan yang disembah, undang-undang Dia sahaja yang dipakai. Kalau sekiranya dia sebut Allah, (tapi) tak pakai undang-undang Allah itu pun tak betul juga.

"Kita orang Islam boleh makan sembelihan Yahudi dan Kristian kerana dia sebut kalimah Allah semasa sembelih dengan syarat dia sembelih binatang yang kita boleh makan walaupun dia bukan Islam," katanya.

Isnin ini, Mahkamah Rayuan akan memutuskan permohonan kerajaan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar Kristian The Herald menggunakan kalimah Allah.

Keputusan yang dinanti-nanti itu menyusul lima minggu setelah Mahkamah Rayuan mendengar hujah peguam badan-badan Islam dan peguambela Persekutuan serta peguam Gereja Katolik yang menerbitkan The Herald.

Keputusan itu akan diumumkan oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh.



PENGUNDIBAHARU: PERTAHANKAN KHALIMAH ALLAH! TAKBIR!

2 comments:

  1. Tok Guru Hj Adi mmg bodoh... skrg kita nak elak pengggunaan disalahguna dalam bible... Taktik halus bukan Islam untuk menarik umat Islam yg lemah pegangannya kepada ajaran bukan Islam dan terus murtad...Tidak perlu tergesa-gesa murtadkan org Islam...bg mereka selagi dunia belum kiamat...mereka ada peluang untuk murtad umat Nabi Muhammad SAW... Apakah bodoh untuk Pak Adi nak berfikir???

    ReplyDelete
  2. Pelik juga ye, rupa-rupanya YB Dato Hadi Awang masih terkeliru,tidak heran lah kalau org bukan Islam akan jadi tidak faham-faham. Didalam bahasa Melayu perkataan "Hak" difahamkan sebagai satu kepentingan tetapi didalam bahasa Arab perkataan itu bererti yg BENAR.. Mmg benar kita semua Allah yg jadikan justeru itu kita semua milik Allah belaka.

    Sebenarnya semua penganut Keristian percaya bahawa TUHAN yg disebut didalam kitab Holy Bible King James version mereka itu ada ANAK. Pembaca semua bolih rujuk perkara ini dgn mana-mana org Keristian yg anda kenal. Tetapi didalam kitab Holy Bible mereka semenjak dahulu lagi TUHAN mereka ini tidak bernama. Tuan-tuan bolih rujuk perkara ini dgn mana-mana gereja Keristian dalam atau luar negara. Kitab Holy Bible mereka hanya menyebut FATHER atau LORD atau GOD sahaja, tetapi ini semua adalah ganti nama dan bukan nya nama-nama Tuhan.

    Apabila pihak gereja Katolik Malaysia atau CFM menuntut utk menggunakan kalimah Allah utk menggantikan perkataan FATHER atau LORD atau GOD sefaham kita maka Allah kini sudah ada anak la pulak. Secara warasnya pembaca Muslim bolih bersetuju ke bahawa Allah ada ANAK? Anda yg mengaku Muslim MAHU bersetuju ke dgn kehendak pihak gereja utk menggunakan kalimah itu utk Bible al kitab bahasa melayu mereka? Disebabkan YB bersetuju maka anda akan berhadapan dengan kemurkaan Allah sepertimana Firman Nya didalam Al Quran Surah Mariam ayat 88 - 92.

    88 "Dan mereka yang kafir berkata, Allah Al-Rahman mempunyai anak.
    89 Demi sesungguhnya kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya.
    90 Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian,
    dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah dan gunung pula nyaris-nyaris runtuh ranap,
    91 "kerana mereka mendakwa/ mengatakan Allah Al-Rahman mempunyai anak."
    92 Padahal tidaklah layak bagi Allah, Al-Rahman bahawa Dia mempunyai anak.

    Allah Ta'ala ternyata sangat2 murka dan utk makluman kita semua ayat ini telah lama wujud semenjak lebih 1400 tahun dahulu lagi. Waima ayat ini telah wujud lama sebelum mereka yg menuntut "HAK" penggunaan kalimah utk kitab Bible bahasa Melayu ini lahir ke dunia ini lagi taw! Tidak kah mereka terasa bahawa Allah sudah tahu semenjak awal lagi bahawa mereka akan cuba buat isu ttg kalimah Allah ? Sebab itu kita kata sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ttg segala sesuatu ! Siapa kita untuk mengatakan tidak mengapa pihak gereja nak gunakan kalimah itu dgn fahaman mereka yg songsang lagi syirik itu? Kita tidak bersetuju bukan sebab kita berebut HAK sebenarnya. Kita sebenarnya sangat takot dgn dosa syirik sekiranya kita bersetuju walu pun didalam hati dgn permintaan gila pihak gereja katolik.

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...