Showing posts with label HIMPUN. Show all posts
Showing posts with label HIMPUN. Show all posts

Friday, December 23, 2011

AQIDAH BUKAN ISU POLITIK. IA ISU KITA BESAMA!

Hasan Ali membuktikan Isu Aqidah bukan isu Politik seperti
yang dicanang oleh Parti beliau sendiri, PAS.


Berikut adalah rakaman ucapan Hasan Ali ketika berucap
di Majlis HIMPUN di Perak.

Tuesday, October 18, 2011

Himpun: PAS tidak terlibat - Harakah

KUALA LUMPUR, 18 Okt: PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22 Oktober 2011 ini.

"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu, sebentar tadi.


Berikut kenyataan penuh beliau.

PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.

(HIMPUN tak mahu, BERSIH mahu)

PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

(BERSIH2.0 bukan alat Pakatan untuk meraih kepentingan politik dan Pilihanraya akan datang)

Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah. PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS


Berita Lain:

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyeru umat Islam supaya hadir pada Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor pada 22 Oktober ini.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, usaha murni tersebut perlu disokong terutama di kalangan golongan muda beragama Islam negara ini.

“DPPM merakamkan setinggi – tinggi tahniah kepada Sekretariat HIMPUN di atas penganjuran perhimpunan tersebut.

“Saya mengharapkan usaha murni ini disokong oleh seluruh umat Islam dan menyeru umat Islam hadir beramai-ramai khasnya anak-anak muda,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Nasrudin seterusnya berkata, beliau membuat kenyataan ini selepas mendapat komitmen daripada Sekretariat HIMPUN bahawa objektif HIMPUN untuk memotivasi ummah agar bangkit mempertahan dan memperjuangkan aqidah ummah.

Menurutnya, HIMPUN juga bertujuan menghimpun dan menyatukan umat Islam khasnya di atas isu aqidah dan sebagai satu pernyataan sikap dan deklarasi ummah yang sedia berjuang.

Tambahnya, HIMPUN adalah himpunan awam yang bakal menyatukan pelbagai lapisan umat Islam ke arah memperjuangkan Islam serta mempertahankan aqidah ummah.

“Insyaallah saya dan rakan-rakan DPPM mengambil sikap yang sama terhadap HIMPUN pada 22 Oktober kelak.

“Semoga himpunan tersebut berjaya mencapai matlamat dan menepati objektif yang digariskan bersama berkat dan rahmat Allah,” katanya.


SEBAB APA PAS PUSAT TAK MAHU SERTAI HIMPUN...? 



Wednesday, October 12, 2011

Himpunan Sejuta Umat


Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini?

Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.

Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.

Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...