Tuesday, March 5, 2013

U ULANG I SAMAN U! @ANWARIBRAHIM WAJIB SAMAN TUN MAHATHIR!!!




Berikut adalah kenyataan Tun Mahathir di akbar, dari sumber BERNAMA:


Anwar perlu jelaskan tentang gambar ini...


Anwar bertemu dengan Nur Maisuri


Siapa Nur Maisuri? KLIK DISINI


PengundiBaharu: TUN MAHATHIR LEBIH MENGENALI SI KITOL PENGKHIANAT NIH!

Sunday, March 3, 2013

HARAKAH KANTOI: PEMIMPIN UTAMA SULU HADIR PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012? #BNPRU13



Oleh : Jebat

Wow.... Haprakah yang MENDAKWA TEPAT DARI SUMBER rupa-rupanya kaki temberang senang cerita FITNAH..... Terbaru HAPRAKAH SUARA RASMI SYIAH PAS buat kenyataan bodoh dengan menyatakan pemimpin Sulu telah dijemput ke Perhimpunan Agong UMNO.


Nampak sangat HAPRAKAH SYIAH ni dah habis modal sampai tak tahu beza antara Jamalul Kiram III yang arahkan Penceroboh menceroboh Lahad Datu dengan pemimpin MILF, Ebrahim Murad Al-Haj.

Takpa... Ni aku nak ajar bezakan sikit antara fakta dengan AUTA.

Yang arahkan tentera PENCEROBOH MASUK KE MALAYSIA IALAH : JAMALUL KIRAM III. Muka dia macam kat bawah ni.


Gambar yang depa ketengahkan tu adalah pemimpin MILF, EBRAHIM MURAD AL-HAJ. Pemimpin BangsaMoro yang menandatangani perjanjian damai dengan Filipina atas bantuan Kerajaan Malaysia tempoh hari. Muka dia macam kat bawah ni :


Jadi aku nak tanya HAPRAKAH dan MACAI-MACAI PEMBANGKANG, TAKKAN TAK DAPAT BEZA ANTARA JAMALUL KIRAM DENGAN EBRAHIM MURAD? Takkan TAK RETI NAK BEZA dengan individu yang mengaku sebagai Sultan Sulu yang memerintahkan'tenteranya' menceroboh Lahad Datu dengan pemimpin yang mengetuai organisasi MILF????

Aku yakin hangpa tak bodoh sampai tahap tu.... Tapi kalau hangpa ni jenis tak boleh nak beza, memanglah hangpa bebal!!! Tapi sebelum tu meh kita tengok muka 'pemimpin' kat bawah ni...Hangpa kenai tak? Kalau kenai, aku nak tanya apa dia sembang dengan Misuari eh???







Sumber :




SUDAH TIBA MASANYA KERAJAAN AMBIL TINDAKAN KERAS TERHADAP KUMPULAN PENCEROBOH! #BNPRU13



BAGAN SERAI: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat sudah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan keras terhadap pihak penceroboh selepas insiden pertumpahan darah di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Beliau berkata walaupun kerajaan berhati-hati dalam menangani isu itu pada peringkat awal dan berharap ia dapat diselesaikan tanpa pertumpahan darah, malangnya ia tidak dihargai oleh mereka sehingga sanggup membunuh anggota pasukan keselamatan negara.

"Sekarang ini saya fikir tidak ada jalan lain melainkan kerajaan melancarkan serangan balas supaya dapat dihapuskan sama sekali pasukan Sulu ini walaupun dengan (tindakan) ini ramai mereka terbunuh, tapi ini tidak dapat dielakkan kerana mereka yang menyerang Sabah, bukan kita yang menyerang mereka," katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan pada Himpunan Rakyat Perak anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini, Ahad.

Katanya tindakan keras yang diambil mungkin akan menyebabkan ramai daripada penceroboh itu mati serta anggota keselamatan negara akan menjadi mangsa.

Pada pendapatnya, insiden yang berlaku itu tidak akan tamat begitu sahaja kerana pihak penceroboh boleh melakukan serangan-serangan hendap pada masa depan.

Kerajaan diharap mengadakan persediaan awal menghadapi serangan berturut-turut pada masa akan datang, terutama keperluan terhadap pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk mengawal dan menyekat bot-bot yang datang dari kepulauan Tawi-Tawi yang mungkin membawa pasukan penceroboh atau menyeludup senjata, katanya.

"Perkara ini tidak boleh dipandang ringan walaupun pada mulanya kita ingat percubaan mereka itu untuk menawan Sabah sebagai percubaan yang sia-sia tetapi kita tahu mereka akan menjadi gerila dan akan melancarkan serangan pada masa depan," katanya.

Mengenai ada pihak yang mempertikai tindakan kerajaan yang memberi kuasa kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertindak terlebih dahulu berbanding pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung pencerobohan tersebut, Dr Mahathir berkata negara mempunyai dua bahagian keselamatan.

"Kita bahagi keselamatan kepada dua bahagian iaitu yang datang dari luar yang biasanya tindakan diambil oleh tentera manakala yang berada di dalam negara adalah tanggungjawab polis. Pada mulanya kita tidak anggap pencerobohan itu sebagai serangan luar kerana mereka ini berada dalam wilayah kita," katanya.

Bagaimanapun, apabila pencerobohan dan serangan kini jelas datang dari luar maka difahamkan pihak tentera diarahkan untuk memgambil bahagian dalam tanggungjawab itu, katanya.

Mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan dilihat 'berlembut' dengan pihak penceroboh terbabit, beliau berkata sememangnya kerajaan tidak mahu mengambil tindakan sehingga membunuh kerana mereka juga mempunyai keluarga dan rakan sebagai warganegara di Sabah.

"Sebab itu kita berhati-hati bertindak begitu pada awalnya, lagipun mereka ini orang Islam, kita orang Islam, kita tidak mahu tergesa-gesa, tetapi mereka tunjukkan niat jahat dengan menembak dua anggota polis kita. Sekarang ini peristiwa ini tidak boleh dianggap boleh diselesaikan dengan rundingan," katanya.

Mengenai laporan media asing bahawa kedatangan penceroboh terbabit ke Lahad Datu adalah atas "jemputan" seorang ahli politik pembangkang, Dr Mahathir berkata ahli politik itu menjanjikan banyak perkara bagi Sabah termasuk memberikan kuasa autonomi jika pembangkang menang pilihan raya. -BERNAMA

PengundiBaharu:  Hidup Tun! 101% SETUJU!

Friday, March 1, 2013

UNDILAH CALON BEBAS MAK AYAM AZWAN ALI! PUIH! #PRU13 #BNPRU13



PRU-13: Azwan Ali Sahkan Mahu Jadi Calon Bebas
Azwan Ali
PETALING JAYA: Kerana percaya dengan pengaruh yang dimilikinya, pengacara dan selebriti terkenal, Azwan Ali menyatakan hasratnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Beliau menegaskan, hasratnya untuk bertanding sebagai calon Bebas itu adalah benar dan bukan sekadar cakap-cakap kosong.
Azwan, 47, menegaskan yang beliau akan membuat keputusan kerusi manakah yang akan ditandingi selepas menilai maklum balas daripada para peminatnya.
"Ya... saya ada menulis beberapa kali di Twitter tentang hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang. Alhamdulillah maklum balas sangat menggalakkan.
"Buat masa ini saya tidak mahu bercakap apa-apa dahulu, kita lihat apabila tiba masanya nanti," katanya kepada mStar Online.
Azwan yang juga adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, beliau tidak akan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sepertimana yang diperkatakan oleh ramai pihak dalam laman sosial.
Beliau juga tidak berhasrat untuk mewakili mana-mana parti sekiranya ada tawaran.
"Saya memang berhasrat untuk bertanding tapi bukanlah di Pekan sepertimana yang diperkatakan dan jauh sekali untuk mencabar Perdana Menteri," katanya lagi.
Jelas Azwan, hasratnya untuk bertanding itu dibuat selepas melihat semakin ramai golongan selebriti mula menyertai parti politik.
"Saya rasa saya ada pengikut saya sendiri. Jika kita lihat, ada juga calon Bebas yang kita tidak kenal langsung pun cuba untuk bertanding. Saya yakin saya ada pengaruh,” katanya.
Jelas Azwan, jika perkara itu menjadi kenyataan dia mahu memperjuangkan nasib individu sepertinya selain bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin parti politik yang unik.

PengundiBaharu: Mak Ayam Kuat Berangan...

LAHAD DATU: PENCEROBOH BERSENJATA MULAKAN DAHULU SERANGAN - PM @NAJIBRAZAK #BNPRU13



Pekan, 1 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah telah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum ini.

Perdana Menteri berkata beliau telah memberi mandat kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi.

Najib turut mengesahkan dua anggota keselamatan Malaysia terbunuh dan tiga lagi cedera manakala 10 hingga 12 anggota kumpulan penceroboh itu terbunuh.

"Mereka (polis dan tentera) akan diberi kuasa sepenuhnya untuk bertindak dengan apa saja mengikut budi bicara mereka tetapi kumpulan ini mesti ditumpaskan dan mereka mestilah diambil tindakan yang sepatutnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"(Kini) sama ada mereka (penceroboh) menyerah diri atau mereka terima apa jua kesan daripada tindakan mereka," kata Najib.

Perdana Menteri berkata kumpulan itu kini dikepung sepenuhnya dan pasukan tentera laut negara telah meningkatkan tahap keselamatan di perairan bagi mengelakkan kumpulan itu melarikan diri. Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu kerana sepatutnya pertumpahan darah mahu dielak daripada berlaku, akibatnya kini negara kehilangan dua anggota keselamatan. -BERNAMA

JOM TENGOK APA PKR KATA...

MACAM TENGAH MENGELABAH JE...




PengundiBaharu: Anwar punya angkara...!!! KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...