Thursday, August 4, 2011

Pakatan dan MalaysiaKini KANTOI...


Malaysiakini melalui wartawannya yang bernama Kuek Ser Kuang Keng telah mengsensasikan berita fasal seorang manusia yang bernama "MISMAH". Lihat disini: PR didaftar sebagai pengundi dan Pengundi baru: Pagi tadi PR, petang ini warganegara.

Aku tengok terloncat-loncat Pengikut Pakatan Haram, harapan mereka untuk melihat jatuhnya Kerajaan Barisan Nasional lebih cerah dengan perkhabaran ini, konon BERSIH2.0 tempoh hari relevan!.

INI JAWAPAN DARI SPR:
Kesilapan yang dinyatakan oleh pembangkang adalah kesilapan JPN, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini,” kata Abdul Aziz dalam SMS bagi menjawab tuduhan portal pembangkang Malaysiakini.

Katanya, hanya rakyat Malaysia yang boleh memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.

"PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis)," katanya.

Namun, kata Abdul Aziz SPR akan mempamerkan daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan setiap empat bulan untuk tatapan umum selama seminggu.

"Pengundi di kawasan itu boleh membantah (jika mendapati ada penyelewengan),” katanya.

Abdul Aziz mengulas kontroversi di mana dakwaan pembangkang sebagai pengundi dan nama mereka tersenarai pada daftar pemilih tambahan yang baru. Status penduduk tetap itu kemudiannya 'dinaik-taraf' sebagai warganegara dalam beberapa jam, mengikut sistem pengesahan online JPN.
INI PULA KENYATAAN AKHBAR OLEH JPN:
Pertimbangan permohonan taraf Warganegara Malaysia tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara-perkara berikut:
  • Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara
  • Perkara 16: Mereka yang lahir di Malaysia sebelum tarikh Kemerdekaan (sebelum 31 Ogos 1957)
  • Perkara 19: Warga Asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.
Sejak 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, YB Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menimbangkan sebanyak 72,334 permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 29,290 permohonan telah diluluskan.
Angka ini adalah merupakan sebahagian daripada KPI Menteri Dalam Negeri di mana sebanyak 219,000 permohonan telah berjaya diselesaikan termasuk 72,334 permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia, 31,449 permohonan Penduduk Tetap, 108,906 permohonan Daftar Lewat Kelahiran dan 6,311 permohonan di bawah program My-Daftar. 
Berkaitan kes Mismah, dakwaan bahawa beliau menjadi warganegara dalam tempoh 4 jam setelah mendapat taraf Penduduk Tetap (atau PR) adalah tidak benar. Rekod menunjukkan bahawa beliau telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 Julai 1982. Beliau telah diluluskan Taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf Penduduk Tetap Malaysia 
Sekian, terima kasih.
Datin Jariah binti Mohd Said
Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
03 Ogos 2011
INI PULA DAKWAAN BLOGGER PAKATAN HARAM YANG DIPETIK DARI BLOG PERISIK RAKYAT DAN MALAYSIAWAVES:

"Harap dapat penjelasan dari Pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Kesemua nombor-nombor diatas menggunakan Kod nombor "71" sebagai rujukan kelahiran diluar negara Malaysia.

Kalau tiada respon dari pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, kita mesti bersetuju bahawa Misi Kod 71 adalah Misi menjual Negara Malaysia kepada Pendatang Asing dan penggeraknya ialah Pemerintah Negara Malaysia sekarang yang takut kehilangan kuasa.

Demi kuasa, Maruah Negara diserah pada warga Asing."
DAN UNTUK PENGIKUT PAKATAN YANG TAK HENTI SEBAR FITNAH WALAUPUN DIDALAM BULAN RAMADAN... INI ANTARA 'WARGA ASING' YANG TURUT JADI PENGUNDI YANG SAH MALAH DIANGKAT SEBAGAI PEMIMPIN PARTI MATA SATU... MEREKA MEMILIKI KAD PENGENALAN KOD "71" KAHKAHKAH!

640825-71-5269


631207-71-5005


580314-71-5206

3 ORANG NI TERKENAL DENGAN MULUT MEREKA YANG MEMANG CUKUP CELUPAR!. SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA BERNAMA ZURAIDA, DIA TU SAH SAH LA DIA PATI... PENGUNDI HANTU, 'HANTU KAK LIMAH'... KAHKAHKAH!

2 comments:

  1. Aku paling anti kalau ada orang luar yang diberi hak sebagai rakyat lepas tu cuba menjatuhkan kerajaan yang bagi dia kehidupan baru.

    BARUAH punya rakyat

    Aku harap kerajaan tarik balik keistimewaan ini kerana, yang beri kerajaan dan kerajaan yang berhak tarik balik kerana telah melanggar syarat. Kalau mereka hendak juga, tunggu sampai mereka berkuasa nanti ...

    Badrul Amin ... pi balik sumbawa lahhhhh

    ReplyDelete
  2. terbaek...bodoh punya PKR!

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...