Thursday, January 31, 2013

Wednesday, January 30, 2013

PKR MINTA NYAWA, TERSASUL MAHU BERTEMU ALLAHYARHAM DR AZIZ RANTISI #BNPRU13


Google tak boleh menipu:


Rupa-rupanya kak Wan nak bertermu dengan balu Dr Aziz Rantisi.. Puan Rasha Al Adlouni.

Kak Wan nak mintak nyawa ke?



PengundiBaharu: Nanti Kak Wan jumpa Puan Rasha Al Adlouni, kak Wan sampaikan lah kata-kata hikmah suami Kak Wan: "I support all efforts to protect the security of the state of Israel". Mau dia ludah muka Kak Wan tu...

KANTOI...? NAMPAKNYA HARAKAH @hdaily09 KENA MINTA MAAF LAGI! #BNPRU13


Sebelum ini kita semua pasti tahu tentang permohonan maaf dari HarakahDaily:


Adakah cerita spin, 'gambar edit' berkenaan salib dan wanita bertudung yang diambil dari blogger pro-Pakatan OmakKau akan menyebabkan HarakahDaily sekali lagi mohon maaf dan tarik balik?!

Gambar berikut diambil dari HarakahDaily dan Blogger OmakKau:

Gambar yang dikatakan 'Ori' oleh Blogger OmakKau.


Tetapi quality gambar tersebut sangat teruk!

Berikut adalah gambar yang didakwa 'Edit':


Qualitynya masih baik walaupun, di telah printscreen.


Tengok komen fb di harakahdaily.net. Kesian pada cacai percaya pada perkara yang bathil...



PengundiBaharu: Pihak Harakah perlu lebih berhati-hati mencedok berita atau cerita daripada blogger Pakatan. Tapi nak buat macammana, kalau tak ambil cerita blogger cacai, tak ada la yang nak baca Harakah. Harakah dan fitnah sudah sebati sekian lama... Takbir!

Tuesday, January 29, 2013

GUGUR MAJLIS SYURA: FATHUL BARI CADANG USTAZ NASARUDIN SERTAI UMNO



SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU), Fathul Bari Mat Jahaya menggesa Umno supaya mempertimbangkan bekas ahli Majlis Syura Ulama, Nasharudin Mat Isa untuk menyertai parti itu.

Namun katanya ia bergantung kepada Nasharudin untuk menerima tawaran tersebut.

"Sangat baik untuk ditawarkan kepada orang seperti beliau, walau bagaimanapun ia kembali kepada pendirian Ustaz Nasha. Beliau secara terang berkata bahawa akan bersama-sama dengan sesiapa sahaja yang nak memperjuangkan Islam, kekal dengan prinsipnya.

"Saya kira tiada masalah sebab kita nak sehalakan perjuangan kita. Namun sekiranya Ustaz Nasha belum bersedia untuk menyertai Umno, juga tiada masalah, yang penting, apa yang akan diperjuangkan itu jelas," kata beliau ketika dihubungi Antarapos.

Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan pada mesyuarat 13 Januari lalu untuk melucutkan keanggotaan Nasharudin dengan alasan tidak hadir ke mesyuarat tiga kali berturut-turut selain kenyataannya yang sering bercanggah dengan pendirian parti.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ahli Parlimen Bachok itu dalam satu kenyataannya semalam berkata beliau tidak dimaklumkan oleh parti mengenai keputusan itu sebaliknya hanya mengetahui melalui media.

Beliau berkata Majlis Syura berhak untuk membuat sebarang keputusan terhadap keanggotaannya selain menegaskan bahawa beliau akan terus mendampingi mana-mana pihak yang konsisten memperjuangkan Islam.

Mengulas lanjut Fathul berkata keputusan PAS menggugurkan Nasharudin boleh memberikan impak negatif kepada PAS lantaran Nasharudin mempunyai kredibiliti dan kedudukan yang tinggi.

"Masalah yang berlaku hari ini berlaku bila beliau digugurkan dari Majlis Syura yang boleh memberikan impak negatif kepada PAS, sedangkan kepimpinan PAS yang melaungkan kepimpinan ulama mengangkat orang lain ke peringkat yang lebih tinggi, tetapi orang seperti Ustaz Nasha diketepikan.

"Saya kira, hilang seorang tokoh yang perjuangkan Islam secara telus dan PAS kini lebih perjuangkan politik daripada mengangkat kedudukan Islam sebagai asas."

Nasharudin sebelum ini telah beberapa kali menyertai rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk misi kemanusiaan luar negara dan pertemuan dengan pemimpin negara Arab yang mencetuskan rasa tidak senang dikalangan ahli PAS.

Menurut sumber dalaman PAS sebelum ini dipetik sebagai berkata, ada ura-ura untuk "menendang" keluar Nasharudin dari PAS sepertimana yang dilakukan terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali tahun lalu.

Tindakan PAS menyingkirkan Nasharudin ini turut dilihat sebagai cara untuk mengurangkan respon negatif dalaman yang sering dikaitkan dengan keputusan bersama rakan komponen Pakatan Rakyat, DAP dan PKR.

PengundiBaharu: Tepat pada masanya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...