Sudah pecah berita daripada puak-puak Pakatan Rakyat sendiri, khususnya dari kalangan mereka yang berkopiah putih tetapi berhala di dalam hatinya adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng bahawa satu kejutan akan berlaku dalam Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula esok. Kejutan yang dimaksudkan adalah kemasukan beberapa orang pemimpin PAS ke dalam UMNO di mana dua orang daripada mereka adalah bekas pemimpin tertinggi PAS.
Bagaimanapun, nama kedua-dua bekas pemimpin tertinggi PAS itu tidak disebut. Puak-puak yang memberhalakan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng itu, agak berhati-hati dalam membuat tuduhan kerana bimbang mereka akan menelan kahak sendiri.
Berdasarkan senario masakini, dua orang bekas pemimpin tertinggi PAS yang dimaksudkan itu menghala kepada Hasan Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan ADUN Gombak Setia yang sekarang ini masih mengetuai JATI, sebuah NGO yang menentang hubungan antara PAS dengan DAP dan PKR yang disifatkan sebagai menghalalkan pemurtadan.
Manakala Nasharuddin Mat Isa, dibenci dan seringkali ditohmah kerana beberapa kenyataannya yang memperkatakan perkara sebenar tentang PAS yang bernasib malang sepanjang berada di dalam Pakatan Rakyat, memperkecil-kecilkan usaha PARASIT dan IBLIS di dalam PAS.
Adakah yang dimaksudkan sebagai dua orang bekas pemimpin PAS tersebut adalah Nasharuddin Mat Isa dan Hasan Ali?
Berkata pemberhala berkenaan, motif kedua-dua orang bekas pimpinan PAS tersebut adalah untuk mendapatkan tempat dalam PRU13 sebagai calon. Seolah-olah mereka yang sedang menyeberang masuk PAS dan PKR sebagai golongan yang ikhlas dan tidak bermotifkan sebagai calon PRU.
Bertukar-tukar parti merupakan sesuatu yang bersifat universal dalam mana-mana parti politik di dunia ini. Kalau agama pun boleh ditukar terutama menerusi kenyataan Nurul Izzah bahawa orang Islam perlu diberikan kelonggaran dan kebenaran bertukar agama secara rasmi dan terbuka, apa sangatlah setakat melompat dan bertukar parti. Parti politik bukannya lebih besar daripada agama!
Kecualilah kalau ada yang beranggapan bahawa parti-parti politik mempunyai kedudukan yang lebih besar dan lebih tinggi dari agama sebagaimana yang dijunjung oleh kebanyakan penyokong PAS yang jahil lagi serba menjahilkan. - kedahan69ers.com
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.